Friday, 3 July 2015

Bayu Arjuna (Bahagian Sepuluh)




Bahagian 10: Gunung Guruh.







Menteri merah berdiri tegak di hadaan cermin sambil menyarung bajunya ke tubuh. Sesekali dia melirik memandang Gempita yang masih duduk bersandar di kepala katil melalui cermin. Gempita masih termenung seperti tadi. Menteri merah berpaling memandang Gempita.

‘Ada yang tidak kena pada Gempita.’ detik hati Menteri Merah. Tanpa berkata apa-apa Menteri Merah mengatur langkah keluar dari kamar peraduannya itu. Langkah diatur menuju ke ruangan kerjanya, namun fikirannya ligat memikirkan tentang Gempita. Dia berasa tidak tenang. Gempita mula berkelakuan begitu selepas sahaja dia pulang dari misinya malam yang lepas.

‘Apa yang telah berlaku…atau…apa yang dilihatnya?’ ujar Menteri Merah lagi. Lantas dia teringatkan sesuatu.

‘Putera Arjuna!’ lintas hatinya. Hati Menteri Merah bertambah gundah. Lantas peristiwa hampir setahun dahulu bermain dimindanya.



“Ampun Tuanku Yang Berkuasa Ratu Malika, patik Menteri Merah masuk mengadap.” ucap Menteri Merah sebaik masuk ke dalam Ruangan Utama Iatana Malika di puncak Gunung Silantra. Malika memandang orang keercayaannya itu lalu tersenyum.

“Bagaimana?” soal Malika.

“Seluruh bala tentera Tira Kirana tewas dengan buluh-buluh runcing itu.” Lapor Menteri Merah. Malika tersenyum senang.

“Bagus....ada apa-apa lagi yang kau ingin katakan?” soal Malika.

“Tiada Tuanku.” Ucap Menteri Merah. Malika memandang Menteri Merah tajam. Menteri Merah tertunduk. Dia tahu dia tidak daat berselindung dari Malika.

“Ampun tuanku....patik sebenarnya sudah menyelamatkan salah seoorang dari mereka dan kini dia berada di kurungan.” ucap Menteri Merah gugup.

“Atas sebab apa kau berbuat begitu ?” soal Malika.

“Patik....patik mahu....” menteri merah tergagap-gagap. Bosan menunggu jawapan dari Menteri Merah, Malika lantas bertindak membaca fikirannya. Malika tersenyum selepas mendapat tahu jawapannya.

“Jadi kau lebih memilih lelaki dari perempuan?” soal Malika. Menteri Merah tertunduk. Malu kerana Malika sudah tahu naluri songsangnya, marah kerana Malika membaca fikirannya tanpa kebenaran dan takut kalau-kalau Malika murka dengan tindakkannya.

“Aku tidak peduli apa citarasamu, apa yang aku mahu, jangan sampai dia menjadi ancaman kepadaku.” ucap Malika. Menteri Merah tersenyum lalu mendongak.

“Patik berjanji tuanku, dia tidak akan menjadi ancaman pada tuanku, malah dia kan menjadi orang suruhan yang paling berharga buatmu.” ujar Menteri Merah yakin.



Menteri merah berjalan masuk ke bilik kurungan sebaik pintu tebal bilik itu dibuka oleh pengawal. Menteri Merah menghampiri sebuah hamparan di tengah-tengah ruang. Di atas hamparan kayu itu terbaring seorang lelaki yang terikat di hamparan itu. Lelaki yang tidak berpakaian itu terbaring tidak sedarkan diri. Menteri Merah tersenyum sebelum membelai lembut wajah yang sangat berkelakian lelaki itu. Sesekali dia menampar wajah kacak lelaki itu. Lelaki itu mula sedar. erlahan matanya terbuka. Menteri Merah tersenyum senang.

“aku...aku dimana?” soal lelaki itu.

“ kau dah sedar Taruna?...pahlawan terbilang Tira Kirana..” soal Menteri Merah bernada sinis.

“kau siapa? aku dimana?” soal Taruna lagi.

“Perkenalkan...namaku Merah...Menteri Merah....Orang keercayaan keada Malika.”

“Malika?...maksud kau...aku....”

“Ya...kau kini di dalam Istana Malika. Kau adalah orang tahananku.”

“Mana arajuritku yang lain...kenapa aku tidak dikurung bersama mereka...kenapa aku sendirian disini” soal Taruna lagi. Menteri Merah tersenyum.

“Tiada yang terselamat. Kesemua mereka telah mati. Hanya kau yang masih hidup. Aku yang menyelamatkan kau. Kau sepatutnya berterima kasih kepadaku. Taruna mencerun. Hatinya hancur bila dikhabarkan mengenai kematian para parajuritnya.

“ Kenapa kau selamtkan aku...kenapa kau tidak membiarkan aku mati di medan perang?” Menteri Merah tersenyum dengan soalan Taruna itu. Dia lantas kembali mendekat pada Taruna. Dia lantas menarik sebatang tuas kecil di bawah hamparan kayu itu. Hamparan kayu yang tadinya melintang kini bergerak dan menegak. Taruna yang tadinya terbaring kini berdiri. Namun tubuhnya telanjangnya masih terikat kemas ada hamparan itu. Menteri merah merapat pada Taruna. Wajah tampannya dielus lembut.

“Ada sesuatu yang ku mahukan darimu.” ujar Menteri Merah. Wajahnya begitu hamir dengan wajah Taruna. Belum semat Taruna meronta, Menteri Merah lantas mengucup bibir merah Taruna. Taruna meronta-ronta dalam kucupan Menteri Merah. Tubuh Taruna mula terasa panas. Terasa ada sesuatu yang masuk ketubuhnya dari mulut Menteri Merah. Fikirannya tibatiba jadi kosong. Pandangannya mula kelam. Rontaannya kian lemah. Taruna pitam. Menteri Merah melepaskan kucupan sihirnya dan tersenyum senang melihat Taruna.

“Pengawal!!!” panggil Menteri Merah. Dua orang pengawal yang berjaga di pintu bilik kurungan itu berlari-lari anak masuk.

“ Ya yang Mulia.” ujar dua pengawal itu.

“Bawa tahanan ini ke kamarku.” Ujar Menteri Merah ringkas.

“Baik Yang Mulia.” para pengawal itu lantas membuka ikatan pada tubuh Taruna. Tubuh Taruna yang longlai dipindahkan ke atas pengusung. Lantas dia dibawa terus ke kamar Menteri Merah.



Menteri Merah masuk ke kamarnya. Pintu ditutup rapat. Langkah diatur menuju ke katilnya. Kelihatan Taruna terbaring lesu dikatilnya. Tubuh kekarnya masih bertelanjang. Menteri Merah duduk disebelah Taruna sebelum membelai tubuh lelaki itu. Taruna mula terjaga. Pandangan yang kabur kian cerah. Menteri Merah tersenyum senang.

“Kau dah bangun?” ujar Menteri Merah lembut.

“Siapa kau?...aku dimana?...siapa aku?” Soal Taruna keliru. Menteri Merah tersenyum.

“Nama kau Gempita. Kau adalah kekasihku.” ujar Menteri Merah lembut.







Arjuna, Bayu dan Aduka duduk diam bersembunyi di balik banir balak yang besar. Nafas mereka tercungap-cungap. Darah mereka bergerak laju. Untuk kesekian kalinya mereka di kejar buluh-buluh runcing yang berterbangan.

“Sampai bila kita harus begini? kita harus lakukan sesuatu.” ujar Aduka.

“Malika memang mahu membunuh kita.” ujar Bayu pula.

“Bukan….Malika menginginkanku. Dia tidak akan membunuh kita.”

“Dia menginginkanmu…bukan kita..” ujar Aduka pula. Arjuna berfikir panjang.

‘ya…dia mengingikanku….dia akan berhenti bila dia dapat apa yang dia mahu..’ fikir Arjuna. Arjuna jadi tekad….dia erlu berhentikan serangan dari Malika ini. Dia lantas mahu keluar dari ersembunyian. Namun dia dihalang oleh Bayu.

“Arjuna!!...apa yang kau ingin lakukan?” soal Bayu sambil menggenggam kemas tangan Arjuna. Arjuna merenung wajah Bayu lama.

“Aku yang dia inginkan…..” ujar Arjuna sebelum meleaskan genggaman tangan Bayu.

“Arjuna!!!” teriak Bayu dan Aduka. Arjuna kini berdiri di tengah-tengah hujan buluh runcing itu.

“Malika…aku disini…tangkaplah aku…!!!” ujar Arjuna mencabar.

“Arjuna…jangan!!” tegah Bayu. Belum pun sempat Bayu ingin menarik semula Arjuna, sebatang buluh runcing terbang tepat ke arah Arjuna. Arjuna jadi cemas. Begitu juga dengan Bayu dan Aduka. Arjuna hanya mampu memejamkan mata. Namun hanya beberapa hasta untuk buluh runcing itu sampai ke dada Arjuna, suatu tiuan angina kencang dirasakan datang dari belakang. Bukan sekadar buluh runcing yang itu, malah kesemua buluh-buluh yang lain terbang terpelanting ke belakang. Suasana jadi sunyi seketika. Arjuna kembali membukankan mata. Selepas sedar apa yang berlaku, dia lantas berpaling ke belakang. Bayu dan Aduka juga berbuat begitu. Kelihatan seorang lelaki berpenutup kepala labuh berdiri sambil mendepakan kedua tangan kehadapan seakan angina yang kencang itu datang daripadanya. Bayu dan Aduka lantas mendapatkan Arjuna.

“Siapa kau?!” soal Bayu tegas sambil berwaspada.

“Kau orang Malika?” soal Aduka pula. Lelaki tadi kembali berdiri tegak sebelum dia menurunkan penutup kepala yang labuh sehingga menutup wajahnya itu.

“Janganlah tuan hamba sekalian khawatir, Hamba bukanlah orang-orang Malika.” ujar lelaki itu.

“Jadi…siapakah gerangan tuan hamba?” soal Arjuna pula yang kini mulai tenang sedikit.

“Perkenalkan, Nama hamba Purnama. Hamba merupakan anak didik kepada Sang Pendeta Adipati.” ujar Purnama. Arjuna, Bayu dan Aduka lega apabila nama Pendeta Adipati disebut.

“Bagaimana boleh kami percaya pada kata-kata tuan hamba ini?” soal Arjuna lagi. Purnama hanya tersenyum. Dia lantas membongkok sebelum mengambil segenggam tanah. Genggaman tanah itu diraatkan dimulutnya. Jampi dan mantera dibaca sebelum tanah itu ditabur ke udara. Arjuna, Bayu dan Aduka hanya memerhati. Seketika kemudian Susana jadi sedikit berangin. Tidak kencang dan cukup selesa dirasakan.

“Apa khabar anak-anakku.” kedengaran sebuah suara yang tidak tahu dari mana datangnya.

“Siapa itu?” soal Bayu yang sedikit cemas.

“Jangan takut anak-anak, aku adalah Pendeta Adipati. Aku yang menghantar Purnama untuk menjembut kalian.”

“Tiada apa pada percakapan tuan hamba mahupun lelaki ini yang bisa kami percayai. Hutan ini wilayah kekausaan Malika. Kalian mungkin hanya sebahagian dari helah Malika untuk memerangkap kami.” ujar Arjuna tegas. Kedengaran suara lelaki pertenngahan abad itu ketawa kecil.

“Tiada apa jua kuasanya kami untuk membuat kalian percaya. Terulanglah ada kalian jika tidak mahu percaya. Aku menghantar Purnama kesini untuk menjemput kalian dan mengiringi kalian ke Gunung Guruh dengan selamat. Tapi, jika sukarlah pada pandangan Kalian untuk mempercayainya, silakanlah ke Gunung Guruh Sendirian. Aku masih teta menunggu kehadiran Kalian.” ujar suara itu lagi sebelum lenyap. Angin sepoi-sepoi yang beryiup tadi juga mulai berhenti.

“Bagaimana Arjuna?” Soal Bayu pada Arjuna.

“Aku tidak tahu, Kalian bagaimana?” soal Arjuna Kembali.

“Tidak mengapalah. Kita ikut sahaja Purnama. Kalaulah di pertengahan jalan kita merasakan ada yang tidak kena, kita tinggalkan dia.” cadang Bayu.

“Aku bersetuju dengan Bayu. Lagipula, kita teramat perlukan seseorang yang boleh melakukan sihir sepertinya.” ujar Aduka. Arjuna terdiam dan berfikir seketika. Seketika kemudian dia kembali beraling ada Purnama yang masih sedia menunggu jawapan mereka bertiga.

“Baiklah, hamba beriga akan mengikut tuan hamba. Tai dengan syarat.” ujar Arjuna.

“Katakanlah.” balas Purnama.

“Tuan hamba berjalan dahulu, hamba bertiga menyusul di belakang.” ujar Arjuna. Purnama tersenyum.

“Tiada masalah. Ada syarat lain?”

“Tiada” balas Arjuna.

“Baiklah, kalua begitu, boleh kita bergerak sekarang?” soal Purnama. Arjuna, Bayu dan Aduka mengangguk setuju. Purnama lantas memulakan langkah membawa para tetamu gurunya ini ke Gunung Guruh.





Sepanjang perjalanan mereka ke Gunung Guruh, keadaan tenang. Namun, Arjuna, Bayu dan Aduka masih berwaspada. Setakat ini mereka masih belum menyimpang dari laluan. Itu membuatkan mereka bertiga bertambah tenang.

“aku rasa….si Purnama ini berkata benar.” ujar Aduka memecah keheningan.

“Aku juga berasa begitu.” Arjuna bersetuju. Mereka bertiga kembali memandang ke arah Purnama yang sedikit jauh ke hadapan. Sepanjang perjalanan ini tiada lagi gangguan dari Malika. Namun mereka masih berwaspada. Tiba-tiba Purnama memberhentikan langkah. Arjuna, Bayu dan Aduka turut berbuat begitu.

“Kenapa tuan hamba?” soal Bayu.

“Shhh…” ujar Purnama sambil memberikan isyarat menyuruh mereka senyap. Arjuna, Bayu dan Aduka berwaspada. Pandangan Purnama terarah pada sebatang pohon besar. Arjuna, Bayu dan Aduka turut melihat ke arah itu, namun mereka tidak melihat apa-apa yang mencurigakan. Arjuna, Bayu dan Aduka sedikit cemas. Purnama lantas membaca mantera sebelum sebuah bebola cahaya muncul di telaak tangannya. Bebola cahaya yang asalnya hanya sebesar biji getah itu membesar ke saiz sebiji kelapa. Arjuna, Bayu dan Aduka melihat dengan keterujaan. Purnama lantas melakukan pergerakan seakan membaling bebola cahaya itu. Bebola cahaya itu melantun ke arah salah satu dahan pada pohon besar itu. Lantas bebola cahaya itu seakan terkena sesuatu dan kedengaran sesuatu terjatuh ke dalam semak dari dahan pohon itu.

“Apakah itu?” soal Arjuna. Dalam masa yang sama asap hitam tebal mula muncul dari dalam semak itu. Hanya seketika asap tebal itu mulai hilang.

“Apakah yang berlaku Purnama?” soal Bayu. Purnama lantas berpaling memandang mereka bertiga.

“Janganlah tuan hamba bertiga khawatir. Cuma ada makhluk yang cuba mengganggu.” jawab Purnama tenang.

“Malika?” soal Aduka cuba mendaatkan kepastian samada makhluk itu dihantar oleh Malika.

“Mungkin ya…dan mungkin juga tidak. Mungkin juga ia penghuni yang mendiami hutan ini.” ujar Purnama sambil tersenyum.

“Jadi…apa yang terjadi kepadnya?” soal Arjuna.

“Jangan risau…ia sudah kembali kepada fitrahnya.” jawab Purnama. Arjuna, Bayu dan Aduka hanya mengangguk walaupun mereka masih kurang mengerti apa yang terjadi dan apa yang dimaksudkan oleh Purnama.

“Sudahlah, mari kita teruskan. Gunung Guruh juga semakin hampir.” ajak Purnama. Mereka berempat menyambung semula perjalanan.

Laluan yang mendatar mulai mencuram. Mereka semakin mendaki ke atas. Semakin lama semakin tinggi. Peluh makin menitik. Nafas makin mencungap.

Namun suasana seakan bertukar. Hutan yang kelam semakin terang. Susana suram terasa kian tenang. Jelas seakan menunjukan mereka semakin meninggalkan kawasan kekuasaan Malika.

Seketika kemudian Purnama memberhentikan langkah dan berpaling ke arah Arjuna, Bayu dan Aduka. Purnama tersenyum ke arah mereka.

“Arjuna, Bayu, Aduka….Selamat datang ke Gunung Guruh.” ucap Purnama ceria. Arjuna, Bayu dan Aduka melihat ke hadapan mereka. Kelihatan sebuah lembah dengan sebuah penempatan kecil. Sungguh damai lembah ini. Terukir senyuman di wajah mereka bertiga.

“Kita telah berjaya sampai…” ujar Arjuna sambil tersenyum.







Bersambung….



p/s: Minggu ni Bayu Arjuna dulu.....next week baru sebiru warna langit....be patient k....kita gilir-gilir.

p/s: selamat berpuasa...hehehe



6 comments:

  1. macam dah habis cerita ni writer?hehe.. apapun selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete