Saturday, 10 October 2015

Sebiru Warna Langit (Bahagian 6 - Akhir)



Bahagian Akhir




Aku mengemas sedikit mejaku yang sedikit berselerak. Sudah seminggu berlalu semenjak kematian nenek Ammar. Ammar menolak untuk tinggal dengan sesiapa. Dia memilih untuk tinggal dirumah neneknya itu. Tapi aku dengan rela hati ingin menjadi penjaga Ammar yang rasmi. Hubunganku dengan Ammar kini semakin akrab semula. Kes khabar angin mengenai kami dulupun dah reda. Sedang aku mengemas, aku terjumpa kertas ujian milik Ammar. Aku tersenyum melihat kertas ujiannya itu. Kertas ujian pelajar lain telahpun ku pulangkan semula, Ammar diberi cuti oleh pihak sekolah selama tiga hari, jadi aku tak sempat memulangkan kertas ujian ini kembali padanya. Tiba-tiba aku teringatkan perbualan ku dengan Ammar pagi tadi.

"Ammar...." panggilku. Ammar masinh termenung memandnag ke luar kereta. Sedangkan kereta yang ku pandu ini sudahpun sampai ke destinasinya. Sudah menjadi kebiasaan kini untuk aku menghantar dan membawa Ammar ke sekolah bersamaku.
"Ammar..." panggilku lagi. Ammar tersedar dari lamunanya.
"Kenapa...dari rumah tadi saya tengok kamu mengelamun." soalku.
"Tak ada apalah cikgu....saya...teringatkan mimpi saya sejak dua tiga malam ni." cerita Ammar.
"Mimpi?...mimpi apa?" soalku lagi.
"Saya mimpi.....saya mimpi arwah nenek. Dia pakai telekung putih....lepastu dia panggil saya. Dia ajak saya ikut dia." cerita Ammar. Berderau datahku mendengarkan ceritanya.
"Ammar....mimpi je tu..mainan tidur." ucapku cuba menenangkan dia an diriku sendiri. Ammar hanya tersenyum.
"Cikgu....saya masuk kelas dulu." ucapnya sebelum bersalam denganku. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar. Aku hanya memerhati Ammar melangkah longlai ke kelasnya dari dalam kereta.

"Astaghfirullah al-Azim" aku mengucap panjang sebaik kembali ke alam realiti. Apa yang diceritakan oleh Ammar di dalam kereta pagi tadi masih memenuhi kotak fikiranku. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Rasa seakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

"Nauzubillahu min zalik.." ucapku lagi cuba menenangkan diri.

"Kenapa cikgu?" tegur Cikgu Hanis yang baru sampai ke tempatnya. Aku memandangnya sambil tersenyum.

"eh....tak ada apalah..." dalihku.

"yeke ni?...mengucap panjang tu." soalnya lagi.

"tak ada apa cikgu....cuma...entahlah....hati rasa tak sedap."

"Yeke....istighfar banyak-banyak cikgu. Moga dipermudahkan." balasnya. Aku hanya tersenyum. Aku menyambung mengemas barang-barangku dan mengambil beberapa buah buku rujukanku dan bergerak menuju ke kelas. Kertas Ujian Ammar itu ku simpan semula untuk ku serahkan kembali pada Ammar waktu dikelasnya tengahhari nanti.

Aku mengorak langkah terus ke kelas 3A yang terletak di blok sebelah, bersebelahan dengan kelas Ammar, 3B. Sampai di aras tiga, mataku tertancap pada kelibat Azmir dan Haris. Aku kaget, dengan jelas aku nampak mereka berdua menolak Ammar dari atas tembok koridor. Tubuh kecil Ammar melayang jatuh terus ke tanah. Buku-bukuku terlepas. Aku melihat ke bawah.

“AMMAR!!!” jeritku. Ammar terbaring kaku di atas permukaan tar dengan darah yang mula mengalir keluar dari kepalanya. Aku memandang Azmir dan Haris. Mereka berdua terjelepok ke atas lantai. Kelihatan mereka sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tanpa dapat dikawal, air mataku jatuh sendiri. Aku lantas berlari turun semula ke bawah untuk mendapatkan Ammar. Sesampai di bawah, para pelajar lain sudah mula mengerumuni Ammar, begitu juga beberapa orang guru. Aku lantas mendapatkan Ammar. Perlahan aku memangku kepala Ammar.

“ya Allah, Ammar!!” Ammar kaku. Matanya masih celik dan tegak memandang ke langit biru.

“Masyaallah, Ammar, apa dah jadi ni?! apa mereka dah buat pada kamu?!” soalku dengan mata yang sejak tadi tak segan mengeluarkan mutiaranya.

“Cikgu…mereka tak….tak..bu..buat….apa-apa cik..cikgu..”ujar Ammar dengan suara tersekat-sekat. Darah yang mengalir keluar dari tubuh Ammar makin banyak. Keadaan menjadi semakin kecoh. Guru-guru yang ada disitu cuba menyuraikan para pelajar yang makin banyak berkerumun. Salah seorang dari guru itu menelefon ambulans. Aku menangis teresak-esak. Aku terasa seakan Amamr akan pergi juga meninggalkanku. Ya Allah, selamatkanlah anak ini Ya, Allah.

“Cikgu…”ujar Ammar lagi. Aku memandang wajahnya yang kian pucat.

“boleh tak, saya panggil cikgu, Abang?” soalnya. Air mataku makin laju dengan soalan dari Amar itu. Aku mengangguk. Ammar tersenyum.

“Abang..”panggilnya lagi.

“ya, Ammar.” jawabku sambil mengusap-usap kepalanya.

“Abang, saya….saya minta maaf..…” ujar Ammar lembut. Aku tersentak dengan kata-kata Ammar itu. Masyaallah!! aku benar-benar tak mampu mengaharungi detik ini.

“Ammar..” hanya namanya sahaja yang mampu ku sebut disaat ini. Aku benar-benar takut. Seketika kemudian, Ammar tidak lagi bersuara. Matanya masih celik. Darahku mula berderau.

“Ammar!!!” panggilku.

“Ammar!!!” aku menggoncangkan badannya. Namun tiada sebarang tindak balas. Tubuhnya kaku. Aku terpempan.

“Ammar!!!!!!” laungku sekuat hati.



“Bangun!! Assalamualaikum Cikgu!” ujar ketua tingkatan 3B sebelum diikuti pelajar lain.

“Waalaikummussalam, duduk.” ujarku. Mataku tertancap di tempat Ammar. Meja paling hujung itu bersih hari ni. Tidak seperti selalu, kotor dengan sampah. Seakan terbayang Ammar duduk disitu sambil tersenyum padaku. Aku menjadi sebak. Baru dua hari lepas Ammar pergi buat selamanya. Aku sebenarnya masih bersedih. Buat kali keduanya adik yang ku sayangi pergi meninggalkan ku. Aku lantas cuba melupakan Ammar buat seketika. Aku masih ada tanggungjawab yang kugalas. Masih ramai lagi pelajar yang menanti ilmu dariku. Aku memandang wajah-wajah di dalam kelas itu sekilas. Jelas sekali mereka muram. Kenapa? Mereka terkesankah dengan pemergian Ammar? tapi kenapa? Aku lantas berpaling menghadap papan putih untuk memulakan pembelajaran pada hari itu. Baru beberapa perkataan ku tulis aku terdengar esak tangis dari pelajar-pelajarku. Aku kembali mengalih pandanag kepada mereka.Ya benar, ada antara mereka yang menangis. Kenapa baru sekarang?! Kenapa selepas pemergian Ammar baru mereka mahu menagis untuknya?! sepanjang hayatnya mereka tak pernah pun menganggap Ammar sebahagian dari mereka. Kenapa sekarang?. Aku tak dapat mengawal perasaanku lagi. Aku tak mampu nak teruskan sesi pembelajaran kali ni. Aku lantas mengemas semula barang-barangku. Sedang aku mengemas, aku ternampak sekeping kertas ujian. Jelas tertulis dengan pen merah, 67 markah. Perlahan aku menarik kertas itu. Tertera jelas nama Khairul Ammar bin Rosli. Air mataku lantas menitis. Aku meletakan semula kertas itu bersama-sama dengan buku-bukuku. Lastas aku mengangkat barang-barangku dan keluar dari kelas itu. Aku membiarkan kakiku melangkah. Aku berhenti di sebuah tangga yang sedikit tersorok. Aku duduk di anak-anak tangga itu. Air mataku mengalir laju tanpa dapat ku bendung. Aku benar-bear rindukan Ammar.

“Jangan menangis cikgu, saya tak nak kerana saya, cikgu dapat susah.” Aku tersentak dengan kata-kata itu. Aku lantas menoleh melihat siapa yang mengungkapkan kata-kata itu. Cikgu Hanis tersenyum padaku. Aku lantas bangun dan mengesat mataku.

“Saya yakin, itulah yang akan Ammar cakap kalau dia nampak Cikgu macam ni.” ujar Cikgu Hanis lembut. Aku bungkam. Cikgu Hanis lantas menuruni tangga dan duduk di wakaf yang disediakan oleh pihak sekolah. Aku mengekorinya dan turut duduk di wakaf itu.

“Sudahlah cikgu, dia dah tak ada. Jangan menangis macam ni. Dia mesti sedih nanti.” Cikgu Hanis menenangkanku.

“Saya…saya sayangkan dia cikgu. Saya masih belum boleh terima.” ujarku meluahkan perasaan.

“Saya faham. Cikgu sayangkan dia, saya tahu. Tapi tak baik meratap macam ni.” Aku diam. Ada benarnya kata Cikgu Hanis itu. Aku perlu kuat. Aku tak boleh macam ni.

“Cikgu sendiri tahukan, Ammar tu baik orangnya. Allah nak pelihara dia dari dia buat sebarang dosa. Tulah sebab, Allah ambil dia lebih awal dari kita.” ujar cikgu Hanis lagi. Aku diam. Benar kata Cikgu Hanis itu. Aku kemudian mengeluarkan kertas ujian Ammar dan ku serahkan pada Cikgu Hanis.

“Apa ni?” soal Cikgu Hanis. Cikgu Hanis mengambil kertas itu dan membeleknya.

“Itu kertas ujian Ammar untuk ujian bulanan yang baru lepas ni. Masa ujian bulan lepas, dia hanya dapat 18 markah, tapi untuk yang ni, dia dapat 67 markah.” ujar ku. Cikgu Hanis tersenyum.

“Dulu saya ada cerita pada dia tentang arwah adik lelaki saya tu. dia cakap dia nak jadi pengganti adik saya tu. Saya bagitahu dia, kalau dia boleh dapatkan sekurang-kurangnya 50 markah untuk ujian yang ini, saya akan setuju jadikan dia adik saya.” ceritaku lagi.

“nampaknya dia dah Berjaya.” ujar Cikgu Hanis sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.

“Malangnya, dia tak sempat nak tengok kertas tu. Saya belum sempat lagi nak serahkan kertas tu pada dia. Tapi Alhamdulillah, dia sempat panggil saya ‘abang’ satu panggilan yang dah lama dia nak guna, walaupun cuma sekali.”

“Saya yakin, itu dah lebih dari cukup buat dia cikgu. Ammar tu seorang yang sangat sederhana, sabar dan tenang, macam tu.” ujar Cikgu Hanis sambil menunjuk ke arah langit. Aku melihat ke arah yang ditunjukan oleh Cikgu Hanis.

“Sebiru warna langit tu. Tenang, itulah Ammar. Sangat tenang dan sabar walau apapun yang berlaku pada dia. Dia nampak lemah, tapi sebenarnya dia kuat di dalam. Macam langit. Nampak rapuh, tapi langitlah yang sebenarnya melindugi kita.” ujar Cikgu Hanis lagi. Aku memandang Cikgu Hanis sebelum pandanganku ku alih semula ke arah langit. Aku tersenyum. Entah kenapa, perbualanku dengan cikgu Hanis sudah meringankan sedikit kesedihanku. Ya Allah, tempatkanlah Ammar ditempat orang-orang yang beriman ya Allah. Aku yakin, syurga adalah balasannya.

“oh ya, apa dah jadi dengan Azmir dan Haris?” soal Cikgu Hanis. Aku tersenyum.

“Mereka masih dalam tahanan pihak polis sekarang ni. mereka ada  berjumpa dengan saya masa di balai polis tempoh hari. Mereka dah cerita semuanya. Kata mereka, mereka tak sengaja. Nampaknya macam betul-betul dah menyesal. Pengetua bagitahu haritu, mungkin dalam  minggu depan sebutan kes mereka akan dibuat. Biarlah mahkamah tentukan apa hukuman untuk mereka."

“oh, macam tu, tapi kalaupun mereka terlepas hukuman didunia, hukuman diakhirat itu masih ada. Setiap yang kita buat itu, baik atau buruk, pasti ada balasannya. Cepat atau lambat sahaja membezakan.” tambah Cikgu Hanis. Aku dan Cikgu Hanis tersenyum senang, Aku kembali memandang langit. Seakan terbayang wajah ceria Ammar tersenyum padaku. Ya, Allah, cucurilah rahmat pada rohnya, Amin.




Bersambung....




p/s: yeay...habis dah...hahahha...ada yang menangis tak??...hahha





3 comments:

  1. Sedihnye ending dia. haha. da dpt keje lom annas?? ade cite baru x?? hehe

    ReplyDelete
  2. Okay, sedeh.. akhirnya amar pergi juga.. tq best walaupun sikit.. mcm mana interview okay ker? Semoga dapat keje tu..

    ReplyDelete
  3. Sedihnya berkaca sekejap mata aku

    ReplyDelete