Monday, 26 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 10)







Bahagian 10



Aku duduk bersandar didinding atas katilku. Baru je lepas selesai solat Isyak. Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat jam yang tertera pada skrin telefon ku. Hampir pukul 12 tengah malam. Seharian aku keluar dengan Aniq tadi. Seronok juga keluar dengan budak tu. Lepas makan tadi kitorang terus pusing-pusing mall tu. Aku just window shopping je. Aniq je yang sempat beli baju baru tadi.

"erm...Abang Muaz..dengan Abang Ren..tak ada apa-apa kan?"

Fikiran aku kembali teringat pada soalan Aniq siang tadi. Pelik juga. Kenapa Aniq tanya soalan macam tu? maksud dia apa sebenarnya? Aku dengan Ren?

Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan peristiwa di perpustakaan hari tu. Aku lantas memegang bibirku. Aku teringat balik bila Hazrin tanya aku kenapa aku cium dia malam tu. Aku masih ingat dengan jelas keadaan aku malam tu. Bila dia tanya macam tu, wajah aku jadi merah. Telingaku jadi panas. Aku jadi panik. Aku masih ingat lagi riak wajahnya yang amat sukar aku tafsirkan malam itu. Entah suka? marah? jijik? Seriously aku tak tahu. Aku tak tahu apa nak jawab sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku cium dia hari tu. Itu pertama kali. Pertama kali sepanjang tujuh tahun aku kenal dia. Benda tu lebih pada tindakan riflek yang aku tak data kawal. But...why? Apa yang aku faham, setiap satu tindakan Riflek tu, ada sebab dia. Malam tu, aku tak jawab langsung soalan dia.

Ok, let's think again....apa yang Aniq soal aku siang tadi. Kenapa Aniq boleh tanya soalan yang macam tu? Memang aku rapat dengan Hazrin. Tapi, aku tak rasa yang aku buat sesuatu yang lebih dari seorang kawan dengan dia.

Ok....so...siapa sebenarnya Hazrin pada aku? Kawan?...yeah....kawan....What else?

Ok...to be honest....aku memang pernah ada perasaan pada Hazrin. Masa mula-mula aku kenal dia masa form 1 dulu. Memang aku ada crush pada dia. But....tu kan just puppy love je. Aku tak pernah ambil serius pun pasal perasaan tu. Lama-kelamaan, aku macam dah lupa perasaan tu pada dia.

Tapi....bila difikirkan semula...aku sebenarnya bukan dah lupakan perasaan aku pada dia, tapi sebenarnya, selama ni aku memang cuba untuk lupakan hakikat yang aku ni songsang, suka lelaki. Maksudnya, bukan dia yang aku lupakan, cuma jiwa songsang aku yang aku tak hiraukan.

So...what if aku accept jiwa songsang aku, will I have a feeling for him? entahlah....aku tak ada jawapan untuk itu.

Ok, now....let's talk about Hazrin. Hazrin ni pun satu jugak. Kenapa sekarang ni dia lain sangat. Kenapa dia macam terlebih caring pasal aku sekarang ni. Terlebih manja, terlebih gedik...hahahha...kelakar pulak bila difikirkan. Ke....sebenarnya....aku je yang rasa macam tu, Hazrin sebenarnya tak berubah pun. Dia sama je dari dulu macam tu. Cuma sekarang..aku macam 'terpandang' dia.

Lamunan aku terhenti bila telefon bimbit yang ku genggam berbunyi. Tertera nama Hazrin di skrin. Aku tersenyum. Panjang umur budak ni. Segera panggilan ku jawab dan telefon bimbitku aku halakan ke telinga.

"Hello, Assalamualaikum my dear..." ujar Hazrin dihujung talian. Aku dah tersengeh-sengeh. dah kenapa si Hazrin ni.

"Waalaikumussalam. Kau dah kenapa call tengah-tengah malam ni. Orang nak tidur la."

"Rindu..."

"rindu otak kau....baru petang tadi kau call kot. Mengadalah." balasku. Hazrin dah gelak-gelak dihujung talian. Aku hanya tersenyum mendengar dia ketawa.

"Untunglah...orang tu, pergi date tadi." ujarnya. Aku tersenyum.

"Kesian orang tu jealous." balasku mengusik.

"Pergi mana je tadi."

"Tengok wayang je....pastu gi pusing-pusing mall tu."

"Citer apa?" Aku tersenyum dengan soalan Hazrin.

"Cerita yang kau nak tengok tu la..." usikku.

"Woiiii....kau....dah janjikan nak tengok dengan aku....cam ni la..." Aku dah tergelak-gelak dengar Hazrin merajuk.

"Tak lah...kitorang tengok cerita lain....aku ingat la janji kita."

"nasib baik kau ingat. Kalau tak..."

"Kalau tak apa?"

"Kalau tak....aku cium kau nanti." ujarnya berseleroh. Rasa macam nak tercabut keluar jantung aku ni bila dia cakap pasal cium. Kau jangan selalu sangat bergurau macam ni Ren. Mati muda aku karang.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aku duduk di atas kerusi di meja belajarku di ruang tamu. Aku merenung telefon bimbitku yang berdering. Nama Abang Long tertera pada skrin. Masih berkira-kira mahu diangkat atau tidak. Ini bukan kali pertama. Aku dah tak ingat ini panggilan kali yang ke berapa. Tapi tak satu pun aku jawab. Bukan panggilan dari Abang Long saja. Panggilan dari Kak Long pun aku tak jawab. Aku rasa takut. Sejak aku keluar dari rumah tu dulu, hanya Umi saja yang aku hubungi. Panggilan di telefonku tamat. Aku menekup wajahku dengan tapak tangan dengan siku di meja. Aku menegluh berat.

Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aku nak mengelak dari Abang Long. Tapi aku takut. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan tentang aku. Aku pun tak tahu samada dia tahu atau tidak apa yang terjadi sebenarnya. Aku takut. Aku takut dibuang untuk kali kedua. Ya Allah, apa patut aku buat ni.

"Abang Muaz...." panggil Aniq yang baru keluar dari biliknya. Aku mengangkat kepala dan memandangnya.

"Abang Muaz nak pergi makan tak?" soalnya sambil mendekatiku. Aku menggelengkan kepala.

"Tak kot...abang tak lapar." balasku. Aniq kulihat seakan sedang meneliti wajah kusutku sebelum duduk di kerusinya.

"Abang Muaz okay? nampak kusut je." soalnya.

"Abang okay....tak ada apa-apa." balasku sambil kembali memandang skrin laptop ku. Aku perasan, Aniq masih memandang wajahku.

"Abang....boleh Aniq tanya?" soalnya. Aku jadi gelabah. Apa pulak si Aniq ni. Dia ni kalau tanya soalan mesti yang boleh buat aku tak senang duduk. Aku toleh memandnagnya dan perasan yang dia tersenyum lalu tergelak kecil. Dah gelak pulak...

"Sorry la bang....mesti Abang dah takut dengan Aniq kan sebab Aniq selalu tanya soalan yang pelik-pelik kat abang." ujarnya jujur sebelum tergelak. Aku pandang dia jengkel. Boleh pulak dia gelak. Dah tau soalan tu pelik-pelik, pergi tanya juga kenapa?

"Aniq bukan apa bang....cuma....Aniq rasa yang abang ni banyak pendam perasaan. Tak baik tau pendam perasaan macam ni." Aku pandang dia lagi sebelum melepaskan keluhan.

"Aniq ni....peliklah. Rasanya, abang tak pernah pun cerita apa-apa pada Aniq. Tapi Aniq macam dah tahu banyak sangat tentang abang. Aniq ni .... ada ilmu psikik ke macam mana?"

"Abang marah ke?" soalnya. Aku pandang dia lagi. Riak wajahnya dah bertukar jadi serius. Rasa bersalah pulak. Aku cakap kasar ke tadi?"

"tak la marah.....cuma...kadang-kadang tu macam tak selesa." ujarku berterus terang. Aniq ku lihat tertunduk.

"Aniq bukan apa bang. Bukannya Aniq nak masuk campur hal abang ke apa, cuma....Aniq macam dapat rasa apa yang Abang rasa sekarang ni." aku pandang dia tak lepas. Aniq masih tertunduk dengan sesekali mendongak memandangku.

"Aniq tak la tahu secara detail apa yang jadi kat abang sebenarnya. Tapi...Aniq boleh agak la apa yang jadi." ujar Aniq sambil memandangku.

"Abang tahu tak, dah dekat tiga tahun Aniq tak jumpa dengan family Aniq." cerita Aniq. Aku macam tersentak. Aku pandang dia tepat.

"Last Aniq jumpa family Aniq, masa Aniq form 4. Aniq dulu sekolah Asrama. Masa kat sekolah tu lah Aniq terjebak dalam dunia gay ni. Masa kat sekolah tu, Aniq ada seorang abang angkat. Luqman nama dia. Dia baik sangat dengan Aniq. Dia pun gay jugak. Then..kitorang kapel. Aniq sayang sangat kat dia. Setiap malam, Aniq akan tidur kat bilik dia. Satu hari tu, kitorang kena tangkap....masa kitorang tengah buat....sex." cerita Aniq tanpa berselindung.

"Aniq kena buang sekolah." Ayah marah betul pada Aniq waktu tu. Hari tu jugak dia halau Aniq dari rumah. Tak mengaku Aniq anak dia lagi. Dia haramkan kaki Aniq pijak rumah tu lagi." cerita Aniq tenang. Aku hanya mendengar. Dia sama macam aku. Cuma aku rasa aku lebih bertuah. Aniq dah rasa penderitaan tu semuda itu.

"Habistu....Aniq tinggal kat mana lepastu?" soalku.

"bawah jambatan..." ujar Aniq dengan wajah serius selepas jeda seketika. Terbeliak mata aku.

"seriously?" soalku tak percaya. Persoalanku itu dibalas denngan gelak tawa dari Aniq.

"taklah...Aniq gurau je...Aniq taklah seteruk tu." ujarnya dalam tawa. Aku pandangnya mencerun. Ish... budak ni, main-main!

"Aniq duduk dengan mak cik. Dia saja yang kasihankan Aniq ni."

"Habis tu...Luqman? dia kena buang juga?" soalku ingin tahu.

"Abang Luq just kena gantung saja untuk sebulan sebab dia dah nak SPM."

"So....mana dia sekarang?" soalku.

"Aniq tak tahu, lepas je kejadian tu, Aniq dah terus putus hubungan dengan dia. Aniq tak tahu kat mana dia sekarang, apa dah jadi dengan dia sekarang, Aniq tak tahu." ceritanya sayu.

"Aniq...rindu dia?" soalku ingin tahu. Dari cara Aniq bercerita tadi, aku dapat rasa yang dia memang betul-betul sayang pada orang yang bernama Luqman tu.

"Mestilah Aniq rindu dia. Aniq sayang pada dia. Dia baik sangat. Even masa kami kena tangkap tu pun, dia bersungguh yakinkan warden, pengetua dan parents Aniq yang dia yang paksa Aniq buat semua tu walaupun sebenarnya kami suka sama suka. Dia sungguh-sungguh pertahankan Aniq." cerita Aniq lagi. Aku hanya setia mendengar.

"anyway....back to you. What's your story?" soalnya pula. Aku tenung dia lama. masih berkira-kira patut atau tidak untuk aku cerita tentang aku pada dia.

"Apa yang abang rasa sekarang ni, Aniq dah pernah rasa dulu. Actually....Aniq masih rasa perasaan yang sama sekarang ni." cerita Aniq cuba meyakinkan aku. Aku melepaskan keluhan berat. Rasa macam terbuka pula hati nak cerita apa yang dah jadi pada aku. Betul dia cakap dia. Tak elok pendam semua ni.

"Abang....abang pun kena buang...kena halau macam Aniq. Family abang dah tahu...yang abang ni tak normal." ujarku membuka cerita.

"Yang Aniq tengok abang nangis hari tu?" aku tersenyum hambar dengan soalan Aniq.

"masa Aniq nampak abang nangis kat kampus hari tu....masa tu abang baru lepas call Umi. Abang rindu sangat kat dia. Tu sampai keluar air mata tu." ujarku sebelum tergelak kecil. Macam kelakar pulak bila diingat balik. Aniq turut tergelak sama.

"yang dua hari lepas?" soalnya lagi. Aku mendongak memandangnya sebelum tertunduk kebawah.

"ohh..yang dua hari lepas.." aku lantas teringat semula panggilan telefonku yang disambut oleh Abang Long tempoh hari.

"Selalunya..kalau abang call rumah, Umi yang jawab. Tapi hari tu....."

"ayah abang yang cakap?" duga Aniq.

"Tak...orang lain. Orang yang abang rindu. Orang yang abang sayang." ceritaku. Aniq hanya mengangguk. Entah kenapa Aniq hanya diam dan tak bertanya lagi. Mungkin sebab dia perasan yang riak wajah aku berubah. Apa khabar agaknya Abang Long. Rindu betul pada dia.







Bersambung



Saturday, 17 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 9)







Bahagian 9



Aku memerhati Hazrin mengemas barang-barangnya. Sesekali dia memandang aku. Dia berhenti mengemas dan memandang aku tepat sebelum melepaskan keluhan berat.

"Kau serius tak nak balik sama?" soalnya. Aku dah lost count berapa kali dia tanya soalan ni.

"Serius...kau balik la. Aku okay je." aku pun dah lost count berapa aku jawab soalan Hazrin tu dengan jawapan ni. Hazrin mengeluh lagi sebelum sambung mengemas barangbarangnya.

"habis tu kau tinggal sorang ke?" soalnya lagi. Kini aku ulak mengeluh.

"kau ni nak risau sangat kenapa?" soalku pula. Rasa tension pulak. Dari semalam Hazrin bersungguh-sungguh ajak aku balik kg habiskan cuti mid sem. Bukannya dia tak tahu yang aku dah tak ada rumah nak balik. Kalau aku ikut dia balik kampong pun, aku nak merempat kat mana? Jadi, kenapa perlu aku balik kampung. Faiz baru je bertolak balik Selangor awal pagi tadi. Azril, habis kelas tengah hari semalam lagi dia dah shoot balik Alor Setar. Aniq....entah, dari pagi tadi aku tak nampak Aniq. Dah balik jugak la kot agaknya. Yang tinggal sekarang aku dan Hazrin.

"Kalau macam tu, aku tak payah balik la. Aku stay sini, temankan kau." ujar Hazrin sambil duduk sebelah aku.

"Kau jangan nak mengada, sepupu kau kahwin kot, tak kan kau tak nak balik." Hazrin mencerut.

"Biarlah, bukan adik beradik aku pun, lagipun bukan aku rapat dengan dia pun." balas Hazrin cuba mencari alasan.

"Tak rapat pun, dia tetap family kau. Kalau kau tak balik, apa pulak saudara-mara kau kata nanti." Ujarku pula. Hazrin mengeluh.

"Aku okaylah, janganla risau. Aku ni bukannya budak-budak lagi." ujarku cuba meyakinkan Hazrin. Hazrin menoleh memandang aku.

"tapi....rumah ni ada penunggu tau." ujarnya sambil mengangkat kening. Entah kenapa tiba-tiba bulu roma aku tegak seluruh badan.

"bodohla kau!!!" ujarku sambil menolaknya kuat. Hazrin dah tergelak-gelak. Aku pun turut tersenyum melihat gelagatnya.

"dah..dah...gi gerak cepat. Terlepas train kau nanti." ujarku. Hazrin dengan malasnya mengangkat begnya dan berjalan menuju ke pintu keluar.

"Serius tak nak aku hantar kau pergi stesen keretapi?" soalku lagi sambil Hazrin menyarung kasutnya.

"Tak pelah, aku naik bas je." ujarnya malas. Usai menyarung kasut dia berhenti dan memandang aku lagi.

"Serius kau tak nak balik?" soalnya lagi masih tak berputus asa.

"Astaghfirullah al-Azim...tak habis-habis lagi. Ya!!! serius...dah, pergi balik cepat!!" ujarku geram sambil mengacah-acah menendang dia. Dia mengelak sambil tergelak-gelak.

"Kalau aku rindu kau macam mana?" soalnya lagi. Aku makin pening kepala dengan dia ni. Kau dah kenapa Ren?

"Masyaallah!!! dah kenapa kau ni? dah..dah...pergi balik!!!" aku menghalau Hazrin balik. Hazrin masih gelak tak putus-putus. Suka sangat dia.

"Ok ok...aku balik, jaga diri leklok....Assalamualaikum."

"Waalakumussalam." jawabku sambil bersalam dengannya. Dia tersenyum padaku sebelum berpaling dan mula menuruni tangga. Aku menghantar dia dengan pandangan sehinggalah dia hilang dari pandangan. Aku masuk semula ke dalam dan mengunci pintu. Wajahku masih mengukir senyum teringatkan gelagat Hazrin tadi. Macam-macam budak ni.

Sebaik pintu dikunci aku berpaling memandang sekeliling rumah sewaku yang kini hanya tinggal aku seorang. Sunyi. Aku melepaskan keluhan berat.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Perlahan telefon bimbitku ku angkat ke telinga selepas nombor telefon rumahku ku dail. Hatiku berdebar-debar menanti panggilanku di angkat. Takut-takut kalau Abiku yang menjawab panggilan. Sudah beberapa kali juga aku menelefon ke rumah. Dan setiap kali itu juga aku bernasib baik bila bukan Abiku yang menjawab panggilan telefon.

"Assalamualaikum...Hello.." kedengaran suara seoarang lelaki dihujung talian. Aku jadi cemas. Jantungku bagai berhenti berdegup seketika.

"Assalamualaikum..heloo...?" kedengaran suara garau itu lagi. Aku dah rasa macam nak letak je telefon..tapi....wait....suara tu.

"Hello...siapa tu?" soal lelaki itu lagi. Ini bukan suara Abi. Suara ni...aku kenal suara ni.

"Abang Long." panggilku perlahan. Lelaki dihujung talian itu terdiam. Seakan terkejut. Kenapa Abang Long diam?...dia....dia dah tahu ke? Dah tentulah dia dah tahu. Aku jadi panik.

"Angah?!" suara Abang Long agak terkejut. Aku jadi bungkam. Apa patut aku buat? Secara rifleks aku terus menamatkan panggilan. Aku jadi takut. Macam mana kalau Abang Long pun bencikan aku macam mana Abi benci pada aku. Aku sayang Abang Long. Sebenarnya dia abang ipar aku. Suami pada kakak sulong aku. Dia pun sebenarnya sepupu aku. Anak kepada Pak Long Yusuf, Abang Abi aku. Aku memang rapat dengan dia sejak kecil lagi. Aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. Dia kahwin dengan Kak Long pun atas pilihan keluarga.

Tanpa aku sedar, mataku mula berair. Ya Allah, aku tak patut bersuara tadi. Dah sebulan lebih, dah beberapa kali juga Abang Long call aku, tapi aku tak pernah jawab. Aku tahu dia mesti dah tahu tentang aku. Kak Long tu anak kesayangan Abi. Dah tentu Abi dah cerita semua pada dia. Dah tentu jugak Kak Long akan cerita pada Abang Long. Abang Long dah tahu....dia tentu dah tahu...dia akan benci aku jugak....dia dah tentu akan benci aku..macam mana Abi benci aku...

"Abang Muaz..."lamunanku dikejutkan dengan satu suara di muka pintu. Aku lantas menoleh ke arah suara itu.

"Abang Muaz okay?" soal Aniq dengan riak risau. Aku ibarat baru tersedar..yang...aku menangis sebenarnya. Aku lantas menyeka air mataku.

"Abang....abang...okay....Aniq....Aniq tak balik kampung ke?" solaku sambil masih cuba menghapuskan air mata yang berjuraian tanpa ku sedar. Aniq ku lihat melepaskan keluhan berat sebelum berjalan mendekatiku dan terus duduk disebelahku.

"Aniq tak balik kampung pun, pagi tadi Aniq keluar pergi jogging. Ni baru balik." ujarnya ringkas. Aku hanya mengangguk sebagai riaksi.

"Abang okay tak ni? kenapa abang menangis?" soalnya. Aku jadi buntu, tak kan aku nak cerita pada budak ni pulak.

"Aniq....kenapa tak balik kampung lagi?" soalku cuba mengalih topik.

"Nak tukar topik la tu." ujar Aniq membidas aku. Aku hanya berpaling semula ke depan. Mati kata.

"Aniq tak balik....sebab Aniq tak ada tempat nak balik." ujarnya sayu. Bagus budak ni. Walaupun dia sedar aku cuba lari topik, tapi dia masih jawab soalan-soalan yang aku tanya dia. Aku pandang dia. Dia sama macam aku, dah tak ada tempat untuk balik.

"Aniq tanya abang lagi boleh?" soalnya sopan.

"Apa dia?"

"Dah dua kali dah, Aniq nampak abang nangis. Sama macam di kampus hari tu, hari ni pun, abang menangis lepas buat panggilan telefon. Apa yang jadi sebenarnya? Abang betul-betul okay tak ni?" soalnya panjang lebar. Sweetnya budak ni. Aku meleaskan keluhan berat sebelum mengalih pandangan ke depan. Masih berkira-kira patut atau tidak aku cerita pada dia.

"Okay....tak pe kalau abang tak ready nak cerita." ujar Aniq lagi. Aku menoleh memandangnya.

"Okay, macam ni, Aniq pergi mandi sekejap, abang siap-siap, tukar baju. Pakai baju lawa-lawa hensem-hensem sikit." Aku mengerutkan dahi keliru.

"Untuk apa?" soalku.

"Aniq nak bawak abang keluar."

"Keluar? pergi mana?" soalku lagi.

"Mana-mana lah....wayang ke, boling ke...mana-mana lah." ujarnya lagi.

"Ish...tak nak la." aku menolak. Aku memang tengah tak ada mood nak keluar ke mana-mana pun sekarang ni.

"Tak kira. Kita keluar juga. Aniq nak pergi mandi dulu. Kalau lepas Aniq siap mandi, Abang masih belum tukar baju, Aniq akan tukarkan baju abang sendiri." ujarnya mengugut sambil mengangkat kening nakal. Ish budak ni, pandai mengugut pulak sekarang.

"dah..dah..cepat siap!!" arahnya sebelum dia keluar dari bilikku. Macam-macam la budak ni.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Aku memandang skrin telefonku yang berbunyi-bunyi minta diangkat. Aku tersenyum memandang nama yang tertera ada skrin.

"Hello..." ujarku.

"Hello Sayang..." kedengaran suara Hazrin dihujung talian. Aku tersengih mendengarkan panggilannya itu. Dah kenapa kau ni nak besayang-sayang bagai.

"Assalamualaikum." ujarku memberi salam menyindir. Kedengaran Hazrin ketawa dihujung talian.

"Waalaikumussalam." jawabnya.

"Kau dah sampai ke?" soalku pula.

"Dah...baru je sampai ni. Sampai-samapai terus teringat kat kau. Aku call la terus." auuuu....swetnya....hahahha

"Mengadalah kau....dulu-dulu tak pernah pun."

"Yelah, dulu kau balik dengan aku sekali. Baru sekarang aku balik sorang." balasnya. Aku rasa macam terharu pulak.

"So....kau okay ke sorang – sorang ni?" soalnya.

"Aku okaylah...lagipun aku bukan sorang. Aniq ada."

"Aniq?...dia tak balik kampung ke?"

"Tak...dia tak balik."

"kenapa...?"

"mungkin..sebab yang sama kenapa aku tak balik."

"owh...I see."

"eh...kau kat mana ni bunyi bising-bising?" soal Hazrin lagi.

"Aku kat luar ni, keluar dengan Aniq."

"Ohh...dating...."

"jealous ke?"

"Jealous la..." balas Hazrin pula. Aku ketawa. Kelakar Hazrin ni. Dah pandai nak jealous-jealous pulak. Pandangan mataku teralih pula pada Aniq yang mendekatiku dengan sedulang makanan yang baru dibelinya. Dia meletakan dua pinggan Chicken Chop ke atas meja sebelum duduk dihadapanku.

"Okay la wei...aku nak makan jap." balasku pada Hazrin.

"Ok...take care." balasnya dihujung talian.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." balasku sebelum menamatkan panggilan.

"Siapa?" soal Aniq.

"Ren." balasku ringkas. Aniq mengangguk faham.

"Abang dengan Abang Ren tu rapat betul kan." soalnya tiba-tiba.

"ha...kitorang kawan lama dah. Sejak sekolah menengah lagi." balasku sambil menarik sepinggan Chicken Chop mendekatiku. Tadi Aniq heret aku keluar jugak dari rumah walaupun sebenarnya aku malas sangat nak keluar. Dia bawak aku pergi tengok wayang. Habis tengok wayang tadi kami terus ke food court ni.

"erm...Abang Muaz..dengan Abang Ren..tak ada apa-apa kan?" soal Aniq tiba-tiba yang membuatkan aku tersedak.

"maksudnya?" soalku pula. Hish budak Aniq ni, suka buat aku suspen.







Bersambung.....




Selamat membaca....vote n komen ya....hehehhe

Monday, 12 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 8)








Bahagian 8






Mataku melilau ke sekeliling tingkat dua perpustakaan. Mataku mencari kelibat seseorang. Aku mencari Hazrin. Aku tahu dia disini, sebab memang dia biasanya disini waktu-waktu macam ni. Aku tersenyum selepas kelibatnya berjaya kucari. Perlahan aku mengatur langkah menghampirinya. Kerusi disebelahnya aku tarik perlahan dan duduk disitu. Dia memandangku sekilas sebelum kembali menumpu perhatian pada buku yang sedang ditelaahnya. Aku hanya diam dan memerhatikannya. Dia tidak mengendahkanku. Aku membuka zip begku. Aku keluarkan sesuatu dari begku dan aku letak betul-betul dihadapannya. Dia memandang bungkusan kecil itu seketika sebelum kembali mentelaah bukunya. Aku tersenyum kecil. Ohh..tak layan. Aku keluarkan satu lagi bungkusan yang sama dan aku letak juga dihadapannya. Dia pandang bungkusan itu lagi. Kini lebih lama. Aku tersenyum. Mungkin imannya masih kuat, dia kembali mentelaah bukunya tidak mengendahkan dua bungkusan kecil di hadapannya. Bukan apa pun, cuma gula-gula. Gula-gula asam boi yang memang menjadi kegemarannya. Hazrin suka sangat dengan gula-gula ni. Sebab tu aku bersusah payah pergi cari benda ni tadi semata-mata nak pujuk bestfreind aku seorang ni.

Aku keluarkan lagi gula-gula yang sama. Kini lebih banyak. Aku lambakkan di depannya. Aku perasan ada mata-mata yang mula pelik dengan tindakanku. Ahh..peduli apa. Apa yang aku tahu, Hazrin tak akan dapat resist godaan gula-gula ni. Hazrin melepaskan keluhan. Dia seakan menjilat bibirnya. Aku cuba menahan tawa. Comel betul dia buat macam tu. Dia menoleh memandang aku. Aku tersenyum manis padanya.

"kau nak pujuk aku dengan benda ni, tak kan berjaya tau." ujarnya. Aku tersenyum lagi.

"Kau jangan nak tipu la...aku kenal kau. Aku kenal sangat kau." ujarku sambil tersengeh. Dia pandangku mencerun. Aku tersengeh lagi. Dia lepaskan keluhan berat. Dia pandang gula-gula asam boi itu lagi sebelum kononnya kembali mentelaah bukunya tadi.

"betul kau tak nak ni?" soalku. Dia hanya daiam tak menjawab.

"betul ni?" soalku lagi. Dia diam lagi. Kini aku pulak yang mengeluh.

"Ok fine....aku ambik balik." Ujarku sambil mengutip semula selambak gula-gula asam boi di depannya itu.








"Nanti..!!" ujarnya sambil menangkap tanganku supaya berhenti mengutip. Aku tersenyum menang. Aku kenal sangat kau ni Ren. Dia melepaskan keluhan berat. Dia pula yang kini mengeutip setiap satu gula-gula asam boi itu termasuk yang sempat ku ambil kembali tadi. Aku dah mula nak tergelak. Serius Ren..serius kau comel. Ok...enough...back to the point.

"Ren...aku minta maaf." ujarku separuh merayu. Dia pandang wajahku.

"Aku tak patut ragui kau. Aku tahu kau akan jaga rahsia aku. Aku minta maaf, aku...aku mengaku aku salah. Aku minta maaf." aku merayu sambil buat muka paling kesian yang aku boleh buat. Dia melepaskan keluhan lagi.

"Ok...aku maafkan." ujarnya. Aku lantas tersenyum. Senang je nak pujuk si Ren ni.

"Thank you Ren...sayang kau." ujarku gembira. Entah apa yang merasuk aku waktu tu, dengan spontan aku mencium pipinya. Dia kaget. Aku pun kaget. Matanya membulat memandangku sambil tangannya memegang pipi yang baru aku cium tadi. Ya Allah..aku buat apa ni?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dari luar rumah lagi aku dah tercium bau yang sedap dari dalam rumah. Pantas aku membuka pintu rumah. Hazren membontotiku dari belakang.

"Assalamualaikum." aku memberi salam. Sebaik pintu dibuka bau sedap bertambah kuat.

"Waalaikumussalam."Kedengaran suara dari dapur.

"Sedapnya bau." ujarku sambil meletakkan topi keldar di tepi pintu. Belum pun stokinku ku buka aku terus menuju ke dapur. Kelihatan Aniq sedang berdiri di depan dapur sambil memegang sudip. Aku mendekatinya.

"Masak apa?" soalku sambil berdiri disebelahnya. Aniq menoleh memandangku sambil tersenyum.

"Pasta." katanya. Macam nak meleleh dah air liur aku cium bau kuah pasta yang dia buat.

"Abang Muaz pergilah depan dulu. Dah siap nanti Aniq panggil. Abang Ren mana?" soalnya.

"Ada tu kat depan." ujarku. Aniq ku lihat macam mengintai sedikit ke ruang tamu sebelum kembali memandangku.

"Dia marah abang lagi ke?" soalnya. Kini suaranya perlahan seperti berbisik. Aku tersenyum dengan soalannya sebelum menggeleng perlahan. Dia turut tersenyum. Menampak kan lesung pipit di pipi kanannnya. Ok...aku baru perasan dia ada lesung pipit. Lama-lama aku tengok si Aniq ni, muka macam penyanyi lagu Ku Rela Dibenci tu pun ada.

"Ren tu kacang je....senang je nak pujuk." ujarku berlagak...hahahha. Aniq ketawa.

"Ehem...ehem.." kedengaran suara orang berdehem. Aku dan Aniq serentak menoleh ke belakang. Kelihatan Hazrin berdiri di pintu dapur.

"Mengumpat aku le tu." ujarnya. Aku dan Aniq tergelak kecil.

"Welcome back Abang Ren." ujar Aniq ceria. Hazrin hanya mengangguk perlahan. Wajahnya tiba-tiba merona merah. Malu agaknya. Aku tergelak melihat riaksinya.

"Apa pasal muka kau merah. Malu le tu?" usikku. Aniq dan aku berderai tawa.

"Malaslah layan korang ni." ujar Hazrin sebelum kembali ke ruang tamu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku keluar dari bilik dan nampak Aniq sedang sibuk menghidang pastanya di meja makan. Baunya jangan cakap lah. Memang dari tadi lagi buat perut aku ni berkeroncong.

"Siap dah Niq?" soalku sambil terus duduk di meja makan.

"Dah...dah..." balas Aniq sebelum kembali ke dapur. Faiz pula berganti dengannya membawa kuah pasta ke meja makan.

"Sedapnya bau....ni mesti sedap ni." ujarku memuji. Hazrin pula datang menyertaiku di meja makan.

"Mestilah sedap..aku yang masak." ujar Faiz tiba-tiba. Aku dan Hazrin memandangnya jengkel.

"Tolong sikit...aku nampak budak Aniq tu yang tong tang tong tang kat dapur sensorang." ujar Hazrin selamba. Faiz hanya tersengeh apabila cubaannya meraih kredit percuma tidak menjadi. Faiz duduk di sebelah Hazrin. Aniq kembali ke meja makan dengan beberapa pinggan kosong bersama sudu dan garpu. Aniq duduk disebelajku sambil mula mengagihkan pingganpinggan kosong.

"Hoi....makan tak tunggu aku!!!" Azril muncul sebaik pintu dibuka kasar. Kami berempat berpaling memandangnya.

"Waalakumussalam." ujar Faiz menyindir. Azril tersengeh macam kerang busuk. Dia lantas menanggalkan topi keledarnya dan diletakkan di tempat biasa.

"masak apa? siapa masak?..huih..sedapnya bau..." ujar Azril sambil mendekati meja makan. Dia dengan naturalnya terus duduk antara Faiz dan Aniq.

"Pasta." jawab Aniq ringkas.

"dah...dah....siapa nak baca doa?" soal Faiz. Walauun Faiz tak sebut nama aku pun dalam soalan dia, tapi dia pandang straight pada aku. Bukan dia seoarang actually, semua duk pandang kat aku sekarang ni. Ok fine...aku anak ustaz....so memang automatically aku yang akan jadi ustaz. Aku mengeluh sebelum terus menadah tangan berdoa.

"Al-fa..."

"Kejap.." Aniq memintas. Masing-masing memandang dia.

"Erm....boleh Aniq cakap sikit." soalnya sopan.

"Apa dia?" soal Faiz.

"Actually....Aniq masak hari ni sebab.......ada dua sebab sebanrnya." Aniq bercerita. Masing-masing hanya diam mendengar.

"Firstly sebab...Aniq nak ucap terima kasih dekat abang-abang semua sebab boleh terima Aniq dalam rumah ni."

"ohh....pasal tu....tak pe. Kitorang ok je." balas Faiz.

"Ok...sebab kedua?" soal Azril pula.

"Sebab kedua, sebab...Aniq nak minta maaf dengan Abang Ren dan Abang Muaz." ujar Aniq tak berselindung. Aku dan Hazrin berpandangan sesama sendiri. Faiz dan Azril memandang kami berdua sebelum kembali memandang Aniq.

"Aniq tau....somehow, I am the reason why Abang Ren keluar dari rumah malam semalam. I'm sorry. I really am sorry." ujar Aniq. Aku dan Hazrin berpandangan lagi.

"erm?....apa yang jadi sebenarnya? Hazrin keluar rumah?" soal Faiz keliru. Kini pandangan kami berempat beralih pula pada Faiz. Oh ya....lupa, malam tadi Faiz tak ada. So...dia memang tak tahu apa-apa pun. Rasa bersalah pulak pada dia. Dia aku tengok terpinga-pinga keliru.

"ok...dah, aku tak kesah apa jadi malam tu, Ren pun balik dah, tu dah dok sebelah Muaz tu okay dah la tu kot. Tak gaduh dah kan?" soal Azril sambil memandang kami berdua. Kami berdua menggeleng sambil tersengeh segan.

"Wait...wait...apa yang jadi semalam? pasal apa aku tak tau apa-apa?" soal Faiz yang masih keliru.

"dah lah...hang tak payah nak tau. La ni...aku lapaq dah...boleh aku makan?" soal Azril. Kami semua terlerai tawa. Memang nampak muka lapar si Azril ni.

"dah..dah..cepat...baca doa." arah Hazrin. Aku lantas mengangkat tangan dan mula berdoa. Faiz turut sama mengangkat tangan walaupun wajahnya masih nampak tak puas hati. Usai membaca doa makan, masing-masing mula mencedok pasta ke dalam pinggan. Aku tergelak kecil tengok riaksi Faiz. Kelakar sungguh kau ni Faiz.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku membuka browser internet di laptopku dan mula mencari artikel-artikel yang boleh aku gunakan untuk tugasan yang baru aku dapat siang tadi. Tugasan-tugasan dah mula menimbun. Naik runsing pun ada.

Seketika kemudian pintu bilikku yang memang terbuka sedikit tadi dikuak dan dibuka luas. Kelihatan Hazrin masuk dan dengan naturalnya terus duduk disebelahku yang sedang duduk bersandar didinding di atas katilku.

"Buat pe?" soalnya.

"cari bahan....untuk assignment Miss Chew." jawabku malas-malas. Dia hanya mengangguk faham. Aku memandangnya sekilas.

"Kau tak buat ke?" soalku pula.

"hmm??...aku..aku tunggu ko buat, nanti boleh la aku tiru." ujarnya selamba. Aku pandangnya jelek. Senangnya hidup budak ni.

"Helok la tu." ujarku sinis. Hazrin tergelak.

"Jap gi aku buat la. Nak relaks-relaks dulu. Perut tengah penuh." ujarnya sambil mengusap perut. Dah macam apa je aku tengok. But...pasta yang Aniq masak tadi memang superb. Tak habis-habis kitorang puji dia tadi. Naik jealous si Faiz..hahah.

"Muaz.." panggil Hazrin selepas jeda seketika.

"hmm..." balasku malas-malas sambil masih menumpu perhatian pada artikal-artikal yang aku jumpa di laptopku.

"Kenapa kau cium aku siang tadi?" soal Hazrin tiba-tiba. Jantung aku macam berhenti tiba-tiba. Tiba-tiba dunia macam jadi sunyi. Ya tuhan....kenapa pulak si Hazrin ni cakap pasal ni pulak.







Bersambung......




p/s: aku pun sebenarnya suka gula-gula tu....uhuhuhuhu

p/s: scene masak n makan pasta tu actually sama macam yang aku n budak2 rumah aku pernah buat dulu masa tengah buat degree...hehehe..miss those day....

p/s: anyway....happy reading...



Wednesday, 7 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 7)






Bahagian 7




Aku jadi kaku, terkedu, terkesima. Aku jadi tak tahu macam mana nak respon. Otak aku tiba-tiba kosong, blank, empty. Tiba-tiba sel-sel otak tidak berhubung. Masih otak aku dengan sedaya upaya memproses, kedengaran bunyi pintu rumah dibuka.

"Assalamualaikum." Kedengaran suara Azril memberi salam. Azril masuk ke dalam rumah disusuli dengan Hazrin di belakang.

"Waalaikumussalam." jawab aku dan Aniq serentak. Aku lantas berasa lega. Nasib baik budak dua ekor ni balik.

"Nah...nasi goreng kampung." Hazrin meletakan sebungkus nasi goreng atas meja aku.

"Terima kasih." ujarku. Dia pandang muka aku yang cemas.

"Kau kenapa?" soalnya.

"ha?...tak....okay....tak ada apa." balasku sambil memandag Aniq sekilas. Dia ku lihat rilex je. Siap senyum-senyum lagi. Tak guna punya Aniq. Aku pandang balik Hazrin. Wait...wait...macam mana Aniq boleh tahu?...Hazrin seorang je yang tahu aku ni gay...macam mana Aniq...wait....Hazrin bagitahu ke? Aku pandang Hazrin mencerun. Dia buat muka pelik dekat aku.

"kau dah kenapa doh?" soalnya lagi. Azril dan Aniq pandang kami. Hati aku jadi panas. Tiba-tiba aku jadi marah. Sampai hati kau Ren. Memang tak ada orang lain dah. Macam ni kau buat aku!! Aku lantas menutup buku dan masuk ke dalam bilik. Hazrin, Azril dan Aniq terpinga-pinga tidak mengerti.

Aku masuk ke dalam bilik dan terus humbankan badan atas katil. Kecewa sungguh aku rasa. Dia dah janji nak rahsiakan. Tapi kenapa dia cerita pada orang. Seketika kemudian Hazrin masuk ke dalam bilik. Pintu bilik di tutup. Dia lantas duduk disebelah aku.

"Kenapa ni?" soalnya. Aku pandang dia benci.

"kau marah aku ke? tapi kenapa? aku dah beli dah makanan yang kau nak. Nasi goreng kampung denggan telur mata kerbau. Ada yang tak betul ke?"

"bukan pasal nasi goreng tu." balasku.

"dah tu?" soal Hazrin lagi masih berlembut.

"Aniq dah tahu pasal aku." ujarku berterus terang.

"Dah tahu pasal kau?" soal Hazrin keliru. Aku tarik nafas pendek. Geram.

"Dia dah tahu gay." ujarku marah. Tapi masih perlahan. Takut kalau Azril dengar. Hazrin buat muka terkejut. Pandai sungguh kau berlakon.

"Dia tahu?...macam mana dia.." Hazrin berhenti bercakap bila dia pandang aku yang tengah marah pada dia.

"wait...sekarang ni kau nak kata aku yang bagitahu dia?" soal Hazrin. Wajahnya berkerut.

"Habistu...siapa lagi. Kau sorang je yang tahu. Aku percayakan kau Ren. Tapi mcam ni kau buat kat aku!!" ujarku kecewa. Hazrin masih memandangku tepat. Riak wajahnya sukar aku tafsirkan.

"Aku ingatkan kau percaya aku." ujarnya bernada kecewa.

"memang aku percaya kau, tapi kau dah khianati kepercayaan aku.!!"

"Aku tak cerita apa-apa pada dia!" tegas Hazrin. Kini dia tidak lagi mengawal suaranya.

"Then who else?" balasku pula. Juga tidak lagi mengawal suaraku. Hazrin ku lihat memandangku tepat sebelum dia menggelengkan kepala perlahan.

"tak sangka...lepas apa yang dah berlaku, macam tu je kepercayaan kau dekat aku rupanya." ujarnya lagi. Dia lantas terus keluar dari bilik.

"Ren...hang nak pi mana pulak malam-malam ni?" kedengaran suara Azril dari ruang tamu. Hazrin tidak menjawab. dia terus keluar dari rumah. Aku masih duduk diam di atas katil Tiba-tiba aku rasa bersalah. Kenapa tiba-tiba aku rasa macam ni?

"pasaipa? hampa dua gaduh ka?" soal Azril padaku dari muka pintu bilik. Aku hanya tertunduk tidak menjawab. Betulke Hazrin yang bagitahu?




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




"Kau!! jangan balik lagi kerumah ni. Mulai hari ni, aku haramkan kau pijakkan kaki kau kat rumah ni lagi. Pergi!!"

Aku lantas terjaga dari tidur. Darahku bergerak laju. Badan basah bermandi eluh dingin. Aku bangun dan duduk di birai katil. Aku erhati ruangan bilik yang gela.

"Astaghfirullah alAzim." aku beristighfar sambil meraup wajahku cuba menenangkan diri. Sesekali aku melirik ke arah katil Hazrin. Kosong...kosong...eh..ternyani lak. Mana pulak si Ren ni?. Aku mencapai telefon bimbitku untuk melihat waktu. Pukul 3.30 pagi. Ren tak balik lagi ke? Kat depan kot. Aku melangkah kaki menuju ke ruang tamu. Segenap ruang ku tilik. Tak ada sesiapa. Mana pulak Hazrin ni. Timbul pulak rasa sesal. Seketika kemudian aku dikejutkan dengan bunyi pintu bilik Faiz terbuka, aku menoleh. Kelihatan Aniq keluar dari bilik itu.

"Abang Muaz...tak tidur lagi ke?" soalnya.

"Tak lah...tidur dah...abang terjaga." Jawabku. Lantas peristiwa tadi bermain difikiranku.

"You know..abang pun boleh out of the closet jugak. You also gay right?"

"Abang Ren tak balik lagi ke?" soal Aniq. Aku tersedar dari lamunan.

"Ha?...haaa....dia tak balik lagi." balasku pula. Aniq kelihatan seakan serba salah. Aniq lantas menutup semula pintu bilik yang dikongsinya dengan Faiz. Asalnya bilik itu dikongsi Faiz dan Azril. Tapi lepas Aniq masuk, Azril berpindah ke bilik yang asalnya kami gunakan sebagai bilik solat.

"Abang...sini kejap." ujar Aniq sambil menarik tanganku menuju ke luar rumah. Aku hanya macam orang bodoh mengikut sahaja dia. Kami menuju ke tangga dan duduk disitu. Aku duduk disebelahnya dan menanti apa yang bakal diperkatakan oleh Aniq.

"Abang...Aniq minta maaf."

"Minta maaf?"

"Aniq tahu...Abang gaduh dengan Abang Ren tadi kan....sebab Aniq." ujarnya. Aku jadi tak senang duduk. Macam aku kata sebelum ni. Budak ni memang suka buat aku suspen.

"Actually....I heard what you guys said earlier, in your room." ujar Aniq serba salah. Aku pandangnya mencerun.

"I'm sorry...bukan Aniq nak curi dengar. Aniq just nak make sure you guys okay, because Abang Muaz berubah lepas apa yang Aniq cakap dekat Abang." ceritanya. Aku menarik nafas panjang cuba menenangkan diri.

"Abang Ren tak pernah cerita apa-apa pada Aniq. Dia cakap betul. Dia memang simpan rahsia abang betul-betul." ujar Aniq lagi cuba menenangkan aku. But...

"Then....macam mana Aniq boleh tahu?" soalku pula. Aniq tersengeh sikit.

"Jadi betul la kan..Abang pun Gay." soalnya pula. Ish...budak ni...aku luku jugak karang. Aku berpaling memandang depan. Cuba mengelak dari menjawab soalannya walaupun aku tahu aku dah tak boleh tipu dia lagi. Pandai budak ni trap aku.

"Abang mesti pernah dengar kan 'term' 'Gaydar'?" soalnya. Aku memandangnya sekilas sebelum mengangguk kecil.

"Aniq tak tahu samada ini anugerah atau apa, but...my gaydar is quite strong. Aniq boleh tahu someone tu gay atau tidak just by looking at them. And for you, the moment I see you the first day I came to this house, I immediately know...you are gay, like me." cerita Aniq panjang lebar. Aku macam terkedu sekejap. Aku tahu pasal gaydar tu. In fact, aku pun pernah rasa juga macam tu, but aku tak pernahlah begitu pasti yang orang yang aku syak gay tu...actually gay. I can say, Aniq is quite impressive.

"So...memang..Ren memang tak pernah cerita apa-apa pada Aniq?" soalku.

"Aniq berani sumpah, Abang Ren tak pernah cerita apa-apa pada Aniq." ujar Aniq bersungguh sambil mengangkat tangan kanannya bersumpah. Aku melepaskan keluhan berat sambil meraup wajahku menyesal. Apa aku dah buat ni..Ren...sorry....aku tak patut curiga dengan kau. Aniq menepuk bahuku lembut.

"Jangan risau la bang. Mungkin Abang Ren tidur di rumah kawan-kawan dia." ujar Aniq cuba menenangkanku. Aku menoleh memandang wajahnya. Sweet jugak budak ni. Dah la cute. Geram aku.

"hmmm...mungkin." balasku pula.

"Bang...Aniq masuk dulu. Nak sambung tidur. Mengantuk ni." ujarnya sedikit bergurau. Aku tergelak kecil.

"Okay..." balasku. Aniq bangun dan mula berjalan masuk semula ke dalam rumah.

"Aniq.." panggilku. Aniq menoleh memandangku.

"Aniq jangan cerita pada sesiapa ya...pasal Abang." ujarku tidak lagi berselindung. Aniq mengukir senyuman manis.

"Janji." ujarnya sambil sekali lagi mengangkat tangan bersumpah. Aku tersenyum memandangnya. Aniq membalas senyumanku sebelum kembali menyambung langkah masuk ke dalam rumah. Aku mengalih pandangan ke hadapan semula. Aku melepaskan satu lagi keluhan berat sambil sekali lagi meraup wajahku. Kau bodoh Muaz. Nampak sangat kau memang tak percayakan Hazrin. Hazrin tu dah banyak tolong kau. Tapi macam tu kau buat dia. Kau kena minta maaf dengan dia. Jangan sampai kau hilang dia sebagai kawan. Kau rugi kalau kau hilang dia. Mana agaknya si Ren ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku memandang ke depan bila pintu bilik kuliah ini dibuka. Hazrin masuk. Sempat pandangan mata kami berpaut seketika. Aku lihat dia. Pakaiannya kemas, tak macam masa dia keluar rumah malam tadi. Kelas pertama pukul lapan pagi tadi dia tak ada. Mungkin dia balik rumah dulu pagi tadi untuk bersiap.

"Hazrin, why you're late?" soal Encik Loh, pensyarah subjek Bahasa Inggeris kami.

"I'm Sorry sir, I overslept." ujarnya.

"It's okay, sit down." ujar Encik Loh sebelum sambung menerangkan notanya di papan putih. Hazrin datang mendekatiku. Tempat disebelahku kosong. Memang selalunya dia yang duduk disitu. Pandangan kami bertaut lagi. Aku ingat dia akan duduk disebelahku seperti biasa, tapi tidak, dia terus ke barisan paling belakang dan duduk disitu. Aku hanya memandang dia. Dia marah lagi denganku. Aku pandang wajahnya yang masam. Comel pulak dia buat muka marah + merajuk macam tu. Entah kenapa tiba-tiba aku ketawa kecil. Serius kau comel Ren. Rasa macam nak snap gambar dan tunjuk kat dia nanti..hahahha.




Bersambung.....










Hai guys.....teruskan menyokong.....sorry macam pendek sikit chapter yang ni..ehhehe

Komen banyak2 ya....

Friday, 25 November 2016

My BFF My Love (Bahagian 6)






Bahagian 6






Aku merenung telefon bimbitku lama. Masih teragak-agak. Patut atau tidak aku buat panggilan. Sesekali aku melirik pada jam tanganku. Jam menunjukan jam 11.00 pagi. Waktu begini Ustaz Meor dah pasti berada di sekolah. Umi ada di rumah ke? macam mana kalau tiba-tiba Ustaz Meor yang jawab?

Aku menarik nafas dalam. Aku tekad. Aku kena call Umi. Nombor telefon rumahku ku dail. Sekali lagi nafas ku tarik dalam sebelum butang memanggil aku tekan. Dengan rasa berdebar, aku meletakan telefon bimbitku ke telinga. Kedengaran nada memanggil dihujung talian. Aku jadi makin gementar.

"Hello, assalamualaikum.." kedengaran suara seorang wanita dihujung talian. Aku jadi sebak. Betapa aku rindu dengan suara itu. Lembut suaranya. Air mataku mula menitis.

"Hello, assalamualaikum.." sekali lagi umi memberi salam apabila aku hanya membisu.

"Waalaikumussalam." jawabku. Umi diam, sebelum terdengar esak tangis darinya.

"Angah...?" soalnya dalam tangisan. Aku juga menitiskan air mata lagi.

"Ya Umi.."

"Alhamdulillah...Ya Allah, angah dimana? Angah sihat ke?" soal Umi mengambil berat.

"Alhamdulillah Umi, angah sihat, angah di Pulau Pinang." balasku.

"Alhamdulillah...." Umi mengucap syukur.

"Umi Sihat?" soalku pula.

"Umi sihat, Alhamdulillah. Umi sihat. Umi cuma rindu dengan anak teruna Umi ni." ucapnya. Aku menguntum senyum.

"Angah pun rindu sangat dekat Umi." ujarku pula. Aku jadi semakin sebak. Umi hanya terdiam dihujung talian. Hanya esak tangisnya yang kedengaran.

"Umi..." panggilku lembut.

"Umi...Angah minta maaf pada Umi, angah tak boleh jadi anak yang Umi boleh banggakan. Angah dah buat Umi dengan Abi malu. Umi maafkan angah."

"Umi maafkan. Angah tetap anak Umi. Umi sayang angah."

"terima kasih Umi...terima kasih."

"Angah nanti rajin-rajin telefon Umi ya..." pesan Umi.

"Insyaallah Umi, Angah akan call selalu." balasku.

"Umi, Angah nak kena masuk kelas ni. Nanti Angah call Umi lagi ye."

"Yelah, angah belajar elok-elok. Jangan lupa solat."sempat Umi berpesan.

"Ye Umi. Angah ingat pesan Umi...Assalamualaikum Umi."

"Waalakumussalam." Umi menjawab salam sebelum panggilan dimatikan. Ya Allah, leganya rasa. Rindu benar aku apda Umi.

"Abang Muaz.." kedengaran satu suara memanggilku. Aku berpaling kearah suara itu. Keliahatan Aniq sedang berdiri disebelahku dengan wajah yang macam kerisauan. Aku lantas mengalih pandang ke arah lain dan menyeka air mata di mataku.

"Abang Muaz kenapa ni? Abang Muaz okey ke?" soalnya cemas. Dah kenapa pulak budak Aniq ni boleh ada dekat sini. Spoil betul. Boleh pulak dia nampak aku tengah menangis. Hilang Macho aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku masuk ke kelas dan kelihatan semua classmate sudah ada dalam kelas. Namun pensyarah masih tak ada. Mata-mata di dalam kelas memandangku seketika sebelum masing-masing kembali membuat hal masing-masing. Aku berjalan ke belakang dan duduk sebelah Hazren.

"Kau apahal? mata merah..menangis?" soal Hazrin. Bodoh la Hazrin. Tanya macam tu kuat-kuat. Malu aku.

"Aku call Umi aku tadi." balasku. Hazrin mengangguk faham.

"so okay?" soal Hazrin. Aku memandangnya dan mengangguk.

"Aku okey je...better actually. Lega sangat dapat cakap dengan Umi."

"Tulah, aku dah kata, call. Kau tak nak." aku hanya mencebik.

"Tapi kan...spoil betullah." ceritaku pula.

"Apasal?"

"tak delah...tengah aku feeling-feeling sedih tadi, boleh pulak si budak Aniq tu nampak. Jatuh imej." Hazrin ku lihat sudah tergelak-gelak.

"dia nampak? dia nampak kau nangis?" soal Hazrin sambil ketawa lagi.

"yelah...dia nampak"

"kau tak cover ke?"

"nak cover apa kalau dah dia nampak aku dengan mata merah gini, dengan air mata lagi dok meleleh. Memang kantoi lah." balasku. Hazrin ketawa lagi. Bengong la ko Ren, gelak tak ingat.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Perlahan aku menoleh memandang Aniq yang baru keluar dari biliknya. Dia memandang aku kosong sebelum duduk di meja studynya, disebelahku.

"Mana semua orang?" soalnya apabila melihat rumah yang sunyi. Aku memandangnya sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian pada soalan-soalan tutorial yang bertimbun ni.

" Hazrin dengan Azril pergi makan, Faiz pergi kampus. Study katanya." kataku pula. Aniq mengangguk.

"Abang tak pergi makan?" soalnya pula.

"malaslah, abang pesan dekat Hazrin suruh dia tapau je tadi." ujarku malas-malas. Bukan aku malas nak melayan Aniq bercakap, tapi sebenarnya aku malas nak buat tutorial ni...haaa...bosan.

Selepas beberapa ketika Aniq tidak lagi bersuara. Tapi aku dapat rasakan sesuatu. Dia sedang memandang aku. Aku menoleh memandang dia. Dia tersenyum. eh..eh..budak ni. Dah la comel. Senyum pulak macam tu. Aku terkam karang.

"Aniq kenapa tengok Abang macam tu?" soalku. Aniq tergelak kecil.

"Tak de....Aniq just.....Aniq teringat pasal siang tadi." ujarnya selamba. Aku langsung terberhenti membuat latihan. Aku menelan liur. Aduhai....budak Aniq ni. Spoil betul. Aku menoleh memandnag dia. Dia masih tersenyum. Budak ni nak mengata aku le ni.

"Aniq....jangan bagitau orang eh....rosak imej Abang nanti." pujukku pula. Aniq masih gelak. Tak guna punya Aniq. Nasib baik kau comel. Kalau tak, lama dah aku luku kepala tu.

"Tak delah, Aniq tak akan cerita pada orang. Lagipun, nak buat apa Aniq cerita pada orang. Tak untung apa pun....cuma.." Aku memandang dia suspen. 'Cuma' yang di belakang tu yang buat aku suspen.

"cuma?"

"Aniq just curious. Kenapa Abang nangis siang tadi? apa yang jadi?" soalnya. Dah sudah. Dah Agak dah. Dia mesti tanya. Budak ni lebih kurang jugak perangai dia dengan Hazrin. Curious tak bertempat. Aku dah panik. Alasan apa aku nak bagi pada budak Aniq ni.

"Tak apalah, kalau Abang tak nak cerita. Abang mesti ada sebab abang sendiri kan." ujarnya lembut.

"Abang okey dah kan?" soalnya lagi. Aku tersenyum.

"Abang okey lah. Siang tadi tu je. Sikit je." Aniq tersenyum menyindir. Ceh!! Tak guna punya Aniq. Aku rasa lega actually. Paling tidak dia tak insist nak tahu kenapa aku menangis siang tadi. Okey..aku Tarik balik bila aku kata dia ni sama macam Hazrin. Sebab, kalau Hazrin, dia akan merayu, merengek dekat aku untuk tahu. Curiosity level dia sangat tinggi.

Aku kembali menumpu perhatian pada tutorial aku tadi. Aniq pula sudah mula membuka laptopnya. Dalam beberapa minit kami masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Lepastu..

"Abang Muaz." panggil Aniq.

"hmm.." balasku ringkas.

"Boleh Aniq tanya sikit." soalnya. Okey...aku suspen balik. Budak Aniq ni memang suka buat aku suspen.

"Apa dia?"

"ehm.....Abang Faiz....dia...ada ceritakan..pasal Aniq, sebelum Aniq masuk rumah ni dulu." Aniq membuka cerita. Aku memandangnya. Wondering. Apa yang dia nak cakap sebenarnya.

"Ada.." jawabku. Aniq menoleh memandangku. Wajahnya agak serius.

"Jadi...abang tahulah kan..yang saya ni....abnormal."

"ya.." jawabku pula.

"emm...So...Abang Muaz okey? tak kisah ke?" soalnya.

"tak kisah apa?" soalku sengaja mencari kepastian. Takut kalau-kalau apa yang aku faham tak sama dengan apa yang dia maksudkan. Aniq ku lihat menarik nafas dalam.

"Tak kisah ke, kalau saya ni..gay." ujarnya tenang. Actually, aku a bit surprised. Bukan sebab dia kata dia gay. Yang tu lama dah aku tau. Tapi sebab dia dengan beraninya openly speak abaout it.

"Aniq ni berani kan?" soalku pula. Dia menoleh memandnag aku dengan muka konfius. Alahai comelnya.

"Berani?"

"Yelah...Aniq berani being out of the closet. Openly mengaku pada semua orang yang Aniq ni gay." Aniq tersenyum sebelum tertunduk memandang ke bawah.

"Entahlah bang, I'm not as strong as you think. It just more like....I'm tired. Penat."

"kenapa?"

"Aniq dah penat berpura-pura. Even if Aniq nak deny yang Aniq ni gay di depan semua orang pun, hakikatnya tetap tak berubah. I'm gay. Penat la nak tipu diri sendiri. Nak berpura-pura depan orang. At the very end, people still will hate me. So lebih baik Aniq berterus terang sejak awal. So, orang yang stay dengan Aniq tu, maknanya dia memang boleh terima Aniq as who I am." Cerita Aniq. Aku macam terkesima. Cara Aniq cakap macam dia sebenarnya dah go through a lot.

"Abang pun boleh kalau abang nak." sambungnya lagi. Aku macam tersentak dengan kata-kata dia.

"What do you mean?"

"You know..abang pun boleh out of the closet jugak. You also gay right?" soalnya selamba. Oh..fuck!!!..What the hell just happen. Macam mana dia tahu? Sorry sebab termencarut. Ni kalau Umi aku dengar, silap-silap dia pulak tak mengaku aku ni anak dia.










Bersambung.......


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hai Guys....

Selamat membaca ye....teruskan sokongan anda....komen banyak2....tanpa sokongan anda...tak jalan lah cerita ni...hehehehw



Friday, 18 November 2016

My BFF My Love (Bahagian 5)




Bahagian 5




Aku mengadap cermin sambil membetulkan bajuku. Aku belek-belek diriku di cermin besar bilik aku dan Hazrin ini. Hensem juga aku ni..hehehhe...angkat bakul!. Sambil aku mengenakan minyak wangi, Hazrin keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Aku menjeling sekilas tubuh seksinya dari dalam cermin. Hazrin memang ada badan yang mengiurkan. ...hahah..bodoh kau Muaz. Jangan nak bernafsu pulak dengan dia, bestfreind kau kot. Hazrin memandangku sebelum mendekatiku. Aku tiba-tiba jadi gemuruh. Hazrin berdiri betul-betul dibelakangku. Sangat rapat, aku boleh hidu bau sabun mandi dari badannya.

"Wangi.."ujar Hazrin.

"Ha?" aku jadi gugup.

"minyak wangi kau...wangi. Kau pakai minyak wangi apa?" soal Hazrin.

"ni.." ujarku sambil menyerahkan sebotol minyak wangi padanya. Aku jadi gemuruh. Botol minyak wangi itu kecil je. Tak berjenama pun. Tapi memang baunya wangi. Aku suka.

"Minyak wangi apa ni?" soal Hazrin kini mula menjarakkan sedikit dirinya dariku. Aku rasa lega sedikit. Kalau lah bukan sebab akal waras aku masih berkuasa, dah aku terkam si Hazrin ni tadi. Dia membelek-belek botol minyak wangi yang saiznya hanya separuh dari jari telunjuk.

"entah...Abi....Ustaz Meor yang bagi aku. Dia beli di Mekah masa dia buat umrah dulu." ujarku sedikit tersekat-sekat. Aku jadi teremosi bila nama Abiku disebut. Hazrin berhenti membelek botol minyak wangi itu sebelum merenungku. Aku masih tertunduk.

"Kau memang dah tak nak mengaku Ustaz Meor tu Abi kau ke macam mana ni?" soal Hazrin sambil menyerahkan kembali botol minyak wangi itu padaku. Rasa gemuruh tadi berganti pula dengan rasa sayau. What an emotional ride this early in the morning. Rasa macam naik roller coaster pulak.

"Ustaz Meor dah tak mengaku aku ni anak dia, tak kan aku dengan tak malunya nak mengaku dia Abi aku?" ujarku sedikit sebak. Pedih aku rasakan. Hazrin ni pun satu, pagi-pagi lagi dah spoilkan mood aku. Sekarang ni aku rasa macam nak marah pulak. Entahlah, aku pun dah tak faham emosi aku sekarang ni. Hazrin ku lihat ada riak bersalah pada wajahnya.

"Sory wei....aku bukan nak buat kau sedih pagi-pagi ni."Hazrin memohon maaf. Aku memandangnya sekilas sebelum menyimpan kembali minyak wangi tadi dalam almariku.

"Tak pe...aku faham." ujarku tersenyum hambar. Aku lantas mencapai beg ku dan terus keluar ke ruang tamu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di ruang tamu kulihat Aniq sedang bersiap memakai stokin. Aniq yang tersedar kehadiranku mendongak memandangku dan tersenyum.

"Morning abang Muaz." sapanya sambil tersenyum manis. Hatiku yang dah gloomy disebabkan Hazrin tadi tiba-tiba berubah ceria. Berbunga-bunga rasa hati bila Aniq ucap selamat pagi macam tu.

"Morning Aniq." balasku pula sambil aku duduk di meja belajarku di ruang tamu itu. Aniq ku lihat kembali menyarung stokin kekakinya.

"Rasa best pulak ada orang ucap good morning pagi-pagi ni." ujarku. Aniq memandangku sambil tersenyum lagi sebelum pandangan kami berdua beralih pula pada Faiz yang baru keluar dari biliknya. Rambut serabai baru bangun tidur.

"Morning Abang Faiz." sapa Aniq pada Faiz pula.

"Morning." balas Faiz sebelum menguap.

"Kenapa pulak best?" soal Aniq keliru sambil kembali memandangku.

"yelah...budak-budak dalam rumah ni, bagi salam nak masuk rumah pun payah, ni pulak nak ucap good morning." kataku menyindir Faiz. Faiz ku lihat menjelingku. Aku dah tersengih nakal. Seronok dapat usik Faiz ni pagi-pagi ni.

"mengata aku la tu.." protes Faiz sebelum dia kedapur. Aku dan Aniq dah gelak-gelak.

"Abang Muaz nak pergi kelas dah ke? naik apa?" soal Aniq yang baru siap pakai stokin.

"A'ah...naik motor je dengan Ren. Ni tunggu Ren kejap." ujarku pula.

"oh...ok...Aniq pergi dulu." ujarnya sebelum dia keluar dari rumah.

"Bye Aniq.." ujar Faiz yang baru keluar dari dapur dengan wajah yang basah. Baru ambil air sembahyang.

"Bye..." jawab Aniq sebelum hilang dari pandangan. Aku dan Faiz berpandangan.

"baru nak subuh la tu." sindirku. Faiz dah tersengeh-sengeh sebelum dia kembali ke biliknya. Aku geleng kepala. Hari-hari subuh gajah. Sampai gajah pun dah tak ada subuh dah..hahahha. Ok Lame Muaz!!...Lame!!

"jom.." ajak Hazrin yang baru keluar dari bilik.

"dah siap?" soalku pula.

"dah..jom." balas Hazrin sebelum dia mula menyarung stokin di kaki. Setiap hari memang aku akan ke kelas dengan Hazrin. Aku membonceng motornya. Aku memang tak ada transport sendiri kat sini. Semua aku berharap pada bestfreind aku sorang ni. Kalau tak ada budak senget ni. Memang susah lah aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku berdiri tegak di hadapan pintu pagar rumah teres setingkat ini. Suasana sekeliling semakin dingin menjelang tengah malam. Aku melihat kosong ke arah rumah yang pernah menjadi tempat ku berteduh dan berlindung sejak aku berumur sehari. Seorang lelaki lewat 40-an dan seorang wanita yang sama baya berdiri di muka pintu. Yang lelaki berteriak memaki hamunku sambil membaling dan melontar barang-barangku keluar. Yang perempuan hanya menangis terisak-isak, namun tidak pula dia mahu menghalang perlakuan si lelaki. Aku hanya diam, berdiri tegak, tanpa perasaan. Suara si lelaki berteriak, memekik bak halilintar. Namun tak ada satu pun kata-kata amarahnya itu masuk ke mindaku. Hanya masuk telinga kiri dan keluar berterbangan dari telinga kanan.

"Kau!! jangan balik lagi kerumah ni. Mulai hari ni, aku haramkan kau pijakkan kaki kau kat rumah ni lagi. Pergi!!" teriak lelaki itu lagi. Yang perempuan masih berlinangan air mata. Aku masih diam. Tiada tindak balas. Dalam mindaku kini hanya satu persoalan yang berputar-putar.

"Sudah tu Imah, tak payah awak nak menangis beriya bagai sebab anak tak tahu diuntung ni. Sudah masuk." ujar yang lelaki sambil dia mengunci pintu pagar yang kini tertutup rapat.

"Anak kita bang..." ujar yang perempuan dalam esak tangis.

"Dia bukan anak kita!!!" tengking yang lelaki.

"Aku bersumpah aku tak ada anak yang macam dia!! Sudah..masuk!!" jerkah si lelaki lagi sebelum menarik tangan yang perempuan masuk ke dalam rumah.

"Muaz....Muaz..bangun!!" aku membuka mata perlahan bila aku rasakan tubuhku digoncang kuat dan namaku dipanggil. Aku membuka mata dan kelihatan Hazrin disebelahku dengan riak wajah yang kerisauan.

"Kau okey tak Muaz?..kau mimpi ke?" soalnya. Aku bangun dari pembaringan dan memandang sekeliling. Keadaan gelap, tapi aku cukup kenal ruangan ini. Ini bilik aku dan Hazrin. Aku pandnag Hazrin pula. Wajahnya masih risau. Aku lantas teringatkan mimpi tadi. Aku jadi sebak. Tak ku sedar air mataku menitik. Aku menangis. Hazrin lantas meraih tubuhku dan dipeluk erat. Aku menangis semahunya dalam dakapan Hazrin. Hazrin mengusap lembut belakangku cuba menenangkanku. Tanpaku sedar aku turut memeluk Hazrin erat. Masyaallah...sungguh aku tak akan dapat lupa peristiwa pada malam itu.

Hazrin melepaskan pelukannya sebaik tangisanku reda. Aku tak tahu berapa lama momen tu berlaku. Aku meleraikan pelukan dan mula mengesat air mataku. Hazrin turut menyeka air mataku. wajahnya masih terlihat risau, namun sedikit tenang.

"Thanks wei..." ucapku.

"dah..dah..tak pe...kau tidur balik." ujarnya memujuk. Aku baring balik dan cuba melelapkan mata semula. Entahlah...tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat sampai aku menangis macam tu. Hazrin ku lihat kembali semula ke katilnya. Aku cuba lelapkan mata tapi tak boleh.

"Apa kata, kalau kau tak boleh tidur, kau pergi ambik air sembahyang, buat tahajjud, mana tahu, tenang sikit hati kau." ujar Hazrin lagi lebut. Aku bangun kembali dan duduk dibirai katil. Ada benarnya kata-kata Hazrin itu. Aku bangun dan terus menuju ke bilik air, ambil air sembahyang.

Seusai aku mengambil wuduk, aku keluar semula dari dalam bilik air dan terus mencapai sejadah dan kupiahku. Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Gelap dan sunyi. Semat aku melirik jam yang menunjukan jam 3.00 pagi. Sejadah ku bentang mengadap kiblat. Aku berdiri tegak di atasnya dan mula laungkan takbir.

"Allahu Akbar.."

Seusai solat sunat tahajjud, aku teruskan pula dengan solat sunat taubat. Seusai solat aku duduk di atas tikar sejadah dan menadah tangan memohon doa.

"Ya Allah tuhan yang maha pemurah dan yang maha mengasihani, hanya kepadamu ya Allah aku memohon pengampunan. Ya Allah yang Maha mengetahui dan maha Adil, ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluarku dan sahabat-sahabatku ya Allah."

"Ya Allah, sungguh berat dugaan yang kau berikan ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan yang Allah, kuatkanlah aku untuk lalui semua ini. Ya Allah, hanya padamulah aku memohon pertolongan."

"Ya Allah, ampunilah dosaku kerana mencintai kaum sejenisku. Ya Allah, bukan aku minta untuk begini ya Allah, jika perasaan ini merupakan ujian dariMu ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan semua ini."

"Ya Allah, kau bukakanlah dan lembutkanlah hati Abiku supaya dia dapat menerimaku semula ya Allah. Ya Allah, hanya adamulah tempatku mengadu." doaku bersungguh. Tanpaku sedar,air mataku mengalir lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"hoi...berangan!!" tegur Hazrin sambil duduk di sebelahku. Aku hanya memandangnya sekilas sebelum kembali memandang ke depan sambil menyedut milo ais yang aku pesan tadi ke dalam mulut.

"Kau okey tak ni?...sugul je aku tengok." soal Hazrin sebelum turut menyedut teh ais yang dipesannya juga tadi. Duduk-duduk di kafe sambil menunggu kelas bermula setengah jam lagi.

"Ren..." panggilku lembut. Hazrin menoleh memandangku.

"apa jadi dekat aku sebenarnya malam tadi?" soalku. Hazrin menoleh menatapku. Aku sendiri tak berapa ingat sebenarnya apa yang jadi. Yang aku ingat aku tersedar dari mimpi, Hazrin kejutkan aku dan aku menangis dalam pelukan dia. Hazrin ku lihat menarik nafas perlahan.

"Kau tak ingat apa-apa?" solnya. Aku menggelengkan kepala.

"entahlah Muaz, aku pun tak tahu." balasnya. Aku berpaling kembali memandang ke depan.

"aku rasa kau mimpi kot. Kau menangis dalam tidur." tambahnya lagi.

"Aku menangis?" soalku lagi. Hazrin mengangguk.

"Actually...dah banyak kali sebenarnya, aku nampak kau menangis dalam tidur sejak kita balik ke sini hari tu. Selalunya aku biarkan je, cuma malam tadi je. Cuma malam tadi je....kau meracau-racau. Tu yang aku kejutkan kau. Risau pulak aku tengok kau macam tu" cerita Hazrin. Aku memandang ke depan semula. Memikirkan apa yang dikatakan oleh Hazrin. Beruntungnya aku ada kawan macam Hazrin ni.

"Kau mimpi apa sebenarnya?" soal Hazrin ingin tahu. Sifat curious dia datang lagi. Aku melepaskan keluhan berat. Aku tahu kalau aku tak cerita pada dia, tiap-tiap hari dia akan tanya aku soalan yang sama sampailah aku bagitahu dia.

"Aku mimpi....malam aku kena halau tu." ujarku perlahan. Hazrin diam. Aku baru perasan, sejak aku datang rumah dia malam tu, sehinggalah sekarang, Hazrin tak pernah tanya secara detail apa yang jadi malam tu. Mungkin dia faham apa yang jadi malam tu menyakitkan aku. Mungkin sebab tu dia tak pernah tanya lebih-lebih. Very considerate. Aku pandang dia sekilas lagi sebelum kembali menoleh ke depan dan mengeluh berat.

"Mengeluh lagi." tegurnya. Aku tergelak kecil.

"kenapa?...jangan risaulah...lama-lama nanti kau mesti lupa apa yang jadi malam tu."

"Macam mana kalau aku tak boleh lupa?" soalku kembali.

"Insyaallah...berdoa dan yakin dengan Allah." ujarnya memberi nasihat. Aku tersenyum senang. Jeda seketika.

"Aku rindu dengan Umi aku..." ujarku sayu.

"Kau tak call Umi kau ke?, dah dekat sebulan dah ni." Aku menggelengkan kepala pada soalan Hazrin itu.

"Aku takut....Umi aku tak ada handfon, kalau aku nak call, aku kena call rumah. Aku takut kalau Ab....Ustaz Meor yang jawab." ujarku. Hazrin menepuk lembut belakangku.

"Apa kata kau try dulu. Kau call la time Abi kau pergi kerja." Aku memandang wajah Hazrin. Baiknya kau Hazrin. Sebab tu la aku sayang sangat kat kau.

"Nantilah aku try." balasku. Hazrin mengusap belakangku beberapa kali. Perbuatannya itu nyata membuatkanku bertambah tenang. Pantai Hazrin memujuk. Untung siapa yang jadi isteri dia nanti.




Bersambung.....




p/s: hai guys....hehehhe happy reading...and jangan lupa vote and komen ya....heheheh


Monday, 14 November 2016

Jeda







Hai guys...

Assalamualaikum...

apa khabar semua...

So actually.....hari ni aku nak merepek sikit pasal satu perkataan ni....


JEDA

Kalau korang perasan....semua cerpen aku sebelum ni, korang tak akan jumpa perkataan ni.

Dlam cerpen aku yang latest ni je korang akan jumpa perkataan ni..



Why??


Because before this, i dont even know that this word actually exist!!!

Hahahaha...teruknya aku.

Like seriously...11 tahun aku sekolah, aku tak pernah jumpa perkataan ini. (mungkin pernah...just aku yang tak perasan...hmmmm)

Seingat aku, pertama kali aku jumpa perkataan ni masa aku baca cerita Remaja karya Inche Shark.

Masa tu aku macam...."ni perkataan apa? si Shark reka sendiri agaknya"

Masa tu aku macam dah boleh agak apa maksudnya, tapi just malas nak ambik kisah sangat...

Lepas tu aku baca lagi macam-macam cerita especially bila aku terjebak dengan Wattpad. Makin banyak cerita yang aku baca guna perkataan ni.

Masa tu aku start terfikir "Perkataan ni betul-betul wujud ke?"

Then...aku start la aku punya research...dan hasilnya....






Menurut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Jeda tu membawa maksud berhenti seketika. Maksudnya lebih kurang macam 'pause'.

So betul la perkataan ni memang betul-betul wujud. Aku je yang tertinggal keretapi.

and I keep wondering why i'd never come across to this word before, it just weird.

ok...tu je nak merepek...hehehhe


p/s:  korang baca cerpen terbaru aku tau....di wattpad akan di updat satu chapter lebih awal dari dalam blog...so boleh try cari wattpad aku....huhuhu





Friday, 11 November 2016

My BFF My Love (Bahagian 4)




Bahagian 4


Dengan malasnya aku mendaki tangga naik ke tingkat empat pangsapuri yang menjadi kediamanku sejak setahun lepas. Hari ni kuliah hari pertama. Tak ada kelas yang bermula lagi, semua just briefing je. Aku patut tak perlu datang hari ni. Memandangkan aku ini seorang pelajar cemerlang, maka aku merajinkanlah diri aku untuk hadir ke kelas. Hazrin?..hmmm...budak tu, lepas subuh terus sambung meneroka alam mimpi. Dari minggu lepas lagi dia dah kata dia tak nak datang kelas hari ni. Faiz dan Azril memang diorang tak ada kelas hari ni. Untunglah!!. Ya tuhan...kenapa flat ni tak ada lif? Dengan bersusah payah aku sampai juga ke rumah sewa kami. Dari jauh kudengar keadaan sedikit riuh. Dah kenapa dengan budak-budak ni?

“Assalamualaikum.”Aku memberi salam.

“Waalaikumussalam..” jawab mereka berjemaah. Aku melihat mereka berempat sedang duduk di ruang tamu berbual kosong. Wait....berempat? Aku terpandang seorang budak lelaki yang tak pernah aku nampak sebelum ni. Orangnya bertubuh kecil je. Kulit agak gelap. Tapi...comel. Siapa dia?

“Ha...Muaz...ni, junior yang aku cakap tu...Aniq.” ujar Faiz memperkenalkan budak lelaki itu.

“Aniq, ni Muaz.” Faiz memperkenalkan aku pula pada Aniq. Aniq lantas bangun dan menghampiri aku yang masih tercegat di depan pintu.

“ehm....Abang Muaz.” tegurnya selepas aku diam tak beriaksi. Aku seakan tersedar dari lamunan sebelum kusedar yang kini Aniq berdiri betul di depanku dan sedang mnghulurkan tangan untuk bersalam.

“emm...ya...” balasku sebelum menyambut huluran tanganya.

“Aniq.” dia memperkenalkan namanya sambil tersenyum manis. Aku ibarat terpukau dengan senyuman itu.

“ehm...Muaz.”Balasku. Aniq berpaling dan duduk semula di tempatnya tadi.

“Hang pasaipa Muaz.” tegur Azril. Aku sekali lagi tersedar dari lamunan. Dah kenapa kau ni Muaz....rilex...Azril ku lihat dah tergelak-gelak.

“ Tak ada apa.” ujarku sebelum meletakan beg ku di meja dan duduk menyertai mereka. Aku terperasan yang Hazrin memandang ku semacam je. Sempat aku memberika isyarat wajah kepadanya. Kau pulak dah kenapa? Malas nak ambil pusing aku mengalih pandang pula kepada Aniq. Betul kata Faiz, comel orangnya..hahaha.  Mereka masih berbual rancak. Tapi aku tak ikut sangat apa yang mereka bualkan, aku hanya lebih banyak memerhatikan Aniq. Sopan budak ni.

“Abang Muaz kos apa ya?” soal Aniq yang sekali lagi mengejutkan aku dari lamunan.

“ha...Chemical...Chemical Engineering.” balasku ringkas.

“ohh...sama macam abang Hazrin.” ujarnya lagi. Aku mengangguk.

“kitorang satu kelas.”balasku. Dia pula yang mengangguk.

“Aniq kos sama dengan faiz ya?” soalku pula.

“Ha’ah...sama...kulinari.”

“ha...baguih la....buleh masak untuk kami...nak harap si Faiz ni...jangan haraplah...nak harap dia, kebuluq la kami ni semua.”ujar Azril selamba.

“Betul..!” aku bersetuju sebelum ketawa kami pecah.

“Ok fine...tak payahla aku masak untuk korang lagi.” protes Faiz. Selalu je Faiz masak untuk kami sebenarnya. Actually..memang dia je yang rajin masak dalam rumah ni. Kami yang tiga orang ni, setakat masak mi segera tu boleh la.

“Boleh...boleh....untuk abang-abang semua. Cakap je nak apa, saya masakkan.” jawab Aniq senang. Kami tersenyum. Pandai budak ni ambil hati kitorang semua. Rasa senang dengan dia. Masing-masing macam terlupa yang si Aniq ni gay. 

Sebelum ni, hampir bergaduh juga la kitorang nak capai keputusan untuk nak terima Aniq atau tidak dalam rumah ni. Faiz yang beriya memujuk. Katanya dia kesian pada Aniq. Azril yang paling kuat membantah. Katanya takut tak selesa. Aku dan Hazrin hanya banyak diam. Isu macam ni sensitive. Aku takut kalau aku banyak cakap, nanti rahsia aku sendiri terbongkar. Akhirnya kami mencapai keputusan untuk bagi Aniq peluang. Cuba duduk di sini untuk satu semester. Kalau ada yang rasa tak selesa, kita akan suruh Aniq keluar. Tapi berdasarkan apa yang aku nampak sekarang ni, semua macam dah suka pada si Aniq ni.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku masuk kedalam bilik dan duduk bersandar di katilku. Telefon bimbitku ku belek lagi. Sekejap-sekejap bukak facebook, lepastu belek twitter, dari twitter ke Instagram pulak, dah bosan stalk orang kat Instagram layan You Tube pulak. Tu je la keje. Awal-awal semester ni mana ada apa yang nak di’study’kan sangat. Tambah pulak roh ‘study’ tu belum sampai lagi, memang ini jelah keje kitorang semua.

Sesekali aku menjeling pada Hazrin yang juga sedang duduk bersandar di katilnya. Aku perasan Hazrin juga menjelingku. Sebenarnya dari siang tadi Hazrin dok jeling-jeling aku. Dah kenapa la best friend aku sorang ni.

“Kau dah kenapa Ren? ada benda nak cakap dengan aku ke?” soalku pada Hazrin. Hazrin menjeling aku lagi. Macamlah aku tak tahu kau tengah jeling aku.

“Bukan main lagi kau tenung budak Aniq tu tadi. Macam nak telan” Ujar Hazrin selamba. Aku jeling dia lagi. Dah dok asyik jeling menjeling je kitorang ni.

“Mana de....” aku menafikan sebuah fakta yang benar lagi sahih. Memang aku tengok budak tu tak berkelip tadi, kalau boleh telan, aku dah telan dah budak cute tu. Aku jeling Hazrin lagi. Dia gelak kecil. Tak guna kau Ren. Aku lantas bangun, menutup pintu bilik dan terus duduk disebelahnya.

“Kau jangan cakap macam tu kat depan budak-budak ni. Susah aku nanti.” aku memberi amaran. Hazrin tersenyum lagi.

“Tak lah...aku akan jaga rahsia kau. Jangan risau.” ujar Hazrin meyakinkan sambil menepuk perlahan peha aku. Thanks kawan, kau memang kawan terbaik. Jeda seketika. Tapi aku perasan yang Hazrin masih sesekali menjeling aku. Aku hanya buat tak endah.

“Muaz...” panggil Hazrin. Dah agak dah, mesti ada benda yang dia nak cakap kalau dah menjeling-jeling aku macam tu.

“Apa?” soalku pula.

“Kau suka ke dengan budak Aniq tu?” soal Hazrin tiba-tiba. Aku pandang dia pelik.

“Dah kenapa kau ni tanya soalan-soalan macam tu?” Hazrin gelak besar.

“tak delah....just curious.”

“bodoh la kau...” balasku tak puas hati. Suka dekat Aniq?....memanglah aku suka tengok muka dia sebab dia cute....tapi setakat tu jelah...tak pulak rasa jatuh hati ke apa. Tapi...tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.

“Ren..” panggilku pula selepas jeda seketika.

“hmmm..” jawab Hazrin ringkas ambil terus fokus pada telefon bimbitnya.

“nak tanya kau sikit ni.”

“apa?”

“hmmm....kalau...aku jatuh cinta dengan mana-mana lelaki...kau bagi tak kalau aku nak kapel dengan dia?” soalku. Mungkin sebab isu yang dibangkitkan Hazrin tadi, tiba-tiba aku terfikir soal ini. Hazrin ku lihat merenungku lama.

“Siapa? Aniq?” soal Hazrin tang tak habis-habis dengan Aniq.

“Bukan....aku kata kalau..kau ni. Tak habis-habis dengan Aniq!” protesku sambil menepuk pelahan pipinya. Hazrin gelak lagi.

“kau tanya aku ni...kau mintak izin ke apa?” solnya lagi.

“bukanlah nak minta izin...just....kau kan bestfreind aku....” balasku pula. Bukan aku nak minta izin atau apa, cuma nak minta pandangan. Aku sendiri belum terfikir pun nak kapel dengan siapa-siapa. Cuma just in case perkara macam tu terjadi....at least aku tahu apa pandangan bestfreind aku sorang ni. Hazrin ku lihat berfikir seketika.

“Kalau..kau..memang saja nak berkapel...aku rasa tak payah la kot. Sebab benda tu salah....nanti last-last kau jugak yang sakit. Tapi..kalau dah memang kau suka kat someone, dan memang kau dah tak boleh elak lagi, aku tak akan halang kau.” aku diam. Berfikir jawapan dari Hazrin.

“Tapi..kalau dengan aku tak pe...”ujar Hazrin menambah. Aku memandnag wajahnya pelik. Hazrin tersenyum lebar. Kenapa dengan kau ni Ren???



Bersambung...

p/s: selamat membaca....jangan lupa komen ya....baru semangat sikit aku nak menulis...hehehe



Sunday, 6 November 2016

Life is too short IV



Hi guys...

Assalamulaikum....

Apa khabar.....

so...actually...aku nak cakap sikit ni...

dalam minggu lepas, aku terima berita, coursemate masa buat degree dulu accident...agak teruk jugak. Accident motor. Dengar cerita, usus dia rosak samai doktor terpaksa tembuk perut so najis boleh keluar ikut tiub di perut. Tulang rusuk patah. Pendek kata memang teruklah.

Actually...aku tak la kenal rapat dengan dia, just kenal-kenal macam tu je.

Tapi bila aku terima berita ni, aku macam rasa terkesan sikit. Rasa sedih.

Sebabnya semata-mata sebab dia seorang yang baik.

Dia memang baik, ramah, ceria, kelakar jugak and semua orang suka berkawan dengan dia. Aku ni...sebab kitorang tak sama kelas dulu, so just kenal-kenal macam tu je lah.

So....korang nampak tak....tak salah kalau kita buat pada orang macam dia. Even aku ni just kenalan dia je...aku tetap rasa sedih dengar berita ni. Aku pun berdoa untuk kesembuhan dia.

Semua sebab dia buat baik pada semua orang. Cuba kalau dia ni jenis suka menyakitkan hati orang....entah-entah aku boleh ketawa bila dengar dia accident.

So...pengajaran dia, sentiasa buat baik pada orang. Mungkin kita tak dapat apa-apa balasan jam-jam tu. Tapi bila benda macam ni terjadi, orang yang kita buat baik ni boleh at least berdoa untuk kita.

See....nampak tak, ada iktibar kita boleh dapat dari kejadian yang macam ni..


ok..tu je nak cakap. 

bye...


p/s: My BFF My Love akan update lambat sikit dekat blog ni. Tapi di wattpad akan diupdate seperti biasa...heheh..


Sunday, 30 October 2016

My BFF My Love (Bahagian 3)




Bahagian 3


Aku menoleh pandang keluar tingkap bas. Masih keliru dengan tindakan Hazrin, tapi malas nak aku fikirkan lagi. Belum sempat fikiranku melayang jauh, tiba-tiba aku merasakan tanganku kiriku disentuh kemudian digenggam erat. Aku mengalih pandang ke tanganku sebelum dialihkan pula pada pemilik tangan yang menggenggam tanganku itu. Aku memandang Hazrin tepat. Dia ku lihat masih memejamkan mata. Mengigauke budak ni? Aku cuba menarik tanganku, tapi Hazrin menggenggam tanganku lebih erat. Dah kenapa dengan kau ni Ren?. Hazrin ku lihat membuka matanya sebelum perlahan mengalih pandang ke arahku. Hazrin memandangku tepat dengan pandangan redup yang sukar untuk aku tafsirkan apa maksudnya. Hazrin melepaskan satu keluhan sebelum lantas tangan kirinya meraih pula tangan kananku dan turut digenggam erat. Aku jadi makin pelik. Sempat aku melirik ke sekeliling, memang hanya kami berdua di seat belakang bas ini.

“Muaz…”panggil Hazrin lembut. Aku hanya diam dan memandangnya kehairanan.

“Aku minta maaf. Aku tau kau nangis malam tadi. Kau nangis sebab aku kan.”ujarnya. Eh..budak ni, tau pulak dia aku nangis malam tadi.

“aku…aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Aku…aku terkejut. Aku…aku tak pernah expect kau sebenarnya…..” Hazrin seakan teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya. Aku hanya mendengar. Terharu aku rasa. Lega jugak. Hazrin menggenggam kedua tanganku. Itu maksudnya dia betul-betul serius.

“…the point is….aku betul-betul minta maaf..” ujar Hazrin lagi bersungguh sambil memandang aku dengan ‘puppy eyes’ yang sangat comel. Aduhai Ren, comel pulak kau aku tengok.

“kau…tak kisah ke….aku….tak normal.” soalku pula. Hazrin tertunduk sedikit. Namun genggaman tangannya masih tak dilepaskan.

“Aku….tak kisah…aku terima kau seadanya. Kau kan bestfriend aku.” ujar Hazrin memujuk. Aku tersenyum lega.

“Thank you.” ujarku. Hazrin kembali tersenyum.

“Jadi…kau maafkan aku kan?” soal Hazrin.

“Aku mengangguk.” Hazrin tersenyum lebar. Alahai Ren, kenapa kau hensem sangat pulak aku tengok. Kalaulah kau bukan bestfreind aku, dah lama aku goda kau. Hahahah…. Ya Allah….Muaz…apa dah jadi dengan kau ni? Kau lupa ke yang kau baru je kena halau dari rumah, dah lupa ke yang kau ‘officially’ jadi anak derhaka dah lupa ke yang sebelah kaki kau dah ada dalam neraka? Astaghfirullah al-Azim…..

“Hoi…!!” sergah Hazrin. Hampir tercampak telefon bimbit ku yang ku pegang akibat terkejut. Aku menjeling Hazrin. Dia pulak dah ketawa berdekah-dekah.

“salam…mana salam?” protesku.

“dah bagi dah tadi, kau tu je yang tak dengar. Khusyuk sangat dengan fon, tengok blue apa?” ujarnya mengusik sambil duduk disebelahku.

“banyaklah kau punya blue” ujarku lagi. Hazrin masih ketawa sambil mengintai fonku. Sudah seminggu kamai di Pulau Pinang, minggu depan kuliah akan bermula semula. Rakan serumah kami yang lain juga sudah mula balik kesini. Alhamdulillah, wang pinjaman ku sudah masuk beberapa hari lepas, tak perlulah lagi aku bergantung hanya pada Hazrin. Selepas peristiwa di dalam bas hari tu, Hazrin melayan aku seperti biasa. Seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Aku yang mulanya agak kekok mula rasa lega.

“Woit….” sapa Azril dimuka pintu bilik aku dan Hazrin. Azril baru je sampai petang tadi. Aku dan Hazrin serentak memandang ke arah Azril.

“Ni sorang lagi, tak reti nak bagi salam.” protesku pada Azril pula. Azril tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

“Assalamualaikum.” ujarnya. Aku tersenyum melihat riaksinya.

“Waalaikumussalam.” jawabku.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh” jawab Hazrin panjang.

“Jom pi makan, aku lapaq” ujar Azril dengan loghat Kedah yang pekat.

“Laaa…aku baru je makan petang tadi.” jawabku.

“Hang?” soal Azril pada Hazrin pula.

“Aku pun baru makan, makan dengan Muaz tadi.” Azril mencebik.

“Pi makan tak ajak aku no...sampai hati hampa dua ni.” ujar Azril bernada rajuk.

“dah kau pun tido macam dah penat sangat, ride moto dari Alor Setar je pon.” ujar Hazrin menyindir. Azril mencebik lagi.

“yalah, aku pi sorang, nak pesan apa-apa dak?” Azril menawarkan diri. Aku menggeleng. Sambil masih ralit dengan Facebook di telefon bimbitku.

“beli kan aku teh ais satu.” ujar Hazrin. Azril mengangguk faham sebelum terus keluar ke kedai makan. Tak tahulah kedai mana yang dia nak pergi. Hazrin lantas berjalan ke katilnya sendiri dan mula membuka laptopnya. Aku melirik memandang Hazrin.

“Ren...” panggilku. Hazrin menoleh memandangku.

“Apa?” soalnya. Aku macam teragak-agak nak cakap. Sebenrnya ada benda yang aku nak cakapkan pada Hazrin. Perihal tentang apa yang dah jadi pada aku seminggu lepas.

“Apa dia?” soal Hazrin macam tak puas hati.

“hemmmm....”

“Kenapa Muaz?” soalnya lagi.

“aku...nak mintak tolong ni.”

“ tolong apa?” soal Hazrin.

“tolong rahsiakan....tentang aku.” ujarku. Hazrin ku lihat seakan berfikir seketika.

“rahsiakan yang mana satu? yang kau kena halau atau yang kau....”

“dua-dua.” pintasku. Hazrin menutup kembali laptopnya dan mendekatiku semula. Dia duduk disebelahku, meghadapku.

“aku....sebenarnya, ada banyak benda yang aku nak tanya. Banyak benda yang aku nak tahu. Kalau pasal rahsiakan tu kau jangan risau. Kau tak payah bagitahu aku pun, aku tetap akan rahsaiakan. Cuma, banyak benda yang aku nak tanya...kalau kau tak kisah nak bagi tahu.” ujarnya bernada serius. Sejak peristiwa di dalam bas hari tu, Hazrin langsung tak bercerita pasal hal ni. Aku pun pelik juga, setahu aku Hazrin ni seorang yang sangat curious. Kalau boleh semua benda dia nak tahu. Lagi-lagi benda-benda rahsia macam ni. Aku membetulkan posisi dan berpaling menghadap Hazrin. Sejak aku tahu yang Hazrin boleh menerima siapa diri aku, aku dah bersedia nak cerita semua pada Hazrin kalau-kalau dia bertanya.

“Apa yang kau nak tahu?” soalku. Hazrin seakan tersenyum sedikit. Dia bangun menutup pintu bilik sebelum kambali duduk sama seperti tadi.

“okey...ada banyak benda yang aku nak tahu....macam...sejak bila kau suka lelaki, sejauh mana kau dalam dunia tu, pernah suka kat sesiapa tak? macam mana kau boleh suka pada lelaki..”

“woi....satu-satu la..” pintasku. Hazrin tersengeh. Aku menarik nafas panjang.

“aku tak tahu sejak bila atau macam mana....it just...happened.” Hazrin ku lihat mendengar teliti.

“entahlah, aku susah nak cerita, orang macam korang, tak kan faham orang yang macam aku. Even aku faham sangat perasaan tu tak betul. Salah. Dosa. Tapi aku tetap ada peraaan tu. Hari-hari aku berdoa supaya tuhan tu, kuatkan aku supaya aku boleh tahan perasaan tu. Alhamdulillah, sampai sekarang, paling jauh pun aku pernah pergi dalam dunia just tengok video porno je. Macam yang aku tunjuk pada kau hari tu. That’s it. Itu je. Aku tak pernah lagi buat benda-benda yang lebih dari tu. Even yang tahu pasal ni pon, tak ada siapa. Sampailah Abi aku...maksud aku Ustaz Meor bukak laptop aku dan terbuka video-video tu.” ceritaku.

“so...kau ada suka pada siapa-siapa?” soal Hazrin sambil bersandak ke dinding.

“Maksud kau?”

“Crush...lelaki.” ujar Hazrin. Aku turut sama bersandar didinding.

“Crush...adalah jugak.”

“siapa?” soal Hazrin aku memandang wajah Hazrin di sebelahku yang juga sedang memandang tepat ke wajahku. Dah kenapa si Hazrin ni nak tahu?

“Kau ingat Abang Syam?” soalku. Hazrin kulihat seakan berfikir seketika.

“Abang Syam....Syamil?...anak Mak Bedah nasi lemak?” soalnya merujuk ada anak teruna kacak Mak Bedah yang jual nasi lemak paling sedap di perumahan kami. Aku mengangguk.

“hmmm....ok....dia memang hensem” ujar Hazrin. Aku mengangguk sambil tersenyum. Abang Syamil memang popular pun. Rasanya bukan aku sorang yang minat kat dia. Ramai yang datang kedai Mak Bedah tu pun sebenarnya semata-mata nak tengok anak dia yang kacak tu, termasuklah aku...hahahha

“lagi?” soal Hazrin lagi. Aku berfikir sejenak. Siapa lagi?”

“ada la lagi....dua tiga orang, tak ingat dah.”

“hmmm...sekarang?” Aku pandang Hazrin pelik. Curiosity budak ni macam-macamlah. Kau pernah dengar tak orang putih selalu cakap ‘curiosity kill the cat’

“kau ni dah kenapa nak tahu sangat asal crush aku?” soalku kembali. Hazrin tergelak kecil. Tak delah apa, saja nak tahu. Sekarang kau ada suka pada sesiapa tak?” soal Hazrin lagi.

“sekarang tak de.....” balasku.

Belum sempat Hazrin membalas apa-apa, tiba-tiba pintu bilik kami dibuka. Terkejut aku dan Hazrin. Lantas pandangan aku lontarkan ke arah pintu.

“Haaa....!!!! beromen!!” ujar Faiz, teman serumah kami. Kurang ajar punya Faiz, terkejut aku. Kedengaran suara Azril ketawa di ruang tamu. Balik dah malaun tu, kejapnya pergi makan.

“Apa semua orang kat dalam rumah ni dah tak reti nak bagi salam ke?” soalku memprotes. Hazrin dah ketawa sebelum keluar ke ruang tamu. Faiz dan Azril juga ketawa. Aku lantas bangun dari katil sebelum turut ke ruang tamu. Nampak Azril sedang duduk di depan tv dengan sebungkus nasi goreng dihadapannya. Beli bungkus rupanya. Faiz kembali ke ruang tamu dari biliknya.

“Korang....aku nak bincang sikit ni.” ujar Faiz sambil duduk di sebelah aku. Hazrin duduk di sebelah Azril yang sedang menyuap nasi goreng kedalam mulut.

“Apa dia?” soalku.

“Ada junior aku, nak duk sini dengan kita. Dia tak dapat kolej, tu la yang nak cari rumah tu.” cerita Faiz.

“Haa...tak palah, kita pun memang nak cari orang kan.” ujar Azril dengan nasi goreng yang penuh dalam mulut. Hazrin menepuk pelahan pipinya.

“mulut penuh nak bercakap” aku tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.

“apa nama budak tu?” bila dia nak masuk?” soalku pula. Dalam rumah ni hanya ada kami berempat, memang kami bercadang nak tambah orang. Kurang sikit sewa.

“ehm....nama dia Aniq, junior aku, budak part 2, dia baik, tak merokok, budak dekan, hormat orang tua, comel...” ujar Faiz memuji-muji. Macam pelik sikit, macam ada something. Comel?

“tapi....dia....” Faiz teragak-agak. Aku kata dah, mesti ada yang tak kena.

“tapi apa?” soal Hazrin.

“okey...aku terpaksa cakap ni...sebab aku takut kalau ada masalah kemudian hari. Kalau korang tak nak dia duk sini tak pelah, nanti aku tolonglah dia cari rumah lain, cuma kalau boleh, biarlah dia duduk sini, kesian kat dia.” ujar Faiz lagi seakan merayu.

“kenapa dengan budak tu?” soal Hazrin lagi.

“hem....dia sebenarnya....aku jamin dengan korang dia memang baik, dia tak kacau orang..aku kenak dia sejak sem lepas lagi. Dia memang budak baik.”

“dah tu...apa masalah dia?” soal Azril pula.


“okey....dia...sebenarnya......dia gay.” Hampir tersembur nasi yang dikunyah Azril. Aku dan Hazrin berpandangan. Masyaallah...apa pulak nak jadi ni.





Bersambung...


Hai Guys........
Actually...aku nak post bhg 3 ni hr jumaat hari tu, tapi aku balik kg pulak....x bawak balik lappy...so hari ni baru boleh post...

so enjoy....


Jangan lupa komen ya....