Sunday, 31 January 2016

Dunia Baru II









Assalamualaikum....

Hi Guys...

Apa khabar....

eh silap...

Apa Habaq??...heheheh (saje nak bagi tau yg aku dah jadi org penang sekarang...hahahah)



Esok.....1 Februari 2016, makanya cukuplah sebulan bergelar seorang Penolong Jurutera di Pulau Pinang ni....heheheh...


Sebenarnya aku sangat happy dengan kerja aku sekarang nih....

ada beberapa sebab kenapa aku happy...


PERTAMA

Aku adalah seorang penjawat Awam.

Jawatan aku sekarang adalah Penolong Jurutera di salah sebuah agensi di bawah Kerajaan negeri Pulau Pinang. Senang citer nyya aku keje gomen...heheheheh...

Seorang fresh graduate dapat jawatan tetap dalam kerajaan adalah sangatsangat bertuah. Aku bukan nak puji diri sendiri or nak riak atau apa. Aku just nak share kat korang betapa bertuahnya aku rasa. Ramai jugak orang yang aku jumpa bagitahu yang aku bertuah dan murah rezeki.

Ini pun berkat doa Mak dan Abah aku jugak yang tak putus-putus doa kat aku.

Ada yang bertanya 'kau ada degree, tapi kenapa apply kerja taraf diploma?'

Jawapan aku mudah je....PERTAMA : Aku ni fresh graduate yang langsung tak ada experience, aku sendiri tak yakin aku boleh jadi seorang engineer yang cekap kalau aku terus jadi engineer. KEDUA : Jawatan aku tu Penolong Jurutera, maksudnya aku tak keluar dari bidang kepakaran aku. Aku boleh belajar dari bawah, dan bila ada peluang nanti aku akan apply jadi engineer jugak. KETIGA: Ini jawatan gomen kot....bkn senang nak dapat...TETAP pulak tu....bukan Kontrak.

Orang selalu kata kerja dengan gomen mudah dan tak banyak kerja.

Tanggapan ni betul dan jugak salah. Bergantung kepada apa jawatan korang dan di jabatan mana korang kerja. Untuk jawatan aku ni, Hari-hari kitorang sibuk. Even hari Ahad or cuti umum pon kena turun padang jugak. Kerja hari sabtu tu jangan cakaplah....memang kerap sangat (Mengikut cerita staff senior lah. Aku ni baru lagi....tak banyak sangat kerja...hahahhah)

Tapi, sebenarnya kerja kat mana-mana pon sama je. Ada susah dan ada senang dia. Ramai je kawan2 aku yang merungut dengan kerja diorang. Mana-mana tempat pon sama je.


KEDUA

Aku bekerja di PULAU PINANG PULAU MUTIARA...

Aku mula jejak kaki di Pulau Pinang ni sejak bulan Julai 2009, maknanya, bulan Julai tahun 2016 ni, genap 7 tahun aku tinggal kat sini and I'm Happy living in here.

Aku tak tahu kenapa, tapi sebenarnya aku dah lama jatuh hati dengan Pulau Pinang. Pertam kali aku jejak kaki di Pulau Pinang sebenarnya masa aku darjah enam, tahun 2003. Masa tu aku ikut rombongan sekolah aku lepas UPSR. Aku ingat lagi, kitorang bertolak dari Kampar pukul 3.00 pagi, sampai Pulau Pinang subuh. Terus solat subuh kat Masjid Negeri. Lepas tu cikgu pengiring bawak kitorang sarapan kat satu kedai mamak ni. Aku pon tak tahu macam mana kedai tu bleh muat kitorang semua dua bas...hahahha. Lepas tu terus pergi Bukit Bendera. Turun dari bukit bendera terus pergi Tokong Kek Lok Si. Lepas tu Pergi Taman Botani. Lepastu kononnya nak pergi mandi kat Batu Feringgi, tapi atas sebab-sebab yang aku dah tak ingat, kitrang tak jadi mandi kat situ. Sebagai ganti, kitorang pergi padang kota. Lepas tu naik Feri balik ke Butterworth. Dari Butterworth terus balik ke Perak semula. Tengok!! aku boleh ingat lagi secara detail rombongan sekolah rendah aku 13 tahun dulu...hahahah...

Lepastu, selalu jugak aku ajak parent aku makan angin lagi ke Pulau Pinang, tapi tak pernah berjaya. Masa sekolah menengah, lepas PMR ada jugak aku plan dengan budak-budak kelas aku nak organize lawatan pergi Pulau Pinang...tapi tak jadi....

Dan akhirnya, ditakdirkan, aku dapat tawaran Diploma di Pulau Pinang. Tahun 2009, selepas 6 tahun, akhirnya aku jejak semula kaki ke Pulau Pinang.

Sepanjang 6 tahun lebih aku tinggal kat sini sejak 2009 sampai harini, aku rasa sangat happy dan selesa.

Lagi satu, bila aku dah kerja di Pulau Pinang ni, sebenarnya aku dah achieve aku punya 'mini' life goal, iaitu tak mahu kerja di Lembah Klang...

HAhahahahha...

Kalau korang perasan, semua cerita kat TV, Filem, Novel, semuanya kalau kerja, mesti kat KL. Family aku pon ramai yang macam tu, Kalau kerja mesti kat KL. Samapai aku rasa pelik, apa kat Malaysia ni tak de tempat lain ke nak Kerja selain KL??...hahahhaha. Sebab tu sejak aku sekolah lagi, aku dah 'bercita-cita' untuk mengelak dari bekerja di KL dan aku telah berjaya...hahhaha ( for now lah....in the future aku tak berani cakap, mungkin Allah dah takdirkan rezeki aku kat sana, maka ke sana lah aku...)


KETIGA

Aku dah ccapai aku punya Target.

Sebenarnya, exactly setahun lalu, Februari 2015,  dimana aku mula actively satart aku punya 'Job Hunting', aku dah letak target. Target aku, aku akan dapat kerja sebelum tahun 2015 berakhir.

And I did it. Aku berjaya dapatkan kerja sebelum tahun 2015 berakhir. Even aku start kerja Januari 2016, aku dah dapat kerja tu pada November 2015. Jadi aku dah capai target aku.

yeay!!!





Maka, atas sebab-sebab di atas lah yang menyebabkan aku sangat happy dengan kerja aku sekarang nih....walaupun aku rasa aku dah boleh rasa beban tugas yang akan aku pikul, aku tetap rasa puas hati dengan kerja aku sekarang,,,,


Oh ya..... Encik BFF baru bagi tahu aku yang dia pon dah dapat sambung Degree kat UTHM...so...






Pesanan khas untuk Encik BFF : Semoga ko happy dan sukses selalu....jangan risaukan sangat yang ko tinggalkan, ko pergi menuntut ilmu...bukannya pergi berjimba....heheh....insyaallah semunya baik baik sahaja....




OK...tu je nak cakap.....


Bye....