Thursday, 5 May 2016

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 5)






Bahagian 5 : Keraguan



Istirahatku di tengahari hari minggu ini terganggu dengan bunyi ketukan kuat di pintuku.
                “Amy!! awak ada di dalam tak?” kedengan suara seorang wanita dari luar. Aku lanats menuju ke pintu dan membukanya.
                “Lily, apa hal ni?” soalku sebaik ternampak kelibat Lily, teman serumah Zarina di muka pintu.
                “Zarina….” ujar Lily cemas.
                “kenapa dengan Zarina?” soalku pula kehairanan.Lily kelihatan cemas dan panik.
                “Zarina…..sejak semalam lagi dia tak keluar dari bilik. Saya panggil dia tak jawab. Sekarang dah pukul berapa ni. Dia langsung tak keluar.” cerita Lily.
                “dia tidur lagi kot.” ujarku pula.
                “tidur apanya dah pukul dua petang ni. Lagipun dia berkurung kat dalam tu sejak petag semalam. Saya risau ni. Lagi pun, sejak belakangan ni saya tengok dia lain macam je. Murung. Saya takut dia buat benda yang bukan-bukan kat dalam tu. Saya dah tak tahu nak buat apa ni. Saya panggil berkali-kali dia tak menayut. Awak tolong saya.” Aku yang mendengar cerita Lily jadi serba salah. Apa patut aku buat?
                “boleh saya masuk tengok?” aku meminta izin. Lily lantas menangguk. Aku menyarung selipar ku dan terus menuju ke rumah Lily dan Zarina. Pintu utama ku biar terbuka, takut nanti mengundang fitnah.
                “ni bilik dia.” lily menunjukan bilik Zarina.
                “Zarina, awak di dalam ke?” soalku sambil mengetuk pinti biliknya.
                “Rina!!” panggil Lily pula. Aku cuba memulas tombol pintu bilik itu. Berkunci.
                “Zarina, awak tak apa-apa ke? tolong buka pintu ni.” panggil ku lagi. Namun hampa, masih tiada respon.
                “awak, kita nak buat apa ni?” Lily cemas.
                “awak, boleh saya pecahkan pintu ni?” soalku pada Lily. Lily kelihatan seraba salah.
                “kalau dah dalam keadaan macam ni, pecah akan ajalah.” ujar Lily memberi kata putus. Aku lantas mengundur beberapa tapak kebelakang sebelum merempuh pintu itu sekuat hati. Selepas cubaan kedua baru pintu itu terbuka. Kelihatan Zarina terbaring lesu di atas katilnya tidak sedarkan diri.
                “Ya, Allah, Rina!!!” Lily lantas mendapatkan rakan karibnya itu. Aku juga terkejut melihat keadaan Zarina. Apa dah jadi pada dia. Lantas aku ternampak beberapa biji pil berwarna putih bertaburan  di atas lantai. Aku mengambil sebiji dan membeleknya. Aku tak pasti, tapi aku rasa itu pil tidur. Aku memandang Zarina yang terkulai layu dalam dakapan Lily. Aku lantas mendapatkannya dan memeriksa pernafasannya. Masih bernafas.
                “Lily, kita kena bawa Zarina ke hospital sekarang.” ujarku sebelum lantas mengangkat tubuh Zarina dari pelukan Lily. Zarina lantas ku bawa kekeretaku  sebelum kereta itu ku pandu laju terus ke hospital. Lily mengekoriku dari belakang dengan keretanya.


                Aku duduk termenung di bangku di luar wad yang menempatkan Zarina. Fikiranku ligat memikirkan kata-kata doktor yang merawat Zarina. Pil yang aku temui itu memang benar pil tidur. Dan doktor telah mengesahkan Zarina telah mengambil pil tidur secara berlebihan. Kemungkinan besar dia cuba membunuh diri. Alhamdulillah, dia berjaya diselamatkan. Namun, bukan itu yang merunsingkan aku. Bukan kerana hakikat Zarina cuba membunuh diri. Tetapi kenyataan disebalik sebab kenapa Zarina ingin membunuh diri.
                “awak.” panggilan Lily itu telah menegjutkan aku dari lamunan.
                “lily, Zarina macam mana?” soalku.
                “Alhamdulillah dia dah sedar.” jawab Lily.
                “Alhamdulillah.” aku mengucap syukur.
                “saya nak ucap terima kasih sangat-sngat pada awak. Kalau awak tak ada tak tahulah apa akan terjadi.”
                “dah jadi tanggungjawab saya sebagai jiran.” jawab ku pula. Lily tersenyum.
                “awak, saya nak minta tolong lagi sekali ni.”
                “apa dia? kalau saya boleh tolong, saya tolong.”
                “saya nak minta tolong awak tengok-tengokan Rina sekejap.”
                “boleh, tak ada masalah, tapi awak nak pergi mana?” soalku pula.
                “saya nak balik kampung, nak ambil mak dan ayah Rina.”
                “oh…yelah.”
                “lagi satu…”
                “apa dia?”
                “nanti, bila Mak dan Ayah Zarina datang sini, kalau boleh, awak jangan cerita pada mereka apa yang jadi ya. Awak fahamkan kenapa.” aku mengangguk sambil tersenyum.
                “saya faham.” jawabku. Lily tersenyum padaku.
                “baiklah, saya pergi dulu ya.” ujar Lily sebelum terus pergi meninggalkanku. Aku menghantarnya dengan senyuman. Sebaik Lily hilang dari pandangan, aku bangun dari dudukku dan terus masuk ke wad yang menempatkan Zarina.

                Zarina memandangku sekilas sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Aku menarik kerusi di sebelah katilnya da duduk disitu. Seketika kami berdua berdiam tanpa sebarang kata. Tak tahu apa yang patut aku katakana pada Zarina di waktu ini. Tapi sebenarnya bermacam soalan yang ingin aku tanyakan padanya.
                “awak…”panggilku perlahan ingin memulakan bicara. Zaria masih berdiam.
                “awak….saya..”
                “saya buntu Amy, saya buntu…saya tak tau apa nak buat..” pintas Zarina. Dia seakan mengerti apa yang ingin aku soalkan. Aku terdiam seketika. Aku seakan mengerti perasaannya.
                “tapi bukan ini caranya. Masalah tak akan selesai walau awak bunuh diripun.” ujarku pula. Zarina diam, namun terlihat jelas air matanya yang mula menangis.
                “paling tidak pun, awak kena fikir anak dalam kandungan awak tu. Dia ada hak untuk hidup.” ujarku lagi. Air mata Zarina makin galak turun. Sayu hatiku melihatnya.
                “siapa bapa pada anak tu?” soalku lagi. Dengan air mata yang masih laju, Zarina memandangku dengan mata yang penuh rasa keliru. Perlahan dia menggelengkan kepala.



                Aku menghirup sedikit teh tarik yang baru ku pesan. Seminggu sudah berlalu sejak kejadian Zarina cuba membunuh diri. Dia kini sudah pulang ke rumah. Namun kandungannya masih dirahsiakan. Lily sendiri tak tahu mengenai itu. Aku teringat  semula cerita Zarina di hospital tempoh hari. Kasihan dia teraniaya. Dia tak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap kehamilannya. Dia tak ingat bila benda tu berlaku dan yang dia sebenarnya tak ingat langsung apa yang berlaku. Menurut ceritanya, kemungkinan seseorang telah meletakan pil tidur dalam minumannya ketika dia di kelab malam. Dia mungkin dirogol ketika dia tidak sedarkan diri. Aku kerap juga ke kelab malam yang Zarina maksudkan untuk mencari klu. Namun sehingga kini aku masih belum dapat mengesan siapa pelakunya. Nak buat laporan polis, kami tiada sebarang bukti atau saksi. Zarina sendri tidak tahu apa yang berlaku, macam mana polis nak menyiasat. Aku jadi memikirkan tentang Zarina. Sampai bila kandungannya boleh disorokan. Kandungan itu akan membesar. Orang tetap akan tahu juga nanti. Tak mungkin kandungan itu digugurkan. Membunuh tu namanya. Entah kenapa aku turut berasa runsing memikirkan tentang masalah ini. Aku sebenarnya amat bersimpati pada Zarina. Dia mangsa seekor syaitan yang bertopengkan manusia. Mungkin benar dia juga turut bersalah keran a mengunjungi kelab malam itu, tapi apa yang berlaku padanya bagiku terlalu berat. Dia terpaksa menanggung semuanya sendiri.

                Aku tersenyum melihat Zarina datang kepadaku. Sengaja aku memanggilnya ke kafe berhampiran dengan apartment kami ini kerana ada sesuatu yang ingin aku bicarakan dengannya.
                “Kenapa awak suruh saya datag sini?” soalnya. Aku tersenyum.
                “ada sesuatu yang nak saya bincangkan.” ujarku pula.
                “apa dia?”
                “awak, kahwin dengan saya.” ujarku. Zarina tersentak.
                “ap…apa awak cakap ni?” soal Zarina yang terkejut dengan kata-kataku tadi. Baru malam tadi aku memkirkan tentang soal ini dan aku merasakan ini adalah jalan terbaik.
                “saya mahu berkahwin dengan awak dan menjadi ayah pada anak dalam kandungan awak tu.” terangku.
                “awak gila ke? kenapa pula awak jadi ayah pada anak ni? awak tak ada kena mengenapun.!”
                “Zarina, awak tak boleh terus macam ni. Sampai bila awak nak sembunyikan kandungan awak tu. Makin lama dia makin membesar.” ujarku pula.
                “tapi kenapa? kenapa awak….” Zarina mula menitiskan airmatnya.
                “saya tahu awak tak sukakan saya, tapi saya rasa ini sahaja jalan yang ada.”
                “awak, kenapa awak sanggup buat macam ni, lebih ramai lagi perempuan diluartu untuk awak, awak tak perlu buat macam ni untuk saya.” ujar Zarina pula.
                “awak, ini sesuatu yang saya nak lakukan. Awak tahukan saya seorang gay, dan saya nak berubah. Saya nak tinggalkan semua tu. Salah satu cara untuk saya berubah adalah dengan berkahwin.”
                “tapi kenapa saya?”
                “sebab awaklah satu-satunya perempuan yang saya kenal yang tahu siapa saya sebenarnya. Saya tak mahu kalau saya berkahwin dengan seseorang yang tak tahu saya seorang lelaki homo, akan ada masalah dalam hubngan kami nanti. Lagipun awak perlukan ayah pada anak adalam kandungan awak tu, dan saya perlukan seorang isteri untuk mengubah saya. Kita saling memerlukan Zarina.”terangku panjang lebar. Zarina terdiam. Dia menunduk. Air matanya masih menitis.
                “Zarina, kahwin dengan saya.” aku mengulangi lamaranku. Perlahan kulihat Zarina mengangguk memberikan persetujuannya. Aku tersenyum senang walaupun sebenarnya hatiku masih ragu dengan apa yang aku lakukan ini.




Bersambung....



p/s: En BFF tengah patah hati....kesian dia....heheheheh

3 comments:

  1. Wow dah lama sangat tunggu.. Makin menarik harap dapat bca episode baru x lama lagi..

    ReplyDelete