Sunday, 15 May 2016

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 6)






Bahagian 6 : Takdir



Aku tersedar dari lenaku sebaik mendengar azan maghrib berkumandang. Aku bangun dan duduk di sofa tempat ku terlena tadi. Perlahan wajahku kuraup. Aku kemudian bingkas bangun terus menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Usai berwuduk aku menuju ke bilikku. Kelihatan dua sejadah sudah siap terbentang di atas lantai. Aku kemudian melirik ke arah Zarina yang sedang memakai telekong.
            “awak, kita solat sekali.” ujar Zarina. Aku tersenyum padanya. Hampir sebulan usia pernikahan kami. Walaupun kami berkahwin bukan dengan dasar cinta, tapi Zarina masih melayanku selayaknya seorang suami. Aku tak tahu tentang cinta , tapi yang pasti aku kini telah jatuh sayang padanya. Aku mencapai songkokku dan terus mengambil tempat imam dihadapan. Zarina mengambil pula tempat makmum. Takbir ku laungkan dan aku mengimamkan solat berjamaah pertamaku bersama Zarina.
            Usai berdoa, aku bersalaman bersama Zarina. Perlahan tanganku dia cium dengan penuh rasa hormat. Kepalanya kuusap lembut dengan penuh rasa kasih.
            “terima kasih awak.” ujarnya perlahan.
            “terima kasih untuk apa?” soalku pula sambil melepaskan tangannya.
            “terima kasih sebab awak terima saya sebgaai isteri….walaupun saya…”
            “Rina…” pintasku. Zarina masih tertunduk. Ternampak jelas airmatanya mula menitis.
            “boleh tak kalau kita lupakan sebab apa kita bernikah dan kita tumpukan pada hakikat yang kita dah pun bernikah. Sekarang ni, saya dahpun jadi suami awak dan awak sudah sah menjadi isteri saya.” ujarku pula. Zarina diam tidak menjawab.
            “Rina..” panggilku lembut sambil menggenggam kedua tangannya. Zarina mendongak sedikit memandang wajahku.
            “kalau awak tak keberatan, saya mahu perkahwinan kita ini kekal sampai bila-bila. Kita jaga anak dalam kandungan awak tu bersama-sama.” ujarku lagi. Airmata Zarina makin galak turun. Air mata terharu.
            “terima kasih, Abang.” ujarnya. Aku tersenyum mendengar panggilannya itu. Perlahan tubuhnya ku tarik hampir ke tubuhku. Tubuh kecil itu ku dakap erat dengan penuh kasih. ‘Ya Allah, peliharalah hubungan ini.’ doaku di dalam hati kecilku ini.       



Perlahan aku mendekati Zarina yang sedang duduk di sebelah katil di wad ICU. Perlahan bahunya ku pegang erat sambil aku memerhati sekujur tubuh bayi yang terbaring lesu di tas katil itu dengan pelbagai jenis wayar dan tube berselirat di tubuh kecil itu. Sayu hati aku melihatnya. Nur Anisya selamat dilahirkan Zarina sebulan lepas. Sejak dia dilahirkan lagi dia sudah ditempatkan disini kerana pelbagai komplikasi dalaman. Doktor juga sudah mengesahkan yang Anisya mengalami kecatatan otak kesan dari pil tidur yang diambil Zarina ketika cuba membunuh diri dulu. Perlahan aku mnegusap bahu dan belakang Zarina cuba menenangkannay yang sudah bergelumang dengan air mata.
            “Sabar Rina.” ujarku.
            “Salah Rina bang, salah Rina.”
            “sudahlah tu…” aku cuba mememujuk Zarina. Ibu mana yang tak sedih melihat anak yang dikandung Sembilan bulan dalam keadaan sebegini. Aku mengerti perasaan Zarina.
            “tuk..tuk..” kedengaran pintu wad diketuk. Aku dan Zarina berpaling ke arah pintu. Aku tersenyum memandang Ibu dan Ayah Zarina. Lantas aku menuju ke arah mereka dan bersalaman dengan mereka.
            “Mak, ayah, sihat?” sapaku mesra.
            “Alhamdulillah sihat.” jawab ibu mertuaku. Mereka berdua lantas mendekati Zarina sebelum Zarina pula bersalaman dengan mereka. Aku teringat kembali disaat aku berjumpa dengan ibu dan ayah Zarina ketika aku ingin mengahwininya 10 bulan lepas. Ayah Zarina begitu marah dan kecewa dengan Zarina. Namun kerana aku mengaku yang aku bertanggungjawab dan ingin menikahi Zarina, kemarahannya sedikit reda. Mereka berdua merestui perkahwinan itu walau dalam terpaksa. Namun Alhamdulillah, mereka kini sudah boleh menerima segalanya dan menerima aku sebagai menantu. Cuma Pak Long, Pak Long sahaja yang masih belum boleh menerima tindakan aku ini. Dia menentang keras perkahwinan ini. Dia tak mahu aku menjadi ‘pak sanggup’. Walau berkali aku cuba memujuk, namun dia masih berdegil.
            Pagi ini, aku dan Zarina menerima berita yang amat menyedihkan dari doktor yang merawat Anisya. Anisya telah kembali kerahmatullah. Sekejap benar hayatnya didunia ini. Zarina menangis semahunya di dalam pelukanku. Tak sudah-sudah dia menyalahkan dirinya di atas pemergian Anisya. Takdir sering kelihatan kejam dimata manusia. Namun manusia tidak sedar yang terdapat banyak hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu. Allah telah mengambil Anisya dari kami kerana Anisya akan lebih tersiksa jika dia hidup dalam keadaannya yang sebegitu. Biarlah dia pergi, dan aku amat yakin, syurga adalah tempatnya.
            Mungkin ini juga hikmah disebalik pemergia Anisya. Pak Long muncul dihari pengebumian. Aku amat gembira. Dia dah boleh menerima aku kembali dan juga menerima Zarina sebagai isteriku. Aku berasa sangat terharu. Usai pengebumian Anisya, aku membawa Zarina pulang ke kampungnya untuk menenangkan fikiranya yang masih tegang. Dia masih dalam proses menerima hakikat yang Anisya dah tiada.
            Aku meletakan begku di pintu sebelum menghampiri Zarina dan duduk di sebelahnya.
            “dahlah tu, tak mau sedih-sedih macam ni lagi. Anisya dah tiada, biarkan dia pergi dengan aman.” pujukku sambil mengusap-usap belakang Zarina. Zarina hanya berdiam.
            “abang nak balik KL ni, Rina rehat kat sini puas-puas.” ujarku. Zarina lantas mencapai tanganku dan disalami.
            “jaga diri bang.” pesan Zarina. Aku tersenyum sebelum mengucup dahinya. Aku bangun dan merapati ayah dan ibu mertuaku. Tangan mereka ku salam sebelum aku kembali ke pintu. Begku ku ambil dan terus keluar mendapatkan keretaku. Enjin kereta ku hidupkan sebelum ku meluncur laju balik ke Kuala Lumpur.


            Aku bergegas membuka pintu rumahku sebaik ianya diketuk kuat.
            “kejap.” ujarku. Siapalah agaknya, tak kan Zarina kot. Katanya mahu pulang esok. Tak kan dia mengubah rancangan pula.
            “coming.” ujarku lagi sambil membuka selak di pintu dan lantas memulas tombol pintu. Aku terpaku melihat gerangan orang yang mengetuk kuat pintu rumahku tadi.
            “Amy…”paggil lelaki itu.
            “Alvin..” belum sempat aku berkata apa-apa Alvin telah merebahkan kepalaya ke bahuku. Aku tersentak. Lantas satu bau yang dulu pernah menjadi sebahagian dari hidupku menusuk ke hidung.
            “Amy, I miss you so much….” ujar Alvin lagi dalam keadaan separa sedar. Dia mabuk.
            “Alvin, you drunk.” ujarku sambil menolak perlahan badannya. Hampir setahun aku tidak melihat wajah lelaki ini. Aku ingatkan aku tak akan menemuinya lagi. Tak sangka pula dia akan muncul hari ini dan dalam keadaan begini.
            “Amy, I can’t take it anymore. I need you…” belum sempat Alvin menghabiskan kata-katanya, dia rebah.
            “Alvin !!! are you ok? wake up!!” aku cuba mengejutkannya. Namun tiada respon. Aku lantas mengangkat badan sasanya perlahan masuk ke rumahku. Tak akan nak biarkan dia pengsan di depan apartment ku ini.

            “are you awake?” soalku sambil mataku masih terus menghadap komputer riba. Sekali-sekala aku melirik melihat Alvin yang terbaring di sofa diruang tamu rumahku.
            “where am I?” soalnya. Aku tidak menjawab. Aku lantas ke dapur dan membawa segelas air kepada Alvin.
            “Amy?!” Alvin seakan baru tersedar yang dia berada dirumahku.
            “You kat rumah I.” aku menjawab soalan yang ditanyakannya tadi.
            “I’m…sorry…I tak sedar, I tak berniat nak datang sini kacau you.” ujar Alvin sedikit cemas. Dia lantas cuba bangun dari pembaringannya. Namun baru beberapa langkah dia rebah kembali.
            “Alvin…you still drunk. Relax.” ujarku lagi sambil memangkunya. Seketika pandanga kami bertaut. Mata kami ibarat berbicara sektika. Seakan tak dapat mengawal diri, tak tahu kenapa gelora nafsuku pada lelaki yang dulu mulai padam kini sekan hidup kembali. Bermula dari pandangan mata, tanpa ku sedar, aku telah hanyut di dalam lautan noda yang dulu pernah ku tinggalkan. Sekali lagi aku kalah pada musuhku, nafsu.

            Aku tersedar dari tidurku. Aku bangun dan duduk di katil Aku memandang Alvin disebelahku. Jantungku berdegup pantas. Darahku menderu laju.
            “astaghfirullah al-azim.” aku beristighfar.
‘Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?!’ aku merintih. Berkali-kali aku mengucap dan beristighfar. Secara tiba-tiba pintu bilikku dikuak. Aku terpaku melihat wajah insan yang membuka pintu itu.
“Rina!” aku kaget.
“masyaallah.” kedengaran Zarina mengucap. Alvin yang tersedar degan bunyi pintu bangun dan duduk disebelahku. Zarina menekup mulutnya. Matanya mula berkaca. Tanpa berkata walau sepatah dia lantas terus meninggalkan rumah itu. Aku jadi buntu. Ya Allah!! apa yang dah jadi ni!!
“Amy…” panggil Alvin perlahan.
“please, get out.” ujarku juga perlahan.
“Amy, I’m so sorry….I don’t mean to…”
“get out!!” ujarku sedikit tegas memotong kata-kata Alvin.
“ GET OUT!!!” ujarku lagi berang. Alvin yang sedikit terkejut degan tingkahku lantas memakai semula pakaiannya dan keluar dari rumahku. Air mata sesalan ku jatuh tanpa ku undang.
“ya..Allah!!!” rintihku. Aku berasa kecewa dan sakit hati. Aku marah pada Alvin, aku tak tahu apa tujuan dia datang ke sini malam tadi. Apa yang dia mahukan? Aku marah pada diriku sendiri kerana tak dapat melawan nafsu. Aku kecewa kerana rumah tangga yang aku harap dapat menjadi landasan untuk aku berubah namapaknya akan hancur tak lama lagi.
“Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni!!” rintihku lagi. Sekali lagi ujian datang tanpa ku undang.


.

Bersambung..






p/s: dah nak hbis dah citer ni....heheheh

p/s: aku rasa sangat lonely sejak dua menjak ni...rasa cam nak cari bf sorang....ada x sesiapa yang nak jadi bf aku??...heheheh #meroyan...





1 comment:

  1. wah, terbaik la.. tq sbb sambung dengan cepat..

    ReplyDelete