Wednesday, 1 June 2016

Kembara Mencari Cinta (Bahagian 7 - Akhir)






Bahagian 7 : Kebahagiaan


Aku memberhentikan keretaku dibahu jalan. Aku baru pulang dari kampung Zarina. Aku ingin berjumpa dengan Zarina dan menerangkan segalanya. Aku tak mahu kehilangannya, aku sayangkannya. Tapi dimana Zarina? dia tiada dikampung. Aku buntu. Tak tahu dimana aku mahu mencari Zarina. oh ya, rumah Lily. Mungkin dia ada disitu. Kenapa aku langsung tak terfikir kemungkinan itu sedangkan rumah Lily hanya bersebelahan dengan rumahku. Lantas enjin keretaku kuhidupkan semula dan terus bergegas ke rumah Lily.
            Perlahan pintu rumah lily ku ketuk.
            “Assalamualaikum.” aku memberi salam. Seketika kemudian pintu dibuka dan tersembul wajah Lily dibalik pintu.
            “Waalaikumussalam, Amy…”
            “Lily, Rina ada disini?” soalku. Kelihatan riak wajah Lily yang serba salah.
            “erm…tak ada….ke..kenapa ya.” ujar Lily lagi sedikit tersekat-sekat. Aku mengintai sedikit ke dalam dari pintu yang searuh terbuka. Kelihatn sehelai tudung berwarna hijau muda tersangkut dikerusi. Ya, itu tudung Zarina. Aku yakin kerana aku yang menghadiahkan tudung itu padanya bila dia membuat keputusan untuk bertudung beberapa bulan selepas perkahwinan kami.
            “Lily, tolong, saya tahu Rina ada disini. Tolong benarkan saya berjumpa dengan dia. Saya perlu jumpa dia. Lily kelihatan serba salah. Dia lantas keluar dari rumahnya dan menutup pintu rumah itu.
            “baiklah, memang betul Rina ada disini. Tapi dia dah pesan pada saya supaya tak membenarkan awak berjumpa dengan dia.” ujar Lily sedikit berbisik. Mungkin dia tak mahu Zarina mendengar perbicaraan kami.
            “apa yang awak dah buat sampai jadi macam ni? tak pernah saya tengok Zarina merajuk sampai macam ni.”
            “salah saya, saya tahu.” balas ku pula.
            “awak ni memang tak sensitif langsung. Sedih sebab pemergian Anisya pun belum habis lagi, awak dah buat hal. Kasihan Rina tu.” ujar Lily lagi. Zarina adalah sahabat baiknya, aku tahu Lily amat mengambil berat tentang Zarina.
            “Lily, saya tahu, salah saya. Sebab tu saya datang sini. Saya nak minta maaf dengan Zarina.” ujar ku pula.
            “Lily, tolong benarkan saya jumpa Zarina. Kalau tak boleh jumpapun, benarkan saya bercakap dengan dia. Tolong.” ujarku separuh merayu. Lily akur dan mmebenarkan aku masuk.
            Perlahan pintu bilik Zarina aku ketuk. Seperti dijangka tiada respon.
            “Rina, abang ni.” panggilku. Masih tiada respon.
            “Rina, abang tahu Rina ada kat dalam.” ujarku lagi. Lily hanya memerhati.
            “Rina, abang tahu, abang salah. Abang tak akan nafikan apa-apa. Apa yang Rina nampak hari tu, memang itulah yang berlaku. Abang tahu abang salah. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang tahu susah Rina nak maafkan abang. Apa saja keputusan Rina lepas ni abang terima. Tapi sebelum tu Abang nak Rina dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang betul-betul sayangkan Rina. Abang tak pernah sayangkan mana-mana wanita lain sebelum ni sebagaimana abang sayangkan Rina. Rina amat berharga buat abang sekarang. Abang tak mahu kehilangan Rina.” ucapku cuba memujuk. Namun masih tiada respon dari dalam bilik berkunci itu. Aku sedikit hampa, tapi aku redha. Aku tahu ini kan berlaku. Mungkin sudah tiada harapan antara aku dan Zarina. Aku memandang Lily sayu. Perlahan aku mengatur langkah keluar dari rumah itu.
            “terima kasih Lily.” ucapku sebelum aku meninggalkan rumah itu dan kembali ke rumahku.



            “Ya Allah, ya tuhanku, aku bermohon kepamu ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua orang tuaku, dan dosa isteriku. Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak berbuat dosa ya Allah, aku bertaubat kepadamu ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Bantulah aku kembali ke jalanmu ya Allah. Ya Allah, selamatkanlah rumah tanggaku ya Allah. Bukalah pintu hati isteriku untuk kembali padaku ya allah. Sesungguhnya aku aku amat menyayanginya. Tiada siapa lagi tempat aku meminta pertolongan selain dari mu ya Allah.” doaku selepas solat sunat taubat dan hajat yang kubuat di tengah malam ini. Aku benar-benar menyesal dengan apa yang telah ku perbuat.
            Aku tersedar dari lenaku selepas dikejutkan oleh sinaran matahari yang mula menyinari biliku. Aku terlena semula selepas solat subuh tadi. Aku bangun dari katil dan terus keluar dari bilik. Perut sudah mula berkeroncong minta diisi. Sampai dimeja makan aku tersentak, sarapan sudah siap terhidang. Seketika kemudian aku terpana melihat wajah seorang yang amat ku rindu keluar dari dapur.
            “Rina…”
            “abang…”ujar Rina lembut. Perlehan teko yang dibawanya di letak di atas meja dan dia terus mendapatkan aku. Perlahan tanganku disalami. Aku terkesima seketika. Tidak marahkah dia lagi padaku?
            “Abang, Rina minta maaf, Rina bersalah sebab lari dari rumah. Rina minta maaf.” ujar Rina. Aku lantas menarik tanganku dan mengelus lembut wajah ayu Zarina.
            “Abang yang patut minta maaf, Abang yang salah.” ujarku pula.
            “Kita manusia bang, tak boleh lari dari mmebuat kesilapan.”ujar Rina pula.
            “Jadi Rina dah maafkan abang?” soalku sambil menggenggam kedua tangnnya. Rina tersenyum padaku.
            “janji jangan buat lagi.” ujarnya lembut. Aku turut tersenyum.  ‘Alhamdulillah’ ucapku lembut. Lantas tubuh Rina ku tarik rapat ke tubuhku dan ku dakap erat.
            “terima kasih ya Allah, terima kasih. Akhirnya kutemui juga cinta dan kebahagiaan yang kucari selama ini. Alhamdulillah.” syukurku di dalam hati. Semoga ini kan berkekalan sampai ke akhirnya. Amin……



TAMAT





p/s: puasa tak lama dah.....selamat berpuasa semua....heheheh