Saturday, 22 October 2016

My BFF My Love (Bahagian 2)




Bahagian 2


“Tapi….sebenarnya, ada sesuatu tentang aku yang aku tak pernah cerita pada kau…atau pada sesiapa pun. Benda tulah yang menyebabkan Abi aku marah aku, halau aku dari rumah dan tak mengaku aku ni anak dia lagi.” ujarku lagi sedikit sebak.

“boleh aku tau apa benda tu?” soal Hazrin. Aku memandang wajahnya dalam. Inilah masanya. Masa yang akan menentukan hayat persahabatan aku dengan Hazrin. Hanya ada dua kemungkinan selepas aku menceritakan ini, samada Hazrin boleh menerima aku atau Hazrin akan membenci aku. Aku tenung wajah Hazrin dalam. Jelas terpancar keikhlasan diawajahnya. Perlahan aku mengeluarakan telefon bimbitku. Aku membuka aplikasi video. Sebuah video ku buka dan aku tunjukan pada Hazrin. Hazrin mengambil telefon bimbitku dan menonton video tersebut. Hazrin bungkam. Dia terkejut.

“i…ini…” Hazrin termati kata. Aku memerhati tingkahnya. Telefon bimbitku aku ambil semula dan aku matikan video tersebut.

“ma…maksud kau apa ni?” soal Hazrin. Aku hanya tertunduk. Video yang kutunjukan tadi adalah sebuah video porno. Video porno golongan lelaki yang mencintai lelaki. Video yang juga telah dilihat oleh ayahku di komputer ribaku di rumah tadi. Video yang membuatkanku berada disini malam ini.

“Kau….kau gay ke?” soal Hazrin teragak-agak. Aku memandang Hazrin yang masih keliru dan terkejut. Aku mengangguk perlahan. Hatiku berdebar menanti tindak balas dari Hazrin. Hazrin terdiam dan  terpaku. Dia ibarat baru menerima satu pukulan hebat.

“Ren…”panggilku sambil cuba mencapai tanganya. Hazrin seakan terkejut dengan tingkahku dan terus menepis tanganku dan berundur kebelakang. Seakan cuba melarikan diri dariku. Tindak balasnya itu ibarat satu tamparan buatku. Walaupun aku seakan boleh mengagak, namun hatiku tetap merasa sakit. Dia tak boleh terima aku. Sama seperti ayahku. Pdan muka kau Muaz. Semua orang dah benci kau. Aku kembali menoleh ke hadapan sebelum melepaskan keluhan berat. Sebak aku rasakan. Nanti Muaz…sabar. Jangan nagis kat sini. Kau kena kuat. Sekali lagi aku menoleh ke arah Hazrin. Dia masih kaku seperti tadi. Terkejut benar dia.

Perlahan aku meraih bantal dan selimut yang tadi aku gunakan. Aku berdiri, dan langkah ku atur ke pintu bilik.

“kau…kau nak pergi mana?” soal Hazrin. Aku memberhentikan langkah sebelum berpaling memandang Hazrin seketika.

“Aku…aku tidur kat luar.”Jawabku sambil memeberikan satu senyuman hambar yang sebenarnya cuba menyembunyikan kesedihan dalam jiwa. Perlahan pintu bilik kubuka dan terus menuju ke ruang tamu meninggalkan Hazrin bersendiri. Pasti dia tak selesa kalau aku terus disitu. Aku duduk termenung di sofa.

Apa lagi yang bolehku buat. Hazrin tak boleh menerima aku. Tak mengapakah kalau aku masih terus disini. Aku tak boleh berada disini. Hazrin dah benci aku. Tapi tak kan aku nak keluar lewat-lewat malam begini? kemana aku nak pergi. Tak apalah, tebalkanlah muka menumpang disini sampai esok. Esok, awal-awal pagi aku akan pergi. Tanpa aku sedar, air mataku mengalir lagi. Ya Allah….bantu aku.


Aku ralit memandang ke luar tingkap bas yang kini dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Tak ada apa yang menarik di luar sana, cuma sudah menjadi tabiat aku setiap kali naik bas, pasti pandanganku campak keluar. Sekali-sekala aku melirik memandang penumpang di sebelahku. Hazrin ku lihat terlelap. Keadaan ku rasakan agak kekok. Entah kenapa Hazrin beriya benar mahu mengikutku pulang ke Pulau Pinang. Bukan ke dia dah benci aku?

Perlahan aku menutup pili air sebelum ku dengar namaku dipanggil. Suara yang amat ku kenali. Perlahan pintu bilik air kubuka. Tersembul wajah Hazrin disitu. Terkejut aku dibuatnya.

“la…kat sini kau.” ujarnya.

“ke…kenapa?” soalku. Hazrin ni dah macam tak sabar nak suruh aku keluar dari rumah dia ni.

“tak ada apa…aku keluar bilik tadi…tengok kau tak ada kat ruang tamu…” ujarnya. Aku hanya tersenyum hambar. Tunggulah…lepas solat subuh ni aku keluarlah.

“tumpang bilik kau, aku nak solat subuh.” soalku. Rumah ni sudah tidak asing lagi bagiku sebenarnya. Tak pernahpun aku mintak izin nak buat apa-apa di rumah ni. Cuma lepas apa yang dah jadi malam tadi, aku rasa janggal. Hazrin mengangguk tanda setuju. Aku lantas berjalan melintasinya menuju ke bilik.

“ehh….kejap” langkahku terhenti.

“tunggu aku kejap…kita solat sekali.” ajak Hazrin. Aku menoleh kebelakang memandangnya kehairanan.

“tunggu aku tau.” ucapnya. Aku hanya mengangguk. Bukan tak pernah aku solat berjamaah bersama Hazrin…cuma untuk kali ini….Hazrin nak solat dengan aku?

Dua helai sejadah kubentang menghadap kiblat di dalam bilik bujang ini. Selesai aku merapikan sejadah yang ku bentang, Hazrin masuk kedalam bilik. Aku lantas berdiri di atas sejadah yang kubentang sedikit kebelakang di sebelah kanan sejadah yang satu lagi.

“eh….selalu kan kau Imam?” soal Hazrin.

“Tak pelah, kau Imamlah kali ni.” ujarku pula. Takkan kau nak berimamkan orang macam aku kot Ren. Belum sempat Hazrin membantah aku lantas melaungkan Iqamat. Hazrin terpaksa akur dan terus mencapai kupiahnya dan berdiri di sejadah yang telah ku bentang disebelahku tadi. Seusai doa iqamah dibaca, Hazrin lantas mengangkat takbir.

“Allahu Akbar” aku turut mengangkat takbir.

Seusai solat aku lantas melipat semula sejadah dan aku sangkutkan di tempat penyidai. Perlahan tuala yang aku gunakan semalam aku capai semula. Aku nak membersihkan diri terlebih dahulu sebelum aku keluar dari rumah ini.

“em…Ren..” panggilku. Hazrin berpaling memandangku.

“aku…tumpang mandi ya….lepas mandi….aku…aku keluar.” ucapku teragak-agak. Hazrin hanya mengangguk dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Malas nak berfikir lama, aku lantas ke bilik mandi membersihkan diri.

“Muaz…” panggil ibu Hazrin sambil dia menyiapkan meja makan. Aku memandangnya sambil tersenyum.

“Mak cik…” sapaku mesra.

“Nanti sarapan sekali ya.” ajak Mak Hazrin lembut.

“Ha….yelah…saya tukar baju sekejap.” jawabku sambil tersenyum sebelum berjalan menuju ke bilik Hazrin. Belum sempat tombol pintu kucapai, pintu telahpun terbuka dari dalam. Hazrin muncul dibalik pintu. Sempat pandangan kami bertaut sebelum aku tertunduk dan berganjak sedikit ke tepi. Hazrin berjalan terus menuju ke meja makan dan aku masuk semula ke dalam bilik.

Baju ku tukar dan barangbarangku ku kemas semula. Aku menoleh ke belakang sebaik terdengar pintu bilik dibuka. Ku lihat Hazrin masuk. Pintu bilik ditutup semula sebelum dia berjalan menghampiriku dan duduk di birai katil. Kami diam tanpa kata-kata. Aku berusaha mengelak dari memandang wajahnya. Selepas apa yang dah jadi malam tadi, aku rasa janggal dengan Hazrin.
Seusai barangku ku kemas, aku berdiri sambil menyandang beg.

“Ren…..aku….aku…gerak dulu. Terima kasih bagi aku tumpang rumah.” ucapku takut-takut. Hazrin ku lihat hanya diam sambil memandangku. Aku hanya tersenyum hambar sebelum mengangkat begku yang satu lagi dan berpaling ke belakang.

“tak sarapan dulu?” ujarnya sebelum sempat tombol pintu kucapai.

“tak pelah…aku…belum lapar.” ujarku pula.

“kau nak pergi mana?” solnya lagi. Aku kini berpaling semula memandangnya. Wajah tampanya kelihatan tenang.

“aku…balik Penang……kot.” ujarku teragak-agak. Entahlah, aku pun tak tahu mana nak pergi.

“kot?” soalnya pula. Aku tersenyum kelat. Hazrin ku lihat bangun dari katil dan mendekatiku.

“ada duit?” soalnya lagi.

“hmm….ada…aku ada duit….insyaallah.” ujarku lagi. Hazrin masih memandangku lagi.

“aku…aku gerak dulu. Terima kasih.” ucapku lagi.

“makan dulu.” ujar Hazrin lagi lembut. Aku yang baru sahaja mahu memulas tombol pintu kembali memandangnya. Dah kenapa dengan Ren ni? bukan dia dah benci aku? bukan dia yang dah tak sabar-sabar nak aku keluar? atau ini hanya sekadar benda baik yang dia buat sebelum dia buang aku dari hidup dia selamanya. Macam banduan akhir yang menunggu hukaman mati. Disuakan makanan yang lazat untuk terakhir kali.

“makan dulu. Sarapan. Mak aku dah siap masak dah. Lepastu, aku mintak tolong ayah aku hantar kita pergi stesen bas.” ucap Hazrin lembut.

“Tak payahlah…aku boleh jalan kaki.”

“Muaz….” panggil Hazrin lagi lembut. Aku membatu.

“Kau boleh lah….kau atlet sekolah dulu. Yang aku ni, bukannya aku larat nak jalan kaki sampai ke pekan tu.” ujarnya pula. Aku jadi keliru.

“Ma…maksud kau?” soal ku pula.

“Aku..aku nak ikut kau balik Penang, kita balik sama-sama.” ujarnya tenang. Seriously? Why?




Bersambung...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Hi guys....enjoy reading...n jangan lupa komen banyak2 ye....

bye...



No comments:

Post a Comment