Sunday, 30 October 2016

My BFF My Love (Bahagian 3)




Bahagian 3


Aku menoleh pandang keluar tingkap bas. Masih keliru dengan tindakan Hazrin, tapi malas nak aku fikirkan lagi. Belum sempat fikiranku melayang jauh, tiba-tiba aku merasakan tanganku kiriku disentuh kemudian digenggam erat. Aku mengalih pandang ke tanganku sebelum dialihkan pula pada pemilik tangan yang menggenggam tanganku itu. Aku memandang Hazrin tepat. Dia ku lihat masih memejamkan mata. Mengigauke budak ni? Aku cuba menarik tanganku, tapi Hazrin menggenggam tanganku lebih erat. Dah kenapa dengan kau ni Ren?. Hazrin ku lihat membuka matanya sebelum perlahan mengalih pandang ke arahku. Hazrin memandangku tepat dengan pandangan redup yang sukar untuk aku tafsirkan apa maksudnya. Hazrin melepaskan satu keluhan sebelum lantas tangan kirinya meraih pula tangan kananku dan turut digenggam erat. Aku jadi makin pelik. Sempat aku melirik ke sekeliling, memang hanya kami berdua di seat belakang bas ini.

“Muaz…”panggil Hazrin lembut. Aku hanya diam dan memandangnya kehairanan.

“Aku minta maaf. Aku tau kau nangis malam tadi. Kau nangis sebab aku kan.”ujarnya. Eh..budak ni, tau pulak dia aku nangis malam tadi.

“aku…aku minta maaf. Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Aku…aku terkejut. Aku…aku tak pernah expect kau sebenarnya…..” Hazrin seakan teragak-agak untuk menghabiskan ayatnya. Aku hanya mendengar. Terharu aku rasa. Lega jugak. Hazrin menggenggam kedua tanganku. Itu maksudnya dia betul-betul serius.

“…the point is….aku betul-betul minta maaf..” ujar Hazrin lagi bersungguh sambil memandang aku dengan ‘puppy eyes’ yang sangat comel. Aduhai Ren, comel pulak kau aku tengok.

“kau…tak kisah ke….aku….tak normal.” soalku pula. Hazrin tertunduk sedikit. Namun genggaman tangannya masih tak dilepaskan.

“Aku….tak kisah…aku terima kau seadanya. Kau kan bestfriend aku.” ujar Hazrin memujuk. Aku tersenyum lega.

“Thank you.” ujarku. Hazrin kembali tersenyum.

“Jadi…kau maafkan aku kan?” soal Hazrin.

“Aku mengangguk.” Hazrin tersenyum lebar. Alahai Ren, kenapa kau hensem sangat pulak aku tengok. Kalaulah kau bukan bestfreind aku, dah lama aku goda kau. Hahahah…. Ya Allah….Muaz…apa dah jadi dengan kau ni? Kau lupa ke yang kau baru je kena halau dari rumah, dah lupa ke yang kau ‘officially’ jadi anak derhaka dah lupa ke yang sebelah kaki kau dah ada dalam neraka? Astaghfirullah al-Azim…..

“Hoi…!!” sergah Hazrin. Hampir tercampak telefon bimbit ku yang ku pegang akibat terkejut. Aku menjeling Hazrin. Dia pulak dah ketawa berdekah-dekah.

“salam…mana salam?” protesku.

“dah bagi dah tadi, kau tu je yang tak dengar. Khusyuk sangat dengan fon, tengok blue apa?” ujarnya mengusik sambil duduk disebelahku.

“banyaklah kau punya blue” ujarku lagi. Hazrin masih ketawa sambil mengintai fonku. Sudah seminggu kamai di Pulau Pinang, minggu depan kuliah akan bermula semula. Rakan serumah kami yang lain juga sudah mula balik kesini. Alhamdulillah, wang pinjaman ku sudah masuk beberapa hari lepas, tak perlulah lagi aku bergantung hanya pada Hazrin. Selepas peristiwa di dalam bas hari tu, Hazrin melayan aku seperti biasa. Seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Aku yang mulanya agak kekok mula rasa lega.

“Woit….” sapa Azril dimuka pintu bilik aku dan Hazrin. Azril baru je sampai petang tadi. Aku dan Hazrin serentak memandang ke arah Azril.

“Ni sorang lagi, tak reti nak bagi salam.” protesku pada Azril pula. Azril tersengeh-sengeh macam kerang busuk.

“Assalamualaikum.” ujarnya. Aku tersenyum melihat riaksinya.

“Waalaikumussalam.” jawabku.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh” jawab Hazrin panjang.

“Jom pi makan, aku lapaq” ujar Azril dengan loghat Kedah yang pekat.

“Laaa…aku baru je makan petang tadi.” jawabku.

“Hang?” soal Azril pada Hazrin pula.

“Aku pun baru makan, makan dengan Muaz tadi.” Azril mencebik.

“Pi makan tak ajak aku no...sampai hati hampa dua ni.” ujar Azril bernada rajuk.

“dah kau pun tido macam dah penat sangat, ride moto dari Alor Setar je pon.” ujar Hazrin menyindir. Azril mencebik lagi.

“yalah, aku pi sorang, nak pesan apa-apa dak?” Azril menawarkan diri. Aku menggeleng. Sambil masih ralit dengan Facebook di telefon bimbitku.

“beli kan aku teh ais satu.” ujar Hazrin. Azril mengangguk faham sebelum terus keluar ke kedai makan. Tak tahulah kedai mana yang dia nak pergi. Hazrin lantas berjalan ke katilnya sendiri dan mula membuka laptopnya. Aku melirik memandang Hazrin.

“Ren...” panggilku. Hazrin menoleh memandangku.

“Apa?” soalnya. Aku macam teragak-agak nak cakap. Sebenrnya ada benda yang aku nak cakapkan pada Hazrin. Perihal tentang apa yang dah jadi pada aku seminggu lepas.

“Apa dia?” soal Hazrin macam tak puas hati.

“hemmmm....”

“Kenapa Muaz?” soalnya lagi.

“aku...nak mintak tolong ni.”

“ tolong apa?” soal Hazrin.

“tolong rahsiakan....tentang aku.” ujarku. Hazrin ku lihat seakan berfikir seketika.

“rahsiakan yang mana satu? yang kau kena halau atau yang kau....”

“dua-dua.” pintasku. Hazrin menutup kembali laptopnya dan mendekatiku semula. Dia duduk disebelahku, meghadapku.

“aku....sebenarnya, ada banyak benda yang aku nak tanya. Banyak benda yang aku nak tahu. Kalau pasal rahsiakan tu kau jangan risau. Kau tak payah bagitahu aku pun, aku tetap akan rahsaiakan. Cuma, banyak benda yang aku nak tanya...kalau kau tak kisah nak bagi tahu.” ujarnya bernada serius. Sejak peristiwa di dalam bas hari tu, Hazrin langsung tak bercerita pasal hal ni. Aku pun pelik juga, setahu aku Hazrin ni seorang yang sangat curious. Kalau boleh semua benda dia nak tahu. Lagi-lagi benda-benda rahsia macam ni. Aku membetulkan posisi dan berpaling menghadap Hazrin. Sejak aku tahu yang Hazrin boleh menerima siapa diri aku, aku dah bersedia nak cerita semua pada Hazrin kalau-kalau dia bertanya.

“Apa yang kau nak tahu?” soalku. Hazrin seakan tersenyum sedikit. Dia bangun menutup pintu bilik sebelum kambali duduk sama seperti tadi.

“okey...ada banyak benda yang aku nak tahu....macam...sejak bila kau suka lelaki, sejauh mana kau dalam dunia tu, pernah suka kat sesiapa tak? macam mana kau boleh suka pada lelaki..”

“woi....satu-satu la..” pintasku. Hazrin tersengeh. Aku menarik nafas panjang.

“aku tak tahu sejak bila atau macam mana....it just...happened.” Hazrin ku lihat mendengar teliti.

“entahlah, aku susah nak cerita, orang macam korang, tak kan faham orang yang macam aku. Even aku faham sangat perasaan tu tak betul. Salah. Dosa. Tapi aku tetap ada peraaan tu. Hari-hari aku berdoa supaya tuhan tu, kuatkan aku supaya aku boleh tahan perasaan tu. Alhamdulillah, sampai sekarang, paling jauh pun aku pernah pergi dalam dunia just tengok video porno je. Macam yang aku tunjuk pada kau hari tu. That’s it. Itu je. Aku tak pernah lagi buat benda-benda yang lebih dari tu. Even yang tahu pasal ni pon, tak ada siapa. Sampailah Abi aku...maksud aku Ustaz Meor bukak laptop aku dan terbuka video-video tu.” ceritaku.

“so...kau ada suka pada siapa-siapa?” soal Hazrin sambil bersandak ke dinding.

“Maksud kau?”

“Crush...lelaki.” ujar Hazrin. Aku turut sama bersandar didinding.

“Crush...adalah jugak.”

“siapa?” soal Hazrin aku memandang wajah Hazrin di sebelahku yang juga sedang memandang tepat ke wajahku. Dah kenapa si Hazrin ni nak tahu?

“Kau ingat Abang Syam?” soalku. Hazrin kulihat seakan berfikir seketika.

“Abang Syam....Syamil?...anak Mak Bedah nasi lemak?” soalnya merujuk ada anak teruna kacak Mak Bedah yang jual nasi lemak paling sedap di perumahan kami. Aku mengangguk.

“hmmm....ok....dia memang hensem” ujar Hazrin. Aku mengangguk sambil tersenyum. Abang Syamil memang popular pun. Rasanya bukan aku sorang yang minat kat dia. Ramai yang datang kedai Mak Bedah tu pun sebenarnya semata-mata nak tengok anak dia yang kacak tu, termasuklah aku...hahahha

“lagi?” soal Hazrin lagi. Aku berfikir sejenak. Siapa lagi?”

“ada la lagi....dua tiga orang, tak ingat dah.”

“hmmm...sekarang?” Aku pandang Hazrin pelik. Curiosity budak ni macam-macamlah. Kau pernah dengar tak orang putih selalu cakap ‘curiosity kill the cat’

“kau ni dah kenapa nak tahu sangat asal crush aku?” soalku kembali. Hazrin tergelak kecil. Tak delah apa, saja nak tahu. Sekarang kau ada suka pada sesiapa tak?” soal Hazrin lagi.

“sekarang tak de.....” balasku.

Belum sempat Hazrin membalas apa-apa, tiba-tiba pintu bilik kami dibuka. Terkejut aku dan Hazrin. Lantas pandangan aku lontarkan ke arah pintu.

“Haaa....!!!! beromen!!” ujar Faiz, teman serumah kami. Kurang ajar punya Faiz, terkejut aku. Kedengaran suara Azril ketawa di ruang tamu. Balik dah malaun tu, kejapnya pergi makan.

“Apa semua orang kat dalam rumah ni dah tak reti nak bagi salam ke?” soalku memprotes. Hazrin dah ketawa sebelum keluar ke ruang tamu. Faiz dan Azril juga ketawa. Aku lantas bangun dari katil sebelum turut ke ruang tamu. Nampak Azril sedang duduk di depan tv dengan sebungkus nasi goreng dihadapannya. Beli bungkus rupanya. Faiz kembali ke ruang tamu dari biliknya.

“Korang....aku nak bincang sikit ni.” ujar Faiz sambil duduk di sebelah aku. Hazrin duduk di sebelah Azril yang sedang menyuap nasi goreng kedalam mulut.

“Apa dia?” soalku.

“Ada junior aku, nak duk sini dengan kita. Dia tak dapat kolej, tu la yang nak cari rumah tu.” cerita Faiz.

“Haa...tak palah, kita pun memang nak cari orang kan.” ujar Azril dengan nasi goreng yang penuh dalam mulut. Hazrin menepuk pelahan pipinya.

“mulut penuh nak bercakap” aku tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.

“apa nama budak tu?” bila dia nak masuk?” soalku pula. Dalam rumah ni hanya ada kami berempat, memang kami bercadang nak tambah orang. Kurang sikit sewa.

“ehm....nama dia Aniq, junior aku, budak part 2, dia baik, tak merokok, budak dekan, hormat orang tua, comel...” ujar Faiz memuji-muji. Macam pelik sikit, macam ada something. Comel?

“tapi....dia....” Faiz teragak-agak. Aku kata dah, mesti ada yang tak kena.

“tapi apa?” soal Hazrin.

“okey...aku terpaksa cakap ni...sebab aku takut kalau ada masalah kemudian hari. Kalau korang tak nak dia duk sini tak pelah, nanti aku tolonglah dia cari rumah lain, cuma kalau boleh, biarlah dia duduk sini, kesian kat dia.” ujar Faiz lagi seakan merayu.

“kenapa dengan budak tu?” soal Hazrin lagi.

“hem....dia sebenarnya....aku jamin dengan korang dia memang baik, dia tak kacau orang..aku kenak dia sejak sem lepas lagi. Dia memang budak baik.”

“dah tu...apa masalah dia?” soal Azril pula.


“okey....dia...sebenarnya......dia gay.” Hampir tersembur nasi yang dikunyah Azril. Aku dan Hazrin berpandangan. Masyaallah...apa pulak nak jadi ni.





Bersambung...


Hai Guys........
Actually...aku nak post bhg 3 ni hr jumaat hari tu, tapi aku balik kg pulak....x bawak balik lappy...so hari ni baru boleh post...

so enjoy....


Jangan lupa komen ya....


No comments:

Post a Comment