Monday, 26 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 10)







Bahagian 10



Aku duduk bersandar didinding atas katilku. Baru je lepas selesai solat Isyak. Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat jam yang tertera pada skrin telefon ku. Hampir pukul 12 tengah malam. Seharian aku keluar dengan Aniq tadi. Seronok juga keluar dengan budak tu. Lepas makan tadi kitorang terus pusing-pusing mall tu. Aku just window shopping je. Aniq je yang sempat beli baju baru tadi.

"erm...Abang Muaz..dengan Abang Ren..tak ada apa-apa kan?"

Fikiran aku kembali teringat pada soalan Aniq siang tadi. Pelik juga. Kenapa Aniq tanya soalan macam tu? maksud dia apa sebenarnya? Aku dengan Ren?

Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan peristiwa di perpustakaan hari tu. Aku lantas memegang bibirku. Aku teringat balik bila Hazrin tanya aku kenapa aku cium dia malam tu. Aku masih ingat dengan jelas keadaan aku malam tu. Bila dia tanya macam tu, wajah aku jadi merah. Telingaku jadi panas. Aku jadi panik. Aku masih ingat lagi riak wajahnya yang amat sukar aku tafsirkan malam itu. Entah suka? marah? jijik? Seriously aku tak tahu. Aku tak tahu apa nak jawab sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku cium dia hari tu. Itu pertama kali. Pertama kali sepanjang tujuh tahun aku kenal dia. Benda tu lebih pada tindakan riflek yang aku tak data kawal. But...why? Apa yang aku faham, setiap satu tindakan Riflek tu, ada sebab dia. Malam tu, aku tak jawab langsung soalan dia.

Ok, let's think again....apa yang Aniq soal aku siang tadi. Kenapa Aniq boleh tanya soalan yang macam tu? Memang aku rapat dengan Hazrin. Tapi, aku tak rasa yang aku buat sesuatu yang lebih dari seorang kawan dengan dia.

Ok....so...siapa sebenarnya Hazrin pada aku? Kawan?...yeah....kawan....What else?

Ok...to be honest....aku memang pernah ada perasaan pada Hazrin. Masa mula-mula aku kenal dia masa form 1 dulu. Memang aku ada crush pada dia. But....tu kan just puppy love je. Aku tak pernah ambil serius pun pasal perasaan tu. Lama-kelamaan, aku macam dah lupa perasaan tu pada dia.

Tapi....bila difikirkan semula...aku sebenarnya bukan dah lupakan perasaan aku pada dia, tapi sebenarnya, selama ni aku memang cuba untuk lupakan hakikat yang aku ni songsang, suka lelaki. Maksudnya, bukan dia yang aku lupakan, cuma jiwa songsang aku yang aku tak hiraukan.

So...what if aku accept jiwa songsang aku, will I have a feeling for him? entahlah....aku tak ada jawapan untuk itu.

Ok, now....let's talk about Hazrin. Hazrin ni pun satu jugak. Kenapa sekarang ni dia lain sangat. Kenapa dia macam terlebih caring pasal aku sekarang ni. Terlebih manja, terlebih gedik...hahahha...kelakar pulak bila difikirkan. Ke....sebenarnya....aku je yang rasa macam tu, Hazrin sebenarnya tak berubah pun. Dia sama je dari dulu macam tu. Cuma sekarang..aku macam 'terpandang' dia.

Lamunan aku terhenti bila telefon bimbit yang ku genggam berbunyi. Tertera nama Hazrin di skrin. Aku tersenyum. Panjang umur budak ni. Segera panggilan ku jawab dan telefon bimbitku aku halakan ke telinga.

"Hello, Assalamualaikum my dear..." ujar Hazrin dihujung talian. Aku dah tersengeh-sengeh. dah kenapa si Hazrin ni.

"Waalaikumussalam. Kau dah kenapa call tengah-tengah malam ni. Orang nak tidur la."

"Rindu..."

"rindu otak kau....baru petang tadi kau call kot. Mengadalah." balasku. Hazrin dah gelak-gelak dihujung talian. Aku hanya tersenyum mendengar dia ketawa.

"Untunglah...orang tu, pergi date tadi." ujarnya. Aku tersenyum.

"Kesian orang tu jealous." balasku mengusik.

"Pergi mana je tadi."

"Tengok wayang je....pastu gi pusing-pusing mall tu."

"Citer apa?" Aku tersenyum dengan soalan Hazrin.

"Cerita yang kau nak tengok tu la..." usikku.

"Woiiii....kau....dah janjikan nak tengok dengan aku....cam ni la..." Aku dah tergelak-gelak dengar Hazrin merajuk.

"Tak lah...kitorang tengok cerita lain....aku ingat la janji kita."

"nasib baik kau ingat. Kalau tak..."

"Kalau tak apa?"

"Kalau tak....aku cium kau nanti." ujarnya berseleroh. Rasa macam nak tercabut keluar jantung aku ni bila dia cakap pasal cium. Kau jangan selalu sangat bergurau macam ni Ren. Mati muda aku karang.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aku duduk di atas kerusi di meja belajarku di ruang tamu. Aku merenung telefon bimbitku yang berdering. Nama Abang Long tertera pada skrin. Masih berkira-kira mahu diangkat atau tidak. Ini bukan kali pertama. Aku dah tak ingat ini panggilan kali yang ke berapa. Tapi tak satu pun aku jawab. Bukan panggilan dari Abang Long saja. Panggilan dari Kak Long pun aku tak jawab. Aku rasa takut. Sejak aku keluar dari rumah tu dulu, hanya Umi saja yang aku hubungi. Panggilan di telefonku tamat. Aku menekup wajahku dengan tapak tangan dengan siku di meja. Aku menegluh berat.

Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aku nak mengelak dari Abang Long. Tapi aku takut. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan tentang aku. Aku pun tak tahu samada dia tahu atau tidak apa yang terjadi sebenarnya. Aku takut. Aku takut dibuang untuk kali kedua. Ya Allah, apa patut aku buat ni.

"Abang Muaz...." panggil Aniq yang baru keluar dari biliknya. Aku mengangkat kepala dan memandangnya.

"Abang Muaz nak pergi makan tak?" soalnya sambil mendekatiku. Aku menggelengkan kepala.

"Tak kot...abang tak lapar." balasku. Aniq kulihat seakan sedang meneliti wajah kusutku sebelum duduk di kerusinya.

"Abang Muaz okay? nampak kusut je." soalnya.

"Abang okay....tak ada apa-apa." balasku sambil kembali memandang skrin laptop ku. Aku perasan, Aniq masih memandang wajahku.

"Abang....boleh Aniq tanya?" soalnya. Aku jadi gelabah. Apa pulak si Aniq ni. Dia ni kalau tanya soalan mesti yang boleh buat aku tak senang duduk. Aku toleh memandnagnya dan perasan yang dia tersenyum lalu tergelak kecil. Dah gelak pulak...

"Sorry la bang....mesti Abang dah takut dengan Aniq kan sebab Aniq selalu tanya soalan yang pelik-pelik kat abang." ujarnya jujur sebelum tergelak. Aku pandang dia jengkel. Boleh pulak dia gelak. Dah tau soalan tu pelik-pelik, pergi tanya juga kenapa?

"Aniq bukan apa bang....cuma....Aniq rasa yang abang ni banyak pendam perasaan. Tak baik tau pendam perasaan macam ni." Aku pandang dia lagi sebelum melepaskan keluhan.

"Aniq ni....peliklah. Rasanya, abang tak pernah pun cerita apa-apa pada Aniq. Tapi Aniq macam dah tahu banyak sangat tentang abang. Aniq ni .... ada ilmu psikik ke macam mana?"

"Abang marah ke?" soalnya. Aku pandang dia lagi. Riak wajahnya dah bertukar jadi serius. Rasa bersalah pulak. Aku cakap kasar ke tadi?"

"tak la marah.....cuma...kadang-kadang tu macam tak selesa." ujarku berterus terang. Aniq ku lihat tertunduk.

"Aniq bukan apa bang. Bukannya Aniq nak masuk campur hal abang ke apa, cuma....Aniq macam dapat rasa apa yang Abang rasa sekarang ni." aku pandang dia tak lepas. Aniq masih tertunduk dengan sesekali mendongak memandangku.

"Aniq tak la tahu secara detail apa yang jadi kat abang sebenarnya. Tapi...Aniq boleh agak la apa yang jadi." ujar Aniq sambil memandangku.

"Abang tahu tak, dah dekat tiga tahun Aniq tak jumpa dengan family Aniq." cerita Aniq. Aku macam tersentak. Aku pandang dia tepat.

"Last Aniq jumpa family Aniq, masa Aniq form 4. Aniq dulu sekolah Asrama. Masa kat sekolah tu lah Aniq terjebak dalam dunia gay ni. Masa kat sekolah tu, Aniq ada seorang abang angkat. Luqman nama dia. Dia baik sangat dengan Aniq. Dia pun gay jugak. Then..kitorang kapel. Aniq sayang sangat kat dia. Setiap malam, Aniq akan tidur kat bilik dia. Satu hari tu, kitorang kena tangkap....masa kitorang tengah buat....sex." cerita Aniq tanpa berselindung.

"Aniq kena buang sekolah." Ayah marah betul pada Aniq waktu tu. Hari tu jugak dia halau Aniq dari rumah. Tak mengaku Aniq anak dia lagi. Dia haramkan kaki Aniq pijak rumah tu lagi." cerita Aniq tenang. Aku hanya mendengar. Dia sama macam aku. Cuma aku rasa aku lebih bertuah. Aniq dah rasa penderitaan tu semuda itu.

"Habistu....Aniq tinggal kat mana lepastu?" soalku.

"bawah jambatan..." ujar Aniq dengan wajah serius selepas jeda seketika. Terbeliak mata aku.

"seriously?" soalku tak percaya. Persoalanku itu dibalas denngan gelak tawa dari Aniq.

"taklah...Aniq gurau je...Aniq taklah seteruk tu." ujarnya dalam tawa. Aku pandangnya mencerun. Ish... budak ni, main-main!

"Aniq duduk dengan mak cik. Dia saja yang kasihankan Aniq ni."

"Habis tu...Luqman? dia kena buang juga?" soalku ingin tahu.

"Abang Luq just kena gantung saja untuk sebulan sebab dia dah nak SPM."

"So....mana dia sekarang?" soalku.

"Aniq tak tahu, lepas je kejadian tu, Aniq dah terus putus hubungan dengan dia. Aniq tak tahu kat mana dia sekarang, apa dah jadi dengan dia sekarang, Aniq tak tahu." ceritanya sayu.

"Aniq...rindu dia?" soalku ingin tahu. Dari cara Aniq bercerita tadi, aku dapat rasa yang dia memang betul-betul sayang pada orang yang bernama Luqman tu.

"Mestilah Aniq rindu dia. Aniq sayang pada dia. Dia baik sangat. Even masa kami kena tangkap tu pun, dia bersungguh yakinkan warden, pengetua dan parents Aniq yang dia yang paksa Aniq buat semua tu walaupun sebenarnya kami suka sama suka. Dia sungguh-sungguh pertahankan Aniq." cerita Aniq lagi. Aku hanya setia mendengar.

"anyway....back to you. What's your story?" soalnya pula. Aku tenung dia lama. masih berkira-kira patut atau tidak untuk aku cerita tentang aku pada dia.

"Apa yang abang rasa sekarang ni, Aniq dah pernah rasa dulu. Actually....Aniq masih rasa perasaan yang sama sekarang ni." cerita Aniq cuba meyakinkan aku. Aku melepaskan keluhan berat. Rasa macam terbuka pula hati nak cerita apa yang dah jadi pada aku. Betul dia cakap dia. Tak elok pendam semua ni.

"Abang....abang pun kena buang...kena halau macam Aniq. Family abang dah tahu...yang abang ni tak normal." ujarku membuka cerita.

"Yang Aniq tengok abang nangis hari tu?" aku tersenyum hambar dengan soalan Aniq.

"masa Aniq nampak abang nangis kat kampus hari tu....masa tu abang baru lepas call Umi. Abang rindu sangat kat dia. Tu sampai keluar air mata tu." ujarku sebelum tergelak kecil. Macam kelakar pulak bila diingat balik. Aniq turut tergelak sama.

"yang dua hari lepas?" soalnya lagi. Aku mendongak memandangnya sebelum tertunduk kebawah.

"ohh..yang dua hari lepas.." aku lantas teringat semula panggilan telefonku yang disambut oleh Abang Long tempoh hari.

"Selalunya..kalau abang call rumah, Umi yang jawab. Tapi hari tu....."

"ayah abang yang cakap?" duga Aniq.

"Tak...orang lain. Orang yang abang rindu. Orang yang abang sayang." ceritaku. Aniq hanya mengangguk. Entah kenapa Aniq hanya diam dan tak bertanya lagi. Mungkin sebab dia perasan yang riak wajah aku berubah. Apa khabar agaknya Abang Long. Rindu betul pada dia.







Bersambung



2 comments:

  1. salam annasyusry..
    very good story indeed..abg baru habis baca dari part 1 tadi..debor juga jalan citernya..sarat ngn emosi remaja dan org awal dewasa..
    - so apa jawapan bg soalan aniq tu? ada papekah antara antara mereka berdua?
    - wish u heppy new year 2017 ,dan mudah2an cepat sambung kesah bff ini..
    - tq ats karya ini..
    abgNakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakal abang ni...hahahha
      TQ...teruskan membaca ya....

      Delete