Monday, 12 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 8)








Bahagian 8






Mataku melilau ke sekeliling tingkat dua perpustakaan. Mataku mencari kelibat seseorang. Aku mencari Hazrin. Aku tahu dia disini, sebab memang dia biasanya disini waktu-waktu macam ni. Aku tersenyum selepas kelibatnya berjaya kucari. Perlahan aku mengatur langkah menghampirinya. Kerusi disebelahnya aku tarik perlahan dan duduk disitu. Dia memandangku sekilas sebelum kembali menumpu perhatian pada buku yang sedang ditelaahnya. Aku hanya diam dan memerhatikannya. Dia tidak mengendahkanku. Aku membuka zip begku. Aku keluarkan sesuatu dari begku dan aku letak betul-betul dihadapannya. Dia memandang bungkusan kecil itu seketika sebelum kembali mentelaah bukunya. Aku tersenyum kecil. Ohh..tak layan. Aku keluarkan satu lagi bungkusan yang sama dan aku letak juga dihadapannya. Dia pandang bungkusan itu lagi. Kini lebih lama. Aku tersenyum. Mungkin imannya masih kuat, dia kembali mentelaah bukunya tidak mengendahkan dua bungkusan kecil di hadapannya. Bukan apa pun, cuma gula-gula. Gula-gula asam boi yang memang menjadi kegemarannya. Hazrin suka sangat dengan gula-gula ni. Sebab tu aku bersusah payah pergi cari benda ni tadi semata-mata nak pujuk bestfreind aku seorang ni.

Aku keluarkan lagi gula-gula yang sama. Kini lebih banyak. Aku lambakkan di depannya. Aku perasan ada mata-mata yang mula pelik dengan tindakanku. Ahh..peduli apa. Apa yang aku tahu, Hazrin tak akan dapat resist godaan gula-gula ni. Hazrin melepaskan keluhan. Dia seakan menjilat bibirnya. Aku cuba menahan tawa. Comel betul dia buat macam tu. Dia menoleh memandang aku. Aku tersenyum manis padanya.

"kau nak pujuk aku dengan benda ni, tak kan berjaya tau." ujarnya. Aku tersenyum lagi.

"Kau jangan nak tipu la...aku kenal kau. Aku kenal sangat kau." ujarku sambil tersengeh. Dia pandangku mencerun. Aku tersengeh lagi. Dia lepaskan keluhan berat. Dia pandang gula-gula asam boi itu lagi sebelum kononnya kembali mentelaah bukunya tadi.

"betul kau tak nak ni?" soalku. Dia hanya daiam tak menjawab.

"betul ni?" soalku lagi. Dia diam lagi. Kini aku pulak yang mengeluh.

"Ok fine....aku ambik balik." Ujarku sambil mengutip semula selambak gula-gula asam boi di depannya itu.








"Nanti..!!" ujarnya sambil menangkap tanganku supaya berhenti mengutip. Aku tersenyum menang. Aku kenal sangat kau ni Ren. Dia melepaskan keluhan berat. Dia pula yang kini mengeutip setiap satu gula-gula asam boi itu termasuk yang sempat ku ambil kembali tadi. Aku dah mula nak tergelak. Serius Ren..serius kau comel. Ok...enough...back to the point.

"Ren...aku minta maaf." ujarku separuh merayu. Dia pandang wajahku.

"Aku tak patut ragui kau. Aku tahu kau akan jaga rahsia aku. Aku minta maaf, aku...aku mengaku aku salah. Aku minta maaf." aku merayu sambil buat muka paling kesian yang aku boleh buat. Dia melepaskan keluhan lagi.

"Ok...aku maafkan." ujarnya. Aku lantas tersenyum. Senang je nak pujuk si Ren ni.

"Thank you Ren...sayang kau." ujarku gembira. Entah apa yang merasuk aku waktu tu, dengan spontan aku mencium pipinya. Dia kaget. Aku pun kaget. Matanya membulat memandangku sambil tangannya memegang pipi yang baru aku cium tadi. Ya Allah..aku buat apa ni?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dari luar rumah lagi aku dah tercium bau yang sedap dari dalam rumah. Pantas aku membuka pintu rumah. Hazren membontotiku dari belakang.

"Assalamualaikum." aku memberi salam. Sebaik pintu dibuka bau sedap bertambah kuat.

"Waalaikumussalam."Kedengaran suara dari dapur.

"Sedapnya bau." ujarku sambil meletakkan topi keldar di tepi pintu. Belum pun stokinku ku buka aku terus menuju ke dapur. Kelihatan Aniq sedang berdiri di depan dapur sambil memegang sudip. Aku mendekatinya.

"Masak apa?" soalku sambil berdiri disebelahnya. Aniq menoleh memandangku sambil tersenyum.

"Pasta." katanya. Macam nak meleleh dah air liur aku cium bau kuah pasta yang dia buat.

"Abang Muaz pergilah depan dulu. Dah siap nanti Aniq panggil. Abang Ren mana?" soalnya.

"Ada tu kat depan." ujarku. Aniq ku lihat macam mengintai sedikit ke ruang tamu sebelum kembali memandangku.

"Dia marah abang lagi ke?" soalnya. Kini suaranya perlahan seperti berbisik. Aku tersenyum dengan soalannya sebelum menggeleng perlahan. Dia turut tersenyum. Menampak kan lesung pipit di pipi kanannnya. Ok...aku baru perasan dia ada lesung pipit. Lama-lama aku tengok si Aniq ni, muka macam penyanyi lagu Ku Rela Dibenci tu pun ada.

"Ren tu kacang je....senang je nak pujuk." ujarku berlagak...hahahha. Aniq ketawa.

"Ehem...ehem.." kedengaran suara orang berdehem. Aku dan Aniq serentak menoleh ke belakang. Kelihatan Hazrin berdiri di pintu dapur.

"Mengumpat aku le tu." ujarnya. Aku dan Aniq tergelak kecil.

"Welcome back Abang Ren." ujar Aniq ceria. Hazrin hanya mengangguk perlahan. Wajahnya tiba-tiba merona merah. Malu agaknya. Aku tergelak melihat riaksinya.

"Apa pasal muka kau merah. Malu le tu?" usikku. Aniq dan aku berderai tawa.

"Malaslah layan korang ni." ujar Hazrin sebelum kembali ke ruang tamu.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku keluar dari bilik dan nampak Aniq sedang sibuk menghidang pastanya di meja makan. Baunya jangan cakap lah. Memang dari tadi lagi buat perut aku ni berkeroncong.

"Siap dah Niq?" soalku sambil terus duduk di meja makan.

"Dah...dah..." balas Aniq sebelum kembali ke dapur. Faiz pula berganti dengannya membawa kuah pasta ke meja makan.

"Sedapnya bau....ni mesti sedap ni." ujarku memuji. Hazrin pula datang menyertaiku di meja makan.

"Mestilah sedap..aku yang masak." ujar Faiz tiba-tiba. Aku dan Hazrin memandangnya jengkel.

"Tolong sikit...aku nampak budak Aniq tu yang tong tang tong tang kat dapur sensorang." ujar Hazrin selamba. Faiz hanya tersengeh apabila cubaannya meraih kredit percuma tidak menjadi. Faiz duduk di sebelah Hazrin. Aniq kembali ke meja makan dengan beberapa pinggan kosong bersama sudu dan garpu. Aniq duduk disebelajku sambil mula mengagihkan pingganpinggan kosong.

"Hoi....makan tak tunggu aku!!!" Azril muncul sebaik pintu dibuka kasar. Kami berempat berpaling memandangnya.

"Waalakumussalam." ujar Faiz menyindir. Azril tersengeh macam kerang busuk. Dia lantas menanggalkan topi keledarnya dan diletakkan di tempat biasa.

"masak apa? siapa masak?..huih..sedapnya bau..." ujar Azril sambil mendekati meja makan. Dia dengan naturalnya terus duduk antara Faiz dan Aniq.

"Pasta." jawab Aniq ringkas.

"dah...dah....siapa nak baca doa?" soal Faiz. Walauun Faiz tak sebut nama aku pun dalam soalan dia, tapi dia pandang straight pada aku. Bukan dia seoarang actually, semua duk pandang kat aku sekarang ni. Ok fine...aku anak ustaz....so memang automatically aku yang akan jadi ustaz. Aku mengeluh sebelum terus menadah tangan berdoa.

"Al-fa..."

"Kejap.." Aniq memintas. Masing-masing memandang dia.

"Erm....boleh Aniq cakap sikit." soalnya sopan.

"Apa dia?" soal Faiz.

"Actually....Aniq masak hari ni sebab.......ada dua sebab sebanrnya." Aniq bercerita. Masing-masing hanya diam mendengar.

"Firstly sebab...Aniq nak ucap terima kasih dekat abang-abang semua sebab boleh terima Aniq dalam rumah ni."

"ohh....pasal tu....tak pe. Kitorang ok je." balas Faiz.

"Ok...sebab kedua?" soal Azril pula.

"Sebab kedua, sebab...Aniq nak minta maaf dengan Abang Ren dan Abang Muaz." ujar Aniq tak berselindung. Aku dan Hazrin berpandangan sesama sendiri. Faiz dan Azril memandang kami berdua sebelum kembali memandang Aniq.

"Aniq tau....somehow, I am the reason why Abang Ren keluar dari rumah malam semalam. I'm sorry. I really am sorry." ujar Aniq. Aku dan Hazrin berpandangan lagi.

"erm?....apa yang jadi sebenarnya? Hazrin keluar rumah?" soal Faiz keliru. Kini pandangan kami berempat beralih pula pada Faiz. Oh ya....lupa, malam tadi Faiz tak ada. So...dia memang tak tahu apa-apa pun. Rasa bersalah pulak pada dia. Dia aku tengok terpinga-pinga keliru.

"ok...dah, aku tak kesah apa jadi malam tu, Ren pun balik dah, tu dah dok sebelah Muaz tu okay dah la tu kot. Tak gaduh dah kan?" soal Azril sambil memandang kami berdua. Kami berdua menggeleng sambil tersengeh segan.

"Wait...wait...apa yang jadi semalam? pasal apa aku tak tau apa-apa?" soal Faiz yang masih keliru.

"dah lah...hang tak payah nak tau. La ni...aku lapaq dah...boleh aku makan?" soal Azril. Kami semua terlerai tawa. Memang nampak muka lapar si Azril ni.

"dah..dah..cepat...baca doa." arah Hazrin. Aku lantas mengangkat tangan dan mula berdoa. Faiz turut sama mengangkat tangan walaupun wajahnya masih nampak tak puas hati. Usai membaca doa makan, masing-masing mula mencedok pasta ke dalam pinggan. Aku tergelak kecil tengok riaksi Faiz. Kelakar sungguh kau ni Faiz.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku membuka browser internet di laptopku dan mula mencari artikel-artikel yang boleh aku gunakan untuk tugasan yang baru aku dapat siang tadi. Tugasan-tugasan dah mula menimbun. Naik runsing pun ada.

Seketika kemudian pintu bilikku yang memang terbuka sedikit tadi dikuak dan dibuka luas. Kelihatan Hazrin masuk dan dengan naturalnya terus duduk disebelahku yang sedang duduk bersandar didinding di atas katilku.

"Buat pe?" soalnya.

"cari bahan....untuk assignment Miss Chew." jawabku malas-malas. Dia hanya mengangguk faham. Aku memandangnya sekilas.

"Kau tak buat ke?" soalku pula.

"hmm??...aku..aku tunggu ko buat, nanti boleh la aku tiru." ujarnya selamba. Aku pandangnya jelek. Senangnya hidup budak ni.

"Helok la tu." ujarku sinis. Hazrin tergelak.

"Jap gi aku buat la. Nak relaks-relaks dulu. Perut tengah penuh." ujarnya sambil mengusap perut. Dah macam apa je aku tengok. But...pasta yang Aniq masak tadi memang superb. Tak habis-habis kitorang puji dia tadi. Naik jealous si Faiz..hahah.

"Muaz.." panggil Hazrin selepas jeda seketika.

"hmm..." balasku malas-malas sambil masih menumpu perhatian pada artikal-artikal yang aku jumpa di laptopku.

"Kenapa kau cium aku siang tadi?" soal Hazrin tiba-tiba. Jantung aku macam berhenti tiba-tiba. Tiba-tiba dunia macam jadi sunyi. Ya tuhan....kenapa pulak si Hazrin ni cakap pasal ni pulak.







Bersambung......




p/s: aku pun sebenarnya suka gula-gula tu....uhuhuhuhu

p/s: scene masak n makan pasta tu actually sama macam yang aku n budak2 rumah aku pernah buat dulu masa tengah buat degree...hehehe..miss those day....

p/s: anyway....happy reading...



No comments:

Post a Comment