Saturday, 17 December 2016

My BFF My Love (Bahagian 9)







Bahagian 9



Aku memerhati Hazrin mengemas barang-barangnya. Sesekali dia memandang aku. Dia berhenti mengemas dan memandang aku tepat sebelum melepaskan keluhan berat.

"Kau serius tak nak balik sama?" soalnya. Aku dah lost count berapa kali dia tanya soalan ni.

"Serius...kau balik la. Aku okay je." aku pun dah lost count berapa aku jawab soalan Hazrin tu dengan jawapan ni. Hazrin mengeluh lagi sebelum sambung mengemas barangbarangnya.

"habis tu kau tinggal sorang ke?" soalnya lagi. Kini aku ulak mengeluh.

"kau ni nak risau sangat kenapa?" soalku pula. Rasa tension pulak. Dari semalam Hazrin bersungguh-sungguh ajak aku balik kg habiskan cuti mid sem. Bukannya dia tak tahu yang aku dah tak ada rumah nak balik. Kalau aku ikut dia balik kampong pun, aku nak merempat kat mana? Jadi, kenapa perlu aku balik kampung. Faiz baru je bertolak balik Selangor awal pagi tadi. Azril, habis kelas tengah hari semalam lagi dia dah shoot balik Alor Setar. Aniq....entah, dari pagi tadi aku tak nampak Aniq. Dah balik jugak la kot agaknya. Yang tinggal sekarang aku dan Hazrin.

"Kalau macam tu, aku tak payah balik la. Aku stay sini, temankan kau." ujar Hazrin sambil duduk sebelah aku.

"Kau jangan nak mengada, sepupu kau kahwin kot, tak kan kau tak nak balik." Hazrin mencerut.

"Biarlah, bukan adik beradik aku pun, lagipun bukan aku rapat dengan dia pun." balas Hazrin cuba mencari alasan.

"Tak rapat pun, dia tetap family kau. Kalau kau tak balik, apa pulak saudara-mara kau kata nanti." Ujarku pula. Hazrin mengeluh.

"Aku okaylah, janganla risau. Aku ni bukannya budak-budak lagi." ujarku cuba meyakinkan Hazrin. Hazrin menoleh memandang aku.

"tapi....rumah ni ada penunggu tau." ujarnya sambil mengangkat kening. Entah kenapa tiba-tiba bulu roma aku tegak seluruh badan.

"bodohla kau!!!" ujarku sambil menolaknya kuat. Hazrin dah tergelak-gelak. Aku pun turut tersenyum melihat gelagatnya.

"dah..dah...gi gerak cepat. Terlepas train kau nanti." ujarku. Hazrin dengan malasnya mengangkat begnya dan berjalan menuju ke pintu keluar.

"Serius tak nak aku hantar kau pergi stesen keretapi?" soalku lagi sambil Hazrin menyarung kasutnya.

"Tak pelah, aku naik bas je." ujarnya malas. Usai menyarung kasut dia berhenti dan memandang aku lagi.

"Serius kau tak nak balik?" soalnya lagi masih tak berputus asa.

"Astaghfirullah al-Azim...tak habis-habis lagi. Ya!!! serius...dah, pergi balik cepat!!" ujarku geram sambil mengacah-acah menendang dia. Dia mengelak sambil tergelak-gelak.

"Kalau aku rindu kau macam mana?" soalnya lagi. Aku makin pening kepala dengan dia ni. Kau dah kenapa Ren?

"Masyaallah!!! dah kenapa kau ni? dah..dah...pergi balik!!!" aku menghalau Hazrin balik. Hazrin masih gelak tak putus-putus. Suka sangat dia.

"Ok ok...aku balik, jaga diri leklok....Assalamualaikum."

"Waalakumussalam." jawabku sambil bersalam dengannya. Dia tersenyum padaku sebelum berpaling dan mula menuruni tangga. Aku menghantar dia dengan pandangan sehinggalah dia hilang dari pandangan. Aku masuk semula ke dalam dan mengunci pintu. Wajahku masih mengukir senyum teringatkan gelagat Hazrin tadi. Macam-macam budak ni.

Sebaik pintu dikunci aku berpaling memandang sekeliling rumah sewaku yang kini hanya tinggal aku seorang. Sunyi. Aku melepaskan keluhan berat.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Perlahan telefon bimbitku ku angkat ke telinga selepas nombor telefon rumahku ku dail. Hatiku berdebar-debar menanti panggilanku di angkat. Takut-takut kalau Abiku yang menjawab panggilan. Sudah beberapa kali juga aku menelefon ke rumah. Dan setiap kali itu juga aku bernasib baik bila bukan Abiku yang menjawab panggilan telefon.

"Assalamualaikum...Hello.." kedengaran suara seoarang lelaki dihujung talian. Aku jadi cemas. Jantungku bagai berhenti berdegup seketika.

"Assalamualaikum..heloo...?" kedengaran suara garau itu lagi. Aku dah rasa macam nak letak je telefon..tapi....wait....suara tu.

"Hello...siapa tu?" soal lelaki itu lagi. Ini bukan suara Abi. Suara ni...aku kenal suara ni.

"Abang Long." panggilku perlahan. Lelaki dihujung talian itu terdiam. Seakan terkejut. Kenapa Abang Long diam?...dia....dia dah tahu ke? Dah tentulah dia dah tahu. Aku jadi panik.

"Angah?!" suara Abang Long agak terkejut. Aku jadi bungkam. Apa patut aku buat? Secara rifleks aku terus menamatkan panggilan. Aku jadi takut. Macam mana kalau Abang Long pun bencikan aku macam mana Abi benci pada aku. Aku sayang Abang Long. Sebenarnya dia abang ipar aku. Suami pada kakak sulong aku. Dia pun sebenarnya sepupu aku. Anak kepada Pak Long Yusuf, Abang Abi aku. Aku memang rapat dengan dia sejak kecil lagi. Aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. Dia kahwin dengan Kak Long pun atas pilihan keluarga.

Tanpa aku sedar, mataku mula berair. Ya Allah, aku tak patut bersuara tadi. Dah sebulan lebih, dah beberapa kali juga Abang Long call aku, tapi aku tak pernah jawab. Aku tahu dia mesti dah tahu tentang aku. Kak Long tu anak kesayangan Abi. Dah tentu Abi dah cerita semua pada dia. Dah tentu jugak Kak Long akan cerita pada Abang Long. Abang Long dah tahu....dia tentu dah tahu...dia akan benci aku jugak....dia dah tentu akan benci aku..macam mana Abi benci aku...

"Abang Muaz..."lamunanku dikejutkan dengan satu suara di muka pintu. Aku lantas menoleh ke arah suara itu.

"Abang Muaz okay?" soal Aniq dengan riak risau. Aku ibarat baru tersedar..yang...aku menangis sebenarnya. Aku lantas menyeka air mataku.

"Abang....abang...okay....Aniq....Aniq tak balik kampung ke?" solaku sambil masih cuba menghapuskan air mata yang berjuraian tanpa ku sedar. Aniq ku lihat melepaskan keluhan berat sebelum berjalan mendekatiku dan terus duduk disebelahku.

"Aniq tak balik kampung pun, pagi tadi Aniq keluar pergi jogging. Ni baru balik." ujarnya ringkas. Aku hanya mengangguk sebagai riaksi.

"Abang okay tak ni? kenapa abang menangis?" soalnya. Aku jadi buntu, tak kan aku nak cerita pada budak ni pulak.

"Aniq....kenapa tak balik kampung lagi?" soalku cuba mengalih topik.

"Nak tukar topik la tu." ujar Aniq membidas aku. Aku hanya berpaling semula ke depan. Mati kata.

"Aniq tak balik....sebab Aniq tak ada tempat nak balik." ujarnya sayu. Bagus budak ni. Walaupun dia sedar aku cuba lari topik, tapi dia masih jawab soalan-soalan yang aku tanya dia. Aku pandang dia. Dia sama macam aku, dah tak ada tempat untuk balik.

"Aniq tanya abang lagi boleh?" soalnya sopan.

"Apa dia?"

"Dah dua kali dah, Aniq nampak abang nangis. Sama macam di kampus hari tu, hari ni pun, abang menangis lepas buat panggilan telefon. Apa yang jadi sebenarnya? Abang betul-betul okay tak ni?" soalnya panjang lebar. Sweetnya budak ni. Aku meleaskan keluhan berat sebelum mengalih pandangan ke depan. Masih berkira-kira patut atau tidak aku cerita pada dia.

"Okay....tak pe kalau abang tak ready nak cerita." ujar Aniq lagi. Aku menoleh memandangnya.

"Okay, macam ni, Aniq pergi mandi sekejap, abang siap-siap, tukar baju. Pakai baju lawa-lawa hensem-hensem sikit." Aku mengerutkan dahi keliru.

"Untuk apa?" soalku.

"Aniq nak bawak abang keluar."

"Keluar? pergi mana?" soalku lagi.

"Mana-mana lah....wayang ke, boling ke...mana-mana lah." ujarnya lagi.

"Ish...tak nak la." aku menolak. Aku memang tengah tak ada mood nak keluar ke mana-mana pun sekarang ni.

"Tak kira. Kita keluar juga. Aniq nak pergi mandi dulu. Kalau lepas Aniq siap mandi, Abang masih belum tukar baju, Aniq akan tukarkan baju abang sendiri." ujarnya mengugut sambil mengangkat kening nakal. Ish budak ni, pandai mengugut pulak sekarang.

"dah..dah..cepat siap!!" arahnya sebelum dia keluar dari bilikku. Macam-macam la budak ni.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Aku memandang skrin telefonku yang berbunyi-bunyi minta diangkat. Aku tersenyum memandang nama yang tertera ada skrin.

"Hello..." ujarku.

"Hello Sayang..." kedengaran suara Hazrin dihujung talian. Aku tersengih mendengarkan panggilannya itu. Dah kenapa kau ni nak besayang-sayang bagai.

"Assalamualaikum." ujarku memberi salam menyindir. Kedengaran Hazrin ketawa dihujung talian.

"Waalaikumussalam." jawabnya.

"Kau dah sampai ke?" soalku pula.

"Dah...baru je sampai ni. Sampai-samapai terus teringat kat kau. Aku call la terus." auuuu....swetnya....hahahha

"Mengadalah kau....dulu-dulu tak pernah pun."

"Yelah, dulu kau balik dengan aku sekali. Baru sekarang aku balik sorang." balasnya. Aku rasa macam terharu pulak.

"So....kau okay ke sorang – sorang ni?" soalnya.

"Aku okaylah...lagipun aku bukan sorang. Aniq ada."

"Aniq?...dia tak balik kampung ke?"

"Tak...dia tak balik."

"kenapa...?"

"mungkin..sebab yang sama kenapa aku tak balik."

"owh...I see."

"eh...kau kat mana ni bunyi bising-bising?" soal Hazrin lagi.

"Aku kat luar ni, keluar dengan Aniq."

"Ohh...dating...."

"jealous ke?"

"Jealous la..." balas Hazrin pula. Aku ketawa. Kelakar Hazrin ni. Dah pandai nak jealous-jealous pulak. Pandangan mataku teralih pula pada Aniq yang mendekatiku dengan sedulang makanan yang baru dibelinya. Dia meletakan dua pinggan Chicken Chop ke atas meja sebelum duduk dihadapanku.

"Okay la wei...aku nak makan jap." balasku pada Hazrin.

"Ok...take care." balasnya dihujung talian.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." balasku sebelum menamatkan panggilan.

"Siapa?" soal Aniq.

"Ren." balasku ringkas. Aniq mengangguk faham.

"Abang dengan Abang Ren tu rapat betul kan." soalnya tiba-tiba.

"ha...kitorang kawan lama dah. Sejak sekolah menengah lagi." balasku sambil menarik sepinggan Chicken Chop mendekatiku. Tadi Aniq heret aku keluar jugak dari rumah walaupun sebenarnya aku malas sangat nak keluar. Dia bawak aku pergi tengok wayang. Habis tengok wayang tadi kami terus ke food court ni.

"erm...Abang Muaz..dengan Abang Ren..tak ada apa-apa kan?" soal Aniq tiba-tiba yang membuatkan aku tersedak.

"maksudnya?" soalku pula. Hish budak Aniq ni, suka buat aku suspen.







Bersambung.....




Selamat membaca....vote n komen ya....hehehhe

No comments:

Post a Comment