Thursday, 21 December 2017

My BFF My Love (Bahagian 23)














Bahagian 23





Flashback

(Hazrin POV)


Aku berjalan perlahan mengatur langkah lesu pulang ke asrama. Jarak antara bangunan sekolah dan asrama lelaki sebenarnya tidaklah jauh mana, tapi entah kenapa perjalalan singkat ini dirasakan terlalu lama dan jauh. Fikiran aku melayang jauh. Hari ini genap satu bulan aku mendaftar masuk ke tingkatan 4 di sekolah bersarama penuh ini. Sejak hari pertama lagi aku begini. Tak bersemangat, lesu, rasa nak balik. Mungkin orang akan kata aku homesick, rindu pada rumah. Mungkin ada benarnya. Tapi aku yakin ada sebab lain kenapa aku begini. Puncanya kerana Muaz tak Bersama-sama aku disini. Aku rasa macam hidup aku hilang sinarnya. Tapi apa yang lebih merunsingkan aku adalah kerana sebenarnya, tujuan aku menerima tawaran ke sekolah inipun semata-mata untuk menjauhkan diri dari Muaz. Ya...aku nak jauhkan diri dari Muaz.


Aku tak pasti sejak bila, tapi aku mula perasan yang perasaan aku pada Muaz dah berubah. Terutama sejak lepas habis peperiksaan PMR. Aku mula rasa berbeza pada Muaz. Setiap kali aku pandang dia, lihat senyuman dia, dengar celoteh dia, aku rasa macam berbunga-bunga. Aku mula rasa yang aku bertambah sayang pada dia. Sayang yang lebih dari seorang kawan. Tapi aku bukan Gay!!...aku tak faham, aku keliru. Kenapa aku ada perasaan macam tu pada dia.


Aku pernah tumbuk seorang budak lelaki sebab dia kata dia suka aku. Aku tengking dia, aku kata aku benci budak gay macam dia. Tapi sekarang aku sendiri ada perasaan macam tu. Pada kawan baik aku sendiri pula. Mungkin inilah apa yang orang kata karma.


Makin hari aku rasa makin suka pada Muaz. Makin hari makin aku harapkan sesuatu pada dia. Sampai pada tahap aku takut pada diri aku sendiri. Aku takut aku akan buat sesuatu yang tak baik pada kawan baik sendiri.


Kebetulan, sedang aku bergelut dengan perasaan pelik ni, tiba-tiba tawaran masuk ke sekolah ini sampai. Aku tanpa berfikir panjang terus terima tawaran ni sebagai jalan keluar kepada masalah aku. Aku rasakan yang perasaan pelik aku pada Muaz akan beransur hilang bila dia dah tak ada di depan mata aku.


Tapi nampaknya aku silap. Makin hari makin aku teringat pada dia. Makin hari makin aku rindu pada dia. Makin hari makin aku sayang pada dia. Sampaikan aku tak boleh nak fokus langsung pada pelajaran aku kat sini. Entah apa masalah aku ni. Kau dah buat apa pada aku Muaz?!


"hmmm"...aku melepaskan keluhan berat sebaik punggungku ku henyakkan pada katilku. Aku lantas teringatkan hari aku beritahu pada Muaz tentang keputusanku untuk ke sekolah ini.




(flashback)

Aku tenung Muaz lama. Dia juga berbuat begitu padaku. Aku baru sahaja memberitahunya yang aku mendapat tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh. Aku jadi gelisah menanti riaksinya.

"Kau serius nak pergi?" soalnya selepas sekian lama. Aku mengangguk perlahan.

"Kau tipu aku." Ujarnya memprotes sambil memuncungkan mulut. Alahai comel pula Muaz ni aku tengok dia buat begitu.

"Aku tak tipu la.." balasku.

"Kau tipu, kau kata kau tak akan terima apa-apa tawaran kalau aku tak dapat masuk sama.!" Protesnya. Aku terdiam. Benar, aku pernah berjanji begitu. Tapi kini aku terpaksa lupakan janji itu. Aku perlu selamatkan diri aku dari perasaan pelik aku ni. Aku perlu pergi jauh dari Muaz.

"Sorry..." balasku kesal. Muaz diam, tapi masih tak lepas pandangan dariku.

"Kau okay tak ni Ren?" soalnya pula.

"Ha?" soalku keliru.

"Yelah...aku tengok kau macam kusut je. Kau patut happy la sebab kau dapat masuk sekolah tu. Bukan senang tau nak dapat." Ujarnya pula.

"Tapi....kau...?"

"Aku tak pe....bukan rezeki la tu. Aku happy kau dapat. Kau memang dari dulu lagi nak masuk sekolah tu kan. Sekarang dah dapat, patutnya kau happy." Ujarnya lagi. Aku tersentuh mendengar kata-katanya. Kau baik Muaz, sebab tu aku ada perasaan pelik ni pada kau.






"Hazrin..." kedengaran suaraku dipanggil lantas mengejutkanku dari lamunan. Aku menoleh memandang datangnya suara itu.

"Kau okay?" soal rakan sebilikku, Luqman.

"Ha?..okay..kenapa?" soalku pula.

"tu....mengeluh panjang aku dengar." Ujarnya pula.

"oohhh...tak ada apalah. Penat je." Balasku.

"ohh..ok...hmm..kau dah makan...jom pergi dewan makan. Aku belum makan lagi ni." Ujarnya.

"Aku tak lapar lagilah...kau pergila."balasku.

"Ok...aku pergi dulu." Balasnya sebelum mengatur langkah keluar.

Aku merebahkan badanku pada katil dan cuba melelapkan mata. Terbayang wajah Muaz di mindaku. Muaz...aku rindu sangat pada kau.





~~~~~~~~~~~~~~





"Woit..!!" sergah Luqman. Aku yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah dalam bilik prep terganggu akibat disergah oleh Luqman.

"Luq...kau ni...terkejut aku." Balasku. Luqman tergelak kecil sebelum dia mengambil tempat disebelahku.

"kau buat homework apa ni, khusyuk sangat?" soalnya.

"Math.." balasku ringkas.

"Ha??..ada homework ke?" soal Luqman keliru.

"Latihan dalam kelas tadi. Aku tak sempat siapkan." Balasku.

"ohhh....tu la kau....dalam kelas mengelamun. Bukan nak fokus." Ujar Luqman menyindir. Aku hanya buat tak layan. Luqman tak berniat jahat pun dengan kata-katanya itu.

"nak aku tolong?" pelawanya.

"tak pe...aku dah pinjam buku Eqram ni. Lagipun nak siap dah." Balasku pula sambil menyambung buat kerja rumahku. Luqman hanya mengangguk faham.

"Hazrin." Panggil Luqman perlahan.

"hmm.."balasku ringkas.

"boleh aku tanya kau sikit?" soalnya. Aku menoleh memandang wajahnya. Rasa pelik.

"Apa dia?" soalku.

"Tak...aku just...nak tanya...kita ni dah lebih sebulan kat sini. Kau nampak macam tak habis homesick lagi." Soalnya jujur tanpa selindung. Aku tersentak mendengarkan soalan itu.

"kenapa kau tanya macam tu?" soalku.

"tak la....sebab aku tengok kau kat sini macam tak happy je. Muram je. Jarang-jarang sangat aku nampak kau senyum. Kau...sebenarnya kena paksa ke datang sini?" soalnya lagi. Aku terdiam. Berfikir macam mana aku nak jawab soalan Luqman ni. Patut ke aku berterus terang sahaja?

"Tak lah....tak ada siapa pun yang paksa aku. Aku yang nak datang sini sendiri."

"Habis tu....kenapa kau tak happy kat sini? Ke...ada senior buli kau?!" soalnya kini sedikit bernada risau.

"eh..tak la..mana ada. Kau pernah nampak ke aku kena buli?" soalku pula.

"Tak pernah la...tapi manalah tau..."

"Tak....aku tak kena buli pun....homesick je sikit." Balasku. Luqman memandang aku tak lepas.

"Homesick?...nak kata kau rindu parents kau.....tak silap aku setiap minggu parents kau datang sini tengok kau.....ni..mesti ada someone else yang kau rindu ni...kan?" duganya. Aku tersentak lagi. Tepat pulak si Luqman ni meneka.

"Ha....betul la tu...dah buat muka terkejut macam tu. Betul la tu...kau ada rindu someone kan? Mesti awek ni." Duga Luqman lagi.

"Kau ni Luq...pandai je."

"Aku memang pandai pun....kalau tak pandai aku tak masuk sekolah ni." Balas Luqman bergurau sebelum tergelak besar.

"betulkan?...awek kan?" soalnya lagi tak puas hati.

"tak lah...aku mana ada awek." Balasku jujur.

"Yelah tu....mat jambu macam kau takkan tak ada awek."

"Betul..serius...aku tak ada awek."

"okay....then...siapa yang kau rindu tu?" solanya lagi tak utus asa. Aku tenung wajahnya lama. Aku memang baru mengenali Luqman tak sampai dua bulan. Tapi dialah yang paling rapat dengan aku kat sini. Dia rakan sebilikku dan dia juga rakan sekelasku. Aku rasa aku boleh percayakan dia.

"Kau boleh janji kat aku satu benda tak" soalku.

"Apa dia?"

"Kalau aku cerita kat kau sesuatu, kau janji jangan cerita pada sesiapa."

"Okay.....sound interesting. Aku janji...aku tak cerita pada sesiapa." Ujarnya serius. Aku menarik nafas panjang sebelum menutup buku latihanku.

"Sebenarnya....aku tak tahu."

"Tak tahu?"

"Yes....aku rindu pada someone. Rindu sangat. Tapi...aku tak tahu siapa sebenarnya dia pada aku." Aku mula bercerita.

"Apa maksud kau?" soalnya lagi.

"Dia dan aku kawan, kawan baik. Dalam masa yang sama aku sayang dia. Tapi, aku tak rasa sayang aku pada dia hanya sekadar kawan. Aku rasa sayang aku pada dia lebih dari seoarang kawan. Aku keliru. Aku tahu." Ceritaku Luqman mengangguk faham.

"Aku masuk sekolah ni pun sebenarnya semata-mata sebab nak jauhkan diri dari dia. Sebab aku rasa, makin aku dekat dengan dia, aku rasa makin keliru. Aku tak boleh nak fikir. Tapi bila aku kat sini, aku asyik teringat pada dia. Hidup aku rasa kosong bila dia tak ada dekat dengan aku."

"Sound like....kau dah jatuh cinta pada dia." Balas Luqman. Aku pandang wajahnya sebelum tersenyum kelat.

"Itulah masalah dia....aku pun rasa macam tu."

"Then....apa masalah dia? Confess la....mana tau..Your BFF is Your Love." Aku pandang Luqman lagi. Andai sahaja kalau Luqman tahu 'dia' yang aku maksudkan itu adalah seoarang lelaki. Aku melepaskan satu keluhan berat sebelum meraup wajahku dengan kedua tapak tangan.

"Hazrin....aku ni nak bagi nasihat sangat pun tak reti. Tapi aku selalu dengar orang cakap, the best way to solve your problem adalah dengan berhadapan dengnnya. Lari dari masalah tak akan selesaikan apa-apa.

"Habis tu kau nak aku buat apa?" soalku lagi.

"mungkin...kau patut balik, jumpa dengan dia dan ceritakan segalanya." Ujar Luqman serius. Patut ke aku balik dan confess segalanya apda Muaz? Macam mana kalau dia tak boleh terima aku? Tapi sampai bila aku nak macam ni? Dalam keadaan yang macam ni, aku tak boleh fokus nak study pun. Sia-sia saja aku masuk ke sekolah elite macam ni. Aduh...apa aku nak buat ni?!







Bersambung....






p/s: selamat membaca....please komen bebanyak...aku suka sangat-sangat baca komen korang.

p/s: pada yang masih keliru, Bab 22 dan 23 ni adalah flashback zaman Muaz dan Hazrin di bangku sekolah. Dua-dua bab ni mungkin bosan sikit, tapi adalah crucial untuk korang faham apa yang dah jadi. Kenapa Muaz anggap cofession Hazrin satu gurauan melampau dan macam mana Hazrin yang disangkakan benci golongan PLU oleh Muaz sebenarnya jujur mencintai Muaz.


p/s: soalan cepumas....korang rasa siapa Luqman tu?....huhuhuh







Thursday, 23 November 2017

The End






Hi Guys....

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak sembang-sembang kat sini...

Aku sedih sebenarnya ni...



Korang ingat tak aku punya BFF tu...

Lama dah aku tak cerita pasal dia kan...

Kalau korang follow aku punya post dari dulu....korang mesti tahu sejarah aku dengan BFF aku ni...

Okaylah.... tak pelah...aku recap balik...



Aku kenal BFF aku ni dalam tahun 2014. Dah lebih kurang 3 tahun.

Dia reader blog ni sebenarnya. Dia sendiri pun ada blog juga.

Bila aku start buka akaun FB Annas Yusry, dia start tegur aku kat FB.

Mulalah kitorang berkawan..

and for an unknown reason...aku ter'suka' kat dia.

Aku konfes....terus terang kat dia perasaan aku...

Adalah dramanya macam2 masa tu....tapi last-last kitorang decide untuk jadi BFF je...

Bahasa mudahnya, dia reject aku.


Maka bermulalah episod kitorang jadi BFF.

Jujur sebenarnya, even aku setuju nak jadi BFF dia, aku sebenarnya tak pernah dapat anggap dia hanya sekadar BFF.

3 tahun aku cuba, tetap ada sedikit harapan yang dia akan suka aku balik.

3 tahun tu.....macam-macam dah jadi. Sepanjang 3 tahun tu, aku ni asyik makan hati je. Ada je benda yang dia buat, buat aku terasa.

Tapi aku tak boleh  salahkan dia. Dia tak salah apa-apa pun. Aku sendiri yang sakit hati sendiri sebab 'harapan' aku tu. Dia memang dari awal dah anggap aku ni hanya kawan. Tapi aku sendiri yang masih simpan perasaan tu. Last-last aku sendiri yang sakit.

Macam-macam cara dah aku try nak move on. Tapi susah sebab dia sentiasa ada dengan aku. Memang kitorang jauh. Aku kat penang, dia kat Johor. Tapi kitorang selalu je whatsapp, skype....oncall....kadang-kadang kalau dia balik kampung dia kat Sungai Petani, dia akan datang jumpa aku. Aku rasa happy jugaklah dengan dia.

Tapi recently, dia dah BF.

Actually masa dia bagi tahu yang dia dah ada BF ni aku rasa kecil hati juga. Masa dia reject aku dulu, dia ada cakap yang dia tak nak kapel. Tak nak ada comitment. Tapi, tiba-tiba dia ada BF lak sekarang. Tapi aku rasa ada sebab lain dia reject aku dulu. Dia pernah tunjuk gambar BF dia. Masa dia tunjuk gambar tu dulu, aku dapat rasa yang aku tahu sebab apa dia reject aku dulu. Tapi tak pelah, itu hak dia. Dia boleh pilih siapa pun yang dia suka.

Sejak dia dah ada BF ni dia memang dah jarang sangat contact aku. Biasalahkan,dah ada BF, mestilah nak spent time dengan BF sendiri. Yang aku ni..duk la kat sini sorang-sorang makan hati lagi. Setiap benda yang dia cerita kat aku or post kat FB pasal relationship dia, semua tu buat aku sakit hati.

Tapi, tak boleh nak salahkan dia. Salah aku sendiri sebab masih simpan perasaan pada dia.


So aku fikir, sampai bila aku nak macam ni? sampai bila aku boleh tahan? sampai bila aku nak makan hati macam ni?

So....aku rasa aku kena move, aku cari bf sendiri.

Pendekkan cerita, dapatlah aku seorang bf. Harapnya bolehlah aku bahagia. Bolehlah aku lupakan dia.

Tapi tak juga nampaknya.

Aku memang suka BF aku tu. Aku ni susah sebenarnya nak suka pada orang. Tapi aku boleh suka pada BF aku tu.

Tapi rasanya aku bertepuk sebelah tangan je. BF aku tu....actually bukan gay pun. Aku rasa dia tu lebih pada bi curious. Bila 'curious' dia tu dah tak ada, aku ni pun tak ada makna dah lah bagi dia.

Makanya, berakhirlah kisah percintaan pendek aku tu.

Maka, baliklah balik perasaan aku tu pada BFF aku ni tadi. Everything back to square one.



Fast forward apa yang dah jadi recently, aku sebenarnya dah rasa tak tahan. Aku rasa penat dengan perasaan aku sendiri. Aku nak dia macam dulu, selalu whatsapp aku, selalu skype aku...tapi benda tu tak kan jadi. Dia dah ada orang yang dia sayang. 

Lagipun sampai bila aku nak berharap benda yang tak mungkin jadi. Even kalau dia single pun sekarang, dia tak mungkin akan anggap aku lebih dari seorang BFF. Bagi dia, aku ni BFF dia yang dia akan cari bila ada problem.


Sebab dah penat, and tak tahan sangat aku decide, untuk cut contact dengan dia. Aku mute whatsapp dia, aku unfollow fb dia.

Aku rasa, reason kenapa aku tak boleh move on dari dia sebab dia sentiasa ada depan aku.

Last aku contact dia adalah pada 27 September 2017. Itu pun melalui fb messenger. Lepas dari tarikh tu memang aku tak pernah contact dia, dia mesej pun aku tak reply. Kalau dulu, bila dia post apa-apa kat fb, aku mesti akan respon. Paling tidak aku akan like. Tapi lepastu aku memang dah tak respon apa-apa. Kalau dia komen apa-apa pada fb aku pun aku tak respon apa-apa macam yang sebelum2 ni.

Aku tak blok dia sebab aku tak sampai hati. Aku takut nanti dia terasa hati ke apa.

Soooo.....mungkin dia perasaan agaknya yang aku macam dah distant dari dia, tiba-tiba last week dia  mesej aku....kat messenger juga.

Dia cakap...lebih kurang macam ni lah....dia masih anggap aku sebagai BFF dia dan kalau dia ada buat salah dia minta maaf...macam tu lah lebih kurang.

Actually...sebenarnya aku rasa bersalah baca mesej dia. Aku rasa macam aku dah buat salah dengan dia sebab tiba-tiba diamkan diri cam tu.

Tulah....susahkan kalau baik sangat ni. Asyik nak fikirkan perasaan orang. Perasaan sendiri tu campak tepi je.

Serius waktu tu aku rasa stress sangat. Tak tahu nak buat. Aku rasa bersalah kat dia..tapi dalam masa yang sama aku kena fikir pasal aku juga. Sampai bila aku nak macam ni....dah 3 tahun dah macam ni.

Sampai bilanya aku baru boleh nak move cam ni.

Kebetulan masa tu aku nampak sorang kawan kat FB ni tengah online. Aku dulu selalu jugak sembang ngan dia pasal BFF aku ni.

So....aku consult dengan dia. Bukan consult sangatlah,,,just bercerita. Sebab aku dah tak tahan rasanya nak simpan sorang-sorang.

Jadi....mengambil kira nasihat member aku ni...aku blok terus BFF aku ni. Aku dah tak fikir dah yang dia akan kecil hati ke apa. Ibarat macam aku declare  'The End' pada hubungan celaru kitorang ni (actually yang celaru tu aku sorang je rasanya..hahha). Aku tak tahu samada ini yang terbaik atau tak...Tapi aku harap ianya satu keputusan yang terbaik.

Aku terpaksa berhenti terus contact dia for all means. At least sampai aku betul-betul boleh lupa perasaan aku pada dia.

Aku tahu...there is a chance BFF aku ni akan baca post ni.

Aku dah tak kisah dah. Jadilah apa pun. Dah sampai masa untuk aku jaga hati aku sendiri.



Mr BFF,  if you reading this:

Kau tak payah risau, kau tak salah apa, ini semua salah aku sendiri.
Aku terpaksa buat ni sebab aku nak jaga hati aku sendiri.
Hati aku ni ada satu ni je, tak ada orang lain yang akan jaga kalau bukan aku sendiri.
Aku minta maaf kalau kau terasa hati ke apa..
Aku minta maaf juga sebab tak pernah cakap apa-apa kat kau sebelum aku blok kau.
Aku harap kau boleh faham. Kalau kau tak sayang aku pun tolong kesian kat aku.
3 tahun aku tanggung sorang-sorang.
Setiap kali aku dengan kau, aku tahan sakit sorang-sorang sebab walau apa pun yang keluar dari mulut aku, hati aku tetap mengharapkan yang lebih dari kau.
Aku tak tahu sampai bila aku akan jauhkan diri dari kau ni. Mungkin sebulan, setahun, atau mungkin selamanya. Aku minta tolong pada kau, kau tak payahlah cari aku lagi. Biarkanlah aku sendiri. Kalau perlu, kau lupakanlah pasal aku. Lupakan terus. Lupakan yang kau pernah kenal aku. Kalau itu boleh buat kau bahagia.
Aku minta maaf tak boleh tunai janji yang aku akan sentiasa ada untuk kau.
Aku minta maaf semua salah silap aku pada kau.
Terima kasih jugak sebab sudi jadi kawan aku. Even aku sakit, aku tetap rasa happy bila dengan kau.
Aku doakan kau bahagia dan hidup happy je.
Macam yang aku pernah cakap kat kau dulu, aku ni dah 26 tahun. Tak lama lagi dah nak masuk 27. Dah cukup tua untuk benda2 macam ni. Sampai bila aku nak macam ni. Aku kena move on.
Aku harap kau boleh faham.
Thanks











Thursday, 7 September 2017

My BFF My Love (Bahagian 22)














Bahagian 22





Flashback

(Muaz POV)




DUSH!!! satu tumbukan kuat dilepaskan. Mata ku bulat memerhati.

"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci oaring macam kau!" ujar Hazrin tegas dengan wajh memerah marah. Aku memandangnya dengan nafas kencang. Aku seakan masih tak boleh hadam apa yang berlaku. Hazrin berpaling dan kini memandang tepat kearah ku.

"Kau buat apa kat sini?" soalnya. Wajahnya yang sering terhias senyuman manis kini berkerut.

"Ak....aku....aku.." Aku jadi salah tingkah.

"Dah...jom..." ujar sebelum berjalan melintasiku. Aku masih pegun disitu sambil pandangan mataku terarah pada seorang budak lelaki yang terduduk dilantai selepas di tumbuk oleh Hazrin tadi. Dia kulihat tertunduk dengan air mata yang mengalir. Pipi putihnya memerah. Terhincut-hincut bahunya menahan tangis. Timbul rasa simpatiku padanya.

"Muaz!!" panggil Hazrin lagi.

"Ya.."

"Jom!!" ajaknya tegas.

"Ok..ok..."balasku sebelum aku berlari anak mendapatkannya.




~~~~~~~~~~~




Aku duduk berteleku di atas katilku. Fikiranku ligat memikirkan peristiwa disekolah tadi.

"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci oaring macam kau!"

Kata-kata dari Hazrin itu terngiang-ngiang dalam fikiranku. Walaupun kata-kata itu tidak ditujukan pada aku, tapi aku dapat rasa sakitnya. Aku terbayangkan budak lelaki yang ditumbuk oleh Hazrin tadi. Aku yakin, sakit ditumbuk di wajah itu tidak seberapa kalau nak dibandingkan sakit di hati. Aku kenal budak lelaki tu. Haekal namanya. Pelajar tingkatan dua, setahun lebih muda dari aku dan Hazrin. Haekal...dan aku sama. Aku dan dia...sama-sama tak normal. Aku dan dia sama-sama sukakan lelaki dan, aku dan dia...sama-sama sukakan Hazrin. Ya, aku suka pada Hazrin. Suka lebih dari seorang kawan. Aku tak tahu sejak bila, tapi bila aku sedar, perasaan aku pada dia sudah jauh melintasi sempadan 'kawan biasa'.

Aku teringat dulu, sedang kami berbual-bual, entah macam mana topik tentang 'gay' boleh dibuka. Dia pernah bagi tahu, dia benci lelaki gay. Tapi itu belum kuat untuk aku memadam perasaan aku pada dia. Kerana bagi aku, cukuplah aku mencintai dia dalam diam.

Masa dia cerita pada aku yang Haekal ada bagi suat cinta pada dia aku rasa tercabar. Mulanya aku tak percaya, Tapi bila dia tunjuk sendiri surat itu padaku, aku mula percaya. Bagaimana kalau terima cinta Haekal? macam mana pula dengan aku? Sebab tu aku ikut dia bila dia cakap dia nak bersemuka dengan Haekal. Hazrin tak bagi aku ikut dia, tapi aku berdegil, aku ikut dia senyap-senyap.

Tapi apa yang aku nampak ketika itu betul-betul buat aku terkejut. Aku tahu Hazrin tak suka lelaki gay, tapi aku tak sangka dia sanggup buat macam tu. Aku dan Haekal, sama...yang berbeza, dia confess perasaan dia pada Hazrin dan aku tidak.

Aku mula terfikir, kalau Hazrin boleh buat begitu pada Haekal, tak mustahil dia akan buat benda yang sama pada aku. Aku dan Haekal, sama, yang berbeza, aku kawan baik Hazrin dan Haekal bukan.

Haekal beruntung, dia hanya tak dapat memiliki lelaki yang dia cinta, sedangkan aku, kalai hal itu terjadi pada aku, aku akan turut kehilangan seoarang kawan yang amat aku sayang. Aku tak sanggup nak kehilangan Hazrin. Aku tak boleh kehilangan dia.

Aku kena tekad, mulai hari ini, aku kena tanamkan dalam minda aku, Hazrin lelaki straight, Hazrin tak suka lelaki. Aku kena simpan perasaan aku pada dia dalam-dalam dan jangan pernah dikeluarkan. Aku dan Hazrin akan kekal jadi kawan baik sampai mati. Tak akan kurang dan yang paling penting sekali tak akan lebih!!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aku duduk termenung ditempatku. Sesekali aku melirik jam tanganku. Pukul 7.00 pagi. Masih awal. Pelajar-pelajar lain juga masih ramai yang belum sampai. Kelas ini pun masih kosong. Harini sengaja aku mengikut Abi kesekolah. Selalunya aku akan berjalan kaki berdua dengan Hazrin. Entahlah, sejak apa yang jadi semalam aku rasa takut hendak dekat dengan Hazrin.

"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci oaring macam kau!"

Kata-kata Hazrin semalam masih jelas terngiang-ngiang dalam fikiranku.

"Woi!!" sergah Hazrin. Hampir gugur rasanya jantung aku disergah begitu.

"Ren!!!!...." protesku.

"padan dengan muka kau...kenapa kau pergi sekolah dengan Ustaz pulak hari ni, dah la tu...tak bagitahu aku dulu pulak." marah Hazrin sambil menarik kerusinya sebelum duduk.

"Sorry la...aku....aku...."

"Aku...aku...aku apa?" marah Hazrin lagi.

"Ren...kau ni, kenapa nak marah-marah ni....tak kan datang bulan kot." balasku bergurau

"Banyakla kau punya datang bulan...ni nampak?" ujarnny marah sambil mengajukan penumbuk pada wajahku. Aku dengan sepontan terus mengelak dan meletakkan kedua telapak tanganku di wajah. Tiba-tiba peristiwa semalam kembali bermain dalam mindaku. Nafasku tiba-tiba menjadi laju. Aku tiba-tiba jadi betul-betul takut.

"Muaz.." namaku dipanggil.

"Muaz...kau kenapa ni?...wei....sorry..bukan aku nak tumbuk kau betul-betul pun...aku bergurau je tadi...." ujar Hazrin kaget. Aku membuka mataku perlahan. Nafasku yang kencang tadi beransur normal semula. Aku seakan baru tersedar dari sebuah igauan yang datang dalam sedar.

"Kau okay tak Muaz?" soal Hazrin lagi. Kini jelas terpancar riak kerisauan diwajahnya.

"ha....Ak...Aku..Aku..okay..." balasku pula. Aku jadi keliru. Kenapa tadi tu?




~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aku duduk memeluk lutut di atas katilku. Fikiranku melayang jauh. Memikirkan pelbagai hal. Macam-macam hal. Terutamanya tentang Hazrin dan apa yang dah berlaku baru-baru. Sudah hampir dua minggu peristiwa itu berlaku, namun aku masih belum boleh melupakan. Walaupun bukan aku yang ditumbuk oleh Hazrin, tapi aku tetap merasakan sakitnya.

"Hei!!!...kau...aku dah kata, jangan kacau aku!...aku tak suka kau! aku bukan orang macam kau! aku benci oaring macam kau!"

Kata-kata Hazrin masih terdengar jelas dalam mindaku. Sejak dari peristiwa itu aku mula menjarakkan diri aku dari Hazrin. Aku rasa macam takut dengan Hazrin. Aku takut sebab aku suka dia. Aku takut, sebab aku cinta dia. Aku takut dia akan tahu. Bukan aku takut dia akan tumbuk aku macam mana dia tumbuk Haekal. Tapi aku takut dia akan benci aku macam mana dia dia benci Haekal. Aku melepaskan keluhan berat sebelum meletakkan dahiku pada lututku.

"ehm...ada orang duduk sini ke?" soalnya. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Boleh aku duduk sini?" soalnya.

"boleh..boleh..."ujarku mesra.

"Kau dari sekolah mana ya dulu? rasa macam tak pernah nampak pun." soalnya mesra.

"ahhh...aku bukan dari sini. Baru pindah sini, dari Selangor." balasku mesra.

"ohh....patutlah." ujarnya pula. Jeda seketika. Masing-masing diam tak tahu nak bicara apa.

"ohh..ya...lupa pulak, aku Hazrin, kau?" ujarnya sambil menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Aku tersenyum padanya. Baru teringat, belum perkenalkan diri lagi.

"Aku Muaz." balasku sambil menjabat huluran tangannya.

Detik perkenalan aku dengan Hazrin kembali terbayang diminda. Waktu itu kami baru di tingkatan satu. Masih jelas terpancar senyumannya ketika itu, senyuman yang menambat hatiku. Senyuman yang membahagiakan aku. Detik cinta pandang pertama. Aku tak sanggup kehilangan senyuman itu. Aku tak sanggup kehilangan Hazrin.

Memoriku bersama Hazrin sejak hari pertama aku mengenalinya mula terpancar dan bermain dalam fikiranku satu persatu. Memori saat-saat bahagia aku dan dia sebagai sahabat. Memori yang amat berharga padaku. Tak sanggu rasanya aku nak rosakkan memori-memori indah ini.

Ya Allah, kenapa kau berikan perasaan sebegini padaku? Ya Allah...aku sayangkan Hazrin. Aku sayang sangat pada dia. Ya Allah...tolong aku. Tanpaku sedar, airmataku mengalir. Aku hanya membiarkan ia mengalir tanpaku kawal. Malam itu, aku tertidur sambil bergenang air mata.




Bersambung....







p/s: selamat membaca n lese do comment....tq



Friday, 4 August 2017

My BFF My Love (Bahagian 21)


















Bahagian 21













(Aniq POV)

Fikiranku masih terbayang-bayang peristiwa tengah hari tadi. Juju raku katakana aku tak pernah menyangka boleh sampai jadi macam ni. Sebelum ni memang aku sengaja rapat dengan abang Muaz semata-mata untuk buat Abang Ren cemburu. Aku nak dia berterus terang pada abang Muaz tentang perasaan dia. Dan..hari ni memang dia berterus terang. Tapi, hasilnya tak seperti yang aku harapkan. Aku jadi keliru. Setahu aku, Abang Muaz juga suka pada Abang Ren, atau aku salah. Runsing aku fikirkan apa yang jadi. Aku menoleh memandang jam dinding. Hampir jam 10 malam. Abang Muaz yang terus keluar dari rumah sejak peristiwa itu masih belum pulang. Abang Ren pun sama. Tak tahu mana mereka pergi. Aku bangun dan menuju ke balkoni. Aku berdiri disitu mengambil angina malam. Sedikit sebanyak aa yang dah jadi ni, aku pun rasa bertanggungjawab. Kalau la aku tak masuk campur sejak awal, mungkin benda ni tak akan jadi macam ni. Aku dah rosakkan persahabatan mereka. Ya Allah...apa aku dah buat ni.

Aku menoleh ke gelanggang takraw. Nampak kelibat Abang Ren sedang duduk sendiri di kerusi di tepi gelangang tersebut. Sejak bila agaknya dia ada kat situ. Aku perlu jumpa dia. Aku kena minta maaf.

Aku datang perlahan mendekati Abang Hazrin yang kulihat termenung sendiri di kerusi sebelah gelanggang takraw ini.

"ermmm....Ab...Abang Ren." panggilku teragak-agak. Abang Ren kulihat menoleh memandang ku sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Abang Ren, boleh Aniq nak cakap sikit?" soalku perlahan.

"Nak cakap apa lagi? kau nampak sendirikan, kau dah menang. You can have him."ujarnya dingin. Aku menarik nafas sebelum aku mengatur langkah dan duduk disebelahnya.

"Abang Ren, listen. I don't expect this to happen." ujarku jujur.

"oh..yeah...ahhah...nice to know that." balasnya sinis. Aku menarik nafas lagi.

"Abang Ren....I'm sorry. Biar Aniq berterus terang je. Memang Aniq suka dia, memang Aniq sayang dia, tapi as an older brother. Aniq tak pernah ada perasaan lain pada dia." ceritaku jujur berterus terang. Abang Hazrin kulihat berpaling memandangku.

"Aniq saja je cabar abang macam tu sebab Aniq nak abang berterus terang perasaan abang apa dia. But...Aniq tak pernah sangka akan jadi macam ni. I have no idea why abang Muaz buat macam tu sebab setahu Aniq dia pun suka pada Abang Ren jugak."

"Dia suka abang? mana Aniq tahu?"

"the same way how I know you love him. Dari cara dia, Aniq dah dah boleh agak. But...maybe I'm wrong this time." ujarku sesal. Abang Ren menraik nafas dalam sebelum dia meraup wajahnya.

"so....abang nak buat apa sekarang?" soalku.

"entahlah Aniq....abang tak tahu."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Muaz POV)




"Kau!! jangan balik lagi kerumah ni. Mulai hari ni, aku haramkan kau pijakkan kaki kau kat rumah ni lagi. Pergi!!"

"Sudah tu Imah, tak payah awak nak menangis beriya bagai sebab anak tak tahu diuntung ni. Sudah masuk."

"Anak kita bang..."

"Dia bukan anak kita!!!"

"Aku bersumpah aku tak ada anak yang macam dia!! Sudah..masuk!!"

"Tapi...Angah kena ingat. Abang Long diam, tak bermaksud Abang Long suka apa yang Angah buat."

"Abang janji pada angah, abang tak akan tinggalkan angah walau apa pun jadi."

"Sebab aku suka kau."

"Aku suka kau, lama dah. Suka kau lebih dari seorang kawan...aku..."

"ada banyak benda yang kau boleh guraukan, tapi yang ni....yang ni dah melampau. "

"Muaz...aku..."

"Tak kelakar Hazrin!!..tak kelakar!!!"

Aku lantas tersedar dari mimpi. Nafasku laju. Jantungku berdegup kencang. Mimpi itu...sudah lama mimpi itu tak datang. Entah kenapa tiba-tiba mimpi itu datang lagi.

"Astaghfirullah al-Azim." aku beristighfar.

Aku melihat sekelilingku. Aku sedang duduk disofa dalam bilik belajar di kolej kediaman pelajar lelaki. Aku melirik ke jam tanganku, jam menunjukan pukul 2.00 pagi. Bilik yang tadinya terang dan ramai orang kini sedikit kelam dan kosong. Mungkin mereka semua sudah balik ke bilik masing-masing. Hanya tinggal aku disini. Lantas peristiwa di rumah pagi tadi muncul diingatanku. Aku melepaskan keluhan berat sebelum kembali bersandar. Wajahku ku raup. Selepas pertengkaran aku dengan Hazrin, aku terus keluar rumah. Merayau-rayau tanpa tujuan sebelum akhirnya aku ambil keputusan untuk ke sini. Aku memang tak ada tempat untuk dituju. Aku tak macam Hazrin atau yang lain-lain. Aku tak ramai kawan yang aku boleh harapkan. Entah sampai bila aku boleh macam ni.

"Sebab aku suka kau."

"Aku suka kau, lama dah. Suka kau lebih dari seorang kawan...aku..."

Kata-kata Hazren masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku. Betul ke dia suka aku? tapi dia tak macam aku. Dia normal. Ren...kenapa kau boleh cakap macam tu?




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




(Hazrin POV)


Dengan malasnya kaki ku atur meninggalkan kafetaria dan berjalan kembali ke bilik kuliah. Kelas berikutnya akan bermula tak lama lagi. Bosan sungguh kuliah aku sepanjang hari ni. Bosan sebab Muaz tak ada. Semalam lepas kejadian tu, dia terus keluar dan tak balik-balik. Kuliah sepanjang hari ni pun dia tak ada. Tak tahu mana dia pergi. Dia tidur kat mana malam tadi?.

Dengan malas, pintu bilik kuliah ku buka. Aku masuk ke dalam. Belum sempat langkah ku atur ke tempat duduk, aku terhenti langkah. pandanganku tertancap pada seseorang di tempat duduk paling belakang. Muaz. Aku tersenyum. Langkah ku atur kearahnya. Aku berdiri disebelahnya, teragak-agak mahu duduk atau tidak.

"bo...boleh aku duduk sini." soalku perlahan.

"Bukan kerusi aku pun kau perlu minta izin." jawabnya tanpa memandang wajahku. Perlahan aku menarik kerusi dan duduk disebelahnya. Buat seketika, hanya kesunyian natara kami. Dia ralit dengan telefon bimbitnya. Aku hanya memerhati. Terasa canggung untuk memulakan bicara.

"Muaz....aku..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, pensyarah pun masuk dan lantas memulakan kuliah. Muaz ku lihat menyimpan telefon bimbitnya dan mula mengeluarkan buku-buku notanya. Aku menghela nafas sebelum turut mula cuba menumpukan perhatian dalam kuliah.

"Muaz..." panggilku sambil mengejarnya. Habis sahaja kuliah, Muaz terus keluar tanpa sempat aku tahan. Terpaksa aku mengejarnya di luar kelas.

"Muaz...sekejap.." panggilku.

"Muaz.." panggilku lagi sambil kini memaut lengannya.

"Sekejapla...aku nak cakap." ujarku.

"Apa dia?" soalnya dingin yang kini memandangku.

"Aku...aku nak minta maaf pasal semalam." ujarku ikhlas. Dia ku lihat mengelak memandang wajahku.

"tapi...aku tak tipu...aku betul-betul..."

"dah..dah...dah...aku tak nak dengar." pintasnya tegas mematikan kata-kataku sebelum berpaling dan mula mengatur langkah.

"kejap..kejap....okay....okay..." aku menahannya. Aku menarik nafas dalam. Muaz masih marah. Aku tahu dia memang tak akan dengar apa-apa dari aku sekarang ni.

"kau tidur kat mana semalam?" soalku. Dia hanya diam tak menajwab.

"malam ni kau nak tidur kat mana?" soalku lagi. Muaz diam lagi.

"Kau baliklah....tidur kat rumah." ajakku. Muaz memandangku mencerun.

"kau balik....aku keluar." ucapku lagi mengalah. Pandangan Muaz yang mencerun mula mengendur.

"kau balik tau." ucapku lagi tersenyum hambar. Perlahan aku berpaling dan meninggalkannya. Aku tak tahu apa akan jadi pada aku dan Muaz, tapi yang aku tahu, aku perlu bagi Muaz masa. Masa untuk dia bertenang. Malam tadi mungkin dia tidur di surau atau di 'study room' dekat kolej. Aku kenal sangat Muaz, dia tak banyak kawan macam aku. Kalau ada pun, dia tak akan minta tumpang rumah atau bilik mereka. Biarlah dia balik rumah. Aku boleh tumpang rumah kawan-kawan aku yang lain.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(Muaz POV)


Pintu rumah terbuka. Tersembul wajah Aniq dimuka pintu. Dia nampak terkejut melihat aku.

"Abang Muaz....ya Allah....Abang Muaz pergi mana? Aniq call abang tak jawab, wasap langsung tak baca.... Aniq risau tau..."

"Aniq...!"pintasku. Aniq ni kalau dapat membebel boleh tahan juga.

"Boleh tak bagi abang masuk dulu." ujarku pula. Aniq tersenyum sebelum beralih sedikit ketepi lalu memberiku ruang untuk menyelina masuk.

"Abang pergi mana semalam? Abang Muaz tidur kat mana? Aniq risau tau." soalnya lagi sabil dia menutup dan mengunci semula pintu rumah.

"Kan abang dah balik ni. Aniq janganla risau." ujarku sambil aku mengatur langkah masuk ke bilik ku.

"Abang...."

"Aniq....abang enat ni. Kita borak lain kali ya." ujarku cuba mengelak dari segala pertanyaan dari Aniq. Jelas terpancar riak kerisauan diwajahnya. Tanpa menunggu jawapan darinya aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Aku berjalan dan duduk di birai katilku. Aku memandang ke arah katil kosong dihadapanku, katil Hazrin. Rasa rindu pula tiba-tiba. Ya Allah....kenapa boleh jadi macam ni?

"ehm...ada orang duduk sini ke?" soalnya. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Boleh aku duduk sini?" soalnya.

"boleh..boleh..."ujarku mesra.

"Kau dari sekolah mana ya dulu? rasa macam tak pernah nampak pun." soalnya mesra.

"ahhh...aku bukan dari sini. Baru pindah sini, dari Selangor." balasku mesra.

"ohh....patutlah." ujarnya pula. Jeda seketika. Masing-masing diam tak tahu nak bicara apa.

"ohh..ya...lupa pulak, aku Hazrin, kau?" ujarnya sambil menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Aku tersenyum padanya. Baru teringat, belum perkenalkan diri lagi.

"Aku Muaz." balasku sambil menjabat huluran tangannya.

Lantas fikiranku melayang balik pada hari pertama aku mengenali Hazrin. Detik dimana persahabatan aku dan Hazrin bermula dan detik berputiknya perasaan cinta aku pada Hazrin. Perasaan yang akhirnya aku berjaya simpan dan sorokkan dari pengetahuan sesiapa. Perasaan yang aku ambil masa bertahun-tahun untuk aku yakinkan diri sendiri yang ianya palsu dan perasaan yang kini tiba-tiba muncul kembali.




Bersambung...




p/s: enjoy reading and please do comment.....i love reading your comment...hehehhe


p/s: hope korang terus sokong cerita ni....heheh...untung2 ada second season...siapa tahu kan.....



Thursday, 8 June 2017

My BFF My Love (Bahagian 20)







Bahagian 20





(Muaz POV)


"Muaz.." panggil satu suara. Aku menoleh memandang kearah suara itu. Faiz datang duduk disebelahku.

"Kau okay?" soalnya.

"aku okay je, kenapa? ada nampak macam tak okay ke?" soalku semula.

"Tak lah...aku tanya je. Aku tengok kau asyik termenung gini." soanya.

"Aloooo....sweetnya kau hari ni...hahahha.." ujarku mengusik. Faiz buat muka tak puas hati. Aku makin galak ketawa.

"aku ni prihatin, kau tu aku tengok dok asyik termenung je. Macam ada masalah besar. Tu la aku tanya."

"ok ok....sorry...thanks sebab ambil berat. Aku okay je. Just terfikirkan pasal Ren dengan Aniq." balasku.

"haa...aku pun sebenarnya nak tanya kau pasal tu jugak. Dah kenapa Ren dengan Aniq tu? lain macam je aku tengok." soalnya. Faiz pun erasan rupanya. Ingatkan aku sorang je.

"entahlah Faiz, aku pun tak tahu. Sebelum ni okay je."

"sebab Aniq tu...gay ke?" soal Faiz menduga. Aku tersentak lalu aku memandang Faiz.

"kenapa kau fikir macam tu?"

"tak delah, aku yang bawak Aniq masuk rumah tu. Aku rasa macam bertanggungjawabla kalau ada sesiapa yang rasa tak selesa."

"taklah....Ren tu okay je pasal tu. Ni aku rasa ada sebab lain ni. Kau rasa sebab apa?"

"Engkau yang rapat dengan dia pun tak tahu, ini pulak aku. Manalah aku tau." balas Faiz pula. Aku ketawa kecil mendengar jawapan dari Faiz. Apa lah sebab dia ni.







*****************************




(Hazrin POV)


Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di katilku. Aku memerhatikan Muaz yang sedang melipat sejadah. Dia baru sahaja usai solat maghrib. Dia meletak kembali sejadahnya di tempat asal sebelum dia duduk di katilnya.

" lewat kau balik hari ni. Pergi mana dengan Aniq tadi?" soalku. Muaz yang sedang membelek telefon bimbitnya memandang aku sekilas.

"tak ada pergi mana pun. Makan-makan je. Ajak kau, kau tak nak ikut."

"makin kerap aku tengok kau keluar dengan Aniq." ujarku.

"ye ke?...tak delah..biasa je."

"Aku rasa dalam minggu ni, hari-hari kau keluar makan dengan dia." ujarku lagi. Muaz memandangku lama sebelum dia bangun dan beralih tempat ke sebelahku.

"kenapa? jealous ye?" soalnya mengusik. Aku hanya diam.

"boleh tak kalau kau jangan keluar dengan dia." ujarku lagi. Muaz mengangkat kening.

"kenapa pulak?" soalnya.

"sebab....sebab....dia tu gay....nanti dia tarik kau jadi macam dia." ujarku mencari helah. Muaz ku lihat diam. Aku melirik pandang wajahnya. Dia pandang aku lama.

"Aku...aku...aku....tak maksudkan kau...maksud aku...." aku jadi salah tingkah. Muaz mungkin dah tersalah sangka apa ayang aku cuba cakapkan ni.

"Ini...alasan kau je kan. Kau sebenarnya ada sebab lain kenapa kau tak bagi aku keluar dengan dia." duganya. Lega sedikit rasa. Takut-takut kalau Muaz terasa.

"Aku tak suka kau keluar dengan dia."

"yela....tapi kenapa?" soalnya lagi. Aku terdiam. Apa patut aku jawab. Aku tak suka dia keluar dengan Aniq sebab aku cemburu. Aku cemburu dia keluar dengan Aniq.

"Selagi kau tak bagi tahu kenapa aku tak boleh keluar dengan Aniq, selagi tu aku akan keluar dengan dia." ujar Muaz tegas sebelum dia bangun dan keluar dari bilik.

Aku melepasakan keluhan berat....apa patut aku buat ni?







*****************************




(Muaz POV)



Aku duduk di meja belajarku sambil menunggu Aniq bersiap. Cadangnya nak keluar dengan dia. Dia ajak temankan dia pergi kedai buku. Nak beli buku rujukan katanya. Tak pelah, aku pun bukan buat apa kat rumah ni. Rumah pun tak ada siapa. Azril balik kampung. Faiz, biasalah hujung minggu ni, pergi dating dengan awek dia la tu. Si Ren, entahlah, pagi tadi dia keluar pergi jogging tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi.

"Assalamualaikum." kedengaran suara seseorang memberi salam sambil pintu utama dibuka luas. Muncul Hazrin di muka pintu. Panjang umur. Baru je cakap pasal dia.

"Waalaikumussalam....oii..lamanya kau keluar jogging, dah dekat tengah hari dah ni." ujarku. Hazrin melirik memandang jam dinding sebaik dia usai membuka kasutnya. Kasut sukannya disimpin semula elok pada rak kasut.

"terserempak dengan Zuan tadi. Dia ajak lepak minum-minum kat kedai bawah tu. Tu yang lewat. Tak sedar pulak dah tengah hari." ujanya sebelum dia merebahkan tubuhnya di tengah-tengah ruang tamu, di bawah kipas.

"Zuan?" soalku keliru.

"Zuan, budak Awam tu." ujarnya merujuk kepada kenalan kami, Rizuan, pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam. Aku mengangguk faham.

"kau...lawa-lawa ni nak pergi mana?" soalnya.

"hmm??....ohh...haa...nak keluar, dengan Aniq. Jom follow kitorang..." ajakku. Hazrin seakan tersentak. Dia pandangku mencerun.

"Abang...jom..." aku dan Hazrin serentak memandang ke arah Aniq.

"Haa...jom....nak pergi tak?" soalku lagi pada Hazrin. Hazrin kini bangun dari pembaringannya dan duduk memandang kami berdua.

"Abang Ren nak ikut?..jom.." ajak Aniq pula. Hazrin masih diam tidak menjawab. Tapi dia tak lepas dari memandang aku dan Aniq dengan pandangan mencerun.

"Tak nak ikut sudah. Jom Niq." ujarku sambil berdiri dan mengatur langkah ke pintu.

"Kejap...." pintas Hazrin sambil menarik tanganku. Dia bangun dan berdiri di hadapanku. Nafasnya macam bergerak laju. Dia macam marah. Dia menarik tanganku menjauh sedikit dari Aniq. Aku pelik. Hazrin menarik nafas panjang sebelum dia meraup wajahnya.

"Kan aku dah kata jangan keluar dengan Aniq!" ujarnya tegas. Aku mengerutkan dahi.

"Kan aku dah kata, selagi kau tak bagitahu sebab kenapa aku tak boleh keluar dengan Aniq, aku tetap akan keluar dengan dia." ujarku tegas. Aku tak fahamlah Hazrin ni. Apa yang susah sangat dia nak bagitahu apa sebab dia tak bagi aku keluar dengan Aniq.

"Aku kata jangan tu janganlah...apa susah sangat nak faham?!" Hazrin meninggikan suara.

"Kau dah kenapa? kenapa tiba-tiba nak marah macam ni?" solaku bengang. Aniq hanya diam memerhatikan kami bertelingkah. Aku pandang Hazrin mencerun.

"Aku tak suka kau keluar dengan Aniq." soalnya sambil menuding jari ke arah Aniq. Aku mengerutkan dahi. Rasa pelik bertambah-tambah. Aku pun dah mula macam hilang sabar sikit.

"tak...sekarang ni, apa masalah dia? kenapa pulak aku tak boleh keluar dengan Aniq? cuba kau bagitahu aku. Apa yang susah sangat kau nak bagitahu aku? "

"Aku tak suka!!!"

"WHY!!!!!" balasku meninggikan suara.

"Sebab aku cemburu!!!...." balas Hazrin. Aku tersentak.

"Cemburu?"

"Ya...aku cemburu. Aku cemburu bila tengok kau dengan Aniq. Sebab tu aku tak suka tengok kau keluar dengan dia."

"but...why? kenapa...."

"Sebab aku suka kau." Hazrin berterus terang. Bulat biji mataku mendengarkan pengakuan Hazrin. Aniq yang hanya jadi pemerhati dari tadi turut terkejut. Hazrin suka aku? tak mungkin. Ren....jangan buat nergurau benda-benda macam ni. Tak mungkin kau suka aku. Kau bukan macam aku.

"Aku suka kau, lama dah. Suka kau lebih dari seorang kawan...aku..."

PANG!!!

Belum sempat Hazrin menghabiskan luahannya, satu tamparan kuat hinggap di pipinya. Tamparan yang datang dari tangan kananku. Hazrin yang terkejut memandangku tepat sambil memegang pipi kirinya. Darahku mengalir laju. Jantungku berdegup kencang. Nafasku turun naik menahan marah. Ya, aku marah. Hazrin dah melampau.

"ada banyak benda yang kau boleh guraukan, tapi yang ni....yang ni dah melampau. " ujarku tegas.

"Muaz...aku..."

"Tak kelakar Hazrin!!..tak kelakar!!!" ujarku sebelum aku mengatur langkah pergi meninggalkan Hazrin dan Aniq. Sampai hati kau Ren, kau tahu aku ni tak normal, kau tahu aku ni suka lelaki, tapi kau boleh buat bergurau benda-benda macam ni. Sampai hati kau.





Bersambung....








Sunday, 7 May 2017

My BFF My Love (Bahagian 19)







Bahagian 19




(Muaz POV)

Entah kenapa dengan si Hazrin dengan Aniq tu. Dah semacam je aku tengok. Naik seram pun ada. Tapi entahlah...tak tahu kenapa aku rasa macam...for some reason....aku memang ada kaitan dengan semua yang berlaku ni. Diorang ni pelik-pelik je.
"Abang." panggilan dari Aniq itu mengejutkan aku. Aku memandangnya.
"Abang fikir apa tu?" soal Aniq yang baru duduk di hadapanku. Pinggan berisi nasi dan lauk-pauk yang baru diambilnya tadi diletak elok di atas meja.
"Tak ada apa." balasku.
"kenapa tak makan lagi? makanlah." soalnya sebelum menyedut sedikit minumannya. Aku hanya memerhatikannya. Dia mula menggaul sedikit nasi bersama lauk sebelum menyuap sedikit ke dalam mulutnya. Berselera sungguh. Aniq berhenti menyuap selepas dia tersedar yang aku asyik memerhatikannya.
"Abang kenapa?" soalnya lagi.
"Tak ada apa." balasku lagi.
"Habis tu.....tengok Aniq macam tu kenapa?" soalnya. Aku melepaskan keluhan berat sebelum menyedut sedikit milo ais yang ku pesan tadi.
"apa yang sebenarnya dah jadi?" soalku berterus terang.
"jadi apa?" soalnya kembali.
"Yang tadi tu...mesti ada apa-apa ni."
"Mana ada apa."
"Mana ada? yang sampai bertarik-tarik tangan bagai tu apa benda? dah macam dalam drama tv." balasku. Aniq ku lihat ketawa sendiri.
"alaaa.....abang tak payah fikir sangatlah, nanti abang tahu juga." ujarnya selamba sebelum menyambung menyuap nasi ke mulutnya. Aku pandangnya tak puas hati. Dah nak berahsia pulak.


***************************

(Hazrin POV)


"Hello..." kedengaran suara Aniq dihujung talian selepas seketika nada deringan.
"Hello...Aniq."
"Abang Ren....apa khabar? sihat?" soal Aniq ramah.
"Baik." balasku sepatah. Jeda seketika.
"Erm....Abang Ren call Aniq ni kenapa ya?" soal Aniq dihuung talian. Aku jadi gugup. Inilah masanya. Aku kena tanya juga apda Aniq.
"Abang....abang just nak tanya sesuatu pada Aniq."
"Pasal apa tu?"
"Pasal Muaz."
"Pasal Abang Muaz? kenapa?"
"Kamu...." aku rasa ragu-ragu. Aniq hanya diam mendengar dihujung talian.
"Kamu sebenarnya...."
"Ya Abang Ren, apa dia?" soal Aniq pula. Aku menarik nafas dalam.
"Okay...macam ni, abang sebenarnya nak tanya, kamau ada apa-apa perasaan ke pada Muaz?" akhirnya terluah juga apa yang terbuku dihati.
"perasaan? maksudnya?" soal Aniq lagi. Aku tiba-tiba jadi geram.
"Aniq tak payah nak berlakonlah. Abang tau. Abang boleh nampak. Aniq sebenarnya memang ada perasaan pada Muaz kan?" soal ku jengkel. Aniq diam tidak beriaksi dihujung talian. Jeda, sebelum Aku terdengar suara Aniq seakan ketawa dihujung talian.
"Abang Ren call Aniq cuti-cuti ni semata-mata nak tanya pasal tu?" duga Aniq.
"Yelah....habis tu Aniq ingat abang nak sangat ke call Aniq kalau tak ada hal?" Aniq ketawa lagi. Aku jadi makin geram. Dia gelakkan aku?! Aku tengah serius ni!
"okay....kalau Aniq kata Aniq memang ada perasaan pada Abang Muaz, Abang Ren nak buat apa?" soalnya mencabar. Amboi....kemain budak ni.
"Kamu cabar abang ke?" soalku geram. Aniq ketawa lagi. Makin menyirap pulak darah aku.
"Sebenarnya...abang Ren cemburu kan?" duganya. Tersentak aku dengan soalan itu.
"Ap...apa kamu cakap ni?"
"Abang Ren, sekilas ikan di air, Aniq dah tahu yang mana jantan yang mana betina." ujar Aniq bangga. Amboi budak ni, berkias-kias bagai. Ni kalau ada kat depan mata aku sekarang ni, dah kena luku dah kepala budak ni.
"Aniq cakap apa ni? tak payah nak berkias-kias sangat boleh?" ujarku menahan geram. Aniq ketawa lagi. Kurang ajar budak ni!
"Aniq tahu, abang Ren sebenarnya suka pada abang Muaz kan. Abang Ren suka dia lebih dari seorang kawan. Dari cara abang Ren pandang dia pun Aniq dah tahu. Abang memang suka pada dia, I mean, you love him." ujar Aniq tenang. Aku jadi gelabah. Macam mana Aniq boleh tahu? Obvious sangat ke?
"Ab...abang call ni, nak cakap pasal Aniq dengan Muaz, bukan pasal abang!"
"Jadi...abang masih tak nak mengaku yang abang pun suka dia?"
"Aniq!!"
"Okay...macam ni, apa kata kita bersaing cara sihat."
"Apa maksud Aniq?"
"Yelah...bersaing. Kita lawan, siapa yang akan dapat Abang Muaz." ujar Aniq serius. What?! Seriously?!
"Woi" Aku tersentak dari lamunan apabila aku disergah. Aku menoleh memandang ke arah suara garau yang menjengkelkan. Kelihatan Faiz dah gelak-gelak seronok dapat sergah orang yang tengah celaru ni.
"Seronok?" soalku.
"Seronoklah...hahha" balas Faiz sebelum sambung ketawa. Macam celaka perangai.
"Dengan salam semua apa tak bagi, masuk-masuk terus sergah orang. Elok sangatlah perangai." ujarku pula.
"Eehhhh...aku dah bagi salam lah. Kau tu yang tak dengar. Entah apa la yang dimenungkan. Awal-awal sem dah termenung macam tu. Kau apa hal?" soal Faiz yang masih berbaki ketawanya.
"Tak ada apa lah....biasalah...awal-awal sem ni. Mood cuti tak habis lagi." jawabku berdalih. Faiz hanya tersenyum faham.
"kau sorang je ke? mana yang lain? tak balik lagi?" soalnya lagi.
"Muaz dengan Anniq abalik dah, diorang keluar makan. Azril biasalah, esok kot baru balik." balasku.
"Kau asal tak follow Muaz? korang ni bukan 'inseparable'ke?"ujar Faiz mengusik. Aku toleh dan pandang dia mencerun. Ish budak ni, aku tengah celaru ni dia boleh ajak bergurau pulak! Faiz hanya tersengeh-sengeh sebelum masuk ke dalam biliknya.


***************************

(Hazrin POV)


Perlahan pintu bilik ku buka. Kelihatan Muaz sedang duduk di katilnya sambil membelek telefon bimbit. Sempat Muaz melirik ke arahku seketika sebelum dia kembali menumpu perhatian pada telefon bimbitnya. Aku masuk ke dalam bilik, perlahan pintu bilik aku rapatkan sebelum aku berjalan menuju ke katilku sendiri. Aku duduk di katilku sambil pandanganku tak lepas darinya. Rasa awkward sangat. Actually, aku nak minta maaf pada dia. Bila aku fikir balik, apa yang aku buat ni childish sangat. Meroyan tak tentu pasal. Entah apa-apa.
Muaz melirik memandangku lagi sebelum dia kembali menumpu perhatian pada telefon bimbitnya. Aku menarik nafas panjang.
"Muaz..." panggilku. Muaz buat tak endah.
"Muaz..." panggilku lagi. Muaz hanya memandangku sekilas.
"Muaz.....sorry la." ujarku.
"kenapa pulak nak 'sorry'?" soalnya pula. Aku menelan liur.
"Alaa....sorryla...sebab masa cuti ni, aku langsung tak jawab call kau, x balas whatsapp kau..." ujarku cuba memujuk sambil beralih tempat duduk disebelahnya. Muaz beralih pandangan memandangku.
"Tau pun..." ujarnya tegas. Aku hanya tersengih.
"Sekarang ni kau bagitahu aku, kenapa kau mengelak dari aku?" soalnya serius. Aku mengalih pandnag ke arah lain cuba mencari jawapan. Apa patut aku jawab pada dia? Aku elakkan diri dari dia sepanjang cuti ni sebab aku sedang mencari jawapan. Jawapan pada soalan yang sangat sukar untuk aku jawab. Sepanjang cuti ni aku tertanya-tanya apa sebenarnya perasaan aku pada Muaz. Tapi...tak kan aku nak cakap macam tu pada Muaz.
"Woi...." Sergah Muaz. Terperanjat aku.
"Aku tanya kau ni, yang kau mengelamun tu kenapa?"ujarnya marah. Aku pandang dia tersengeh. Dah macam kerang busuk.
"janganla marah, buruk tau muka kau bila marah." ujarku bergurau. Dengan pantas satu tamparan kuat singgah dibahuku.
"Aduh!!" aku mengaduh sambil memegang bahuku yang terasa panas.
"sakitlah..." ujarku.
"padan muka kau!!" ujar Muaz geram. Aku tersenyum melihat riak wajahnya.
"Kau sebenarnya dah maafkan aku kan." aku menduga. Dia kulihat menarik nafas panjang sebelum kembali bersandar didinding dan menatap telefon bimbitnya.
"Aku sebenarnya tak marah kat kau pun, saja je aku nak tengok sampai bila ko nak buat macam tu." ujarnya selamba. Ceh...yela tu tak marah. Yang buat muka ketat tu dah kenapa. Aku lantas bersandar didinding disebelahnya. Aku toleh dan aku tatap wajahnya. Serius aku rindu dengan dia.
"Kau dah kenapa tengok aku macam tu?" soalnya tak senang. Belum sempat aku membalas, pintu bilik kami dikuak.
"Abang Muaz..." panggil Aniq yang muncul dibalik pintu. Aku dan Muaz memandang serentak ke arah Aniq. Aniq kulihat seakan kaget melihat kami. Mungkin dia cemburu bila melihat aku sedekat ini dengan Muaz. Aku dan dia lantas berpandangan. Apa la budak ni nak. Kacau je alone time aku dengan Muaz. Aku pandang dia dengan pandangan mencerun. Aniq membalas. Kau tak akan menang Aniq...tak akan. Muaz, aku yang punya!!


Bersambung....



p/s: sorry lambat....busy with life...terpaksa utamkan kerja yang aku dibayar gaji dari kerja-kerja sukarela dan hobi....sorry...

p/s: please keep supporting me....you guys are the best....sayang korang....huhuhu



Wednesday, 8 March 2017

My BFF My Love (Bahagian 18)








Bahagian 18




Aku membelek telefon bimbitku. Aku perhatikan mesej yangku hantar pada Hazrin yang masih belum berbalas. Aku dah tak tahu ini mesej yang keberapa. Sepanjang cuti semester ni, tak sekali pun Hazrin membalas mesej atau menjawab panggilanku. Dia menyepikan diri. Aku jadi pelik. Kenapa dengan Hazrin? Aku ada buat salah ke dengan dia? Kalaulah aku dekat dengan dia sekarang ni, aku dah pergi dah cari dia dekat rumah dia. Aku melepaskan keluhan berat sebelum duduk di birai katil di sebelah begku yang aku baru siap kemas. Cuti semester dah pun habis, esok aku akan balik semula ke Pulau Pinang.

"Angah..." panggil satu suara. Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku di muka pintu. Kak Long tersenyum memandangku.

"apa yang dikeluhkan tu?" soal Kak Long.

"tak ada apa lah." balasku ringkas. Kak Long datang dekat dan duduk disebelahku.

"Tak kan lah tak ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa tak kan mengeluh sampai macam tu." ujar Kak Long. Aku pandangnya sebelum sekali lagi melepaskan keluhan.

"ni ha...Ren ni."

"Ren?" soal Kak Long keliru.

"Ren..Hazrin...kawan angah tu." Kak Long kulihat seakan berfikir seketika.

"ohh...haaa....Ren, kenapa dengan dia?"

"entahlah dia tu, Angah call tak nak jawab, angah wasap tak balas. Entah apa-apa entah."aduku pada Kak Long.

"Kenapa? korang gaduh ke? bukan korang ni BFF?" soal Kak Long. Aku pandang Kak Long lagi.

"Entah.."

"Pulak....sendiri gaduh pun tak tahu ke?" soal Kak Long pelik. Aku tergelak kecil.

"Entah..tak tahu, rasa macam tak adalah gaduh....tapi...."

"tapi apa?" soal Kak Long. Mindaku memainkan semula peristiwa hari terakhir kami di Pulau Pinang sebelum masing-masing balik untuk bercuti. Yang tu kira gaduh ke?

"tapi....adala..macam selisih faham sikit." balasku.

"hmmm...kira gaduh la tu." balas Kak Long selamba. Aku hanya mengangguk mengiyakan.

"Kak Long masuk sini ni kenapa?" soalku pula selepas jeda seketika.

"hmm?...tak...saja nak tengok angah dah siap kemas barang belum."

"Siap dah ni. Sikit je barang." balasku sambil menepuk beg galasku yang kini sudah mengembung penuh dengan barang-barang.

"betul ni tak nak Kak Long dengan Abang Long hantar balik Penang?"

"ishhh...buat apa? angah boleh balik sendiri la. Hantar sampai stesen bas sudahlah esok." balasku.

"Awak tu sebenarnya nak pergi jalan-jalan ke Penang kan?" sampuk Abang Long dimuka pintu. Aku dan Kak Long serentak memandang ke arah Abang Long. Kak Long ku lihat mencebik.

"Abangla....hari tu saya nak ikut pergi Penang tak kasi." ujar Kak Long.

"Alah awak ni...nanti saya bawak lah. Pergi Penang tu bukannya boleh balik hari, paling-paling ke stay satu malam. Isnin kan awak kerja." balas Abang Long. Kak Long mencebik. Aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Entah Kak Long ni. Kalau dah tahu nak ikut, ambil la cuti awal-awal." tambahku pula. Kak mencebik padaku pula.

"Sudahlah...kalau dah ada korang berdua ni, memang Kak Long tak boleh menang." ujar Kak Long sambil bangun dari katil dan terus keluar dari bilikku. Aku dan Abang Long hanya tergelak kecil melihat keletah manja Kak Long ku itu. Abang Long pula kini menggantikan tempat Kak Long duduk disebelahku.

"Siap dah kemas?" soal Abang Long pula.

"dah.."balasku pula.

"Esok bas pukul berapa?" soal Abang Long lagi.

"8.00 pagi. Esok Abang Long tolong hantar Angah pergi stesen bas ya." ujarku meminta tolong.

"Boleh." balas Abang Long ringkas.

"Abang Long..." panggilku selepas kami jeda seketika. Abang Long kini menumpu perhatian padaku.

"Thanks tau." ujarku perlahan.

"Thanks untuk?" soal Abang Long keliru.

"Thanks sebab tak cerita...pasal Angah pada Kak Long." balasku. Abang Long tersenyum.

"Tak ada apa la tu. Benda kecil je."

"Abang Long tahu sendirikan Kak Long tu macam mana. Kalaulah dia tahu.."

"Sebab Abang tau la Abang tak cerita apa-apa pada dia." balas Abang Long. Aku tersenyum senang. Sweet la Abang Long ni.

"Tapi...Angah kena ingat. Abang Long diam, tak bermaksud Abang Long suka apa yang Angah buat." ujar Abang Long tegas. Aku tertunduk. Rasa macam tak berani nak pandang wajahnya.

"Abang Long faham perasaan Angah, tapi Angah kena sedar yang benda ni tak betul Ini ujian dari Allah untuk insan terpilih macam Angah. Angah kena kuat untuk lawan naluri tu."

"Macam mana kalau Angah tak kuat?"

"Insyaallah, jangan putus doa, jangan putus harap." tegas Abang Long menasihat. Aku hanya diam mendengar. Kuatkah aku?




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Dengan malas-malas aku meletakkan begku ke lantai sebelum aku terus merebahkan diri ke atas katil. Hampir sebulan aku tak baring atas katil ni. Aku melepaskan keluhan. Lega dapat baring. Penat betul aku berjalan dari hentian bas ke rumah ni. Pancit pulak rasanya. Padahal tak lah jauh mana pun. Aku mengalih pandnag pada kelibat yang kulihat berdiri di pintu bilikku. Aku tersenyum memandang lelaki di pintu itu.

" Kenapa Aniq tengok abang macam tu?" tegurku selepas melihat Aniq yang tersenyum merenungku.

"Tak ada apa, saja. Rindu dekat abang." balasnya. Aku tersenyum. Ish budak ni, nak bersweet-sweet pulak. Aku bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil. Aniq datang mendekat dan kemudiannya duduk di atas katil Hazrin di hadapanku.

"Ye ke Aniq rindu kat abang ni?" soalku mengusik.

"Betul...tak percaya pulak." balasnya. Aku tersenyum. Rasa malu pun ada.

"Aniq bila sampai?" soalku pula. Aku sampai saja tadi, Aniq dah pun ada kat rumah ni.

"Malam tadi." jawabnya ringkas. Aku mengangguk faham.

"Abang...jom kita pi makan, Aniq laparlah." ajaknya. Aku melirik memandang jam. Pukul 12.00 tengah hari. Perut pun memang dah lapar ni, tapi macam malaslah pulak nak keluar lagi.

"Alaa...nantilah...Abang nak rehat, baru je sampai ni."

"Alaaa...jomlah....nanti abang rehatlah. Aniq dari pagi tadi tak makan lagi. Lapar ni." rengek Aniq. Comel sungguh. Aniq..Aniq...kenapalah kau ni comel sangat.

"Yelah..yelah..jom..." balasku.

"Ok...Aniq tukar baju kejap." ujarnya gembira sebelum dia menghilangkan diri ke biliknya sendiri. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Aku dengan malasnya bangun dari katil dan berdiri didepan cermin. Aku merapikan diriku sikit sebelum aku mengatur langkah keluar.

"Aniq....cepat sikit.." panggilku sebelum aku duduk di bangku meja belajarku.

"ha..ha...kejap."sahut Aniq.

Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari dalam poket seluar sebelum ku belek. Mesej-mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak ku baca lagi dari tadi ku baca satu persatu.

Perhatianku beralih pula ke pintu utama rumah sebaik ku dengar pintu itu dibuka. Terpacul wajah Hazrin dibalik pintu.

"Assalamualaikum." Hazrin memberi salam sebelum pandangan kami bertaut.

"Waalaikumussalam." jawabku perlahan. Serius...aku rindu dengan Hazrin. Sepanjang cuti semester ni, dia langsung tak contact aku. Kami jeda seketika. Suasana jadi janggal. Hazrin masuk ke dalam dan perlahan pintu ditutup semula. Dia datang mendekati aku.

"Hai..." ucapnya. Itu je? sebulan kau tak contact aku, itu je yang kau cakap?

"Hai.." balasku pula. Jeda seketika. Pandangan kami masih bertaut.

"ermm...kau sihat?"soalnya.

"Hidup lagi ni...alhamdulillah." balasku sinis. Hazrin ku lihat seperti salah tingkah.

"Wei...aku minta maaf.."

"Abang Muaz..dah siap.." belum sempat Hazrin mengahabiskan ayatnya, Aniq muncul dari dalam bilik. Aku dan Hazrin berpaling serentak memandang Aniq. Kini tiba Hazrin dan Aniq pula yang bertaut pandangan. Pandangan mereka agak pelik. Aku perhatikan mereka berdua.

Aniq lantas datang kepadaku.

"Jom bang.." ujarnya sebelum menarik tangan kananku mengekorinya. Belum sempat aku beriaksi apa-apa, aku merasakan tangan kiriku pula direntap. Aku dan Aniq terberhenti langkah. Aku kini berada ditengah-tengah. Tangan kananku di tarik oleh Aniq dan tangan kiriku pula dipegang erat oleh Hazrin. Aku jadi pelik. Pandanganku berpindah-pindah dari Aniq ke Hazrin dan ke Aniq semula. Mereka berlawan pandang dengan pandangan mencerun. Apa ni? apa dah jadi ni? seriously? ini klise drama melayu ni? Ya Allah....apa pulak ni...




Bersambung...




p/s: love triangle perhaps??...huhuhuh

p/s:selamat membaca....hahaha...please komen yang suci-suci ye....sayang korang.....huhuhu





Tuesday, 28 February 2017

My BFF My Love (Bahagian 17)









Bahagian 17





(Muaz POV)


Aku masuk ke dalam bilik dan melihat Hazrin sedang mengemas begnya. Aku hanya memerhatikannya sebelum duduk di katilku sendiri.

"Siap dah kemas?" soalku. Hazrin menoleh memandangku sekilas sebelum dia menarik zip beg pakaiannya dan beg yang telah siap di tutup rapi itu diturunkan dan diletakkan dilantai.

"dah..." ujarnya.

"kau tak kemas barang? bas kau pukul berapa?" solanya pula.

"kejap lagi aku kemaslah. Barang aku bukan banyak pun. Bas aku malam nanti." balasku pula. Hazrin ku lihat melepaskan keluhan ringan sebelum dia duduk disebelahku.

"kalau kau balik denngan aku sekali kan senang." ujarnya. Aku tergelak kecil dengan kata-katanya itu.

"Kalau aku ikut kau balik, mana aku nak tinggal?" soalku. Mustahil untuk aku pulang ke rumah keluargaku sendiri buat masa ni.

"Rumah aku la...." balasnya.

"isy...tak nak la, baik aku balik rumah Kak Long aku je. At least tu family aku sendiri."

"alaa...macam la kau tak biasa."

"memanglah, tapi tak akan aku nak stay rumah kau sampai sebulan kot. Apa pulak family kau kata nanti." balasku. Hazrin menyerah. Dia hanya diam dan mengangguk faham.

"So...Kak Long kau tahu ke kau nak balik rumah dia?"

"Dia pun yang beriya-iya suruh aku balik rumah dia cuti semester ni."balasku. Hazrin mengangguk lagi. Jeda seketika.

"Wei...aku nak tanya kau sikit ni." ujarku membuka cerita. Hazrin menoleh memandangku.

"apa?"

"Pasal Aniq." ujarku. Hazrin kulihat membuat muka bosan sebelum beralih pandang ke hadapan.

"Haa....tengok tu." tegurku.

"Apa?!"

"Aku baru sebut nama Aniq kau dah tarik muka cam tu. Kenapa ni?" soalku. Hazrin melepaskan keluhan berat.

"Mana ada apa."

"Ada....kau ada masalah dengan Aniq kan? sebelum ni kau okay je. Tak ada masaslahpun. Kenapa tiba-tiba kau berubah ni? Aniq dah buat apa dekat kau? Aniq tu baik je aku tengok, dia selalu je tegur kau. Dia layan kau sama je macam dulu, tak berubah pun. Kau je yang berubah. Aniq tu dah risau dah kot-kot kau tak suka dia dan kau nak dia pindah sem depan. Aniq tu..."

"Sudah...sudah...sudah!!!" bentak Hazrin. Aku kaget.

"Aniq...Aniq...Aniq... Aniq itu, Aniq ini, Aniq macam tu..Aniq macam ni. Tak sudah-sudah dengan Aniq." protes Hazrin. Aku pandang dia pelik. Apalah masalah budak ni.

"Kenapa ni Ren. Kau dulu tak macam ni pun."

"Tu dulu, sekarang lain."

"Tak fahamlah aku, cuba kau cerita apa masalahnya." aku cuba memujuk. Hazrin hanya diam.

"Aku tak suka la kau macam ni. Lagipun kesian pada Aniq tu. Tak kan kita nak suruh dia pindah sem depan. Kau fahamkan dia macam mana." aku cuba memujuk. Hazrin menoleh memandangku tajam.

"kau ni duk bela sangat Aniq tu....kau jangan kata yang kau dah suka kat dia pulak. Kau pun aku tengok sekarang ni bukan main lagi dengan si Aniq tu." Aku pandang dia sambil tersenyum nakal.

"Kau tahu....aku pun rasa sebanarnya yang aku dah suka pada Aniq.." ujarku berterus terang.

"What??!!" Hazrin kaget. Aku pandang dia pelik. Macam kelakar pun ada riaksi dia tu.

"Seriously? kau suka dia?"soalnya lagi.

"Kalau ya?"

"No!!!!"

"Why?"

"Tak boleh....kau...kau..benda ni tak betul, berdosa!!" ujar Hazrin tegas. Aku dah rasa lain. Dah kenapa si Ren ni nak cakap-cakap pasal dosa pahala bagai. Aku tahulah semua tu.

"Dulu kau juga yang kata kau tak akan halang aku kalau aku ada suka pada sesiapa."

"Betul...tapi bukan Aniq...or sesiapa"

"Maksud kau?" soalku pelik.

"Maksud aku...kau......." Hazrin berhenti bercakap. Aku perhati wajahnya yang merona merah. Hazrin seperti salah tingkah.

"Maksud kau?" soalku lagi. Hazrin melepaskan keluhan berat.

"Tak ada apalah." ujarnya sebelum lantas mencapai begnya. Aku jadi pelik.

"Aku gerak dulu, takut tertinggal bas aku nanti." ujar Hazrin sebelum terus berlalu keluar dari bilik. Aku jadi pelik. What? Aku tak faham. Kau kenapa Ren?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Hazrin POV)

Aku duduk sendiri menonton televisyen sambil menunggu ibuku siap masak untuk makan tengah hari. Mataku menonton televisyen, tapi sebenarnya fikiranku melayang memikirkan hal lain.




"Kau tahu....aku pun rasa sebanarnya yang aku dah suka pada Aniq.." ujar muaz berterus terang.

"What??!!" aku kaget.

"Seriously? kau suka dia?"tambahku lagi.

"Kalau ya?"

"No!!!!"

"Why?"

"Tak boleh....kau...kau..benda ni tak betul, berdosa!!" ujarku tegas.

"Dulu kau juga yang kata kau tak akan halang aku kalau aku ada suka pada sesiapa."

"Betul...tapi bukan Aniq...or sesiapa"

"Maksud kau?" soalnya pelik.

"Maksud aku...kau......." aku berhentikan kata-kata. Wajahku memerah. Aku ajdi salah tingkah.







"Arghhh!!!...aku menjerit apabila teringatkan peristiwa itu. Hampir saja aku terlepas cakap.

"Hazrin....kamu kenapa ?" tegur ibuku yang terkejut melihtku tiba-tiba menjerit. Aku menoleh memandang ibuku sebelum tersenyum malu.

"Tak ada apalah mak." balasku. Ibuku kulihat menggelengkan kepala sebelum dia kembali ke dapur. Aku kembali menoleh ke depan. Wajahku ku raup. Ya Allah...kenapa dengan aku ni? Sejak balik cuti semester seminggu lalu, aku asyik memikirkan peristiwa itu. Hampir saja nak terlepas cakap. Aku tak tahu apa jadi kalau aku terlepas cakap.

Tapi...betul ke dia suka Aniq? Aniq suka dia ke? Tiba-tiba kotak memoriku mula memainkan kembali kemesraan Muaz dan Aniq sejak belakangan ini.

"NOOOOO!!!!!" teriakku lagi.

"Ahmad Hazrin Danial!!!" kedengaran namaku dipanggil. Aku menoleh memandang ke arah ibuku yang berdiri mencekak pinggang di pintu dapur sambil sebelah tangannya memegang sudip. Aku tersengih memandangnya.

"Kamu dah kenapa terjerit-jerit macam tu? dah kena sampuk ke? kalau kena sampuk mari sini mak ketuk dengan sudip ni biar lari hantu tu!" ujar makku berseloroh.

"ok...ok...tak jerit dah." ujarku pula. Ibuku menggelengkan kepala lagi.

"daripada kamu terjerit-jerit kat situ, baik kamu tolong mak hidang nasi ni. Kejap lagi ayah kamu balik." ujarnya mengambil kesempatan. Aku hanya mencebik.

"Lekas!!" arahnya lagi.

"ya..ya..." balasku malas-malas.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Aku memerhati skrin telefonku. No telefon Aniq tertera pada klik. Aku masih berfikir patut atau tidak aku call Aniq. Ada benda yang nak aku pastikan dari Aniq. Aku nak tahu dia sebenarnya ada apa-apa perasaan apada Muaz atau tidak. Tapi patut atau tidak aku terus bertanya apda Aniq. Atau.....argh..lantaklah. Call je lah. Butang telefon ku tekan dan telefon bimbitku terus aku rapatkan ke telinga.

"Hello..." kedengaran suara Aniq dihujung talian selepas seketika nada deringan.

"Hello...Aniq."

"Abang Ren....apa khabar? sihat?" soal Aniq ramah.

"Baik." balasku sepatah. Jeda seketika.

"Erm....Abang Ren call Aniq ni kenapa ya?" soal Aniq dihuung talian. Aku jadi gugup. Inilah masanya. Aku kena tanya juga apda Aniq.

"Abang....abang just nak tanya sesuatu pada Aniq."

"Pasal apa tu?"

"Pasal Muaz."

"Pasal Abang Muaz? kenapa?"








Bersambung...

p/s: sorry...lewat sikit..