Wednesday, 4 January 2017

My BFF My Love (Bahagian 11)




Bahagian 11




Aku duduk di meja makan kafetaria ini sambil menghirup air sirap limau yang aku baru pesan tadi. Sesekali aku melirik ke arah telefon bimbitku. Aku tersenyum sendiri melihat satu mesej yang baru masuk melalui aplikasi whatsapp.

"Kau senyum seorang-seorang kenapa?" soal Hazrin yang baru duduk disebelahku. Aku menoleh kepadanya sebelum menunjukan mesej yang dikirim oleh Aniq tadi.

'Abg Muaz, mlm nanti Aniq msk tau. Jgn mkn kat luar'

Hazrin membaca mesej dari Aniq sebelum memandangku. Aku lantas menaip untuk membalas mesej dari Aniq itu.

'Ok...msk sdp2 tau' balasku pula. Aku menoleh memandang Hazrin yang memandangku dengan pandangan yang aku tak tahu nak kata macam mana.

"Kau kenapa?" soalku. Hazrin memandang ke depan sebelum menghirup milo ais yang bari dibelinya tadi.

"Bukan main lagi aku tengok kau dengan budak Aniq tu sejak dua menjak ni." ujar Hazrin bernada rajuk. Aku pandang dia pelik.

"Maksud kau?" soalku keliru.

"Tak adalah...aku tengok kau macam makin rapat je dengan budak Aniq tu. Sejak cuti midsem hari tu. Ada sesuatu terjadi ke masa korang berdua je tinggal kat rumah hari tu?"

"tak ada apa la....kau ni. Jangan fikir bukan-bukan...aku ada iman lagi tau!!" ujarku memprotes.

"bukan tu maksud aku." ujar Hazrin pula dengan riak wajah bersalah. Aku tahu bukan itu yang dia maksudkan sebenranya. Tapi saja je nak buat dia gelabah sikit sebab dia comel sangat bila dia buat muka bersalah macam tu. Macam yang dia tengah buat sekarang.

"Salah ke aku nak rapat dengan dia. Dia okay pe. Kelakar...cute lagi." balasku pula. HAzrin ku lihat mencerut.

"Kau ni...macam tak suka dengan Aniq tu kenapa? sebelum ni okay je aku tengok." soalku lagi.

"Bukan aku tak suka....aku okay je."

"Dah tu?" soalku. Hazrin ku lihat terdiam sebelum berpaling ke arah lain. Suspicious betul budak ni. Dah kenapalah agaknya. Belum sempat aku nak menyakat si Hazrin ni lagi, tiba-tiba ada seseorang memanggilku.

"Angah.." aku tersentak dengan panggilan itu. Aku kenal dengan suara lelaki ini. Hazrin sudah terlebih dahulu menoleh ke arah suara itu. Dengan takut-takut aku turut menoleh kearah suara itu. Jantungku berdegup laju bila susuk tubuh seorang lelaki yang amat aku rindui itu.

"Angah sihat?" soal lelaki itu lagi.

"Abang Long..."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aku duduk kaku di sebelah Abang Long. Buat seketika kami masing-masing diam. Aku hanya menanti untuk Abang Long yang mula berbicara. Macam nak luruh jantung aku nampak Abang Long tadi. Aku tak sangka yang dia akan datang cari aku kat sini. Seriously, aku dah mati kutu. Tak tahu nak kata apa. Aku dan Abang Long sedang duduk di sebuah bangku yang diletakan di taman rekreasi awam ni. Tadi Abang Long mengajakku ke sini.

"Angah sihat?" Abang Long memecah kesunyian. Berderau darahku. Jantungku turut berdegup laju.

"Si...sihat....Alhamdulillah." balasku. Jeda lagi. Aduh...Abang Long...please say something.

"Hari tu....Angah ada call rumah kan....kenapa Angah terus letak?" Aku tersentak. Aku pandang Abang Long. Aku mati kata. Ya Allah....kenapa dia tanya pasal tu pulak. Aku kembali menoleh ke depan. Badan ku bergetar. Nafasku jadi laju.

"Angah okay tak ni?" soal Abang Long sambil mengusap lembut belakangku. Automatik aku jadi tenang semula. Abang Long melepaskan keluhan berat.

"Apa dah jadi sebenarnya?" soal Abang Long. Aku lantas pandang wajahnya keliru. Abang Long tak tahu?

"Abang Long....tak tahu?" soalku. Abang Long memandangku lama sebelum melepaskan satu lagi keluhan sebelum memandang ke depan dan bersandar pada kerusi.

"Sejak Angah start semester baru ni, Angah macam dah terutus terus hubungan dengan keluarga. Kak Long call Angah, Abang pun call Angah, banyak kali, tapi Angah tak pernah jawab pun." cerita Abang Long. Aku masih tertunduk. Takut memandang wajahnya. Aku tak tahu kenapa aku jadi takut sampai macam ni. Peristiwa diamuk dan dihalau oleh Abi dulu berlegar-legar dalam minda. Aku takut, kejadian tu...berulang lagi.

"Kak Long risau sangat. Kami balik rumah Abi, tanya Abi tentang Angah. Tapi tiba-tiba Abi naik marah. dia kata....dia kata....jangan sebut lagi nama angah depan dia. Dia kata dia tak ada anak bernama Muaz. Dia kata, anak dia ada 3 orang je." cerita Abang Long lagi. Menitis air mataku. Ya Allah. bersonyanya aku.

"bila tanya Umi..Umi tak nak jawab. Umi banyak menangis je. Dia just bagi tahu yang Angah selamat, Angah dah balik Pulau Pinang." Hiba aku rakan bila diceritakan yang Umi banyak menangis. Menangis sebab aku.

"Abang Long dengan Kak Long memang tak tahu apa-apa, apa yang kami tahu....Abi dah halau Angah dari rumah." Aku masih duduk tertunduk sambil sesekali menyeka air mataku. Abang Long kemudian menarik tubuhku mengadapnya. Dia tenung wajahku dengan riak risau yang jelas diwajahnya.

"Angah...cerita pada Abang, apa dah jadi sebenarnya? kenapa Abi halau Angah dari rumah?" soal Abang Long. Aku bungkam. Tak mungkin aku akan cerita pada Abang Long. Aku tak nak dibuang untuk kali ke-2. Aku tak nak...aku tak mahu!!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




(Hazrin POV)

Aku bangun selepas ternampak kereta Honda City milik Ustaz Hakim berhenti betul-betul di hadapan blok pangsapuri kami. Tadi lepas Ustaz Hakim ambil Muaz di kampus, Ustaz pesan suruh aku balik je sebab nanti dia akan hantar Muaz balik. So..aku pun balik. Tapi seriously...hati aku rasa tak sedap betul. Tu la sebab kenapa aku duk melapak kat tangga ni tak naik-naik dai tadi sebab nak tunggu diorang balik. Aku nampak Muaz keluar dari tempat duduk sebelah pemandu. Aku perhatikan wajahnya. Matanya merah, baru lepas nangis. Aku dah agak dah, dia akan nangis.

"Muaz..."panggilku. Tapi Muaz hanya jalan terus mendaki tangga melepasiku. Aku hanya memandangnya sehingga hilang di balik tangga sebelum kembali memandang Ustaz Hakim yang kini sudah berdiri tidak jauh dari ku.

"Saya naik dulu Ustaz." ucapku sambil bersalam dengannya.

"Ren." belum sempat aku meloloskan diri, Ustaz Hakim memanggilku. Aku kembali menoleh memandangnya. Aku jadi gugup.

"Boleh kita bercakap sekejap." soal Ustaz Hakim. Aku jadi serba salah.

"Jom...kita duduk dekat bangku tu." ajaknya merujuk pada bangku yang disediakan oleh pihak pengurusan pangsapuri dan diletakan di tepi gelanggang sepak takraw. Aku membontotinya ke bangku tersenut dan duduk disebelahnya.

"Saya nak tanya awak sikit boleh?" Ustaz Hakim membuka cerita.

"Pasal Muaz?" dugaku. Ustaz mengangguk.

"Saya tahu..awak rapat dengan dia. Mesti awak tahu apa yang dah jadi." Aku memandang Ustaz Hakim sedikit keliru. Dia masih tak tahu lagi?

"Tadi...Muaz tak cerita apa-apa ke?" soalku. Ustaz Hakim menggelengkan kepala.

"Puas saya pujuk dia. Sikit pun dia tak cerita." cerita Ustaz Hakim seakan mula berputus asa.

"Awak mesti tahu...apa yang dah jadi. Tolonglah cerita pada saya." Ustaz Hakim separuh merayu. Aku pandang wajahnyanya lama. Berkira-kira mahu cerita atau tidak.

"Ustaz...saya memang tahu apa yang dah jadi. Saya pun tahu apa puncanya. Tapi...saya dah janji pada Muaz nak rahsiakan. Saya minta maaf Ustaz, saya tak boleh tolong." Ustaz Hakim melepaskan keluhan berat sebelum bersandar pada kerusi.

"Saya dah tahu macama mana nak buat lagi. Keluarga ni dah berubah. Dah tak macam dulu. Saya nak sangat keluarga ni balik macam dulu. Tapi saya tak tahu apa patut saya buat. Saya tak tahu apa punca dia. Semua orang yang tahu pun, tak nak cerita apa-apa. Saya tak tahu apa lagi yang patut saya buat." keluh Ustaz Hakim. Aku hanya diam tak tahu nak beriaksi macam mana.

"Apala agaknya yang Muaz tu dah buat sampai dia kena halau dari rumah. Sampai Abi sendiri dah tak mengaku Muaz tu anak dia." keluh Ustaz Hakim.

"Ustaz...tak pe...macam ni. Saya cuba pujuk Muaz supaya dia cerita semua pada Ustaz. Tapi..." Ustaz Hakim menumpu perhatian padaku.

"Tapi?"

"Tapi ustaz kena janji sesuatu."

"Insyaallah...."

"Ustaz kena janji....kalau Ustaz dah tahu apa puncanya nanti, Ustaz jangan sesekali buang Muaz. Ustaz kena sokong dia, Ustaz kena bantu dia. Muaz jadi macam tu sebab dia takut dia akan dibuang untuk kali ke 2 macam mana Ustaz Meor buang dia dulu." ujarku serius. Ustaz Hakim diam seketika.

"Insyaallah....saya tak akan buang dia." ujar Ustaz Hakim. Aku kembali menoleh ke depan. Rasa macam kurang yakin dengan janji Ustaz Hakim.

"Awak tak percaya janji saya?" duga Ustaz Hakim. Aku memandang wajahnya sekilas.

"Entahlah Ustaz, kalau ayah kandung dia sendiri boleh buat dia mcam tu, saya tak tahu macam mana pula dengan Ustaz.

"Insyaallah....Muaz tu saya dah anggap macam adik kandung saya sendiri. Saya sayang dia. Saya sayang keluarga ni. Insyaallah...saya tak akan buang Muaz macam yang Ustaz Meor buat." ujar Ustaz Hakim. Keikhlasan jelas terpancar pada wajahnya. Tenang sikit aku rasa.

"Baguslah kalau macam tu. Saya kesian pada Muaz tu. Dia dihukum atas kesalahan yang tak sepatutnya 100% diletakan padanya." ceritaku. Ustaz Hakim memandangku keliru.

"Abang Ren." belum sempat aku menyambung kata-kataku, namaku dipanggil seseorang. Aku dan Ustaz Hakim menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Aniq yang baru pulang dari kampus mendekati kami.

"Abang Ren buat apa duduk sini.." soalnya sebelum dia terpaku melihat Ustaz Hakim.

"Ustaz Hakim." panggilnya. Aku jadi pelik.

"Aniq....kenal Ustaz Hakim?" soalku kehairanan.

"Aniq.." ujar Ustaz Hakim pula.

"Ustaz kenal Aniq?" aku jadi makin keliru. Diorang kenal satu sama lain?










Bersambung......



p/s: ramai readers yang tanya pasal Bayu Arjuna....sorry guys....aku tengah tak ada idea lagi nak sambung Bayu Arjuna. Bayu Arjuna ni lain sikit. Lebih mencabar sebab cerita tu cerita fantasi...cerita zaman dolu-dolu. Bahasa pun berbunga-bunga.....aku akan sambung juga cerita tu nanti...sabar ye.





3 comments:

  1. gud.bersambung akhirnya..
    - tapi makin byk plot cerita.
    - tazzabar nak baca next episode..
    - keep on writing annas..
    abgNakal

    ReplyDelete
  2. Annas ko jgn buat cite yg ustaz akim ni skandal aniq lak. Haha ...

    amir apis

    ReplyDelete
  3. Nice story..but ada bnyk yg typo..hihihi..tak sabr nak baca lagi dan lagi

    ReplyDelete