Sunday, 8 January 2017

My BFF My Love (Bahagian 12)





Bahagian 12




(Hazrin POV)

Perlahan pintu bilik aku ku buka. Kelihatan Muaz sedang duduk berteleku di atas katilnya. Aku masuk ke dalam bilik dan menutup semula pintu. Perlahan aku mendekatinya dan duduk disebelahnya. Aku perhatikan dia. Dia tidak lagi menangis, tapi matanya masih sembap, masih merah.

"Kau okey?" soalku. Muaz hanya diam, tidak beriaksi.

"tadi aku ada bercakap dengan Ustaz Hakim." aku membuka cerita sambil bersandar pada dinding disebelahnya. Muaz masih diam. Sesekali aku menjeling memandangnya.

"kau tahu tak yang...Ustaz Hakim tu...dengan Aniq..kenal satu sama lain." ujarku cuba memancing perhatiannya. Muaz menoleh memandangku. Mungkin dia juga terkejut. Aku tersenyum.

"Kau okay tak ni?" soalku lagi. Muaz mengeluh kecil sebelum kembali memandang ke depan.

"Entah...tak tahu." jawabnya. Jeda seketika.

"Ustaz Hakim tu, aku tengok dia memang ikhlas nak tolong kau. Kau tau kan dia memang sayang kau. Even kau ni just adik sepupu and adik ipar dia je. Tapi dia sayang kau macam adik kandung dia sendiri. Kau patut bagi peluang pada dia. Mungkin dia boleh bantu kau dalam situasi ni." pujuk ku.

"Aku tau...aku pun sayang dia. Sebab tu aku tak nak cerita..aku takut....aku..."

"Kau takut dia pun akan buang kau macam Ustaz Meor?"pintasku. Muaz berpaling memandangku sebelum mengangguk perlahan. Aku terus menggapai tangannya dan aku genggam erat.

"Percayala pada aku, Ustaz Hakim tak macam tu. Dia tak akan buang kau. Dia sayang kau." ujarku sambil memandang matanya tepat cuba meyakinkan dia. Muaz...bukan Ustaz Hakim je sayang kau, aku pun sayang kau jugak. Tolonglah berhenti menangis, aku sedih tengok kau macam ni.

"Aku....aku tak tahu.....aku....belum sedia lagi."

"Tak pe....bila kau dah sedia nanti, kau cerita dengan Ustaz. Dia betul-betul nak tolong kau." Muaz pandang aku lama sebelum dia mengukir senyum. Aku turut tersenyum bila melihat senyumannya. Aku suka tengok Muaz senyum. Nampak sangat sweet. Muaz ni, kalau ikutkan, dia kategori biasa-biasa je, tak hensem sangat, tak buruk jugak. Just nice, sedap mata memandang. Tapi bila dia senyum, nampak manis sangat. Boleh kena kencing manis orang yang tengok dia senyum. Sebab tu jugak kenapa aku suka sangat tengok dia senyum.

"Thanks wei....kau..tau je cam ne nak pujuk aku." ujar Muaz. Aku tersenyum sebelum terus merangkulnya dalam pelukanku. Dia membalas pelukanku.

"Kau kan bestfreind aku." ujarku pula sambil menepuk belakangnya perlahan. Kami meleraikan pelukan dan dia tersenyum lagi pandang aku sambil mengesat air matanya yang menitis tadi.

"tadi..kau kata apa? Abang Long aku kenal Aniq?"




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




(Muaz POV)

Aku memandang skrin telefon bimbitku. Nama Abang Long tertera pada skrin. Aku masih rasa serba salah. Nak ku jawab atau tak panggilan dari Abang Long ni.

"Masih tak nak jawab?" soal Hazrin disebelahku. Kami baru sahaja habis kelas yang pertama untuk hari ni. Kami sedang berjalan ke bilik kuliah yang lain untuk kelas berikutnya. Aku menoleh memandangnya.

"Jawablah....mungkin penting tu." Hazrin cuba memujuk. Aku kembali memandang telefon bimbitku. Dengan rasa ragu-ragu aku menekan butang jawab. Perlahan telefon bimbit itu ku rapatkan ke telinga.

"Assalamualaikum." kedengaran suara Abang Long dihujung talian.

"Wa...waalaikumussalam." jawabku.

"Alhamdulillah....angah jawab juga." ujar Abang Long. Aku hanya diam tak beriaksi.

"Angah....hari ni Abang nak balik Perak dah. Abang nak jumpa Angah lagi hari ni boleh?" Aku masih diam. Tak tahu apa patut ku lakukan. Aku masih belum bersedia.

"Tolong Angah....tolong jumpa Abang." Abang Long separuh merayu.

"Okay..." balasku ringkas. Kedengaran Abang Long melepaskan keluhan kelegaan.

"Angah ada kat mana sekarang?" soal Abang Long.

"Kampus."

"Ada kelas?"

"Tutorial je..."

"Abang ambil Angah di kampus sekarang boleh?"

"Okay"

"Okay....dalam 15 minit Abang sampai."

"Okay"

"Assalamualikum"

"Waalaikumussalam." Aku menamatkan panggilan sebelum aku melepaskan keluhan kecil.

"Kenapa?" soal Hazrin pula. Aku menoleh memandangnya.

"Aku skip tutorial hari ni." balasku ringkas.

"kenapa? kau nak pergi mana?" soal Hazrin.

"Aku nak pergi jumpa Abang Long. Kejap lagi dia sampai." balasku. Hazrin buat muka tak percaya. Kau tak percaya dekat aku Ren! Geram pulak rasa bila dia buat muka macam tu.

"Kau buat muka macam tu kenapa?" soalku. Hazrin tersenyum kambing.

"Tak la....just....kau dah ready ke?"

"tak lagi."

"then?"soalnya. Aku melepaskan keluhan berat.

"entah....aku rasa kalau aku asyik nak mengelak je, masalah tak akan selesai. Lagipun, Abang Long nak balik dah hari ni. So...aku rasa tak apa kut kalau aku pergi jumpa dia sekejap.

"Ok...good. Kau nak aku ikut ke?" soal Hazrin lagi.

"Tak pe aku pergi sendiri. Kau tolong cover aku dalam kelas nanti."

"Okay....so..aku gerak pergi kelas dulu." ujar Hazrin sebelum dia meneruskan perjalanan ke bilik kuliah yang terletak tidak jauh dari situ. Aku pula berpatah balik dan menuju ke pintu utama dan menunggu Abang Long aku sampai.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Aku dan Abang Long duduk bersebelahan di bangku di taman awam ini. Masing-masing diam tak berbicara. Abang Long....please say something, this is so awkward already.

"Angah dah makan?" soal Abang Long. Aku menggeleng.

"Kejap lagi kita pergi makan ya."

"Okay" Jeda lagi.

"Angah....angah ingat tak lagi, dulu..masa kita kecil. Masa tu kita kat rumah arwah opah. Masa tu hari raya, semua sepupu-sepupu kita balik kampung. Kita ramai-ramai masuk kebun belakang rumah arwah Opah, kita main sorok-sorok." Abang Long membuka cerita sambil bersandar ada kerusi. Aku memandangnya sekilas. Ada sedikit senyuman diwajahnya. Memoriku turut dibawa bersama ke masa lalu.

"Orang lain semua sorok dalam kebun tu je, tapi abang bawa angah sorok sampai dalam hutan. Last-last, kita sesat." sambung Abang Long sebelum tergelak kecil. Aku turut menguntum senyum bila teringatkan peristiwa itu. Masa tu aku baru darjah 5. Abang Long tingkatan 4 kot macam tu. Masa tu, bila aku tahu yang aku dan abang long sesat, aku menangis tak henti. Takut sangat. Malu pula bila ingat balik.

"Angah ingat tak, angah nangis tak henti-henti sebab takut sangat. Angah peluk abang tak lepas-lepas." ujar Abang Long sambil memandangku. Aku turut menguntum senyum sebelum berpaling memandang ke arah lain. Jadi malu aku dibuatnya. Abang Long terus memandangku lama. Aku menoleh kembali memandangnya. Senyuman diwajahnya sudah tiada. Namun wajahnya tenang.

"Angah ingat lagi tak, apa yang abang cakap pada angah waktu tu. Masa abang pujuk angah masa tu." soal Abang Long. Aku kembali memandang ke depan. Memoriku berputar balik ke peristiwa 12 tahun dulu. Belum sempat fikiran memproses Abang Long lantas menarik tubuhku rapat dengannya sebelum memeluk bahuku.

"Abang cakap....abang janji yang abang tak akan tinggalkan angah, walau dalam apa keadaan sekali pun." ujarnya. Aku yang masih terkejut dengan tindakannya memeluk bahuku itu cuba kembali mengingat peristiwa itu. Benar, memang itulah janjinya ketika itu. Dia tak akan tinggalkan aku.

"Abang masih ingat apa yang abang kata masa tu sebab sampai sekarang abang masih berpegang pada janji tu. Abang tak akan tinggalkan angah sampai bila-bila pun walau apa pun yang jadi." ujar Abang Long bersungguh. Jeda lagi.

"Abang tahu, angah takut. Angah takut nak cerita pada Abang apa yang dah jadi sebab Angah takut abang pun akan tinggalkan angah, buang angah macam Abi."

"Abang janji pada angah, abang tak akan tinggalkan angah walau apa pun jadi." ujar Abang Long. Aku menoleh memandang wajahnya. Tanpa aku sedar air mataku mengalir bila melihatkan kesungguhan yang terpancar diwajahnya.

Abang Long lantas menarik wajahku dekat ke dadanya. Dia memeluk aku erat. Air mataku mengalir dengan lebih laju tanpa dapat ku kawal. Aku turut membalas memeluk tubuh sasa Abang Long. Aku menangis semahunya dalam dakapan dia.




Bersambung...




p/s: thanks pada korang yang telah memberikan idea...aku appreciate sangat. Korang punya idea akan dipertimbangkan mengikut kesesuain watak, situasi dan jalan cerita. 

p/s: peti cadangan masih dibuka...kalau korang ada idea lagi...bagi aku lagi.....aku sentiasa menerima sebarang kemungkinan...hehehhe...sayang korang....





1 comment:

  1. keluar jgk...best...btw alang ada buat blog jgk alangline.blogspot.com
    cuma mcm mcm bende tak tau nak uruskan...harap dpt membantu

    ReplyDelete