Sunday, 22 January 2017

My BFF My Love (Bahagian 13)


















Bahagian 13






(Hakim POV)


"Assalamualaikum" Aku memberi salam. Belum sempat pintu rumahku ku ketuk, pintu sudahpun dibuka. Terpacul isteriku di balik pintu.

"Waalaikumussalam" jawabnya sambil membuka grill pintu. Dia lantas menyalami tanganku sebelum mengambil beg pakaian yang ku bawa tadi.

"Macam mana bang? ada jumpa angah? angah okay? dia sihat?" soalnya bertalu-talu.

"Ish...awak ni, kalau ya pun, bagila saya masuk dulu." ujarku pula. Isteriku, Ainina, lantas memberikan laluan untuk ku masuk. Aku masuk ke rumah dan terus menuju ke ruang tamu. Ainina menutup semula pintu sebelum mengekoriku. Aku lantas merebahkan diriku pada sofa. Ainina meletakkan beg yang dibawanya di tepi sofa sebelum duduk disebelahku.

"Macam mana? angah okay?" soalnya curious.

"Dia okay...dia sihat." balasku ringkas.

"Alhamdulillah, jadi....apa yang jadi sebenarnya?" soal Ainina dengan mata membulat. Aku renung wajahnya. Cantik isteri aku ni. Kalau tengok betul-betul, muka isteri aku ni dengan Muaz saling tak tumpah.

"Abang...." rengeknya selepas aku hanya diam.

"Nina....apa kata, awak pergi buatkan air untuk saya dulu. Saya hauslah.." ujarku.

"Ish...Abang ni. Nak air apa?" soalnya sedikit memprotes. Aku tersenyum kecil melihat tingkahnya.

"Apa-apa jelah. Asalkan air sejuk." balasku. Ainina lantas berpaling dan terus menuju ke dapur. Aku tersenyum lagi melihatnya sehinggalah dia hilang di balik pintu dapur. Aku lantas mencapai remote televisyen dan terus membuka siaran televisyen. Dari satu saluran ke satu saliran, cuba mencari siaran yang menarik perhatianku.

"Nah bang..." ujar Ainina. Terkejut juga aku tiba-tiba dia muncul.

" cepatnya buat air." ujarku sambil melihat segelas air berwarna merah yang dihulurkan padaku. Aku lantas mencapainya dan meneguk air sirap sejuk itu.

"Air ni memang dah siap bancuh dalam peti ais tu. Nina ambik je la. Senang." balasnya.

"Alhamdulillah. Sedap air sirap Nina ni." Hampir setengah air tersebut ku minum, aku serahkan semula gelas tersebut pada Ainina. Dia lantas mencapainya dan meletakkannya elok di atas meja.

"dah?" soalnya.

"dah?"soalku kembali sedikit keliru.

"okay dah....sekarang cerita...apa jadi pada angah?" soalnya lagi. Aku tersenyum lagi. Itu rupanya yang dia maksudkan.

"Awak ni kan...saya ni belum hilang lagi penat lelah drive kereta dari Pulau Pinang tu. Dah awak tanya macam-macam."

"Mestilah....Nina ni risau tau pasal angah tu. Entah apalah yang dah jadi dengan dia." ujar Ainina kerisauan. Aku merenung wajah manisnya lagi. Patut ke aku cerita apa yang dah jadi. Tapi aku risau yang Nina tak boleh terima apa yang dah jadi. Ainina ni dengan Abi tu sama je perangai. Aku kenal sangat isteri aku ni.

"Ceritalah bang.."desak Ainina lagi. Aku melepaskan keluhan berat. Aku tak boleh cerita pada Nina. Paling tidak pun, bukan sekarang.

"Nina....awak percaya pada saya kan?" soalku. Ainina mengangguk. Aku pegang kedua tangannya.

"Macam ni, sebenarnya, mula-mula tu, angah langsung tak nak cerita pada saya apa yang dah jadi. Puas saya pujuk. Tapi, Alhamdulillah. Allah buka juga hati dia untuk cerita pada saya. Apa yang dah jadi ni, bukan benda kecil. Benda besar. Sesuatu yang cukup untuk buat Abi tak mengaku angah tu anak dia."

"Yelah...Nina tahulah. Tapi apa sebenarnya yang dah jadi.?"

"Nina tahu tak, Nina dengan Abi tu, banyak persamaan. Perangai Nina, dengan Abi, sama je." ujarku lagi. Ainina kelihatan sedikit keliru. Aku menarik nafas cuba mengatur kata.

"Apa yang dah jadi pada Angah, biarlah saya je yang tahu. Cukuplah Nina tahu yang Angah, memang tak akan balik lagi ke sini selagi Abi tak boleh terima dia."

"Apa abang cakap ni? kenapa pulak Nina tak boleh tahu apa yang dah jadi?"

"Nina....saya tak rasa yang awak boleh terima apa yang dah jadi. Saya kenal isteri saya ni. Angah, perlukan orang untuk sokong dia sekarang. Terutamanya keluarga sendiri." isteriku tertunduk. Terpancar riak sedih diwajahnya.

"Nina, percayalah pada saya, saya janji, saya akan bawa Angah balik pada kita. Saya janji." ujarku serius. Nina mendongak memandang wajahku. Ada air mata yang mengalir diwajahnya.

"Janji bang."

"Insyaallah." balasku. Ya Allah....kau permudahkanlah niatku ini.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




(Hazrin POV)

Aku keluar dari dalam bilik dan berjalan malas ke ruang tamu. Ku lihat Muaz sedang duduk di mejanya dan sedang menyiapkan latihan tutorial. Aku datang mendekatinya sebelum duduk di meja ku sendiri. Aku perhatikan segenap ruang rumah yang agak sunyi. Pagi-pagi sabtu begini biasalah, yang lain masih dibuai mimpi walaupaun dah lebih pukul 10.00 pagi.

"Kau dah breakfast?" soalku pada Muaz.

"dah...biskut kering je."balasnya. Aku hanya mengangguk malas. Muaz dah okay dah sekarang. Dia dah tak sedih-sedih lagi macam masa Ustaz Hakim datang beberapa minggu lepas. Alhamdulillah. Aku suka tengok Muaz yang ni, bukan Muaz yang asyik sedih yang asyik menangis. Belum sempat aku membuka bicara lagi, kedengaran pintu bilik Faiz dan Aniq dibuka. Aniq keluar dari bilik.

"Morning Aniq." sapaku. Aniq memberhentikan langkah seketika dan berpaling memandang kami. Dia ku lihat sudah bersiap-siap dengan begnya bersedia untuk keluar.

"Morning.." balasnya ringkas sebelum berpaling dan meneruskan perjalanan keluar. Langsung tak seperti selalu. Dia tak senyum langsung. Jawab sapaan aku tadi pun macam nak tak nak je.

"Kenapa dengan Aniq tu?" soal Muaz sebaik Aniq hilang di balik pintu. Aku berpaling memandang Muaz. Dia pun perasan rupanya perubahan pada Aniq.

"Entah..." balasku ringkas. Jeda seketika.

"Aku tengok Aniq tu macam dah lain sekarang ni. Sejak Abang Long aku datang hari tu. Dia dah lain." cerita Muaz. Aku pandang Muaz lagi. Aku pun perasan benda yang sama. Actually, aku rasa, aku tahu apa puncanya. Ustaz Hakim tu puncanya. Aniq jadi macam ni sejak dia jumpa dengan Ustaz Hakim. Aku jadi teringat balik peristiwa hari tu.

"Abang Ren." namaku dipanggil seseorang. Aku dan Ustaz Hakim menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Aniq yang baru pulang dari kampus mendekati kami.

"Abang Ren buat apa duduk sini.." soalnya sebelum dia terpaku melihat Ustaz Hakim.

"Ustaz Hakim." panggilnya. Aku jadi pelik.

"Aniq....kenal Ustaz Hakim?" soalku kehairanan.

"Aniq.." ujar Ustaz Hakim pula.

"Ustaz kenal Aniq?" aku jadi makin keliru. Diorang kenal satu sama lain? Tanpa menghiraukan ku, Ustaz Hakim datang mendekat pada Aniq.

"Aniq apa Khabar? sihat?" soal Ustaz Hakim. Aniq hanya diam dan tertunduk. Aku tak tahu macam mana nak tafsirkan keadaan Aniq sekarang. Dia macam takut, dia macam marah, tapi dalam masa yang sama dia macam masih ada rasa hormat yang tinggi pada Ustaz Hakim.

"Aniq masih marahkan saya ke?" soal Ustaz Hakim lagi selepas Jeda seketika. Aku hanya diam memerhati. Aniq masih diam.

"Ustaz...saya masuk dulu." Aniq meminta diri sebelum dia berpaling ke belakang.

"Luqman kirim salam pada Aniq. Dia ada di Jerman sekarang." Kata-kata Ustaz Hakim membuatkan langkah Aniq terhenti. Dia kembali memandang Ustaz Hakim. Matanya kini sedikit berkaca. Dia menangis. Ini pertama kali aku nampak Aniq menangis. Senyuman manis yang sentiasa menghiasai wajahnya itu hilang entah kemana. Aniq berjalan mendekati Ustaz Hakim semula.

"Ab...abang Luq.....Abang Luq sihat?" soal Aniq. Ustaz Hakim menarik nafas dalam.

"Dia sihat, dah lama sebenarnya dia nak saya sampaikan salam pada Aniq, cuma saya tak tahu Aniq dimana. Alhamdulillah, rezeki, saya jumpa Aniq disini." Aniq tertunduk. Kelihatan segaris senyuman terukir diwajahnya. Aku jadi makin tak faham. Apa yang dah jadi sebernya?

"Ustaz, buat apa kat sini?" soal Aniq.

"Saya datang nak jumpa adik saya." balas Ustaz Hakim. Seraya itu, Aniq berpaling memandangku.

"Bukan Hazrin, Muaz." ujar Ustaz Hakim seakan mengerti dengan kekeliruan di wajah Aniq.

"Abang Muaz...adik Ustaz?" soal Aniq mencari kepastian. Ustaz Hakim mengangguk.

"Aniq kenal Muaz?" soal Ustaz Hakim pula.

"Kitorang duduk serumah Ustaz." sampukku sambil mendekati mereka. Aniq dan Ustaz hakim berpaling memandangku.

"oh..yeke." balas Ustaz Hakim ringkas.

"hmm...Ustaz dengan Aniq, macam mana boleh kenal?" soalku.

"Aniq ni...bekas student saya." cerita Ustaz Hakim. Aku mengangguk faham. Okay..jadi..siapa Luqman? and...kenapa Aniq punya reaction macam pelik sangat tadi?

"Hoiii!!!..." sergah Muaz. Aku lantas tercampak semula ke alam realiti.

"Kau berangan apa?" soal Muaz.

"Ha?...tak ada apa." balasku.

"Aku tanya kau tadi, kau tak jawab lagi."protes Muaz.

"Kau tanya apa?" balasku pula.

"Ish..kau ni...Aku lepuk karang. Aku tanya, macam mana Aniq dengan Abang Long aku boleh kenal?" ujar Muaz sambil cuba memukul lenganku, namun sempat ku elak.

"owh....ni...Aniq tu, bekas student Ustaz Hakim."

"Aniq bekas student Abang Long?" soal Muaz mencari kepastian. Aku hanya mengangguk mengiyakan.

"Bila pulak Aniq sekolah kat sekolah Abang Long? bukan Aniq sekolah kat KL dulu?" soal Muaz pula.

"entahlah Muaz....aku pun tak tahu. Ustaz Hakim sendiri yang cakap yang Aniq tu bekas ex-student dia." Muaz hanya mengangguk faham.

"dah tu...kenapa pulak yang Aniq jadi dingin macam ni pulak dengan kita?" soal Muaz lagi. Aku menggaru kepala yang tak gatal.

"Ish..!! kau ni Muaz...banyak pulak tanya pagi-pagi ni. Mana la aku tau...aku ni bukannya ada kuasa psikik nak tahu apa yang budak Aniq tu fikir."

"alah..kau ni....aku tanya cam tu je pun dah nak marah." Muaz merajuk. Aku tersenyum memandangnya. Serius cute gila. Geram aku!

Bersambung...




p/s: jangan lupa komen ya...

p/s: next chapter.... Hakim, Aniq dan Luqman



1 comment:

  1. teruskan menulis dan berkarya annas..
    - ok dah komen..hehe

    abgNakal

    ReplyDelete