Saturday, 28 January 2017

My BFF My Love (Bahagian 14)




Bahagian 14




"Oii..." Sergah Luqman sebelum duduk di sebelah Aniq. Aniq menoleh memandangnya.

"Abang Luq ni....terkejut Aniq." Aniq memprotes. Luqman ketawa kecil. Geli hati melihat riaksi Aniq.

" Aniq buat pe duduk sini sorang-sorang...tak join yang lain main bola?" ujar Luqman merujuk kepada pelajar-palajar lain yang sedang bermain bola sepak di padang.

"Malaslah, Aniq bukan pandai main pun. Lagipun diorang semua ni tak tahu bosan ke? time riadah main bola, waktu PJ pun main bola jugak. Dalam dorm malam-malam sembang pasal bola. Seriously...tak bosan ke?" protes Aniq. Luqman hanya tersenyum melihat Aniq membebel.

"Alah...lelaki...biasalah tu." balas Luqman.

"lelaki pun....tak semestinya mesti bola. Banyak lagi benda lain boleh main. Dah jadi macam sesuatu yang sangat klise. Asal lelaki je..mesti bola."

"Aniq ni kuat membebel jugak ye." ujar Luqman selamba. Aniq menoleh memandang Luqman mencerut. Luqman ketawa lagi.

"Ramai je yang main badminton, takraw....tenis pun ada. Pergilah join diorang tu." ujar Luqman lagi. Aniq memandang Luqman lagi sebelum tersengih.

"Aniq ni sebenarnya malas je kan, malas nak keluar peluh, kan?" duga Luqman. Aniq pandang Luqman lagi, kini dia mengangguk sambil tersengih. Mereka berdua ketawa.

"Dah agak dah, ye ye je membebel macam-macam.!" protes Luqman. Aniq masih ketawa.

"Yang Abang tu, buat apa kat sini?" soal Aniq pula.

"Saja....nak temankan adik abang sorang ni. Kesian dia duk sensorang." balas Luqman. Wajah Aniq merona merah. Malu dia jadinya. Luqman tersenyum lebar apabila melihat wajah Aniq yang merah. Dia lantas mendekatkan dirinya dengan Aniq. Mereka sangat rapat, sehingga tubuh mereka bersentuhan.

"Aniq..."panggil Luqman lembut. Aniq menoleh memandang Luqman.

"Ye abang sayang." balas Aniq mengusik manja. Bertambah lebar senyuman dibibir Luqman.

"Malam ni datang bilik abang nak?" ajak Luqman. Aniq lantas memandang Luqman sambil tersenyum lebar.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aniq masuk ke bilik guru dan dengan hati yang berdebar. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba Ustaz Hakim memanggilnya. Bilik guru agak kosong pagi ini bila kebanyakan guru sedang mengajar di kelas masing-masing. Dia mendekati meja Ustaz Hakim. Dia bertambah pelik bila ternampak buah hatinya, Luqman turut berada disitu.

"Assalamualaikum Ustaz."Aniq memberi salam. Hakim dan Luqman serentak berpaling memandang Aniq.

"Ha...Aniq, mari duduk sini." ajak Hakim. Aniq datang mendekat dan duduk di kerusi kosong di sebelah Luqman. Jeda seketika. Luqman hanya tertunduk. Aniq masih keliru. Hakim hanya diam dan memadnang mereka berdua.

"Kamu berdua tahu kenapa saya panggil kamu berdua?" soal Hakim yang juga merupakan salah seorang guru dalam Jawatankuasa disiplin dan tatatertib sekolah berasrama penuh ini. Aniq dan Luqman pandang Hakim sebelum menggelengkan kepala. Hakim meninjau sekelilingnya memastikan yang memang haya ada mereka disitu. Luqman dan Aniq jadi bertambah risau. Sempat mereka mencuri pandang antara satu sama lain.

"Saya sebenarnya, nak tanya awak berdua satu perkara." ujar Hakim serius. Luqman dan Aniq menumpu perhatian pada Hakim.

"Apa sebenarnya hubungan awak berdua?" soal Hakim. Luqman dan Aniq kaget.

"Ap....apa yang Ustaz cakap ni? kami...Aniq ni adik angkat saya la." ujar Luqman sedikit tergagap. Aniq hanya tertunduk seperti pesalah. Hakim kelihatan masih tenang dan hanya memerhati tingkah dua orang pelajarnya ini.

"Kenapa Ustaz tanya soalan macam ni?" soal Luqman pula. Hakim kini menumpu perhatian pada Luqman.

"Sebab....saya ternampak kamu berdua buat sesuatu yang tak sepatutnya kamu berdua buat." ujar Hakim. Luqman dan Aniq cemas. Aniq menundukan padangan. Takut bertentang mata dengan Hakim.

"Us...Ustaz nampak apa? kami buat apa?" soal Luqman cemas. Hakim diam sambil memerhati tingkah Luqman dan Aniq. Dari riaksi mereka berdua, Hakim sudah pasti yang telahannya memang benar. Hakim melepaskan keluhan.

"Saya tahu, kamu berdua ni sebenarnya ber'couple' kan?" Hampir gugur jantung Luqman dan Aniq. Aniq sudah menggeletar takut. Luqman sempat mencuri pandang Aniq. Dia sendiri jadi buntu.

"Us..Ustaz...cakap apa ni?...tak kanlah kami nak buat macam tu." Luqman cuba mempertahankan diri.

"Saya nampak, saya nampak dengan mata saya sendiri, kamu berdua bercium, dekat tepi padang semalam." cerita Hakim lagi. Luqman kini tertunduk. Dia jadi buntu. Tak ada apa lagi yang dapat dia nafikan.

"Kamu tahu tak apa yang kamu berdua buat ni salah?" soal Hakim serius, namun masih tenang. Luqman dan Aniq hanya tertunduk. Hakim membetulkan duduknya sebelum kembali memandang dua orang pelajarnya ini.

"Ustaz...tolong ustaz..jangan hukum kami....jangan..jangan hukum Aniq." rayu Luqman yang sempat mencuri pandang pada Aniq yang hanya duduk diam tertuntuk ketakutan.

"Ustaz jangan hukum Aniq, Aniq tak salah. Saya yang paksa dia. Dia tak salah. Biarlah saya je yang dihukum. Jangan hukum Aniq." rayu Luqman. Air matanya menitis.

"Kamu berdua jangan risau. Saya tak akan ambil tindakan pada kamu berdua. Kamu berdua ni, pelajar harapan saya, harapan sekolah. Terutamanya kamu Luqman. Kamu dah nak SPM tahun ni. Sekolah letakkan harapan tinggi pada kamu. Saya tak mahu kamu sia-siakan semua ni. Masa depan kamu cerah." ujar Hakim lagi. Luqman tertunduk kembali, dia menyeka air matanya. Dia mencuri pandang pada Aniq lagi. Aniq turut menangis.

"Kamu berdua beruntung sebab saya yang nampak kamu semalam. Macam mana kalau guru yang lain, atau mungkin pelajar yang lain?"

"Saya minta tolong pada kamu berdua. Fikir balik apa yang kamu berdua buat ni. Apa yang kamu berdua buat ni akhirnya akan menyakitkan kamu semula. Ingat balik kenapa mak ayah kamu hantar kamu ke sekolah. Fikir macam mana kalau mereka tahu pasal benda ni. Saya, bagi amaran awal pada kamu berdua ni sebab saya tak mahu kamu sakit nanti." pesan Hakim. Luqman dan Aniq masih dia dan tertunduk. Hakim melepaskan keluhan.

"Sudahlah, kamu berdua boleh balik ke kelas." Hakim membenarkan Luqman dan Aniq balik ke kelas. Perlahan Aniq dan Luqman bangun.

"Te..terima kasih Ustaz." ujar Luqman sebelum berpaling ke belakang menuju ke pintu keluar. Aniq hanya menunduk sebelum turut berpaling, Mulutnya seakan terkunci untuk berbicara.

"Cinta tu tak salah, yang salah tu nafsu." sempat Hakim berpesan sebelum Luqman dan Aniq lolos keluar dari bilik guru. Luqman dan Aniq sempat berpaling semula pada Hakim sebelum mereka menunduk sedikit dan kembali berjalan keluar dari bilik guru. Hakim melepaskan keluhan berat sebelum bersandar pada kerusinya. Luqman dan Aniq mengingatkan dia tentang dirinya dulu.

'Allah, macam mana aku nak handle benda ni. Aku tak mahu mereka rasa sakit yang pernah aku rasa dulu.' Hakim berdoa sendiri dalam hatinya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Hakim memakir keretanya betul-betul di pintu masuk utama asrama lelaki sekolah berasrama penuh ini. Jam sekarang menunjukan tepat jam 2.00 pagi. Hakim bergegas keluar dari keretanya. Pintu ditutup, sistem alarm kereta dihidupkan dan dia lantas mula berlari-lari anak menuju ke bilik warden asrama, Cikgu Murad di tingkat satu. Tergesa-gesa dia mendaki tangga sebelum kelihatan pintu bilik Cikgu Murad terbuka luas dan cahaya dari dalamnya terang menderang. Beberapa orang pelajar berdiri di luar bilik Cikgu Murad. Hakim lantas menjengah ke dalam. Jantungnya berdegup laju apabila melihat Aniq dan Luqman duduk melutut di lantai menghadap Cikgu Murad. Benda yang sebenarnya dia harap untuk tidak berlaku akhirnya berlaku juga.

"As..assalamualaikum" Hakim memberi salam dengan nafas terputus-putus. Mata-mata di dalam bilik itu lantas beralih padanya.

"Waalaikumussalam..ha..Ustaz...nasib baik Ustaz sampai cepat." ujar Cikgu Murad sambil memandang Aniq dan Luqman mencerun.

"Cikgu....ke..kenapa ni?" soal Hakim berbasa basi.

"Ni...budak dua orang ni. Saya tangkap diorang tengah beromen." ujar Cikgu Murad selamba. Hakim yang memang sudah boleh mengagak hanya meraup wajahnya. Dia sendiri jadi buntu. Dalam keadaan begini, dia sendiri tidak boleh membantu untuk buat apa-apa.

"Astaghfirullah al-Azim, cikgu...cakap apa ni? diorang berdua ni kan lelaki." ujar Hakim cuba mencari jalan.

"Ha...itulah masalah dia, diorang ni sama-sama lelaki, dah kenapa nak beromen sesama sendiri?! Astaghfirullah al-Azim. Tak tahu saya nak kata apa dah. Nak sangat jadi ummat Nabi Lut" herdik Cikgu Murad.

"Betul ke diorang buat benda tu? Cikgu nampak ke?" soal Hakim lagi.

"Ustaz, kalau saya tak nampak sendiri, saya tak akan heret diorang berdua ni ke sini." Hakim menggelengkan kepala. Ditenungnya wajah Luqman dan Aniq yang tentunduk. Mereka menangis. Hakim melutut sama menghadap mereka. Hakim memegang kejap bahu Luqman disebelahnya.

"Betul ke ni?" soal Hakim. Luqman mendongak memandang wajah Hakim. Perlahan dia mengangguk.

"Astaghfirullah al-Azim." Hakim beristighfar.

***

"Aniq...Aniq!!!" panggilan dari Faiz itu menyedarkan Aniq dari lamunannya.

"Aniq okay tak ni? Aniq menangis?" soal Faiz risau. Aniq lantas menyeka air matanya.

"Aniq...Aniq okay...tak apa-apa."

"ish...tak kan la okay, tak ada angin, tak ada ribut, tak kan tiba-tiba menangis."

"Aniq okay, just...teringat something yang sedih. Tu yang tak sedar menangis tu." balas Aniq sambil tersenyum.

"Betul ni..okay ni?" soal Faiz lagi.

"Betul...Abang Faiz ni risau sangat la. Aniq Okay." ujarnya lagi sambil tersenyum lebar. Faiz menggelengkan kepala dengan tingkah Aniq.

"Okaylah kalau Aniq dah kata macam tu...jomlah kita balik. Dah petang dah." ajak Faiz.

"Tak pelah abang, Abang Faiz balik dulu, Aniq nak sambung buat rujukan ni." ujar Aniq sambil menepuk-nepuk buku tebal yang digodeknya dari tadi di perpustakaan ini.

"Okaylah...Abang balik dulu." ujar Faiz sebelum bangun dan meninggalkan Aniq sendirian di perpustakaan yang makin sunyi bila ramai pelajar yang tadinya memenuhi perpustakaan ini mula pulang ke kediam masing-masing.

Aniq melepaskan keluhan berat. Sejak dia bertemu dengan Hakim beberapa hari lepas, memori tentang dia dan Luqman kerap kali muncul dalam ingatannya. Kadang-kadang memori itu mampu membuatkannya menangis. Rindu benar dia pada Luqman.

'Abang Luq...Aniq rindu sangat pada Abang.' rintih hatinya sendiri.




Bersambung....





No comments:

Post a Comment