Sunday, 5 February 2017

My BFF My Love (Bahagian 15)








Bahagian 15







(Muaz POV)


Aku masih menjawab soalan-soalan tutorial sambil sesekali melirik memandang Hazrin yang duduk di depanku. Dia kulihat asyik memandangku. Pelik budak ni.

"Kau ni dah kenapa Ren?" soalku padanya. Dia hanya tersengeh.

"Kenapa apa?" soal Hazrin.

"Yang kau tengok aku macam tu kenapa?" soalku. Hazrin ketawa.

"dah....gelak pulak...kau tak sihat ke apa ni? demam? sawan?" soalku mengusik.

"kau ni...salah ke aku nak tengok kau. Bestfreind aku kan." ujar Hazrin disulam tawa. Aku tersenyum geli hati.

"Alah kau ni, nak sweet-sweet pulak." balasku sebelum aku ketawa besar. Hazrin turut ketawa. Nasib baik kami sekarang ada di bilik belajar yang disediakan di luar perpustakaan. Kalaulah kami ada di dalam perpustakaan, dah lama agaknya kena halau.

"Aku suka tengok kau."ujar Hazrin selepas jeda seketika. Aku pandang dia. Pelik la Hazrin sekarang ni. Cakap sweet-sweet je. Geram pulak aku.

"Aku suka tengok kau senyum macam ni. Tak macam masa Ustaz datang hari tu." Aku tertunduk. Teringat balik pada Abang Long. Dah dekat sebulan sejak Abang Long datang hari tu. Aku dah cerita semua pada Abang Long. Abang Long dah tahu yang aku ni songsang. Dia nampak terkejut, tapi tak ada pulak dia nampak jijik atau apa. Tapi paling jelas sekali, dia nampak risau. Risau sangat. Lepas tu, ada juga Kak Long call beberapa hari lepas Abang Long balik. Nampaknya macam Abang Long tak cerita apa-apa pada dia. Mungkin itu yang terbaik buat masa ni.

"Woi!!!" sergah Hazrin. Terkejut aku. Bengong punya Hazrin.

"Kau berangan apa?" soal Hazrin.

"Kau lah....tiba-tiba aku teringat pasal family aku." ujarku memprotes. Hazrin tersengeh.

"Sorry.." ujarnya ringkas. Aku kembali menumpu perhatian pada latihan tutorial yang aku buat tadi.

"Muaz." panggilnya.

"Apa?" balasku malas-malas.

"Kau ni kuat betul kan." ujarnya serius. Aku kembali merenungnya.

"Maksud kau?" soalku pula.

"yelah..kuat...sebab..apa yang dah jadi dekat kau ni. Bukan benda kecil-kecil. Tapi kau..aku tengok macam okay je...macam happy je." ujar Hazrin. Aku melepaskan keluhan kecil.

"Habistu...tak kan kau nak aku menangis, meraung, meratap apa yang dah jadi. Semua tu tak membantu apa-apa pun tau."

"Sebab tu aku kata kau kuat. Hati kau kuat. Kalau aku, aku tak tahu apa yang aku akan buat." ujar Hazrin serius. Aku pandang dia dalam.

"Aku boleh jadi kuat pun...sebab aku bukan sorang-sorang. " ujarku ikhlas. Hazrin kulihat sedikit keliru.

"Maksud kau?" soal Hazrin pula.

"Yelah, aku bukan sorang-sorang, sebab aku ada kau." ujarku ikhlas. Hazrin tersenyum lebar.

"Alah...apa je yang aku buat. Aku buat benda kecik je." ujar Hazrin merendah diri. Aku pandang dia lagi.

"Kau stay dengan aku, kau sokong aku, kau tolong aku even kau dah tahu siapa aku. Tu bukan sikit tau." balasku. Hazrin kulihat sudah merona merah wajahnya. Aku pun tiba-tiba jadi malu. Entah macam mana tiba-tiba perbualan ni boleh timbul.

"Ok..ok...dah.....rasa awkward lak tiba-tiba." ujar Hazrin sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tergelak kecil. Ok...this is really awkward...hahahha. Kami masing-masing lantas kembali menumpu perhatian pada latihan tutorial. Sesekali aku menjeling memandang Hazrin. Seriously, aku bersyukur sangat aku ada Hazrin. Kalau lah Hazrin tak tolong aku malam tu, kalaulah Hazrin tak terima aku haritu, mungkin aku tak ada disini sekarang ni. Apa yang Hazrin buat tu bukan kecil, it's almost everything to me. Sebab tu aku sayang sangat kat Hazrin ni. Ya Allah, aku bersyukur kau kurniakan Hazrin sebagai sahabat aku.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

**

Aku masuk ke dalam kelas yang mula penuh dengan para pelajar. Suasana sedikit hingar bingar. Aku berjalan masuk sambil mencari tempat kosong. Sesi persekolahan di hari pertama tingkatan satu. Rasa sangat gemuruh. Tambah pulak aku seoarang je kat sini. Kawan-kawan masa sekolah rendah dulu semua masuk sekolah lain. Aku je yang ke sini sebab keluarga berpindah ke sini. Aku berhenti pada sebuah meja di bahagian tengah barisan di tepi tingkap. Aku menarik kerusi dan duduk disitu. Rasa boleh kot duduk kat sini. Aku pandang keadaan sekeliling. Rakan-rakan sekelas yang masih asing bagiku ini mula mengambil tempat masing-masing.
Seketika kemudian seseorang datang menghampiriku. Aku lantas menoleh memandangnya. Seoarang remaja lelaki sebayaku berdiri disebelahku.
"ehm...ada orang duduk sini ke?" soalnya. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Boleh aku duduk sini?" soalnya.
"boleh..boleh..."ujarku mesra.
"Kau dari sekolah mana ya dulu? rasa macam tak pernah nampak pun." soalnya mesra.
"ahhh...aku bukan dari sini. Baru pindah sini, dari Selangor." balasku mesra.
"ohh....patutlah." ujarnya pula. Jeda seketika. Masing-masing diam tak tahu nak bicara apa.
"ohh..ya...lupa pulak, aku Hazrin, kau?" ujarnya sambil menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Aku tersenyum padanya. Baru teringat, belum perkenalkan diri lagi.
"Aku Muaz." balasku sambil menjabat huluran tangannya.

**
Aku tersedar dari lena. Aku perhatikan sekelilingku. Suasana gelap. Hanya cahaya dari lampu jalan di luar yang menerangi samar-samar.

Aku bangun dan duduk dibirai katil. Aku meraup wajahku. Aku mengalih pandang ke arah katil Hazrin. Dia kulihat sedang lena diulit mimpi indah. Aku tersenyum teringatkan mimpi aku tadi. Entah kenapa aku boleh termimpikan hari pertama perkenalan aku dengan Hazrin. Ni mesti sebab perbincangan 'awkward'petang tadi. Hahah...kelakar pulak bila ingat balik. Aku serius bila aku cakap yang aku sangat hargai apa yang Hazrin buat. Benda tu mungkin kecil pada pandangan orang, tapi cukup besar untuk orang macam aku. Tapi...entahlah, malu pulak rasanya. Aku ni dah la bukan jenis yang suka nak buat benda-benda macam tu, berbicara dari hati ke hati. Tiba-tiba aku rasa macam wajahku jadi hangat. Teringatkan peristiwa tu je dah buat aku jadi malu. Bodoh betul.

Aku lantas bangun dan dengan malas mengatur langkah menuju ke dapur. Rasa dahaga pula malam-malam ni. Perlahan tombol pintu ku pulas. Aku melangkah ke ruang tamu. Terkejut aku bila ternampak Aniq masih tekun membuat kerja di meja belajarnya yang hanya diterangi dengan lampu kecil di mejanya.

"Aniq." panggilku. Aniq yang sedikit terkejut dengan panggilanku lantas memandangku.

"Abang....terkejut saya." ujarnya. Aku tersenyum.

"Buat apa tu? kenapa tak tidur lagi?" soalku.

"ehmm....buat assignment ni, and buat ulang kaji sikit." ujarnya teragak-agak. Aku hanya mengangguk sebelum menuju ke dapur. Cawan aku capai, kuisi dalamnya air kosong sebelum ku teguk.

**

"Morning Aniq." sapaku. Aniq memberhentikan langkah seketika dan berpaling memandang kami. Dia ku lihat sudah bersiap-siap dengan begnya bersedia untuk keluar.
"Morning.." balasnya ringkas sebelum berpaling dan meneruskan perjalanan keluar. Langsung tak seperti selalu. Dia tak senyum langsung. Jawab sapaan aku tadi pun macam nak tak nak je.
"Kenapa dengan Aniq tu?" soal Muaz sebaik Aniq hilang di balik pintu. Aku berpaling memandang Muaz. Dia pun perasan rupanya perubahan pada Aniq.
"Entah..." balasku ringkas.

*
*

Aku teringatkan peristiwa haritu. Aku menoleh kembali keruang tamu memandang Aniq. Dia masih tekun menyiapkan assignmentnya. Aku rasa ini masanya aku nak confront si Aniq ni. Geram pulak aku bila dia dingin macam tu. Aku lantas membilas cawan yang aku guna tadi dan aku letak semula di tempat asalnya. Aku lantas mengatur langkah mendekati Aniq. Aku tarik kerusi dan duduk disebalahnya. Aniq berpaling memandangku.

"Rajin Aniq buat kerja sampai lewat-lewat malam cam ni." ujarku membuka bicara.

"Tak adalah, esok kan cuti, so, saje je Aniq nak stay up lama sikit." ujarnya acuh tak acuh. Jeda seketika.

"Aniq." panggilku. Aniq mengalih pandang padaku sekejap sebelum kembali menumpu perhatian pada pelajarannnya.

"Abang nak tanya sikit." ujarku.

"tanya apa?"

"kenapa sekarang, Aniq macam dah lain."soalku.

"Dah lain? dah lain macam mana?"

"dah lain....dah dingin dengan abang. Aniq marah dengan abang ke?" solaku berterus terang. Dia kulihat sudah berhenti menulis. Dia pandang aku lama sebelum tertunduk seakan sedang berfikir.

"Kalau...Aniq nak tanya abang balik boleh?" soalnya. Eh budak ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik.

"Abang tanya Aniq, Aniq tak jawab lagi. Tanya abang balik pulak." ujarku. Aniq tergelak kecil.

"Okay, apa dia?" soalku semula.

"Ustaz Hakim tu...abang Abang Muaz ke?" soalnya. Aku kaget. Terkejut bila soalan itu timbul.

"ehm..ya. Ab..Abang...abang ipar actually. Tapi dah macam abang kandung juga. Kenapa Aniq tanya?" soalku. Aniq hanya diam.

"Dia....dia tahu..tentang abang?" soal Aniq lagi. Aku jadi makin suspen. Kan aku dah kata, Aniq ni suka buat aku suspen.

"Mak....maksud.....Aniq?" soalku sengaja buat-buat tak faham soalannya itu.

"Abang ni saja buat-buat tak faham kan."duganya. Isy! budak Aniq ni.

"Okay....." ujarku sambil mengeluh berat. Aniq tersenyum menang.

"Dia..dah tahu. Masa dia datang haritu, Abang dah cerita semua pada dia." aku berterus terang. Aniq ku lihat mengangguk faham. Tapi ada sesuatu pada riak wajahnya yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Aniq...Aniq minta maaf pada abang, Aniq bukanya marah pada abang ke apa. Aniq just hilang mood sejak beberapa minggu ni. Mood swing." ujarnya merayu sambil tersenyum manis. Senyuman manis yang aku rindukan. Senyuman yang boleh membuatkan aku turut sama tersenyum.

"rindu betul abang nak tengok Aniq senyum macam ni." ujarku ikhlas. Aniq tergelak kecil. Bertambah comel wajahnya. Ya ampuun....Aniq.....comelnya kau. Tergugat iman aku ni.




Bersambung....




p/s: please komen...komen korang akan menaikkan semangan aku nak menulis. Tapi tolong jangan tanya bila nak update....hehehhe....




2 comments:

  1. salam annas..
    dalam kesibukan bekerja abg masih baca karya kamu ni
    - gud as always sebagai pengubat hati dan memori silam
    - jgn berhenti ,teruskan menulis..

    abgNakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Abang Nakal.....love you...hahahha

      Delete