Monday, 13 February 2017

My BFF My Love (Bahagian 16)
















Bahagian 16







(Hazrin POV)


Aku perhatikan Muaz dan Aniq dari jauh. Mereka berdua sedang duduk makan di kafetaria. Patutnya aku dengan Muaz datang sini sekali tadi. Tapi tiba-tiba pulak lecturer panggil aku tadi. Terpaksalah aku suruh Muaz datang sini dulu. Tapi tak tahu pulak ada Aniq. Aku tak tahu kenapa aku sembunyi di balik tiang ni sambil perhatikan mereka berua. Nampak mesra bergurau senda. Ketawa gembira. Tak tahu sejak bila mereka ni berbaik. Sebelum ni macam si Aniq tu dingin. Tahu-tahu dah baik dah. Bertambah mesra pulak tu. Aku menggenggam tangan pada dadaku. Kenapa pulak aku rasa sakit hati tengok diorang berdua tu. Rasa....marah?...cemburu? CEMBURU?!


Aku berpaling dan bersandar pada tiang besar tu. Aku menarik nafas panjang. Aku cemburu? Cemburu pada Muaz dan Aniq? Seriously? Eh...tak lah....tak mungkinlah....tak kan aku nak cemburu pulak. Kenapa pulak aku nak cemburu. Ya Allah...kenapa dengan aku ni? Aku tersentak bila kurasakan gegaran dari dalam poket seluarku. Aku mencapai telefon bimbitku yang berdering. Aku pandang nama yang tertera di skrin. Teragak-agak aku tekan butang angkat.


"Hello....oi....kau kat mana? tak habis lagi ke?" kedengaran suara Muaz dihujung talian.


"ha....dah habis dah...aku....aku...." aku jadi teragak-agak nak jawab. Dah kenapa aku macam ni. Aku turut terdengar suara Aniq dihujung talian. Sesekali terdengar mereka berdua ketawa. Hati aku jadi bertambah sakit.


"Oiii Ren....kau kat mana?" soal Muaz lagi. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa darah aku dah menyirap ke muka. Rasa sakit hati.


"Muaz....sorry...aku terus balik, tak jadi makan dengan kau." ujarku.


"Ha?!...balik? kenapa pulak?..habis tu...kelas pukul dua nanti macam mana?" soal Muaz.


"Aku tak pergi."


"eh....Ren...kenapa ni?" soalnya lagi.


"Tak ada apalah....k..bye." aku menamatkan panggilan. Telefon aku masukkan ke dalam poket seluar semula sebelum aku melangkah laju meninggalkan kafetaria. Ya Allah...kenapa aku jadi macam ni?






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Pintu bilik dikuak. Aku menoleh memandang ke arah pintu. Kelihatan Muaz 'mengintai' di pintu. Aku tersenyum memandangnya sebelum kembali memandang skrin laptopku.

"Kau kenapa Muaz? terintai-intai macam tu?" soalku. Muaz tersengih sebelum masuk dan duduk di katilnya.

"kau....okay tak ni?" soalnya. Aku memandangnya sekilas. Lantas peristiwa tengah hari tadi terlintas difikiran.

"Aku okay....tak ada apa."

"betul ni? habistu kenapa tiba-tiba kau balik? En Badrul marah kau ke tadi?"

"En Bad? tak lah....apa pulak kau ni." balasku pula. Apa benda la Muaz ni. En Bad tu lecturer terbaik kat fakulti kitorang. Tak pernah lagi dia marah orang. Entah dari mana si Muaz ni dapat idea yang En Bad tu marah aku.

"dah tu....kenapa tiba-tiba kau balik tadi?" soal Muaz masih tak puas hati. Aku menarik nafas dalam. Alasan apa aku nak bagi pada Muaz ni. Tak akan aku nak cakap yang aku cemburu tengok dia dengan Aniq tadi. Nanti apa pulak dia kata.

"Aku....aku....aku rasa tak berapa sihat. Aku pening, sakit kepala. Tu la sebab aku terus balik."ujarku berdalih. Muaz memandangku tak percaya.

"Kau tak sihat? demam?"

"tak....just, sakit kepala sikit je." balasku. Muaz ku lihat menganggukkan kepala

"Abang Muaz..." aku dan Muaz berpaling ke arah pintu sebaik nama Muaz dipanggil. Aniq berdiri dipintu dengan senyum lebar dibibir. Dia menoleh memandangku.

"Eh...Abang Ren....tadi kenapa tak join kitorang?" soalnya.

"Dia tak sihat." sampuk Muaz. Aniq memandang Muaz sebelum mengalih pandang semula padaku.

"Ye ke?...makan ubat dah?" soalnya. Aku hanya mengangguk malas. Panas hati pulak aku rasanya pada si Aniq ni. Kau tak payah nak ambil berat sangatlah Aniq oi.....menyampah pulak rasanya.

"emmm..Abang Muaz, ayam tu nak Aniq masak apa? Aniq nak masak ni." soalnya.

"ohh...ermmm....masak..."

"Tanya Muaz je ke....abang ni tak tanya?" soalku sinis memintas Muaz yang masih teragak-agak untuk menjawab.

"emmm....ok....Abang Ren nak Aniq masak apa ayam tu?" solanya pula. Muaz dah mula pandang aku pelik. Ya Allah, kenapa dengan aku ni?! Kenapa mulut ni lancang sangat. Cakap tak beringat! Aku melepaskan keluhan berat. Aku lantas menutup laptopku dan bangun menuju ke pintu.

"Kau masaklah apa-apa pun." ujarku sebelum melintasi Aniq.

"oii..oi...nak pergi mana pulak tu?" soal Muaz.

"Jogging." balasku yang kini sedang menyarung stokin di kaki.

"Sejak bila pulak kau rajin jogging petang-petang ni." soal Muaz pelik. Aku tak pedulikan soalan dari Muaz itu. Aku lantas menyarung kasut di kedua-dua belah kaki dan terus keluar dari rumah meninggalkan Muaz dan Aniq yang kebingungan. Ya Allah....serabutnya kepala otak aku....






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






(Muaz POV)


Aku duduk seorang diri di bangku sebelah gelanggang takraw ini. Aku baru lepas berjogging pagi ini. Aku bersandar di kerusi sebelum melepaskan keluhan berat. Dah dekat sebulan lepas Abang Long datang dulu. Alhamdulillah aku rasa semua makin okay. Banyak juga benda yang dah jadi sejak tu. Aniq yang dulu tiba-tiba dingin dengan aku sekarang nak okay. Bukan setakat okay, aku rasa aku macam dah makin rapat dengan dia. Kelakar budak tu, dah la comel, geram aku. Hahahah...entahlah, aku berani kata yang Aniq macam dah berjaya curi hati aku...hahahha...bodoh kau Muaz. Tak ayah fikir sampai macam tu lah. Nanti kau yang sakit sendiri. Tiba-tiba aku teringat pada Hazrin. Entah apa yang dia akan kata kalau aku bagitahu dia pasal ni. Hahahha...

Cakap pasal Hazrin, entah kenapalah budak tu sekarang. Sejak minggu sebelum study week dulu, sampailah paper final exam yang last semalam, dia macam dah lain. Macam ada yang tak kena. Dia macam dah kurang spent time dengan aku. Kat rumah pun jarang-jarang lekat. Dan yang paling obvious, dia macam tak suka dengan Aniq. Bila aku tanya dia kata dia okay je. Lepastu macam-macam alasan la yang dia bagi. Aku tahu almost semua alasan yang dia bagi tu tipu. Macam mana aku tahu? sebab aku tahu Hazrin. Aku kenal sangat manusia yang bernama Ahmad Hazrin Danial ni. There must be something wrong somewhere.

"oit!!" sergah satu suara. Hampir nak tercamak jantung aku keluar. Aku menoleh memandang ke belakang. Kelihatan Aniq dah tersengeh—sengeh. Kurang Asam punya Aniq.

"Astaghfirullah al-Azim..!! Aniq!!...terkejut Abang." protesku. Aniq dah ketawa berdekah-dekah.

"Sorry...sorry...." Aniq memohon maaf dalam sisa tawanya. Dia lantas datang duduk disebelahku.

"Abang Muaz buat apa termenung dekat sini?" soalnya.

"Abang baru lepas jogging, ni saja rehat sekejap sebelum naik atas." balasku. Aniq mengangguk.

"Aniq dari mana ni?" soalku pula.

"haa...Aniq dari kedai depan tu, beli nasi lemak." balasnya sambil menayangkan bungkusan nasi lemak yang dibelinya.

"Beli berapa? satu je? abang punya tak ada?" soalku. Aniq ku lihat salah tingkah.

"haaa....abang nak ke? mana Aniq tahu. Tak pelah, actually Aniq beli dua, tapi dua-dua untuk Aniq. Tak pelah, Aniq bagi Abang Muaz satu." ujarnya petah sebelum menayangkan senyuman comelnya. Aku tersenyum senang hati.

"Thank you.." balasku manja.

"Untuk Abang Muaz kesayangan Aniq ni, semua boleh." balasnya. Aku tersenyum. Alahai, pandainya si Aniq ni ambil hati. Sweet je.

"Oh ya...abang, Aniq nak tanya sikit boleh?" soalnya sedikit serius.

"Tanya apa?" soalku pula.

"Aniq nak tanya ni, pasal Abang Ren." aku sedikit tersentak. Pasal Ren?

"Kenapa dengan Ren?" soalku kembali.

"Kenapa dia....Aniq tengok macam dah benci dengan Aniq. Dia..tak suka ke Aniq duduk sini lagi?" soalnya serius dengan riak kerisauan.

"Kenapa Aniq cakap macam tu?" soalku pula.

"Yelah....dia dah lain, dah dingin. Aniq masak, langsung dia tak usik dah sekarang. Aniq tegur dia, sepatah Aniq tanya, sepatahlah dia jawab. Lagipun, dulu kan memang dah buat deal yang Aniq boleh stay untuk satu semester je dulu untuk tempoh percubaan kat sini. Kalau dah Abang Ren tak suka, terpaksalah Aniq cari rumah lain sem depan." ujar Aniq serius. Aku jadi sedih pulak tiba-tiba bila memikirkan yang Aniq terpaksa berpindah ke rumah lain sem depan. Aku menarik nafas dalam sebelum melepaskan keluhan berat.

"Entahlah Niq. Abang pun tak tahu kenapa dengan Ren tu. Abang pun sedar jugak yang dia dah lain sekarang ni. Abang pun tak tahu apa masalah dia." balasku. Aniq ku lihat berwajah kecewa. Aku lantas merangkul bahunya rapat denganku.

"Aniq jangan risau la, Aniq tak perlu cari rumah lain. Nanti abang akan cuba slow talk denngan Ren. Jangan risaulah, abang kenal sangat Ren tu. Kacang je nak pujuk dia....cuma....."

"cuma apa?" soal Aniq keliru.

"Aniq tahu gula-gula asam boi?" soalku. Aniq kulihat makin keliru.

"Tahu....kenapa?"

"Ha...abang nasihatkan Aniq pergi beli gula-gula tu banyak-banyak. Just in case.." ujarku selamba. Aniq ku lihat makin keliru.

"ok...." balas Aniq yang masih keliru. Aku ketawa melihatkan riak wajah kelirunya. Comel betul. Aniq....serius Niq, kau memang comel.





Bersambung...






p/s: TQ for reading.....komen ya.....TQ.





3 comments:

  1. Adehh. Jalan cerita masih dalam puturan yg sama. Setiap episode gagal memberi jalan cerita yg menarik. Please yusri, do something. Cerita jadi hambar.

    ReplyDelete
  2. Weyh! 2 minggu tunggu..x kuar pon..da stop ke?? Adoi! Citer ni best lah!! Nk smbungan! Hazrin and muaz..I like both!! Ship it!! Hehe..

    ReplyDelete