Wednesday, 8 March 2017

My BFF My Love (Bahagian 18)








Bahagian 18




Aku membelek telefon bimbitku. Aku perhatikan mesej yangku hantar pada Hazrin yang masih belum berbalas. Aku dah tak tahu ini mesej yang keberapa. Sepanjang cuti semester ni, tak sekali pun Hazrin membalas mesej atau menjawab panggilanku. Dia menyepikan diri. Aku jadi pelik. Kenapa dengan Hazrin? Aku ada buat salah ke dengan dia? Kalaulah aku dekat dengan dia sekarang ni, aku dah pergi dah cari dia dekat rumah dia. Aku melepaskan keluhan berat sebelum duduk di birai katil di sebelah begku yang aku baru siap kemas. Cuti semester dah pun habis, esok aku akan balik semula ke Pulau Pinang.

"Angah..." panggil satu suara. Aku menoleh ke arah suara yang memanggilku di muka pintu. Kak Long tersenyum memandangku.

"apa yang dikeluhkan tu?" soal Kak Long.

"tak ada apa lah." balasku ringkas. Kak Long datang dekat dan duduk disebelahku.

"Tak kan lah tak ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa tak kan mengeluh sampai macam tu." ujar Kak Long. Aku pandangnya sebelum sekali lagi melepaskan keluhan.

"ni ha...Ren ni."

"Ren?" soal Kak Long keliru.

"Ren..Hazrin...kawan angah tu." Kak Long kulihat seakan berfikir seketika.

"ohh...haaa....Ren, kenapa dengan dia?"

"entahlah dia tu, Angah call tak nak jawab, angah wasap tak balas. Entah apa-apa entah."aduku pada Kak Long.

"Kenapa? korang gaduh ke? bukan korang ni BFF?" soal Kak Long. Aku pandang Kak Long lagi.

"Entah.."

"Pulak....sendiri gaduh pun tak tahu ke?" soal Kak Long pelik. Aku tergelak kecil.

"Entah..tak tahu, rasa macam tak adalah gaduh....tapi...."

"tapi apa?" soal Kak Long. Mindaku memainkan semula peristiwa hari terakhir kami di Pulau Pinang sebelum masing-masing balik untuk bercuti. Yang tu kira gaduh ke?

"tapi....adala..macam selisih faham sikit." balasku.

"hmmm...kira gaduh la tu." balas Kak Long selamba. Aku hanya mengangguk mengiyakan.

"Kak Long masuk sini ni kenapa?" soalku pula selepas jeda seketika.

"hmm?...tak...saja nak tengok angah dah siap kemas barang belum."

"Siap dah ni. Sikit je barang." balasku sambil menepuk beg galasku yang kini sudah mengembung penuh dengan barang-barang.

"betul ni tak nak Kak Long dengan Abang Long hantar balik Penang?"

"ishhh...buat apa? angah boleh balik sendiri la. Hantar sampai stesen bas sudahlah esok." balasku.

"Awak tu sebenarnya nak pergi jalan-jalan ke Penang kan?" sampuk Abang Long dimuka pintu. Aku dan Kak Long serentak memandang ke arah Abang Long. Kak Long ku lihat mencebik.

"Abangla....hari tu saya nak ikut pergi Penang tak kasi." ujar Kak Long.

"Alah awak ni...nanti saya bawak lah. Pergi Penang tu bukannya boleh balik hari, paling-paling ke stay satu malam. Isnin kan awak kerja." balas Abang Long. Kak Long mencebik. Aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Entah Kak Long ni. Kalau dah tahu nak ikut, ambil la cuti awal-awal." tambahku pula. Kak mencebik padaku pula.

"Sudahlah...kalau dah ada korang berdua ni, memang Kak Long tak boleh menang." ujar Kak Long sambil bangun dari katil dan terus keluar dari bilikku. Aku dan Abang Long hanya tergelak kecil melihat keletah manja Kak Long ku itu. Abang Long pula kini menggantikan tempat Kak Long duduk disebelahku.

"Siap dah kemas?" soal Abang Long pula.

"dah.."balasku pula.

"Esok bas pukul berapa?" soal Abang Long lagi.

"8.00 pagi. Esok Abang Long tolong hantar Angah pergi stesen bas ya." ujarku meminta tolong.

"Boleh." balas Abang Long ringkas.

"Abang Long..." panggilku selepas kami jeda seketika. Abang Long kini menumpu perhatian padaku.

"Thanks tau." ujarku perlahan.

"Thanks untuk?" soal Abang Long keliru.

"Thanks sebab tak cerita...pasal Angah pada Kak Long." balasku. Abang Long tersenyum.

"Tak ada apa la tu. Benda kecil je."

"Abang Long tahu sendirikan Kak Long tu macam mana. Kalaulah dia tahu.."

"Sebab Abang tau la Abang tak cerita apa-apa pada dia." balas Abang Long. Aku tersenyum senang. Sweet la Abang Long ni.

"Tapi...Angah kena ingat. Abang Long diam, tak bermaksud Abang Long suka apa yang Angah buat." ujar Abang Long tegas. Aku tertunduk. Rasa macam tak berani nak pandang wajahnya.

"Abang Long faham perasaan Angah, tapi Angah kena sedar yang benda ni tak betul Ini ujian dari Allah untuk insan terpilih macam Angah. Angah kena kuat untuk lawan naluri tu."

"Macam mana kalau Angah tak kuat?"

"Insyaallah, jangan putus doa, jangan putus harap." tegas Abang Long menasihat. Aku hanya diam mendengar. Kuatkah aku?




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Dengan malas-malas aku meletakkan begku ke lantai sebelum aku terus merebahkan diri ke atas katil. Hampir sebulan aku tak baring atas katil ni. Aku melepaskan keluhan. Lega dapat baring. Penat betul aku berjalan dari hentian bas ke rumah ni. Pancit pulak rasanya. Padahal tak lah jauh mana pun. Aku mengalih pandnag pada kelibat yang kulihat berdiri di pintu bilikku. Aku tersenyum memandang lelaki di pintu itu.

" Kenapa Aniq tengok abang macam tu?" tegurku selepas melihat Aniq yang tersenyum merenungku.

"Tak ada apa, saja. Rindu dekat abang." balasnya. Aku tersenyum. Ish budak ni, nak bersweet-sweet pulak. Aku bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil. Aniq datang mendekat dan kemudiannya duduk di atas katil Hazrin di hadapanku.

"Ye ke Aniq rindu kat abang ni?" soalku mengusik.

"Betul...tak percaya pulak." balasnya. Aku tersenyum. Rasa malu pun ada.

"Aniq bila sampai?" soalku pula. Aku sampai saja tadi, Aniq dah pun ada kat rumah ni.

"Malam tadi." jawabnya ringkas. Aku mengangguk faham.

"Abang...jom kita pi makan, Aniq laparlah." ajaknya. Aku melirik memandang jam. Pukul 12.00 tengah hari. Perut pun memang dah lapar ni, tapi macam malaslah pulak nak keluar lagi.

"Alaa...nantilah...Abang nak rehat, baru je sampai ni."

"Alaaa...jomlah....nanti abang rehatlah. Aniq dari pagi tadi tak makan lagi. Lapar ni." rengek Aniq. Comel sungguh. Aniq..Aniq...kenapalah kau ni comel sangat.

"Yelah..yelah..jom..." balasku.

"Ok...Aniq tukar baju kejap." ujarnya gembira sebelum dia menghilangkan diri ke biliknya sendiri. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya. Aku dengan malasnya bangun dari katil dan berdiri didepan cermin. Aku merapikan diriku sikit sebelum aku mengatur langkah keluar.

"Aniq....cepat sikit.." panggilku sebelum aku duduk di bangku meja belajarku.

"ha..ha...kejap."sahut Aniq.

Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari dalam poket seluar sebelum ku belek. Mesej-mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak ku baca lagi dari tadi ku baca satu persatu.

Perhatianku beralih pula ke pintu utama rumah sebaik ku dengar pintu itu dibuka. Terpacul wajah Hazrin dibalik pintu.

"Assalamualaikum." Hazrin memberi salam sebelum pandangan kami bertaut.

"Waalaikumussalam." jawabku perlahan. Serius...aku rindu dengan Hazrin. Sepanjang cuti semester ni, dia langsung tak contact aku. Kami jeda seketika. Suasana jadi janggal. Hazrin masuk ke dalam dan perlahan pintu ditutup semula. Dia datang mendekati aku.

"Hai..." ucapnya. Itu je? sebulan kau tak contact aku, itu je yang kau cakap?

"Hai.." balasku pula. Jeda seketika. Pandangan kami masih bertaut.

"ermm...kau sihat?"soalnya.

"Hidup lagi ni...alhamdulillah." balasku sinis. Hazrin ku lihat seperti salah tingkah.

"Wei...aku minta maaf.."

"Abang Muaz..dah siap.." belum sempat Hazrin mengahabiskan ayatnya, Aniq muncul dari dalam bilik. Aku dan Hazrin berpaling serentak memandang Aniq. Kini tiba Hazrin dan Aniq pula yang bertaut pandangan. Pandangan mereka agak pelik. Aku perhatikan mereka berdua.

Aniq lantas datang kepadaku.

"Jom bang.." ujarnya sebelum menarik tangan kananku mengekorinya. Belum sempat aku beriaksi apa-apa, aku merasakan tangan kiriku pula direntap. Aku dan Aniq terberhenti langkah. Aku kini berada ditengah-tengah. Tangan kananku di tarik oleh Aniq dan tangan kiriku pula dipegang erat oleh Hazrin. Aku jadi pelik. Pandanganku berpindah-pindah dari Aniq ke Hazrin dan ke Aniq semula. Mereka berlawan pandang dengan pandangan mencerun. Apa ni? apa dah jadi ni? seriously? ini klise drama melayu ni? Ya Allah....apa pulak ni...




Bersambung...




p/s: love triangle perhaps??...huhuhuh

p/s:selamat membaca....hahaha...please komen yang suci-suci ye....sayang korang.....huhuhu





2 comments:

  1. i'm a girl...and i believe my "gaydar" 80% (。•̀ᴗ-)✧.. and it's sound stupid but i know that person was gay even he married a woman, i'm not into Bisexual thing..i'm not okay with that, it sound like you still confused with yourself and you "cheat" with your partner...it's horrible..just be yourself, great stories..keep it up..sorry,my broken grammar..HAHAHA..

    ReplyDelete
  2. tuddiaaa..
    citer chenta 3 segi ni..
    - teruskan berkarya annasyusry.
    abgNakal

    ReplyDelete