Thursday, 8 June 2017

My BFF My Love (Bahagian 20)







Bahagian 20





(Muaz POV)


"Muaz.." panggil satu suara. Aku menoleh memandang kearah suara itu. Faiz datang duduk disebelahku.

"Kau okay?" soalnya.

"aku okay je, kenapa? ada nampak macam tak okay ke?" soalku semula.

"Tak lah...aku tanya je. Aku tengok kau asyik termenung gini." soanya.

"Aloooo....sweetnya kau hari ni...hahahha.." ujarku mengusik. Faiz buat muka tak puas hati. Aku makin galak ketawa.

"aku ni prihatin, kau tu aku tengok dok asyik termenung je. Macam ada masalah besar. Tu la aku tanya."

"ok ok....sorry...thanks sebab ambil berat. Aku okay je. Just terfikirkan pasal Ren dengan Aniq." balasku.

"haa...aku pun sebenarnya nak tanya kau pasal tu jugak. Dah kenapa Ren dengan Aniq tu? lain macam je aku tengok." soalnya. Faiz pun erasan rupanya. Ingatkan aku sorang je.

"entahlah Faiz, aku pun tak tahu. Sebelum ni okay je."

"sebab Aniq tu...gay ke?" soal Faiz menduga. Aku tersentak lalu aku memandang Faiz.

"kenapa kau fikir macam tu?"

"tak delah, aku yang bawak Aniq masuk rumah tu. Aku rasa macam bertanggungjawabla kalau ada sesiapa yang rasa tak selesa."

"taklah....Ren tu okay je pasal tu. Ni aku rasa ada sebab lain ni. Kau rasa sebab apa?"

"Engkau yang rapat dengan dia pun tak tahu, ini pulak aku. Manalah aku tau." balas Faiz pula. Aku ketawa kecil mendengar jawapan dari Faiz. Apa lah sebab dia ni.







*****************************




(Hazrin POV)


Aku masuk ke dalam bilik dan duduk di katilku. Aku memerhatikan Muaz yang sedang melipat sejadah. Dia baru sahaja usai solat maghrib. Dia meletak kembali sejadahnya di tempat asal sebelum dia duduk di katilnya.

" lewat kau balik hari ni. Pergi mana dengan Aniq tadi?" soalku. Muaz yang sedang membelek telefon bimbitnya memandang aku sekilas.

"tak ada pergi mana pun. Makan-makan je. Ajak kau, kau tak nak ikut."

"makin kerap aku tengok kau keluar dengan Aniq." ujarku.

"ye ke?...tak delah..biasa je."

"Aku rasa dalam minggu ni, hari-hari kau keluar makan dengan dia." ujarku lagi. Muaz memandangku lama sebelum dia bangun dan beralih tempat ke sebelahku.

"kenapa? jealous ye?" soalnya mengusik. Aku hanya diam.

"boleh tak kalau kau jangan keluar dengan dia." ujarku lagi. Muaz mengangkat kening.

"kenapa pulak?" soalnya.

"sebab....sebab....dia tu gay....nanti dia tarik kau jadi macam dia." ujarku mencari helah. Muaz ku lihat diam. Aku melirik pandang wajahnya. Dia pandang aku lama.

"Aku...aku...aku....tak maksudkan kau...maksud aku...." aku jadi salah tingkah. Muaz mungkin dah tersalah sangka apa ayang aku cuba cakapkan ni.

"Ini...alasan kau je kan. Kau sebenarnya ada sebab lain kenapa kau tak bagi aku keluar dengan dia." duganya. Lega sedikit rasa. Takut-takut kalau Muaz terasa.

"Aku tak suka kau keluar dengan dia."

"yela....tapi kenapa?" soalnya lagi. Aku terdiam. Apa patut aku jawab. Aku tak suka dia keluar dengan Aniq sebab aku cemburu. Aku cemburu dia keluar dengan Aniq.

"Selagi kau tak bagi tahu kenapa aku tak boleh keluar dengan Aniq, selagi tu aku akan keluar dengan dia." ujar Muaz tegas sebelum dia bangun dan keluar dari bilik.

Aku melepasakan keluhan berat....apa patut aku buat ni?







*****************************




(Muaz POV)



Aku duduk di meja belajarku sambil menunggu Aniq bersiap. Cadangnya nak keluar dengan dia. Dia ajak temankan dia pergi kedai buku. Nak beli buku rujukan katanya. Tak pelah, aku pun bukan buat apa kat rumah ni. Rumah pun tak ada siapa. Azril balik kampung. Faiz, biasalah hujung minggu ni, pergi dating dengan awek dia la tu. Si Ren, entahlah, pagi tadi dia keluar pergi jogging tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi.

"Assalamualaikum." kedengaran suara seseorang memberi salam sambil pintu utama dibuka luas. Muncul Hazrin di muka pintu. Panjang umur. Baru je cakap pasal dia.

"Waalaikumussalam....oii..lamanya kau keluar jogging, dah dekat tengah hari dah ni." ujarku. Hazrin melirik memandang jam dinding sebaik dia usai membuka kasutnya. Kasut sukannya disimpin semula elok pada rak kasut.

"terserempak dengan Zuan tadi. Dia ajak lepak minum-minum kat kedai bawah tu. Tu yang lewat. Tak sedar pulak dah tengah hari." ujanya sebelum dia merebahkan tubuhnya di tengah-tengah ruang tamu, di bawah kipas.

"Zuan?" soalku keliru.

"Zuan, budak Awam tu." ujarnya merujuk kepada kenalan kami, Rizuan, pelajar Jurusan Kejuruteraan Awam. Aku mengangguk faham.

"kau...lawa-lawa ni nak pergi mana?" soalnya.

"hmm??....ohh...haa...nak keluar, dengan Aniq. Jom follow kitorang..." ajakku. Hazrin seakan tersentak. Dia pandangku mencerun.

"Abang...jom..." aku dan Hazrin serentak memandang ke arah Aniq.

"Haa...jom....nak pergi tak?" soalku lagi pada Hazrin. Hazrin kini bangun dari pembaringannya dan duduk memandang kami berdua.

"Abang Ren nak ikut?..jom.." ajak Aniq pula. Hazrin masih diam tidak menjawab. Tapi dia tak lepas dari memandang aku dan Aniq dengan pandangan mencerun.

"Tak nak ikut sudah. Jom Niq." ujarku sambil berdiri dan mengatur langkah ke pintu.

"Kejap...." pintas Hazrin sambil menarik tanganku. Dia bangun dan berdiri di hadapanku. Nafasnya macam bergerak laju. Dia macam marah. Dia menarik tanganku menjauh sedikit dari Aniq. Aku pelik. Hazrin menarik nafas panjang sebelum dia meraup wajahnya.

"Kan aku dah kata jangan keluar dengan Aniq!" ujarnya tegas. Aku mengerutkan dahi.

"Kan aku dah kata, selagi kau tak bagitahu sebab kenapa aku tak boleh keluar dengan Aniq, aku tetap akan keluar dengan dia." ujarku tegas. Aku tak fahamlah Hazrin ni. Apa yang susah sangat dia nak bagitahu apa sebab dia tak bagi aku keluar dengan Aniq.

"Aku kata jangan tu janganlah...apa susah sangat nak faham?!" Hazrin meninggikan suara.

"Kau dah kenapa? kenapa tiba-tiba nak marah macam ni?" solaku bengang. Aniq hanya diam memerhatikan kami bertelingkah. Aku pandang Hazrin mencerun.

"Aku tak suka kau keluar dengan Aniq." soalnya sambil menuding jari ke arah Aniq. Aku mengerutkan dahi. Rasa pelik bertambah-tambah. Aku pun dah mula macam hilang sabar sikit.

"tak...sekarang ni, apa masalah dia? kenapa pulak aku tak boleh keluar dengan Aniq? cuba kau bagitahu aku. Apa yang susah sangat kau nak bagitahu aku? "

"Aku tak suka!!!"

"WHY!!!!!" balasku meninggikan suara.

"Sebab aku cemburu!!!...." balas Hazrin. Aku tersentak.

"Cemburu?"

"Ya...aku cemburu. Aku cemburu bila tengok kau dengan Aniq. Sebab tu aku tak suka tengok kau keluar dengan dia."

"but...why? kenapa...."

"Sebab aku suka kau." Hazrin berterus terang. Bulat biji mataku mendengarkan pengakuan Hazrin. Aniq yang hanya jadi pemerhati dari tadi turut terkejut. Hazrin suka aku? tak mungkin. Ren....jangan buat nergurau benda-benda macam ni. Tak mungkin kau suka aku. Kau bukan macam aku.

"Aku suka kau, lama dah. Suka kau lebih dari seorang kawan...aku..."

PANG!!!

Belum sempat Hazrin menghabiskan luahannya, satu tamparan kuat hinggap di pipinya. Tamparan yang datang dari tangan kananku. Hazrin yang terkejut memandangku tepat sambil memegang pipi kirinya. Darahku mengalir laju. Jantungku berdegup kencang. Nafasku turun naik menahan marah. Ya, aku marah. Hazrin dah melampau.

"ada banyak benda yang kau boleh guraukan, tapi yang ni....yang ni dah melampau. " ujarku tegas.

"Muaz...aku..."

"Tak kelakar Hazrin!!..tak kelakar!!!" ujarku sebelum aku mengatur langkah pergi meninggalkan Hazrin dan Aniq. Sampai hati kau Ren, kau tahu aku ni tak normal, kau tahu aku ni suka lelaki, tapi kau boleh buat bergurau benda-benda macam ni. Sampai hati kau.





Bersambung....