Friday, 4 August 2017

My BFF My Love (Bahagian 21)


















Bahagian 21













(Aniq POV)

Fikiranku masih terbayang-bayang peristiwa tengah hari tadi. Juju raku katakana aku tak pernah menyangka boleh sampai jadi macam ni. Sebelum ni memang aku sengaja rapat dengan abang Muaz semata-mata untuk buat Abang Ren cemburu. Aku nak dia berterus terang pada abang Muaz tentang perasaan dia. Dan..hari ni memang dia berterus terang. Tapi, hasilnya tak seperti yang aku harapkan. Aku jadi keliru. Setahu aku, Abang Muaz juga suka pada Abang Ren, atau aku salah. Runsing aku fikirkan apa yang jadi. Aku menoleh memandang jam dinding. Hampir jam 10 malam. Abang Muaz yang terus keluar dari rumah sejak peristiwa itu masih belum pulang. Abang Ren pun sama. Tak tahu mana mereka pergi. Aku bangun dan menuju ke balkoni. Aku berdiri disitu mengambil angina malam. Sedikit sebanyak aa yang dah jadi ni, aku pun rasa bertanggungjawab. Kalau la aku tak masuk campur sejak awal, mungkin benda ni tak akan jadi macam ni. Aku dah rosakkan persahabatan mereka. Ya Allah...apa aku dah buat ni.

Aku menoleh ke gelanggang takraw. Nampak kelibat Abang Ren sedang duduk sendiri di kerusi di tepi gelangang tersebut. Sejak bila agaknya dia ada kat situ. Aku perlu jumpa dia. Aku kena minta maaf.

Aku datang perlahan mendekati Abang Hazrin yang kulihat termenung sendiri di kerusi sebelah gelanggang takraw ini.

"ermmm....Ab...Abang Ren." panggilku teragak-agak. Abang Ren kulihat menoleh memandang ku sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Abang Ren, boleh Aniq nak cakap sikit?" soalku perlahan.

"Nak cakap apa lagi? kau nampak sendirikan, kau dah menang. You can have him."ujarnya dingin. Aku menarik nafas sebelum aku mengatur langkah dan duduk disebelahnya.

"Abang Ren, listen. I don't expect this to happen." ujarku jujur.

"oh..yeah...ahhah...nice to know that." balasnya sinis. Aku menarik nafas lagi.

"Abang Ren....I'm sorry. Biar Aniq berterus terang je. Memang Aniq suka dia, memang Aniq sayang dia, tapi as an older brother. Aniq tak pernah ada perasaan lain pada dia." ceritaku jujur berterus terang. Abang Hazrin kulihat berpaling memandangku.

"Aniq saja je cabar abang macam tu sebab Aniq nak abang berterus terang perasaan abang apa dia. But...Aniq tak pernah sangka akan jadi macam ni. I have no idea why abang Muaz buat macam tu sebab setahu Aniq dia pun suka pada Abang Ren jugak."

"Dia suka abang? mana Aniq tahu?"

"the same way how I know you love him. Dari cara dia, Aniq dah dah boleh agak. But...maybe I'm wrong this time." ujarku sesal. Abang Ren menraik nafas dalam sebelum dia meraup wajahnya.

"so....abang nak buat apa sekarang?" soalku.

"entahlah Aniq....abang tak tahu."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(Muaz POV)




"Kau!! jangan balik lagi kerumah ni. Mulai hari ni, aku haramkan kau pijakkan kaki kau kat rumah ni lagi. Pergi!!"

"Sudah tu Imah, tak payah awak nak menangis beriya bagai sebab anak tak tahu diuntung ni. Sudah masuk."

"Anak kita bang..."

"Dia bukan anak kita!!!"

"Aku bersumpah aku tak ada anak yang macam dia!! Sudah..masuk!!"

"Tapi...Angah kena ingat. Abang Long diam, tak bermaksud Abang Long suka apa yang Angah buat."

"Abang janji pada angah, abang tak akan tinggalkan angah walau apa pun jadi."

"Sebab aku suka kau."

"Aku suka kau, lama dah. Suka kau lebih dari seorang kawan...aku..."

"ada banyak benda yang kau boleh guraukan, tapi yang ni....yang ni dah melampau. "

"Muaz...aku..."

"Tak kelakar Hazrin!!..tak kelakar!!!"

Aku lantas tersedar dari mimpi. Nafasku laju. Jantungku berdegup kencang. Mimpi itu...sudah lama mimpi itu tak datang. Entah kenapa tiba-tiba mimpi itu datang lagi.

"Astaghfirullah al-Azim." aku beristighfar.

Aku melihat sekelilingku. Aku sedang duduk disofa dalam bilik belajar di kolej kediaman pelajar lelaki. Aku melirik ke jam tanganku, jam menunjukan pukul 2.00 pagi. Bilik yang tadinya terang dan ramai orang kini sedikit kelam dan kosong. Mungkin mereka semua sudah balik ke bilik masing-masing. Hanya tinggal aku disini. Lantas peristiwa di rumah pagi tadi muncul diingatanku. Aku melepaskan keluhan berat sebelum kembali bersandar. Wajahku ku raup. Selepas pertengkaran aku dengan Hazrin, aku terus keluar rumah. Merayau-rayau tanpa tujuan sebelum akhirnya aku ambil keputusan untuk ke sini. Aku memang tak ada tempat untuk dituju. Aku tak macam Hazrin atau yang lain-lain. Aku tak ramai kawan yang aku boleh harapkan. Entah sampai bila aku boleh macam ni.

"Sebab aku suka kau."

"Aku suka kau, lama dah. Suka kau lebih dari seorang kawan...aku..."

Kata-kata Hazren masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku. Betul ke dia suka aku? tapi dia tak macam aku. Dia normal. Ren...kenapa kau boleh cakap macam tu?




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




(Hazrin POV)


Dengan malasnya kaki ku atur meninggalkan kafetaria dan berjalan kembali ke bilik kuliah. Kelas berikutnya akan bermula tak lama lagi. Bosan sungguh kuliah aku sepanjang hari ni. Bosan sebab Muaz tak ada. Semalam lepas kejadian tu, dia terus keluar dan tak balik-balik. Kuliah sepanjang hari ni pun dia tak ada. Tak tahu mana dia pergi. Dia tidur kat mana malam tadi?.

Dengan malas, pintu bilik kuliah ku buka. Aku masuk ke dalam. Belum sempat langkah ku atur ke tempat duduk, aku terhenti langkah. pandanganku tertancap pada seseorang di tempat duduk paling belakang. Muaz. Aku tersenyum. Langkah ku atur kearahnya. Aku berdiri disebelahnya, teragak-agak mahu duduk atau tidak.

"bo...boleh aku duduk sini." soalku perlahan.

"Bukan kerusi aku pun kau perlu minta izin." jawabnya tanpa memandang wajahku. Perlahan aku menarik kerusi dan duduk disebelahnya. Buat seketika, hanya kesunyian natara kami. Dia ralit dengan telefon bimbitnya. Aku hanya memerhati. Terasa canggung untuk memulakan bicara.

"Muaz....aku..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, pensyarah pun masuk dan lantas memulakan kuliah. Muaz ku lihat menyimpan telefon bimbitnya dan mula mengeluarkan buku-buku notanya. Aku menghela nafas sebelum turut mula cuba menumpukan perhatian dalam kuliah.

"Muaz..." panggilku sambil mengejarnya. Habis sahaja kuliah, Muaz terus keluar tanpa sempat aku tahan. Terpaksa aku mengejarnya di luar kelas.

"Muaz...sekejap.." panggilku.

"Muaz.." panggilku lagi sambil kini memaut lengannya.

"Sekejapla...aku nak cakap." ujarku.

"Apa dia?" soalnya dingin yang kini memandangku.

"Aku...aku nak minta maaf pasal semalam." ujarku ikhlas. Dia ku lihat mengelak memandang wajahku.

"tapi...aku tak tipu...aku betul-betul..."

"dah..dah...dah...aku tak nak dengar." pintasnya tegas mematikan kata-kataku sebelum berpaling dan mula mengatur langkah.

"kejap..kejap....okay....okay..." aku menahannya. Aku menarik nafas dalam. Muaz masih marah. Aku tahu dia memang tak akan dengar apa-apa dari aku sekarang ni.

"kau tidur kat mana semalam?" soalku. Dia hanya diam tak menajwab.

"malam ni kau nak tidur kat mana?" soalku lagi. Muaz diam lagi.

"Kau baliklah....tidur kat rumah." ajakku. Muaz memandangku mencerun.

"kau balik....aku keluar." ucapku lagi mengalah. Pandangan Muaz yang mencerun mula mengendur.

"kau balik tau." ucapku lagi tersenyum hambar. Perlahan aku berpaling dan meninggalkannya. Aku tak tahu apa akan jadi pada aku dan Muaz, tapi yang aku tahu, aku perlu bagi Muaz masa. Masa untuk dia bertenang. Malam tadi mungkin dia tidur di surau atau di 'study room' dekat kolej. Aku kenal sangat Muaz, dia tak banyak kawan macam aku. Kalau ada pun, dia tak akan minta tumpang rumah atau bilik mereka. Biarlah dia balik rumah. Aku boleh tumpang rumah kawan-kawan aku yang lain.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


(Muaz POV)


Pintu rumah terbuka. Tersembul wajah Aniq dimuka pintu. Dia nampak terkejut melihat aku.

"Abang Muaz....ya Allah....Abang Muaz pergi mana? Aniq call abang tak jawab, wasap langsung tak baca.... Aniq risau tau..."

"Aniq...!"pintasku. Aniq ni kalau dapat membebel boleh tahan juga.

"Boleh tak bagi abang masuk dulu." ujarku pula. Aniq tersenyum sebelum beralih sedikit ketepi lalu memberiku ruang untuk menyelina masuk.

"Abang pergi mana semalam? Abang Muaz tidur kat mana? Aniq risau tau." soalnya lagi sabil dia menutup dan mengunci semula pintu rumah.

"Kan abang dah balik ni. Aniq janganla risau." ujarku sambil aku mengatur langkah masuk ke bilik ku.

"Abang...."

"Aniq....abang enat ni. Kita borak lain kali ya." ujarku cuba mengelak dari segala pertanyaan dari Aniq. Jelas terpancar riak kerisauan diwajahnya. Tanpa menunggu jawapan darinya aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Aku berjalan dan duduk di birai katilku. Aku memandang ke arah katil kosong dihadapanku, katil Hazrin. Rasa rindu pula tiba-tiba. Ya Allah....kenapa boleh jadi macam ni?

"ehm...ada orang duduk sini ke?" soalnya. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Boleh aku duduk sini?" soalnya.

"boleh..boleh..."ujarku mesra.

"Kau dari sekolah mana ya dulu? rasa macam tak pernah nampak pun." soalnya mesra.

"ahhh...aku bukan dari sini. Baru pindah sini, dari Selangor." balasku mesra.

"ohh....patutlah." ujarnya pula. Jeda seketika. Masing-masing diam tak tahu nak bicara apa.

"ohh..ya...lupa pulak, aku Hazrin, kau?" ujarnya sambil menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Aku tersenyum padanya. Baru teringat, belum perkenalkan diri lagi.

"Aku Muaz." balasku sambil menjabat huluran tangannya.

Lantas fikiranku melayang balik pada hari pertama aku mengenali Hazrin. Detik dimana persahabatan aku dan Hazrin bermula dan detik berputiknya perasaan cinta aku pada Hazrin. Perasaan yang akhirnya aku berjaya simpan dan sorokkan dari pengetahuan sesiapa. Perasaan yang aku ambil masa bertahun-tahun untuk aku yakinkan diri sendiri yang ianya palsu dan perasaan yang kini tiba-tiba muncul kembali.




Bersambung...




p/s: enjoy reading and please do comment.....i love reading your comment...hehehhe


p/s: hope korang terus sokong cerita ni....heheh...untung2 ada second season...siapa tahu kan.....